Wednesday, June 30, 2010


Kehadiran Datuk seri Najib ke Lido, penampang kelmarin membuatkan ramai wartawan membuat liputan. Di Samping sebagai memenuhi 'rutin' turun padangnya dengan aktiviti 'minum' di restoran biasa, Najib juga diasak dengan soalan tentang pergolakan politik di Sabah. Termasuk desas-desus kononya akan berlaku perubahan kepimpinan melibatkan rombakan kabinet negeri dan kepimpinan BN. Pada waktu yang sama khabar-khabar angin bertiup kencang di Sabah dalam hal berkaitan tuntutan dan penambahan kerusi parti-parti komponen BN . Ada beberapa kawasan yang secara 'tradisinya' diwakili oleh parti komponen BN , tetapi 'dilobi' untuk ditandingi oleh parti UMNO dan parti komponen lain.


Dengan kenyataan Najib bahawa beliau harus dibiarkan membuat keputusan yang terbaik untuk Sabah, menyaksikan desas-desus selama ini bahawa politik BN di Sabah sememangnya berkocak walaupun digelar "fixed deposit" adalah benar. Perbalahan antara parti-parti komponen BN bukan sahaja merumitkan situasi politik di negeri di bawah bayu ini tetapi juga persengketaan antara beberapa pemimpin UMNO di negeri ini juga semakin meruncing.

Dikhabarkan bahawa punca kepada persengketaan berterusan ini adalah kerana berlakunya beberapa perubahan dan pengguguran ketika PRU12 yang lepas. Penyusunan kroni politik juga tambah menjadikan keadaan bertambah parah.

Seperti yang dilaporkan, bahawa ada sudah puak dan konco-konco politik pemimpin tertentu yang sudah mula melobi dan mempertahankan kepimpinan golongan pilihan mereka. Sabah dan politiknya begitu unik dan bercelaru sejak dulu lagi. Zaman Tunku, kepada Tun Razak dan Tun Hussin Onn hinggalah kepada Mahathir yang mencetuskan polemik penggiliran jawatan ketua menteri mengikut kaum terbesar di negeri ini.

Kini dalam era Najib..apakah beliau akan menjadi 'hero' apabila membuat kenyataan untuk membiarkan beliau membuat keputusan terbaik buat Sabah? Mampukah Najib melunakkan politik suku di Sabah yang begitu berapi? Atau adakah Najib sekali lagi akan menempa satu lagi sejarah dengan memperkenalkan satu lagi Formula politik di Sabah?

Monday, June 28, 2010



Persidangan pemuda UMNO KB yang berlangsung dua hari yang lepas cukup membinggitkan 'telinga' para pemerhati politik Kota Belud. Bukan kerana isu yang didendangkan kepada para perwakilan, dan bukan juga kerana kehadiran perwakilan pemuda yang langsung tidak memuaskan, dan tentunya kerana bukan juga disebabkan oleh 'politik' wang yang berlaku...Tetapi kerana Banner Ketua Pemuda yang dipasang menggunakan perkataan "KAPSUL". Agak ngeri, dahsyat dan punya tafsiran yang pelbagai.

Ada perwakilan pemuda yang mempertikaikan kewajaran penggunaan "Kapsul" itu, kerana kata mereka ia membawa kepada pengertian negatif. Apatah lagi sejak dua menjak ini, ketua Pemuda Umno KB sdr Barur Sawi dilaporkan sebagai mempunyai latarbelakang hitam sebelum bergelar "ketua pemuda". Kalau di perhalusi secara lebih terbuka blogger Siti Farhana dalam beberapa siri pendedahannya mengaitkan ketua pemuda itu dengan isu dadah berupa syabu. Sehingga kini, tidak ada ulasan dan response dari ketua pemuda ini. Apakah benar? apalah tidak, masih menjadi tanda tanya?

Justeru "kapsul" menjadi bahan tertawa para perwakilan...sekaligus memberikan satu gambaran betapa UMNO KB bisa hancur dan lebur kerana percaturan peringkat awal yang tidak diperalusi. Ada juga suara-suara dari belakang..pemilihan Sdr Barur yang dikaitkan dengan 'aura" DSSK dan TSP dulu adalah satu kesilapan besar yang memberikan kesan langsung kepada UMNO KB. Alangkah molek kata mereka jika Sdr Tajul yang terpilih menjadi "ketua Pemuda".

Mungkin kerana terlalu mahu mengkedepankan semula politik DSSK dan TSP yang semakin malap ketika itu ekoran pengguguran mereka pada PRU12, maka hanya dengan menaikkan orang yang tidak sepatutnya menjadi "ketua Pemuda" akan menjadi jaminan bagi kedua-dua tokoh ini. Ingatlah bahawa kesilapan hari ini, akan membuatkan generasi masa depan menghukum kita.

Setelah Pemuda UMNO KB memberikan mandat kepada Sdr Barur, menerajui kepimpinan pergerakan itu tidak ada yang banyak berubah, sama ada dari segi legasi idealisme kepimpinan pemuda yang menjadi sayap kanan dalam UMNO KB ataupun pedewasaan pergerakan itu dari segi percaturan politik yang matang dalam mendekati rakyat. Itu jelas dan tidak ada siapa yang boleh mempertikaikannya. Bukan sahaja orang perseorangan yang berada di luar pergerakan itu yang melontarkan kebimbangan dan kenyataan ini tetapi juga beberapa pemimpin pemuda yang sempat ditemui merasakan kepincangan yang disebutkan.

Barur bukan sahaja dilihat sebagai " air yang sentiasa berkocak" tetapi juga meletakkan pergerakan itu di tahap yang sangat memilukan. Transformasi pemuda yang diwar-warkan diperingkat cawangan dan bahagian hatta di peringkat nasional juga gagal direalisasikan. Sebaliknya pergerakan itu kelihatan lesu, tidak bermaya, pilu, berdukacita dan hanya menyelusuri tabiat semulajadi parti..setiap kali ada perhimpunan, maka suasana akan menjadi riang dan gumbira.

Pemimpin sebegini tidak akan lantang dan putus saraf politiknya untuk membawa rakyat bersama memberikan sokongan kepada parti itu. Sebaliknya ramai perwakilan pemuda KB yang masih rungsing dan kabur dalam menentukan layar dan hala tuju perjuangan pergerakan itu.

Berucap ketika merasmikan persidangan itu, Ketua Umno KB yang juga penasihat Sains kepada KM Sabah, Datuk Salleh Tun Said menyatakan betapa kepimpinan pergerakan pemuda menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada parti. Menjadikan ramai perwakilan merasakan sudah ada tanda-tanda keretakan berlaku kepada pergerakan itu..terutama dalam soal sokongan dan keyakinan kepada Ketua Umno KB itu sendiri. Apakah DSSK telah mula merasakan bahawa pemuda sudah mula beralih arah kepada memberikan sokongan kepada orang lain apatah lagi kepada mereka yang pernah menerajui UMNO KB?

Atau apakah benar bahawa pemuda UMNO KB telah mula lupa pada ikrar dan sumaph ketika mula memegang jawatan itu, yang ramai pihak mengetahui bahawa kemunculan Barur dalam persada politik KB adalah atas kerana 'ehsan' dan 'percaturan' dua gergasi yang ingin masih berkuasa.

Sesungguhnya jika melihat dan mendengar kepada keluhan mantan naib pergerakan itu, maka dapat kita telusuri bahawa dalam banyak perkara PEMUDA adalah 'alat' dan 'peralatan' yang digunakan untuk meneruskan "legasi" kepimpinan orang tertentu dalam UMNO KB. Jika benar nyata semakin terang kepada kita bahawa 'legasi' itu semakin tidak kesampaian. Perwakilan mula meluat,bahkan ada yang sudah terang menyatakan pendirian bertentangan mereka. Namun Siapakah yang akan mengetuai semula pergerakan pemuda Umno KB di kemudian hari yang lantang dan berwibawa? Pemimpin pemuda semakin ketandusan.

Saturday, June 26, 2010


Walaupun pelbagai reaksi politik ‘melamar’ UMNO, tatkala dilaporkan sejumlah 40 orang ulama Muda nekad menyertai parti itu, namun masih ada yang menaruh harap ‘kehadiran’ ulama muda dalam UMNO tidak akan menjadi “boneka” yang berpanjangan. Sebaliknya penyertaan mereka sewajarnya dipandang positif sebagai “chek and balance” terutama berkaitan hukum-hukum agama yangh disifatkan oleh kebanyakan orang melayu telah lama ‘dilanggari’ oleh pemimpin UMNO. Isu berkaitan ‘amanah’, ‘kebertanggungjawaban’, ketelusan, riak,takbur dan malahan isu arak judi sudah sekian lama memnbelenggu pemimpin muda UMNO.



Bagi orang muda ‘;atas pagas’ isu kemasukan beramai-ramai ulama muda ini, walaupun tidak diikuti oleh mantan Mufti Perlis, Dr Asri,yang diwar-warkan sebelum ini akan menyatakan pendirian keahlian politik parti mana beliau akan sertai, namun pada hakikatnya ia merupakan perkembangan baru yang berlaku dalam parti tertua orang melayu itu.



Berdentum-dentam jiwa dan naluri politik saya bila, isu ini mengingatkan saya betapa apakah perkembangan ini akan menyaksikan kemasukan beramai-ramai ulama muda di peringkat cawangan dan Bahagian? Kerana jika ia berlaku di peringkat pimpinan tinggi sahaja....maka natijah dan impak kepada kemasukan ulama muda itu tidak akan ke mana. Kerana proses ‘peneguran’ tidak hanya terhad kepada golongan ini. Peringkat akar umbi juga terlibat sama.



Di daerah kota belud di mana UMNO adalah parti keramat bagi suku Bajau dan Iranun, nampaknya adakah juga akan melalui senario ini. Atau pendek kata apakah ‘ulama muda’ di Kota Belud akan turut sama ‘tersentak’ dan mau meraih populariti dengan menyertai UMNO..? Kalau sebelum ini, tidak dapat kita nafikan bahawa di peringkat kampung dan daerah ini, ulama-ulama lama turut sama berjuang dalam UMNO. Ramai pak Imam, Pak Bilal dan Juru nikah yang ‘tegas’ berpendirian dalam idealisme UMNO. Tanya di mana sahaja di daerah ini, semua orang tahu bahawa yang paling ‘keras’ fahaman UMNOnya ialah golongan ini.


Dan boleh juga kita lihat bahawa selepas beberapa tahun dengan kelahiran golongan ulama muda di daerah ini, minat dan kecenderungan kepada parti UMNO mula menurun. Ada yang masih berselindung di sebalik kopiah dan masjid kerana belum bersedia untuk turut berjuang dalam UMNO KB. Kenapa? Kerana kata mereka, UMNO KB menjadi ‘pusat’ kroni, pusat proksi, pusat mencari pangkat dan kedudukan! Sedangkan ahlinya pun saling bertelingkah kerana tidak cukup mendapat pengagihan kontrak dan projek, baik peringkat DUN ataupun Parlimen. Ada pun projek tetapi dimonopoli oleh orang-orang tertentu yang sangat ‘rapat’ dengan ADUN dan MP PARLIMEN.

Jika ini yang berlaku, Najib harus melupakan hasrat untuk “mengulamakan” UMNO kerana, di peringkat cawangan dan Bahagian masih terlalu jauh untuk menerima senario ini. Di Kota Belud..ramai ulama-ulama muda yang belum bersedia...Apakah program yang dibuat oleh UMNO KB untuk menarik golongan ini? Teringat saya lagu M. Nasir “Tanya sama itu Hud-Hud”.

Tuesday, June 22, 2010


Kalau dulu di tahun 80-an dan 90-an, naluri politik masyarakat Kota Belud hanya berkisar dalam ruang lingkup yang sempit ditiup dengan dongengan politik kesukuan yang menebal, sekali sekala diselang-seli dengan beberapa isu anutan dan agama pada zaman PBS, namun sekarang dengan 'rahmat' kemasukan UMNO di daerah ini, ruang bicara politik masyarakat Kota belud sudah jauh lebih terbuka. Barangkali 'rahmat' politik UMNO ini telah memberikan satu bentuk 'penyatuan' keinginan dan naluri masyarakat di daerah Koboi yang semakin membangun. Isu politik setiap kali PRU bukan lagi ada cerita suku dan ketuanan bangsa tetapi merangkumi persoalan nasional dan antarabangsa.



Wakil-wakil rakyat diteropong saban hari oleh rakyat, kemana mereka? apa kerja mereka? Apa pencapaian mereka? Wajarkah tindakan mereka? dan tertunaikah sudah janji PRU mereka?...Perkembangan ini seakan memberikan situasi 'rimas' kepada wakil-wakil rakyat di KB. Ada yang sekali sekala 'turun' menemui rakyat, bercerita dan minum di kedai-kedai kopi, selebihnya menghilangkan diri, entah tidak diketahui kemana perginya.



Perkembangan ICT juga memberikan satu kelebihan kepada rakyat. pelbagai permasalahan rakyat diutarakan dan dipamerkan. terpulang kepada wakil rakyat memberikan response? Seluruh isi alam yang celik ICT akan berupaya membaca pendirian, dan pemikiran mereka.



Kerana yang demikian, Wakil rakyat di KB yang terdiri daripada ADUN TEMPASUK, ADUN USUKAN, ADUN KADAMAIAN dan MP KOTA BELUD, harus sentiasa peka kepada masalah rakyat di kawasan mereka. isu-isu berkaitan dengan kehendak mereka sewajarnya diberikan perhatian.



Walaupun pelbagai doktrin penyelesaian diberikan berkaitan dengan isu pampasan jalan raya Bypass Kudat-Kota Belud, namun ia masih "gagal' memuaskan hati para penduduk yang terlibat. Bahkan ada laporan menyatakan bahawa ada 'orang tengah' yang mendapat habuan besar dari kesengsaraan penduduk yang diambil tanah mereka. Isu ini tinggal jadi isu, tidak ada minat l;angsung para wakil rakyat untuk mencari jalan penyelesaian yang berkesan.



Terbaru pula ialah berkaitan dengan isu pembinaan empangan di sungai Kadamaian di kampung Tambatuan. Kedengaran sudah ada seramai 36 orang ketua kampung yang dipecat kerana membantah cadangan pembinaan empangan itu di kawasan mereka. Rakyat dikhabarkan begitu tidak berpuas hati sehingga 'memaksa" Datuk Dr. Jeffry Kitingan turun padang dan mewakili serta mendengar kehendak rakyat di kawasan itu. Sedangkan pada waktu yang sama wakil rakyat DUN KADAMAIAN juga membisu seribu bahasa.



Saya tertanya-tanya, apakah sebenarnya peranan wakil rakyat yang demikian? Apakah mereka yakin bahawa sokongan rakyat tidak akan berubah arah dan hanya kepada mereka? Kerana apa? apakah kerana mereka mempunyai 'pulus' yang boleh mencairkan hati dan nurani masyarakat KB?

Sunday, June 20, 2010



Semua orang tahu, bahkan bukan lagi ‘rahsia politik’ tetapi sudah menjadi cerita umum, bahawa salah satu penyakit kronik pemimpin BN ialah saling cantas mencantas, bertelagah dan berebut jawatan dan kesempatan politik. Mungkin ini yang cuba dinasihatkan oleh PM Datuk seri Najib Najib ketika merasmikan perhimpunan Agung ke 57 PPP semalam. Najib begitu pantas mengingatkan semua pemimpin parti komponen BN termasuk UMNO supaya tidak bertelagah sesama sendiri dan sebaliknya merapatkan saf untuk mengekalkan kerusi dan kuasa pada PRU 13 akan datang. Sambil memberikan ironi bahawa sepatutnya pemimpin BN harus bertelagah dengan pembangkang dan bukannya sesama sendiri kerana kata beliau pembangkang sentiasa mencari peluang untuk berkuasa di putrajaya.



Peringatan Najib ini sepatutnya diambil berat oleh ramai pemimpin BN terutama pemimpin UMNO yang saling bermasam muka hanya kerana gara-gara perebutan projek dan jawatan. Malahan ada pemimpin UMNO yang mula mendaki kuasa pula mula melupakan asal dan usul mereka sehingga bertindak mencantas mereka yang ikut sama mendaki. Seboleh-bolehnya tidak ada orang lain yang boleh mengecapi kedudukan seperti mereka. Inilah antara budaya jijik yang berlaku di kalangan pemimpin UMNO. Tun Mahathir sendiri pernah menyatakan bahawa, ramai golongan muda dan profesional yang disekat daripada mendapat kedudukan dan jawatan dalam UMNO.



Di Sabah isu pemimpin saling bertelagah juga berlaku. Bukan sahaja semasa parti-parti komponen BN malahan semasa pemimpin UMNO. Pernah dilaporkan bahawa Datuk Musa Aman tidak begitu senang dengan tindakan Datuk Shafie Afdal menyalurkan peruntukan KKLBW tidak dengan melalui JPNS sehingga dikatakan ‘bersengketa’ secara senyap.



Begitu juga di Kota Belud, pertelingkahan sesama pemimpin masih jelas kelihatan walaupun cuba dinafikan oleh mereka. Malahan Datuk Musbah Jamli dikatakan kurang disenangi dalam UMNO KB, apatah lagi setelah ‘gagal’ mempertahankan jawatan sebagai ketua bahagian. Perbalahan politik antara dua pemimpin ini bukan sahaja menimbulkan konflik di peringkat akar umbi tetapi juga dianggap sebagai tidak menerima nasihat dan peringatan Najib ini. Di pihak lain Datuk rahman Dahlan juga dikatakan tidak sebulu dengan kepimpinan UMNO bahagian KB apabila dikatakan telah merancang pelbagai aktiviti peringkat Parlimen tanpa ‘restu’ UMNO KB.



Apakah ‘nasihat’ PM ini hanya tinggal nasihat semata-mata? Apakah pemimpin di Sabah dan Kota Belud khasnya masih bertelagah? Atau apakah keadaan ini akan memberikan advantage politik kepada pembangkang di KB? Persoalan-persoalan inilah yang masih belum terjawab sehingga saat PRU 13 diumumkan.

Friday, June 18, 2010



Sudah dua kali dalam tahun ini, Datuk seri Najib membayangkan bahawa PRU 13 akan diadakan pada bukan tarikh berakhirnya pemerintahan kerajaan BN yang sepatutnya tamat pada awal 2013 iaitu kira-kira dua tahun dari sekarang. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Najib ketika ditanya oleh wartawan pada satu majlis di Kota bahru. Berikutan itu ramai yang yakin dan pasti bahawa PRU 13 akan bakal diadakan sejurus selepas konvonsyen BN yang dijangka diadakan pada november ini. Ramalan ini berada pada jangka enam hingga 12 bulan selepas transformasi BN itu.



Ada beberapa faktor kepada penentuan ‘tarikh’ PRU 13 ini.Pertama kerana dikatakan sokongan rakyat terhadap BN telah mula menampakkan peningkatan, kedua kerana diwar-warkan bahawa UMNO dan parti ‘teras’ yang lain dalam BN telah berjaya melalui saat getir dan gelora perpecahan dikalangan mereka, walaupun MIC masih dihantui oleh gerakan Anti Samy Vellu (GAS), namun dikatakan sedikit masa lagi, MIC akan dapat keluar dari kemelutnya. Ketiga kerana dikatakan ekonomi negara berada pada tahap yang ‘selesa’ setelah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan, tambahan lagi MEB yang dilaporkan bakal menarik berbilion ringgit pelaburan asing di negara ini.




Selain itu dari sudut politik negara, Kekucaran yang berlaku pada PR terutama parti PKR yang menjadi ‘hantu’kepada BN akan memberi kelebihan kepada kerajaan dan UMNO untuk meraih sokongan daripada rakyat. “mata-mata” politik UMNO juga sentiasa membisikkan bahawa ‘kebanyakan ‘ orang Melayu sudah mula kembali kepangkuan UMNO dalam era kepimpinan Najib, walaupun beberapa PRK masih menunjukkan ‘orang Melayu” berpatah arang dengan UMNO. Sebab yang boleh difikirkan untuk PRU 13 diawalkan ialah ‘kes’ DSAI yang bakal diputuskan oleh mahkamah beberapa bulan mendatang ini. Sejauh mana kredibiliti ketua pembangkang ini menjadi sadis kepada UMNO dan BN memang tidak dapat dinafikan. Namun itu bukanlah ‘faktor’ pemanas kepada Najib untuk ‘mengawal’kan PRU 13.




Sayugia diingatkan bahawa apakah sebelum PRU13 diumukan akan berlaku persempadanan beberapa kawasan Pilihanraya oleh SPR?Atau apakah ada sudah kaedah terbaru untuk menangani keptidapuasanhati pembangkang terhadap undi POS yang dianggap selama ini memberi kekuatan dankemenangan kepada BN? Persoalan-persoalan ini tentunya juga mewarnai sebab dan musabab kepada pengumuman tarikah PRU 13..


Di pihak PAS,nampaknya TGNA telah memberikan response positif bahawa PAS telah lama bersedia. Payung sudah lama terbuka hanya menunggu hujan dari langit.

Walaupun begitu bagi sesetengah penganalisis politik kenyataan Najib itu hanyalah sengaja mencetuskan polemik politik kepada parti lawan kerana sejauhmana kebersediaan parti lawan dalam PRU akan datang bukanlah menjadi ukuran kerana apa yang paling utama ialah kebersediaan dan kesiapsiagaan UMNO dan BN dalam menghadai kemaraan politik pihak pembangkang.

Saturday, June 12, 2010


Petang semalam, seorang rakan lama saya yang juga seorang pensyarah di sebuah IPTA dan sedang mengikuti Muktamar PAS ke -56 yang berlangsung di Kota Bahru, menghubungi saya.Kami berbual mengenai perkembangan terbaru politik tanah air terutama di semenanjung. Beliau pada dasarnya mengikuti perkembangan perjuangan PAS tetapi kerana seorang yang berpendidikan tinggi peringkat PHD, mungkin pemerhatian beliau menjurus kepada kajian tindakan dan penyelidikan yang dibuatnya. Beliau menghuraikan panjang lebar tentang perbedaan orang Melayu UMNO dan Orang Melayu PAS..kerana menurut beliau isu ini amat penting kerana kedua-dua parti ini di pimpin oleh orang Melayu dan di sokong dan di dukung oleh orang Melayu sendiri. Jadi kerana kedua-duanya parti orang melayu! sudah tentu ada perbedaan yang jelas mengapa orang melayu berpecah memberikan sokongan kepada dua buah parti di negara di mana orang melayu bergelar "tuan".


Perbicaraan ini katanya tidak harus dipandang dari sudut agama kerana mungkin berat sebelah jika PAS dilabel parti Islam Semalaysia, sedangkan UMNO adalah pertubuhan Melayu Bersatu . Menurut beliau, sepanjang hampir 50 tahun kedua-dua parti ini menjadiu 'wira' orang melayu, pentarbiyahan kepimpinan berjalan dengan drastik. UMNO dan Melayunya mengalami proses pentarbiyahan yang bertali arus. Kepimpinan dan pemimpinnya ditonjolkan dalam ruang lingkup "keelitan"Maknanya serba serbi penampilan dan reformasi akhlak pemimpin Melayu UMNO selari dengan material yang dipamerkan. Pemimpin Melayu UMNO "gah' dengan kereta besar, rumah besar, hidup gaya artis, mempunyai asset dan hartanah yang banyak. Malahan ramai pemimpin melayu UMNO mempunyai hartanah di luar negara. Beberapa pemimpin Melayu UMNO mengetahui perkara ini. Berapa ramai peringkat pimpinan melayu UMNO tidak berperangai sedemikian. sedangkan menurut beliau, lagi..suatu ketika Melayu UMNO memunggut derma untuk menampung perjuangannya 'menuntut' kemerdekaan. Proses "mengkontraktorkan' pemimpin UMNO peringkat cawangan dan Bahagian berjalan dengan cukup pantas. Hasilnya selepas 50 tahun Parti UMNO ini dicengkam oleh idelogi 'elit' yang menekankan prinsip kebendaan.

Menyusuri melayu PAS, beliau merungkai bagaimana keadaan peringkat pimpinan melayu PAS yang begitu 'istiqamah' dan" tawaduk" dalam soal kebejatan materialistik. Ya! walaupun satu atau dua kes berlaku, namun ia tidak sehebat pimpinan melayu UMNO. Pemimpin melayu PAS nampak 'bersederhana' dalam soal kebendaan. Prinsip dan dasar kesederhanaan ini dipamerkan melalui cara berpakaian, cara hidup, cara pemilikan kekayaan dan paling besar adalah cara pentadbiran. Kerana itu menurut beliau, orang Melayu PAS nampak begitu 'setia' dengan perjuangan partinya. Pengecopan UMNO sebagai parti sekular diterima berdasarkan hala tuju pentarbiyahan pengikutnya.


Walaupun isu ini hanya berdasarkan kajian dan pemerhatian, namun ada kemungkinan isu ini menjadi 'pokok' kepada pertambahan sokongan melayu kepada PAS dan penolakan melayu (walaupun tidak semua) kepada parti UMNO. Adakah hal ini telah disedari atau sebaliknya?

Thursday, June 10, 2010


Dalam politik, 'penafian' adalah 'kebenaran yang tertunda', dan 'pengakuan' terbuka adalah tipu muslihat yang merbahaya. Dalam politik juga semuanya adalah kawan, dan semuanya adalah lawan. "berkemungkinan" dan mempunyai 'kebarangkalian' yang tinggi. Begitu tamsilan dunia politik secara umumnya. Sebab itu bila ada isu panas bertiup mengenai rangkaian politik di Sabah..maka ia penuh dengan kemungkinan dan keberanian yang tinggi. Umpamanya sejak akhir-akhir ini hubungan Musa Aman dengan Shafie Apdal begitu rancak diceritakan. Tiada penafian, tiada pengakuan, dari yang empunya diri tetapi politiklah yang membenarkan segala-galanya.


Berpunca dari pengagihan peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah yang diketuai oleh Datuk Shafie Apdal yang dikhabarkan tidak disalurkan kepada kerajaan negeri melalui Jabatan Pembangunan negeri (JPNS) dan kemudiannya penubuhan unit pemantau dari Kementerian Luar Bandar, yang kemudiannya dikatakan bertaraf "jabatan"...menjadi punca kepada pertikaian itu..malahan ramai penganalisis politik menyatakan kekhuatiran yang melampau mengenai perkembangan ini. Ada yang menyampaikan telah berlaku "krisis" antara dua tokoh ini. Kemudiannya dipanaskan lagi dengan tanggapan bahawa Datuk Shafie dikatakan sedang merangka strategi "tertutup" untuk persediaan mengambilalih jawatan Ketua menteri Sabah.

Perkembangan ini telah menyemarakkan lagi sokongan kepadaDatuk Musa Aman. Misalnya Ex- Usno dikatakan telah mengadakan kunjungan hormat kepada PM Datuk seri Najib untuk menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Datuk Musa Aman. Sebelum ini beberapa ketua cawangan di semporna juga dilaporkan menyatakan sokongan kepada kepimpinan Datuk Musa Aman.

Apa yang mengelisahkan kebanyakan penyokong Datuk Shafie ialah apakah selepas ini akan ramai lagi pemimpin masyarakat dan orang perseorangan serta NGO politik akan menyatakan sokongan kepada Musa Aman? Dan situasi politik ini telah membenarkan apa yang menjadi spekulasi selama ini.

Tuesday, June 8, 2010


Sejak isu pemberian lesen judi sempena Bola Sepak Dunia 2010, kepada kumpulan Berjaya menjadi perhatian umum, sejak itu jugalah pelbagai pendangan dan kritikan dilontarkan kepada kerajaan BN terutama kepada Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri dan merangkap menteri kewangan 1. Bukan sahaja pihak pembangkang, PKR, DAP dan PAS begitu lantang mendesak penarikan dan pembatalan semula lesen judi itu, bahkan juga NGO Melayu terutama yang sealiran dengan ritual perjuangan PERKASA begitu berani menyatakan pembantahan keatas tindakan kerajaan ini. Para pemimpin BN juga ada yang turut menyatakan ketidakwajaran kepada pemberian lesen judi itu Termasuk Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan PM . Maka jalan terakhir kepada PAKATAN RAKYAT ialah mendesak Menteri Kewangan 1 memberikan penjelasan di dewan Rakyat.


Selepas memberikan jawapan dan penjelasan, isu lesen judi ini kembali 'panas' kerana dalam penjelasan yang diberikan Najib mendakwa kerajaan belum pun meluluskan lesen judi berkenaan kepada Ascot Sport sdn. bhd. Di mana Vincent Tan dikatakan mempunyai kepentingan dalam syarikat berkenaan. Walhal sebelumnya Vincent Tan dilaporkan telah berkata bahawa lesen judi itu telahpun diluluskan melalui syarikat kumpulan Berjaya dan menyatakan kesediaannya untuk menderma sebanyak RM 525 Million hasil dari keuntungan syarikat berkenaan sehingga dilaporkan saham syarikat itu melonjak naik pada hari pengumuman 12 mei yang lepas.

Kenyataan bercanggah ini telah menimbulkan satu lagi senario baru di Dewan Rakyat iaitu kedengaran suara desakan supaya Datuk seri Najib dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen kerana disyaki membuat penipuan mengenai isu tersebut. Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata bahawa kenyataan Najib di dewan Rakyat adalah bercanggah dengan kenyataan yang dibuat oleh kumpulan Berjaya. Dan kenyataan itu dianggap sebagai mengelirukan.

Bagi Pakatan Rakyat jika ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dihadapkan ke JK itu kerana dikatakan memberikan gambaran salah tentang kondsep satu Malaysia yang dikatakan dicedok dari konsep satu Israel yang membabitkan syarikat APCO, maka apakah tindakan dan kenyataan Najib ini juga tidak harus dilihat sebagai memberi gambaran salah kepada dewan rakyat?


Kerajaan harus berani mendedahkan apa yang berlaku sebenarnya berlaku supaya isu pemberian lesen judi ini dapat dimuktamadkan. Jika sudah berlaku kelulusan dan kerajaan menarik balikkelulusan itu, maka ia adalah satu tindakan wajar yang jika diakui lebih awal akan menaikkan imej dan populariti kerajaan Najib...kerana sewajarnya disedari, tidak semua tindakan yang diambil itu selalunya betul dan benar dalam satu-satu keadaan tertentu. Dan memperbaiki dan memperbetulkannya adalah lebih baik dari membiarkannya rakyat membuat kesimpulan sendiri.

Ketika berkesempatan berbicara mengenai politik kota Belud dengan seorang penggiat politik di daerah kota belud beberapa hari yang lepas, beliau menyifatkan bahawa lagak pembangkang di daerah ini terutama PKR dan PAS hanyalah umpama "biduk lalu kiambang bertaut". Kehadiran mereka hanya bermusim dan tidak langsung menjiwai permasalahan rakyat di kota belud. beberapa insiden yang menuntut penglibatan mereka langsung tidak dipedulikan. Umpamanya masalah bekalan air bersih dan kepincangan pentadbiran MDKB yang disifatkan sebagai "gagal' menangani isu kebersihan dan sistem pengangkutan 'parking' di pekan ini.

PKR dan PAS hanya terlibat menyajikan isu-isu nasional yang tidak sangat dipedulikan oleh masyarakat Kota Belud. Isu blok L dan M, isu Israel, dan pelbagai isu lain dijadikan sebagai platform untuk mempengaruhi masyarakat KB memberikan sokongan kepada mereka.


Keadaan ini telah menyebabkan beberapa pemimpin BN di daerah ini berkeyakinan penuh bahawa tiga DUN di kota belud dan Parlimennya akan 'tetap' menjadi simpanan tetap BN diperingkat negeri. Bila menyebut tentang pertambahan sokongan kepada pembangkang pada PRU 12 yang lepas..pemimpin masyarakat ini menyifatkannya hanya bersifat sementara dan ia tidak sampai menafikan majoriti calon BN terutama dari UMNO.

Keadaan yang selesa ini telah membuatkan pemimpin BN mula lupa diri dan tidak sangat mengambil tahu beberepa permasalahan rakyat di kota belud. Dakwaan ini beliau utarakan apabila keadaan di perkampungan sekitar daerah KB masih ditahap seperti dahulukala. Tiada pembangunan dan jalan raya masih tidak beraspal, begitu juga bekalan air bersih yang diwar-warkan akan berakhir pada tahun 2010, masih belum menampakkan keberhasilannya, hanya di kawasan pekan sedangkan di perkampungan lain masih menggunakan air telaga dan telaga tiub.

Secara peribadi beliau menyatakan kepada saya bahawa PKR dan PAS harus segera berubaha jika tidak ingin melihat mereka akan gagal meraih sokongan pada PRU 13 akan datang. Sama ada benar atau tidak pandangannya, ia harus diambil kira kerana dalam politik segala-galanya boleh berubah sekelip mata.

Wednesday, June 2, 2010


Banyak cerita-cerita politik berkisar di Kota Belud...ibarat seorang penglipulara...di zaman dahulu, walaupun hanya berunsur spekulasi dan hipotessis, namun cerita-cerita ini tentu ada asas dan 'manis' nya kerana tak kan pokok bergoyang kalau tak ditiup angin.. Kota Belud adalah daerah yang begitu menonjol dalam dunia politik Sabah..bukan kerana disebabkan oleh beberapa pemimpin tempatan dan luar yang berhijrah di Kota Belud dapat mencipta populariti tetapi juga kerana masyarakatnya saban waktu, saban masa..begitu panas bercerita tentang politik negeri dan nasional..seperti kata iklan dalam TV...makan politik, tidur politik, minum politik dan serba serbi kehidupan masyarakat Kota Belud...terselit unsur-unsur politik yang terkini dan sensasi..rasanya amat rugi kalau tidak mendengar cerita penglipurlara politik kedai-kedai kopi di daerah ini.

Apabila desas-desus akan berlaku rombakan kabinet peringkat persekutuan..ia akan sampai lebih duluan di kedai-kedai kopi di kota belud..dari mana punca dan dari mana datangnya khabar angin itu..tentunya barangkali dari penggiat politik di daerah ini..kemudiannya 'turun' kepada para penglipurlara ini...

Memang benar, satu rombakan kabinet telah berlaku..dan Najib begitu bersemangat melantik beberapa 'senator' menganggotai kabinetnya...apakah signifikan 'Senator' dalam dunia politik Najib..kalau ramai lagi wakil-wakil rakyat yang membantu kemenangan BN pada PRU 12 yang lepas tidak mendapat "jawatan" dan keutamaan.?

Di daerah kota belud ini...ada khabar angin menyatakan bahawa rombakan kabinet itu akan melibatkan beberapa pemimpin KB..antaranya yang disebut-sebut ialah MP Kota Belud Datuk Rahman Dahlan...yang sebelum ini telah dilantik sebagai S/U Baru BN Sabah..seprang yang berpengalaman dan 'dekat' dengan beberapa personaliti politik negeri dan persekutuan...Namun spekulasi ini telah meleset setelah Najib mengumumkan barisan kabinetnya semalam.. Datuk Rahman tertinggal dalam senarai "menunggu".

Kemudian daripada itu..ada juga yang menyatakan bahawa Datuk salleh akan ke Persekutuan dan melepaskan jawatan sebagai penasihat sains kepada Ketua Menteri Sabah..Inipun tidak kesampaian..malahan nama DSSK pun tidak di sebut...penyokong DSSK menyatakan bahawa ia adalah satu petanda bahawa DSSK semakin dekat dengan kerusi CM sebab itu beliau dikekalkan di peringkat negeri..Walaupun mendapat saingan dari Datuk Shafie Apdal..namun DSSK dikatakan lebih berpotensi berdasarkan rekod dan kemampuan.

Selain daripada dua isu diatas...kelibat Tan Sri Pandikar Amin juga tidak lepas dari cerita politik di KB. Beberapa minggu yang berlalu..TSP dikatakan telah mengadakan program "juara rakyat peribadinya" apabila dilihat mengadakan kunjungan hormat di kedai-kedai kopi di pekan ini. beberap siri 'makan dan minum" bersama rakyat telah dirancang. Menghairankan!...sebelum ini setelah TSP tamat berkelana di Kota Marudu dan menjadi YDP Dewan Rakyat..sejak itu beliau menjadi "sunyi" dari cerita penglipurlara di pekan ini..hanya sejak kebelakangan ini..ia bertambah kencang dan mula melanda arus sungai Tempasuk yang mengiringi kehidupan masyarakat di pekan bertuah ini. Apakah strategi TSP? tiada ada siapa yang tahu...walaupun beberapa penglipurlara politik KB mula menokok tambah cerita-cerita mengenai hal ini, namun ia masih menjadi 'misteri'.

Tuesday, June 1, 2010


Bila isu ketuanan suku dan bangsa diperkatakan ,ramai yang tidak bersetuju kerana beranggapan ia unsur fahaman rasisme, namun pada hakikatnya manusia tidak pernah lari daripada memperkatakan isu ini. Suatu ketika pengendali blog ini di cap sebagai kesukuan...tetapi jarang antara kita yang mula memikirkan dan mentelaah isu ketuanan suku di kota belud ini sebagai satu isu yang wajar didudukkan semeja dalam suasana perbincangan matang dan dewasa. Justeru itu KM mengharapkan agar apa yang dipaparkan ini dilihat dari sudut yang positif.


Apabila Pemimpin kemajuan Rakyat Tempasuk Sdr Baghdad Turogan bertindak melepaskan diri dari jawatan itu, ramai masyarakat Iranun mula gusar atas beberapa sebab. Antaranya ialah siapa pengganti yang boleh mengantikan kedudukannya? kedua, apakah sebab kepada peletakkan jawatan itu? Walaupun sebelum ini DUN Tempasuk datuk Musbah jamli begitu berbangga kerana mempunyai seorang pemimpin bertaraf PKR Dun tempasuk yang berkeliber namun sekarang sudaj tidak lagi..Apakah puncanya adalah disebabkan kerana wujud pertelingkahan senyap antara ADUn Tempasuk dengan orang bawahanya? Atau barangkali kerana atas prinsip penglibatan Sdr Baghdad Turogan sebagai kontraktor Iranun yang memperolehi banyak projek di bawah DUN TEMPASUK?


Apakah tidak wajar masyarakat Iranun di DUN ini berasa risau dengan perkembangan terbaru ini? bagaimanakah gagasan dan perancangan yang dilakuykan oleh sdr baghdad Turogan sebelum ini dapat direalisasikan khususnya beberapa projek di perkampungan Iranun termasuk kota peladok dan Tamau? KM berkeyakinan pemergian sdr baghdad Turogan dalam kepimpinan DUN TEMASUK adalah satu kerugian yang besar kepada Iranun dan Bajau di kawasan berkenaan.