Monday, November 21, 2011


Pada asasnya Najib lebih banyak diteropong atas pentas usianya. Najib seorang pemimpin yang usianya melepasi darjah 'orang muda'. Tetapi yang berlaku, Najib tidak pernah merasa tua, bahkan kelihatan sentiasa ceria dan mendampingi orang muda. Najib sedar bahawa 'orang muda' di Malaysia adalah antara pengguna twitter, Fcb dan Blog yang berada pada rangking teratas. Sebab itu, Najib turut sama membuka akaun Twitter,Fcb dan Blog 1 Malaysia. Tujuannya tidak lain untuk berkongsi idea dengan golongan muda di negara ini.

"saya ada blog sendiri, Facebook dan Twitter sendiri. Kebanyakannya saya twit sendiri dan ada kala pegawai menjalankan tugas ini bagi pihak saya. Saya mahu berhubung dengan rakyat. Saya mahu meletakkan hati saya dengan rakyat."

Inilah antara luahan hati Najib berkenaan dengan media sosial ini. Begitu serius beliau,begitu ambil berat tentang segelintir kehendak orang muda di negara ini.

Semalam, Najib telah melancarkan slogan Baru BN iaitu "BN PILIHAN ORANG MUDA". Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin menyatakan slogan itu akan digunapakai pada PRU 13 akan datang. Begitu nekad Najib mahu mendapatkan sokongan golongan ini? Kenapa? Jawapannya kerana golongan muda ini melewati 40% daripada jumlah pengundi berdaftar di negara ini. Suara mereka harus didengar jika mahukan sokongan dari gerombolan ini.

Di Kota Belud lain pula halnya kerana rata-rata pemimpin politik di daerah ini lagnsung tidak mempedulikan hasrat Najib itu. Datuk Salleh misalnya tidak mempraktikan lagnsung media sosial untuk mewujudkan percambahan pemikiran dikalangan golongan muda di Kota Belud. Blog Datuk Salleh bukan sahaja mematikan ruangan "ulasan" tetapi juga dalam FCBnya Datuk Salleh juga tidak menyentuh isu golongan ini yang boleh diperdebatkan selain dari rakaman aktiviti hariannya.

Jika beginilah keadaannya, Najib akan gagal melaksanakan impian untuk berkomunikasi dengan golongan muda ini. Kerana ramai pemimpin politik yang tidak sehaluan dengan beliau.


40 ulasan :

Mohd Ishak said...

Nampaknya PM Najib masih perlulah berusaha lagi untuk mendapatkan sokongan orang ramai.

Mohd Ishak said...

Harap semua pemimpin akan melakukan yang terbaik demi rakyat.

Anonymous said...

para pemimpin kena aktif dalam mendekati rakyat, laman sosial adalah satu cara mendekati rakyat.

Anonymous said...

golongan muda mmg perlu diberi perhatian, mereka memainkan peranan penting dalam tentukan hala tuju politik negara.

Kris Jr said...

harap2 PM dapat la mendengar suara rakyat.

Anonymous said...

"BN PILIHAN ORANG MUDA". Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin menyatakan slogan itu akan digunapakai pada PRU 13 akan datang. Begitu nekad Najib mahu mendapatkan sokongan golongan ini?

Golongan muda ini berfikiran terbuka dan berpendidikan tinggi, meraka tahu apa yang meraka perlukan demi masa depan. Jelas, najib faham golongan ini adalah saingan yang paling kuat untuk BN.

Anonymous said...

Turun padang dan mendekati rakyat, kerajaan akan lebih memahami keadaan sebenar di luar sana.

Anonymous said...

Jika beginilah keadaannya, Najib akan gagal melaksanakan impian untuk berkomunikasi dengan golongan muda ini. Kerana ramai pemimpin politik yang tidak sehaluan dengan beliau.

Najib harus memainkan peranan terutama dalam parti komponennya. ketidak sehaluan ini akan menjejaskan prestasi BN di PRU13.

Anonymous said...

Najib turut sama membuka akaun Twitter,Fcb dan Blog 1 Malaysia. Tujuannya tidak lain untuk berkongsi idea dengan golongan muda di negara ini.

Jelas Najib berhasrat menambat hati golongan muda. Adakah hasrat ini tercapai, memang susah diramalkan.

Anonymous said...

Jika parti komponen tidak sehaluan, memang susah untuk berjuang untuk agenda yang sama.

jackie said...

PM kita telah melakukan perkara yg baik..mendekati rakyat melalui laman sosial...

jackie said...

Pemimpin haruslah mencontohi PM kita, mendekati rakyat dengan dengan pelbagai cara..

kamilla said...

PM Najib mendapat sokongan dari semua golongan rakyat...beliau adalah pemimpin yg baik dan sangat memetingkan rakyat..

Logop said...

Najib need to work on his leadership skills. It seems like he is not a likable person.

Logop said...

The young voters are wise enough to decide on their own to vote for the best party.

No name said...

Sistem pendidikan memainkan peranan terhadap golongan muda ini.

No name said...

Apakah punca pemimpin KB tidak sehaluan dengan Najib? Agenda yang berbeza? Conflict of interest? Kerusi?

No name said...

turun padang dan memahami keadaan.

No name said...

"slogan Baru BN iaitu "BN PILIHAN ORANG MUDA"."

Najib realised that the younger generation play major role in comign election. Such group of people thinking indeed open minded and willing to take challenge. Its will affect the entire BN in coming PRU.

No name said...

Pasti Najib akan menyelesaikan konflik antara parti komponen dan pemimpin.

Anonymous said...

usaha PM untuk mendekati golongan muda adalah baik dan mendapat sambutan.

Anonymous said...

golongan muda sememangnya penting dalam membantu membangunkan negara pada masa depan dan mereka perlu didekati.

Anonymous said...

jika Salleh tidak sehaluan dengan Najib, beliau tidak akan menyeru golongan muda supaya memberi mandat penuh kepada Najib.

Anonymous said...

jika Salleh tidak sehaluan dengan Najib, beliau tidak akan membuat kenyataan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri ‘winnable’ yang mampu memacu negara ke arah mencapai status negara maju.

Smookiekins said...

generasi muda adalah perintis masa depan, harap2 akan lebih berjiwa rakyat.

Jemput2 la ke blog sya, http://bah-sabah-bah.blogspot.com/

Anonymous said...

golongan muda merupakan aset negara. memang wajarlah PM memberi perhatian dan tidak meminggirkan golongan muda ini dalam arus pembangunan negara dan cara PM mendekati golongan ini melalui laman sosial memang satu tindakan yang tepat.

Paquin said...

Mungkin ada yang tak sehaluan tapi rasanya usaha Najib yang berterusan pasti mampu mengubah keadaan ini.

Paquin said...

Tambahan pula Najib cukup bijak memanfaatkan sebaik mungkin teknologi yang ada. Jadi jangan hairan kalau ramai golongan muda yang menyokong Najib nanti.

Paquin said...

Macam tak sabar nak tunggu PRU13. Entah apa akan berlaku nanti. Yang pasti, persaingan sudah tentu 'panas' hehhe

Paquin said...

Harap Najib akan terus melipatgandakan usahanya menambat hati ramai. At least rakyat nampak juga kesungguhan Najib.

Sanih Alias said...

Jika ada perasaan tidak senang dan puas hati sebaiknya suarakan. Jangan simpan kerana itu tidak akan membawa kebaikan jika terus disimpan.

Hamdan Hadillah said...

Teruskan usaha untuk terus mendapat sokongan dari rakyat dan pemimpin parti yang lain.

Unknown said...

hope the people are matured and capable of making the necessary judgment...

Unknown said...

harap adanya kesefahaman dan perpaduan antara pemimpin kita dapat menjadi contoh kepada rakyat di negeri ini

Unknown said...

kerana ianya tunggak kejayaan dalam sesebuah pemerintahan...

Unknown said...

semoga, perbelahan di antara kaum/puak di Sabah dapat dileraikan dan semua bersatu-padu untuk membangunkan negeri ini bersama-sama

Unknown said...

dan rakyat perlu berfikiran positif supaya ini dapat menjadi kenyataan suatu hari nanti

POP said...
This comment has been removed by the author.
POP said...

Kita haru bekerjasama demi kebaikan semua orang.

POP said...

Kenapalah begitu kecil hati?