KELAPA MAWAR

Thursday, December 22, 2011

PERKASA SABAH RAPUH???????

Tidak banyak isu di Sabah yang diperjuangkan oleh PERKASA.Tidak banyak juga kenyataan yang dikeluarkan oleh PERKASA SABAH berkenaan dengan pelbagai isu melibatkan reformasi sistem pilihanraya di negara ini dan terutama di Sabah. Isu penggunaan dakwat kekal, pembersihan daftar pemilih dan juga isu pengundi hantu ,langsung tidak disentuh ketika YDP PERKASA SABAH mengumumkan meninggalkan UMNO dan menyertai PKR beberapa minggu lepas di KOTA BELUD.

Sebaliknya di Semenanjung PERKASA dilihat begitu signifikan dengan pelbagai isu terutama melibatkan ketuanan Melayu.Sehingga Pembangkang menganggap PERKASA adalah pekakas kepada UMNO dan BN.Lihat petikan ini :


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) membidas kenyataan Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali yang mendakwa penggunaan dakwat kekal akan membawa negara ke belakang.

Bagi DPP Malaysia, kenyataan seperti ini seolah-olah tidak mahu negara ini berganjak ke arah sistem pilihanraya di Malaysia yang lebih adil, telus dan penuh dengan amalan demokrasi yang tinggi.


DPP Malaysia merasa hairan bagaimana Perkasa boleh mempertahankan agar dakwat kekal tidak digunakan dalam keadaan semua pihak bersetuju supaya ianya digunakan.

Alasan bahawa Malaysia adalah negara maju dan canggih sehingga tidak memerlukan dakwat kekal adalah alasan yang yang amat dangkal. Ini kerana selama ini dalam keadaan negara tidak meggunakan dakwat kekal, selama itulah berlakunya pelbagai penipuan dan penyelewengan hasil dari daftar pemilih.

Persoalannya, apa yang Perkasa khuatirkan dengan penggunaan dakwat kekal? Mengapakah Perkasa gusar sangat terhadap kebenaran yang akan disingkapkan hasil dari penggunaan dakwat kekal dan apakah kerana ada kuasa yang bakal tergugat dalam PRU ke 13 nanti sehingga boleh menjejaskan masa depan Perkasa?

Selain itu, DPP Malaysia merasa pelik kerana Perkasa mendakwa ramai pengundi Melayu tidak keluar mengundi jika dakwat kekal digunakan. Atas dasar apakah dakwaan Perkasa ini?


Mengapa pula orang Melayu tidak mahu turun mengundi hanya kerana ada dakwat kekal digunakan. Jika alasan syarak digunakan, Majlis Fatwa Kebangsaan telah meluluskan dan tiada apa-apa masalah dalam menggunakan dakwat kekal.

Orang Melayu hanya tidak turun mengundi jika ada ancaman atau ugutan terhadap mereka daripada turun mengundi. Dalam keadaan negara aman seperti Malaysia, orang Melayu tidak perlu risau untuk turun mengundi kerana tiada siapa berhak mengugut orang Melayu daripada menunaikan hak dan kewajipan mereka.


Mengundi dalam pilihanraya adalah suatu kewajipan kerana ia berkaitan memilih pemimpin yang akan memimpin negara dan masa depan rakyat.

Oleh itu, Perkasa tidak perlu mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas seperti ini. Perkasa sepatutnya mengalu-alukan usaha SPR yang mahu mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap sistem pilihanraya di Malaysia yang telah lama diperkatakan orang.


Lebih dari itu, Perkasa perlu memujuk orang Melayu turun mengundi bagi membuat perubahan di dalam negara ini.

41 comments:

  1. penggunaan dakwat kenal dah dipersetujui banyak pihak, hnya PERKASA yang membantah. PERKASA kena terima keputusan ini. lagipun alasan PERKASA membantah penggunaan dakwat kekal tak masuk akal.

    ReplyDelete
  2. jika di Sabah, PERKASA tidak diperlukan, kehadiran PERKASA di Sabah hnya boleh menganggu perpaduan kaum di Sabah.

    ReplyDelete
  3. Saya rasa Perkasa tidak diterima baik oleh rakyat Sabah. Rakyat Sabah sudah biasa dengan kesatuan antara semua kaum dan agama, Perkasa yang menumpukan pada hak Melayu dan Islam sahaja mungkin tidak berapa popular dengan orang kita.

    ReplyDelete
  4. Kita tidak perlukan mana-mana NGO ataupun Parti yang ekstremis. Lebih baik ada satu parti yang boleh memperjuangkan hak semua orang Sabah tanpa mengira kaum dan agama. Kesatuan dan perpaduan adalah semangat rakyat Sabah. Hidup 1 Sabah!

    ReplyDelete
  5. Perkasa tidak diterima di Sabah. Perkasa tekenal dengan sifat rasis rasanya tidak sesuai mempengaruhi Sabah. Kenyataan Perkasa mengenal dakwat kekal rasanya tidak mewakili semua kaum Melayu di M'sia yang majoritinya mengharapkan pembaruan pada PRU13.

    U Say Bah, I Say Bah. Sabah Bah......

    ReplyDelete
  6. Bagaimana pun pelaksanaan yang amanah perlu dalam setiap perkara. Kenyataan Perkasa perlu mengambil kira segala permasalahan yang dibangkitkan sehingga kaedah dakwat kekal digunakan. Kenyataan Perkasa tidak berasas.

    ReplyDelete
  7. Baguslah rapuh. Bubar terus. Semakin menjadi-jadi dan bongkak.

    ReplyDelete
  8. vote for a party or parties which will provide stabilty and development to the state.

    Sabahan are vise to decide

    ReplyDelete
  9. bukankah PERKASA hanya ada di Semenanjung dan untuk orang Melayu saja?

    ReplyDelete
  10. abaikan saja 'ugutan' PERKASA. apa yang telah dinyatakan mereka bukan mewakili keseluruhan orang2 Melayu.

    ReplyDelete
  11. Perkasa tak popular di Sabah mungkin sebab Sabahan melihat Perkasa ini sebagai parti yang tak relevan.

    ReplyDelete
  12. Kalau tak pun mungkin sebab Sabahan kan pentingkan keharmonian dan mahu semua kaum dibangunkan dan tak tumpu kan hanya pada satu kaum saja.

    ReplyDelete
  13. Jadi kalau Perkasa mahu disenangi ramai Perkasa patut fokus pada kesatuan bersama dan bukannya menjurus kepada perpecahan.

    ReplyDelete
  14. W/bagaimanapun terpulanglah pada penerimaan masing-masing. Susah juga mahu cakap. hehe

    ReplyDelete
  15. Apapun, kita tunggu sajalah nanti. Politik ni, apapun boleh berlaku.

    ReplyDelete
  16. PERKASA memang tidak berguna lagi. Jangan sia- siakan masa semua orang. Memalukan BN saja.

    ReplyDelete
  17. Jika nak PERKASA membangun, mereka harus mengadakan ketua yang lebih berkuasa untuk menguruskan parti tu.

    ReplyDelete
  18. penggunaan dakwat kekal pastinya disokong oleh banyak pihak.

    ReplyDelete
  19. rasanya di Sabah ni perkasa dilihat kurang mendapat sambutan.

    ReplyDelete
  20. harap apa yang dibuat akan dapat meningkatkan kualiti sistem pilihanraya.

    ReplyDelete
  21. perkasa dilihat tidaklah menonjol di Sabah.

    ReplyDelete
  22. penggunaan dakwat kekal digunakan kerana banyak yang mencadangkannya. harap ini akan menjadikan sistem pilihanraya lebih telus lagi.

    ReplyDelete
  23. It can be seen that PERKASA is not popular in sabah. Maybe PERKASA should just forget their mission in getting supporters in sabah.

    ReplyDelete
  24. Having perkasa in sabah would make the situation worse in sabah. Sabah has always been united with all races in sabah.

    ReplyDelete
  25. Perkasa is simply a racist party.

    ReplyDelete
  26. Bukan lagi rapuh malah memang takda kedudukan langsung. Ini amat baik buat Sabah.

    ReplyDelete
  27. kalau setakat Perkasa saja yang membantah, saya yakin tidak akan membawa kesan kepada keputusan yang telah dibuat oleh spr..

    ReplyDelete
  28. saya tidak pernah tahu pula wujud Perkasa di Sabah.. ini bukan setakat rapuh, tetapi telah hilang entah kemana..

    ReplyDelete
  29. Perkasa tidak bercorak berbilang kaum, susah untuk diterima di Sabah.

    ReplyDelete
  30. Perkasa harus berubah dan tidak hanya menuntut untuk kaum melayu sahaja.

    ReplyDelete
  31. Let see what happen to Perkasa in PRU13.

    ReplyDelete
  32. Reputasi Perkasa kurang baik, itulah tidak mendapat banyak sokongan di Sabah.

    ReplyDelete
  33. Perpaduan antara kaum dan bangsa harus diamal dan dipelihara. Bukan senang untuk Perkasa memenangi kerusi jika berkekalan misinya.

    ReplyDelete
  34. Parti bercorak berbilang kaum akan menjadi keutamaan.

    ReplyDelete
  35. Perkasa masih perlu berusaha untuk menambat hati orang Sabah.

    ReplyDelete
  36. Jika Perkasa berhasrat untuk memanangi hati rakyat, harus juga berubah strategy dan agendanya.

    ReplyDelete
  37. May be they need a better leader to lead the party.

    ReplyDelete
  38. Keharmonian antara kaum harus menjadi obkektif utama parti. Parti yang menumpu kepada satu agama akan disingkirkan.

    ReplyDelete
  39. Salam sejahtera kepada blog dan pembaca sekalian,

    Salahkah apa yang PERKASA katakan? Bagaimana pula dengan ahli PAS yang lain yang memberikan kenyataan yang bukan-bukan. Kenapa PAS tidak tegur dan melarang mereka? Itulah orang kita. Kesalahan orang lain kita akan nampak dan cuba untuk menghebohkannya. Tapi bila kesalahan parti sendiri duduk diam tanpa ada buat apa-apa.


    bayausbh.blogspot.com

    ReplyDelete