KELAPA MAWAR

Saturday, December 17, 2011

POLITIK SABAH BERGEGAR LAGI ANGKARA MUSLI OLI

Sebelum ini apabila YDP perkasa Sabah juga AMT USBO, Sdr Musli Oli bertindak keluar dari UMNO dan menyertai PKR, beliau mendakwa dibayar antara RM17 ribu sebulan semasa berada dalam parti UMNO. Sambil menyifatkan bahawa tindakannya keluar dari UMNO itu bukan kerana faktor Wang tetapi bersangkut dengan prinsip perjuangan. Pendedahan sdr Musli Oli mendapat pandangan sinis daripada MP Kota Belud,YB Datuk Rahman Dahlan apabila dalam FCB MP Kota belud seolah-olah mempertikaikan kenyataan sdr Musli Oli dan membuat bandingan bahawa MP atau Ahli Parlimen hanya diperuntukkan sekitar RM6500 sahaja,jauh lebih rendah daripada yang diperolehi oleh sdr Musli Oli yang bukan bertaraf Ahli Parlimen atau YB.

Pendedahan Musli Oli tentang kepincangan UMNO dalam mengurus keikhlasan kepada Sabah dan sarawak terus dilakukan oleh blogger itu dalam Blognya Sekali ketuk dan kemudiannya dipostkan dalam laman portal Rontog .daily.

Terbaru dalam ceramah di kg Tajau, Tuaran, YD Perkasa itu pula membuat pendedahan berani yang menyebabkan politik Sabah BERGEGAR!. Musli OLi dalam kenyataanya mendakwa UMNO membayar beliau RM9 ribu sebulan untuk menyerang Datuk seri Anwar Ibrahim dan parti PKR dalam penulisannya di Blognya.

Pendedahan itu bukan sahaja memberi satu persepsi baru dalam minda luar sedar  politik anak-anak muda di sabah tetapi juga ia memberikan jawapan kepada apa yang sebelum ini dilaung-laungkan oleh pemimpin PKR mengenai dengan KONSPIRASI KOTOR DAN JIJIK yang dibuat oleh UMNO untuk menjatuhkan dan mengaibkan Datuk seri Anwar Ibrahim.

Jika sebelum ini rakyat Sabah hanya mendengar khabar-khabar angin dari pemimpin PKR di semenanjung tetapi kali ini, dengan pendedahan anak tempatan kelahiran Kota belud itu, sdr Musli Oli dilihat menjadi ikon  baru perjuangan PKR di sabah. Mungkin tidak setanding dengan Dr Jeffry Kitingan yang telah meninggalkan parti PKR tetapi kehadiran Musli Oli dilihat menyuntik semangat baru dalam perjuangan menuntut HAK_HAK SABAH seperti yang terkandung dalam 20 Perkara perjanjian Malaysia.

43 comments:

  1. Benarkah begitu?? tapi tidak mustahil juga jika sebaliknya. Dalam politik macam2 ada.

    ReplyDelete
  2. Dulu dalam UMNO dia cakap baik pasal UMNO sekarang sudah masuk PKR dia mahu menangkan Anwar. Macam lidah bercabang pula. Kalau PKR bayar dia pun apa beza..

    ReplyDelete
  3. Kris Jr ( December 18, 2011 10.54am), in other words, he cannot be trusted. Its a good thing hes out from UMNO. UMNO don't need a two face biatch in their team.

    ReplyDelete
  4. im pretty sure he is receiving money from PKR, in fact more than he was paid while he was with UMNO.

    ReplyDelete
  5. I guess PKR is just as same as UMNO.. Its sure going to be tough to decide who to vote in this coming election.

    ReplyDelete
  6. Biasalah politik... Makin dekat PRU macam ni lah jadinya. Ada saja yang timbul.

    ReplyDelete
  7. Kalau betul lah hal ni, memang konpom si Musli ni lidah bercabang oo..

    ReplyDelete
  8. Tapi susah juga mahu cakap... Ya lah politik kan sukar diramal. Macam-macam boleh berlaku.

    ReplyDelete
  9. Namun terpulanglah pada penilaian individu masing-masing. Sekarang ini apa yang paling penting adalah undi rakyat, jadi pandai-pandailah rakyat putuskan nanti.

    ReplyDelete
  10. Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti. Masa akan membongkar segalanya.

    ReplyDelete
  11. Ini keputusan Musli Oli, kita perlulah menghormati keputusan beliau.

    ReplyDelete
  12. Selamat berjuang kepada beliau bersama PKR.

    ReplyDelete
  13. banyaknya Musli Oli kena bayar, dia masuk PRK berapa pula dia kena bayar?

    ReplyDelete
  14. selalunya mmg begitu, bila dah keluar parti, pasti byk isu yang akan disebarkan.

    ReplyDelete
  15. kalau sudah masuk PKR tak payahlah memburuk2kan pula parti yang sudah dianggotai dulu. pasti MO suatu hari nanti akan menemui kelemaham dalam PKR juga.

    ReplyDelete
  16. keahlian tidak boleh dibeli dengan wang..

    ReplyDelete
  17. Lumayan kan bila terlibat dalam permainan politik ini. Habuan yang diterima bukan alang2. Bila sudah tak sehaluan, macam2 pula diperkatakan.

    ReplyDelete
  18. Kita harus ada prisip dan jangan biarkan diri 'dibeli' dengan mudah.

    ReplyDelete
  19. terserah kepada beliau sendiri untuk menentukan halatuju politiknya sendiri.

    ReplyDelete
  20. selalunya mereka yang keluar parti berkemungkinan tidak setia.

    ReplyDelete
  21. yang penting sekarang ini semua perlu fokus ke depan.

    ReplyDelete
  22. antap.. samada dia dibayar untuk sertai PKR atau tidak, hanya dia saja yang tahu.. jika selepas ini beliau lompat parti lagi, mungkin masa itu baru dia dedahkan..

    ReplyDelete
  23. yang jelas sekarang, beliau pernah MENERIMA ganjaran untuk memburukkan parti yang beliau sertai sekarang..

    ReplyDelete
  24. Musli Oli cuma tidak puas hati kerana tidak terpilih menjadi DUN atau Parlimen. Sebab itulah dia berbuat demikian.

    ReplyDelete
  25. Kekecewaan yang ada dalam diri Musli menyebabkan beliau bertindak demikian. Menjadikan pelbagai isu untuk kepentingan beliau sendiri. Maka para pemuda Sabah perlulah bijak untuk menilai sendiri mengenai perkara yang keluar dari Mulut Pembangkang.

    ReplyDelete
  26. terserah kepada keputusan beliau

    ReplyDelete
  27. tidak ada siapapun berhak menahan tindakan beliau jika itu kehendaknya

    ReplyDelete
  28. biarlah rakyat yang menentukan nasib beliau di PRU-13 nanti

    ReplyDelete
  29. menang atau tidak, kita tunggu dan lihat keputusan PRU nanti

    ReplyDelete
  30. jadi, kita sebagai pengundi harus gunakan hak kita dengan bijak

    ReplyDelete
  31. Lets see how the people think about him in PRU13.

    ReplyDelete
  32. Sikap melompat parti akan mendatangkan kesan dan imej yang amat negatif.

    ReplyDelete
  33. Why he is doing such? Money? benefit?

    ReplyDelete
  34. rakyat harus pandai menilai dan menyingkirkan wakil rakyat yang tidka bertanggung jawab. Sabah memerlukan calon yang berkeupayaan untuk membawa Sabah peringkat yang lebih maju.

    ReplyDelete
  35. He is one among so many. He is freely to do anything, whether or not he will get support from the people, indeed another topic.

    ReplyDelete
  36. Imej Musli kurang baik selama ini. Adakah juga sindiket berkenaan mata wang.

    ReplyDelete
  37. Jangan hilang arah dan melupakan tanggung jawab kepada rakyat.

    ReplyDelete
  38. keep accusing each other for what

    ReplyDelete
  39. Macam2 yg jadi...bila dkt PRU jak mesti ada yg lompat parti...ada saja isu yg bpbesarkan...klu mo keluar..keluar jak la..kalu betul perjuangan anda TELUS kenapa perlu hebahkan kepada pihak media????kenapa perlu tunding menunding jari...Murah sgt rupanya nilai diri anda sehinggakan sanggup dibeli...lepas tu mjaja cerita itu dan ini...hermmm...

    ReplyDelete