Sunday, August 28, 2011


Selamat menyambut Hari raya Aidilfitri 2011 kepada semua pengunjung blog ini. Mohon maaf zahir dan batin sekiranya selama blog ini beroperasi terdapat beberapa kelemahan dan kesilapan fakta yang terkandung dalam artikel yang dipostkan.

Thursday, August 25, 2011


Oleh : ahli Umno Kota Belud.

Seorang ahli Umno KB yang seorang pemimpin muda dari parti berkenaan menimbulkan keresahan apabila mendakwa Majlis bersungkai yang diadakan oleh Tan sri Pandikar Amin bersama dengan masyarakat Kg Rampayan yang diadakan pada 13.Ogos lepas dibuat serentak dengan Majlis Berbuka Puasa bersama Ketua Menteri Sabah di Kota Belud. Ahli UMNO KB ini ketika menjelaskan kepada KM, mendakwa, ekoran daripada penganjuran majlis tersebut, Tan Sri Pandikar Amin yang juga YDP Dewan Rakyat dan merupakan 'Wakil' rakyat Tempasuk yang digugurkan pada PRU 12 lepas terpaksa tidak dapat menghadirkan diri bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman.

Majlis berbuka Puasa bersama Ketua Menteri itu diadakan diperkarangan Masjid Pekan Kota Belud yang turut dihadiri oleh 'rakan' rapat TSP yang juga Timbalan pengerusi perhubungan UMNO Negeri, Datuk Salleh Tun said Keruak, Datuk Rahman dahlan , MP Kota Belud, Datuk Japlin Akim , Datuk Musbah Jamli dan beberapa orang pegawai kanan Kerajaan negeri dan Persekutuan.

Ahli UMNO KB ini mempersoalkan kerana situasi itu seolah-olah menggambarkan keretakan hubungan TSP dengan Musa Aman dan Datuk Salleh Tun said. Apakah desas desus sebelum ini yang menyatakan sudah mula wujud ketidaksefahaman antara DSSK dan TSP dalam percaturan politik negeri? kata beliau . Atau apakah TSP telah mula menghidu beberapa insiden politik di Sabah yang memungkinkan tokoh politik Iranun ini tidak 'mendapat' tempat pada PRU 13?

Masih menjadi teka teki kerana, dalam politik semuanya adalah kemungkinan yang tidak boleh dijangka.Bersama kita tunggu apa kesudah politik di KB

Wednesday, August 24, 2011


Ramai yang memandang sinis atas kenyataan pembelaan bertulis setebal 32 mukasurat yang dibaca oleh yang Tertuduh, Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah beberapa hari lepas. Kenyataan dalam bahasa Inggeris itu disiufatkan oleh ramai pihak sebagai 'kenyataan' politik yang sekali lagi mengulangi wayang 1998. Bukan sahaja penafian atas tuduhan liwat ke atas pengadu, Saiful Bukahri Azlan dengan kenyataan "saya tidak pernah meliwat Saiful", tetapi juga DSAI tetap mengulangi keyakinannya bahawa semua itu adalah satu "konspirasi' politik peringkat tertinggi untuk 'menjahanamkan' politik peribadinya. Menyifatkan bahawa BN dan UMNO begitu rasa tergugat dan terdesak 'mempertahankan' kuasa mereka yang mula terhakis dengan beberapa negeri jatuh kepada Pakatan rakyat pada PRU 12 yang lepas , DSAI juga menyatakan bahawa keseluruhan agensi kerajaan seperti PDRM dan badan kehakiman diperkudakan untuk tujuan jijik tersebut. Kenyataan penuh boleh dibaca di sini KENYATAAN PENUH DSAI

Perkataan 'konspirasi' begitu sinonim dengan DSAI sejak pemecataannya dari kerajaan dan parti pada 1998. Sejak itu hingga sekarang perkataan itu dinafikan oleh pemimpin UMNO, bahawa tidak ada 'konspirasi' seperti yang didakwa oleh DSAI itu. Dengan andaian bahawa dalam parti tidak terdapat 'konspirator" yang membawa agenda tertentu.Klik ini Cerita wan Azizah Mengenai Penangkapan DSAI 1998. Namun sejak kebelakangan ini, rakyat dikejutkan oleh kewujudan 'konspirator' dalam UMNO untuk menjatuhkan pemimpin tertentu. Golongan ini bukan sahaja bersifat opportunis tetapi juga sanggup melakukan sesuatu agenda terancang untuk menjahanamkan orang lain. Isu ini bukan sahaja disedari oleh ahli UMNO sendiri bahkan juga sudah dihidu oleh pihak lawan. baca ini keretakan dalam umno semakin terdedah.

Pendedahan mantan Menteri besar Selangor, Datuk seri Khir Toyo dalam blognya bahawa terdapat 3 orang menteri persekutuan yang ingin melihat beliau di dakwa juga dianggap sebagai satu konspirasi menjatuhkan imej dan kredibiliti politiknya. Pendedahan ini sekurang-kurangnya menyokong tanggapan DSAI bahawa memang terdapat konsipator dalam UMNO sejak pemecatannya ppada 1998. Lihat ini Konspirasi Khir Toyo.

Di Tambah lagi dengan pendedahan berani Datuk seri Harussani mufti Perak bahawa beliau mendakwa telah cuba memberikan nasihat kepada Tun Mahathir dalam kes DSAI. Malahan beliau menyatakan bahawa akan berlaku perpecahan teruk dalam perpaduan orang Melayu. tambahan lagi tuduhan liwat memerlukan pensaksian mengikut hukum agama. Namun nasihat beliau itu ditolak oleh Dr. Mahathir.Mufti Perak .

Jika benar dakwaan Khir Toyo ini dan juga jika benar seperti yang dikatakan oleh mufti perak Datuk Seri Harussani, maka UMNO dan pemimpin Melayu perlu bermuhasabah dan melihat kehidupan dunia ini bukan matlamat akhir kehidupan manusia. Pemimpin UMNO seharusnya sedar, 'kuasa' bukan sahaja terdedah kepada perkara-perkara yang menjijikkan, tetapi juga memfitnah dan mengaibkan orang lain serta berusaha menjatuhkannya adalah bertentangan dengan kehendak agama. Mallot Dakwa Anwar dan Najib ada perjanjian Rahsia.

Monday, August 22, 2011


Spekulasi tentang kedudukan Najib yang semakin kehilangan kepercayaan dari ahli UMNO sudah mula 'meletus' bagaikan daging gajah yang tidak boleh ditutup lagi. Pendekatan serta strategi politik Najib yang dilihat bersifat defensif ,nyata menimbulkan banyak auta dalam UMNO dan kerajaan. Banyak isu besar yang berlaku selama dalam pemerintahan Najib telah menimbulkan polemik berpanjangan kepada kerajaan dan ahli parti. Krisis ekonomi global yang menyaksikan kenaikan harga barang yang melambung tinggi telah turut dirasai tempiasnya oleh ekonomi negara. Penstrukturan beberapa subsidi kepada rakyat terutama melibatkan subsidi harga minyak tidak dapat menampung kebocoran pengurusan aset dan kewangan negara. Malahan Kerajaan tindakan kerajaan menggugurkan kes saman ke atas jutawan Tajudin Ramli turut menimbulkan banyak persoalan tentang kredibiliti kerajaan bersangkutan denhgan kepentingan awam dalam Syarikat berkaitan dengan Kerajaan.klik Tajuddin Ramli.

Begitu juga dengan pembelian saham MAS oleh Tony Fernandez ,menyaksikan Air Asia memegang saham MAS sebanyak 46.8%. Urusniaga ini bukan sahaja dilakukan seakan-akan"rahsia' tetapi juga tidak menarik minat Najib untuk mengurangkan kebimbangan rakyat dalam soal monopoli syarikat penerbangan di negara ini, yang akhirnya boleh mewujudkan kebimbangan akan kenaikan harga tiket dan perkhidmatan MAS. Airasia bakal ambil alih MAS

Kedudukan ekonomi Malaysia yang dibebani hutang luar juga 'merimaskan' banyak ahli ekonomi. Najib dalam beberapa kenyataannya memaklumkan bahawa kedudukan ekonomi negara berada pada kedudukan yang baik dan selesa. Kerajaan Malaysia seperti yang dilaporkan oleh media berhadapan dengan hutang RM 101.65 bilion dalam tempoh tiga tahun iaitu dari tahun 2010 hingga 2012. Nilai tersebut mencakupi 30% hutang awam di negara ini dan tidak termasuk hutang luar bernilai RM 6.2 bilion dan hutang kepada KWSP bernilai RM 7.2 bilion.Klik Hutang Malaysia RM 101.65 Bilion

Kes menangani tuntutan BERSIH 2.0 dalam sistem pilihanraya di negara ini juga telah menunjukkan pendekatan pentadbiran Najib yang terlalu lemah. Di awal sebelum meletusnya demontrasi jalanan, Najib bukan sahaja tidak cuba menyelesaikan dan melayan karenah BERSIH ini, tetapi juga menggunakan media massa untuk bertindak balas. Namun apa yang menghairankan ialah setelah demontrasi itu 'merosakkan' imej negara, barula Najib bersedia mewujudkan Jawatankuasa Parlimen untuk penambahbaikan sistem pilihanraya di negara ini. Bukankah itu ibarat 'nasi sudah menjadi bubur".

Bukan sahaja Najib, Rosmah Mansor juga dikatakan 'membayangi' stail kepimpinan Najib. Pelbagai skandal yang melibatkan kewangan negara yang mencetuskan suasana tidak puas hati rakyat kepada kerajaan gagal di sembunyikan oleh Najib, terutama berkaitan dengan isterinya, Datin Rosmah Mansor. bermula dengan peruntukan PERMATA dalam belanjawan negara yang mencecah RM 70 juta, kemudian dengan gaya santai melakukan lawatan kebeberapa negara asing dan terkini pembelian cincin dan gelang bernilai jutaan ringgit.Klik ROSMAH MANSOR Isu ini turut tidak mendapat 'pembelaan' sewajarnya dari Najib.

Akhirnya, reputasi Najib semakin kendur.Idea transformasinya baik dari sudut pentadbiran negara dengan KPI dan NKRA, begitu juga dengan transormasi dalam parti UMNO dan BN, tidak dapat menahan arus perubahan yang dicetuskan oleh ahli UMNO sendiri. Bahkan sudah kedengaran ada gerakan dalam UMNO untuk meminta Najib berundur secara baik dan terhormat. Khabarnya gerakan itu disokong oleh ahli-ahli parlimen UMNO dan direstui oleh Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin.Gerakan menjatuhkan Najib.

Apakah Najib akan dapat bertahan lama? atau apakah Najib akan mengikuti langkah Pak Lah? Atau apakah benar kata-kata seorang penganalisis politik bahawa UMNO sebenarnya sudah ketandusan pemimpin berkualiti? Lihat dan dengar apa kata Tun Mahathir mengenai Najib dalam video di bawah:

Sunday, August 21, 2011


Saman malu. Itu tindakan yang sedang dipertimbangkan oleh Azmil Mustapha berhubung isu ceramahnya di Masjid An Nur Kampung Melayu Subang yang telah menimbulkan kontroversi ekoran beberapa komen yang dibuatnya dalam ceramah tersebut.

Bekas penyanyi dan pelakon 80-an itu mendakwa laporan yang disiarkan oleh pihak akhbar tentang ceramahnya yang dikatakan berbau politik itu telah diambil di luar konteks.

“Saya sedang menimbangkan untuk saman malu, bukan saja pada mereka yang membuat laporan tersebut bahkan pihak akhbar yang menyiarkannya kerana melaporkan tanpa memeriksa terlebih dulu betul atau tidak kejadian itu berlaku,” kata Azmil ketika dihubungi. Ahad.

Dia mendakwa isi ceramahnya telah diputar belitkan dan laporan yang dibuat adalah di luar konteks, termasuk komennya tentang haji dan zakat yang tidak diterima Allah terhadap seorang tua yang telah bangkit meninggalkan masjid tersebut.

“Saya tidak membuat teguran itu ke atas mana-mana atau sesiapa secara individu dan ayat-ayat yang saya guna dalam ceramah adalah ayat Al Quran.

“Dan, saya ada sebut, kalau saya salah, maka salahlah Al Quran.Tapi kemudiannya ada laporan sebut yang saya tolak Al Quran. Banyak yang diambil di luar konteks,” katanya yang kini telah bermastautin tetap setelah lima tahun berada di Syria.

“Saya bagi ceramah di ratusan tempat, tetapi tidak pernah pun ada masalah. Kandungan ceramah saya serupa, hanya diubahsuai sedikit mengikut kesesuaian tempat,” katanya yang akan mengadakan ceramah yang sama di Kedah esok.

“Lepas saya balik dari Kedah itu, baru saya fikirkan dan bincang bersama peguam saya, berdasarkan laporan polis. Setakat ini saya belum lagi melihat laporan itu,” katanya yang mahu bertemu JAIS miinggu depan.

Ditanya tentang komennya terhadap Yang Dipertuan Agong, ini jawab Azmil, “Saya kata begini, sesetengah orang mengagong-agongkan Sultan Mizan, tapi tidak mengagongkan Tuhan.”

Tentang Perdana Menteri pula, jelas Azmil, “Benar saya ada sebut tentang PM jumpa Pope. Yang saya persoalkan adalah mengapa perlu seorang pemimpin dari negara Islam pergi ke Vatican City untuk berjumpa Pope?

“Apa maknanya kunjungan itu? Saya tanya dalam ceramah saya, apa perlunya ke Vatican City dan berbuat begitu? Ini bukan cerita saya reka, PM memang ada ke Vatican City jumpa Pope dan ini dilaporkan dalam media.

“Sebagai seorang Islam, saya bertanya, apa perlunya semua itu? Apakah salah saya bertanya, sedangkan kita ini berada dalam sebuah negara demokrasi, dan kita bebas bersuara,” tegasnya.

Azmil juga tidak menganggap pandangan dan tindakannya sealiran dengan PAS bahkan menolak andaian yang dia telah memberikan ceramah politik.

“Sudah 60 tahun umur saya, semaklah di mana-mana saya tidak pernah mendaftar sebagai pengundi. Saya tidak pernah mengundi dan tidak pernah minat dengan politik. Jadi tidak timbul saya bagi ceramah politik,’ jelasnya


Pelakon yang kini menjadi pendakwah, Azmil Mustapha, menafikan beliau menyampaikan ceramah berbaur hasutan politik supaya rakyat membenci Yang di-Pertuan Agong ketika memberi tazkirah di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang.

Mingguan Malaysia melaporkan pelakon filem Ali Setan itu sebagai berkata beliau terkejut apabila laporan polis dibuat oleh bilal masjid berkenaan pagi kelmarin, mengatakan beliau ada mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Saya tidak mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan, apatah lagi menghina Yang di-Pertuan Agong. Tuduhan itu tidak berasas kerana ai tiada kena mengena dengan politik.

"Saya bukan sahaja tidak pernah mengundi pada pilihan raya umum, malah tidak berdaftar dengan mana-mana parti politik di negara ini," katanya dalam laporan Utusan tersebut.

Sebaliknya, jelas Azmil, tazkirah yang disampaikannya di masjid tersebut adalah berasas kepada ayat-ayat al-Quran.

Menurutnya, antara perkara yang disampaikannya ialah umat Islam wajib mengutamakan Allah berbanding manusia, tidak kira siapa orang itu.

Sementara itu, ketua polis daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya sedang meneliti laporan polis yang dibuat.

Menurutnya, setakat ini, siasatan masih di peringkat awal dan beliau meminta orang ramai memberi peluang kepada pihak polis untuk menyiasat kes itu secara terperinci.

Saturday, August 20, 2011


Diawal meletusnya gerakan 'reformasi' di semenanjung, Rakyat Sabah turut terkejut kerana salah seorang pengerak utama gerakan itu adalah orang Sabah sendiri yang sudah lama menentap di Tawau, sabah. Beliau yang dinaksudkan ialah Dr.Badrul Amin Baharon. Setelah PRU 1999, personaliti politik Pakatan Rakyat yang berketurunan bugis dan dilahirkan di Indonesia ini tidak terus menentap di Sabah, sebaliknya mengambil keputusan untuk meneruskan politiknya di semenanjung. Dengan berbekalkan kelulusan tahap Phd, dan juga pengalamannya sebagai pensyarah di sebuah IPTA sebelum itu, Dr. Badrul Amin tidak banyak mencatat saat gemilang dalam politiknya, hanya pada tahun 2010 beliau dilantik sebagai pengarah penerangan pejabat Menteri Besar Selangor.


Sejarah kehidupan Dr Badrulamin bermula pada september 1978, apabila memperolehi taraf warganegara bernombor 570294. Ketika zaman pemerintahan Datuk Hariss Salleh, Dr. Badrul Amin adalah antara 25 orang kanak-kanak yang dipilih untuk mengikuti pengajian pondok di Selangor. Berjaya melanjutkan pelajaran ke Mesir dan memperolehi BA,Azhar, kemudiannya ke Birmingham UK dan memperolehi phd.


Apa yang mendukacitakan masyarakat dan orang Sabah ialah kepakaran dan pengetahuan yang diperolehi oleh Dr Badrulamin ini tidak dipergunakan untuk pembangunan di Sabah, sebaliknya sejak penglibatannya dalam politik pembangkang, Dr Badrulamin seakan sudah melupai asal-usulnya. Boleh ikuti kisah ini orang harapan Datuk Harris Salleh

Wednesday, August 17, 2011




Berikutan bantahan penduduk sekitar Kg Rampayan dan yang sewaktu dengannya, hasrat sebuah syarikat swasta membangunkan persisir pantai perkampungan itu dengan mendirikan hotel bertaraf 5 bintang 'ditangguhkan' sementara waktu sehingga segala penjelasan dan keputusan dapat dicapai. Kes pengambilan tanah pesisir pantai Kg Rampayan telah mecetuskan konflik di daerah Kota Belud apabila penduduk yang rata-ratanya adalah dari keturunan Iranun mendakwa hak mereka selaku penduduk asli di kawasan itu 'dinafikan' apabila permohonan tanah oleh mereka tidak mendapat perhatian dari kerajaan, sebaliknya ada ura-ura kerajaan akan memberikan tanah berkenaan kepada Syarikat Kinsamewah sdn. bhd. untuk dibangunkan.

Isu perbalahan penduduk dengan MP Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan mendapat liputan luas media massa dan media alternatif , sehingga beberapa siri perdebatan berlangsung di laman sosial FCB, dan berikutan itu satu Jawatankuasa Bertindak penduduk Kampung telah ditubuhkan dianggotai oleh Ketua Kampung dan JKKK kampung berkenaan.

Dalam artikel terdahulu, nasihat kepada Datuk Rahman berhubungtanah warisan Kg Rampayan yang didasarkan kepada beberapa siri perbincangan sehala dengan beberapa orang cerdik pandai dan politikus muda dari suku Iranun, Saya cuba mengetengahkan beberapa resolusi kepada permasalahan itu termasuk meminta Datuk Rahman Dahlan mempertimbangkan sensitiviti masyarakat setempat dalam membuat perundingan dan keputusan. Selain itu saya juga mengesyorkan supaya DARD dapat menemui Tan Sri Pandikar ( Walaupun khabarnya pertemuan telahpun diadakan) mengenai permasalahan itu. Malahan peranan TSP dalam kemelut ini sangat-sangat dituntut, kerana sebagai pemimpin suku Iranun, TSP yang juga YDP Dewan Rakyat adalah berasal di perkampungan itu.

Seorang cendekiawan Iranun Sdr Kibin Hj Samad yang juga mantan setiausaha politik kepada TSP ketika menjawat Kementerian kerjaraya Sabah dalam artikelnya yang kemudian saya postkan kembali dalam blog ini dengan tajuk pengajaran buat Datuk Rahman. juga menganggarkan akan berlaku 'kerugian' yang amat dahsyat kepada penduduk setempat bila tanah warisan berkenaan dibangunkan dan diberikan kepada syarikat swasta, berdasarkan pengalaman yangf dialami juga melibatkan pengambilan tanah seluas 900 ekar kepada Syarikat luar yang berpangkalan di Singapura.

Ekoran daripada itu, khabarnya TSP akan mengadakan majlis bersungkai dengan penduduk sekitar perkampungan berkenaan pada Sabtu ini seperti gambar iklan diatas. Antara tujuan yang dikenalpasti yang memberikan penerangan kepada penduduk mengenai status 'perbalahan' itu. Response daripada beberapa pemimpin muda Iranun, mempertikaikan tindakan TSP itu kerana seperti yang tertera di Banner itu hanya melibatkan kampung yang terlibat dan bukannya keseluruhan suku Iranun. Mereka mendakwa, orang Iranun di perkampungan lain seperti Kg, Pantai Emas, Tawadakan, Kota Bungan, Merbau, Kuala Pintasan, Tamau, Kota peladok, Pandasan dan sebahagian di Sarang tidak diundang. Sedangkan suku lain yang mendiami`perkampungan lain juga mempunyai perkaitan sedarah dengan suku Iranun di kampung Rampayan.

Mengapakah kata mereka permasalahan ini tidak dijadikan isu atau masalah sejagat umat Iranun di Kota Belud. Supaya golongan minoriti ini kata mereka dilihat lebih bersatu dalam bersama-sama mempertahankan kedaulatan tanah yang didiami oleh suku Iranun lebih 3 dekad. Apakah masih wujud prinsip "pecah dan perintah' dalam tradisi moden politik suku minoriti ini? Bagaimanakah perjuangan politik Iranun dapat menyakinkan suku lain di Kota Belud jika keadaan ini terus -terusan berlaku? Begitu, antara persoalan yang dikemukan kepada Saya tika perbincangan non-formal berlangsung.

Mungkin ada kebenaran atas kebimbangan ini, tetapi kita percaya TSP tidak akan sanggup ;bersengkongkol' dengan pihak-pihak yang didakwa 'mendalangi' kemelut tanah Warisan ini, Justeru adalah lebih adil jika pemimpin muda Iranun bersama memantau perjalanan kes atau skandal tanah Warisan Rampayan itu. Supaya yang kalut akan dapat dirungkai dan yang kabur dapat dijernihkan semula.

"Walaupun saya jatuh bangun dalam perjuangan, saya tetap bangga kerana cahaya pembangunan sudah mula kelihatan.Kalaupun saya tidak ada lagi dalam perjuangan ini, harapan saya semoga lebih ramai lagi generasi muda yang tidak pernah mengenai kalah akan dapat meneruskan perjuangan yang suci dan bersalutkan keikhlasan ini".

Inilah antara kenyataan Datuk Musbah Jamli dalam FCBnya berkaitan dengan Projek Jelapang Padi di Kota Belud. Apakah makna di sebalik kenyataan ini?

1. Apakah Datuk Musbah telah patah hati?

2. Apakah datuk Musbah telah sedia maklum beliau sukar dicalonkan di Tempasuk pada PRU 13?

3. Apakah benar Datuk Musbah menginginkan pelapis muda menggantikan tempat beliau?

4. Atau apakah maksud Datuk Musbah sebenarnya?

Terserah pada kalian masyarakat Tempasuk dan Rakyat Kota Belud untuk mentafsirkannya....

Saturday, August 13, 2011


Ada sekeping tanah di Kota Belud yang keluasannya lebih kurang 900 ekar yang terletak di Jalan Rampayan Laut, Kota Belud Sabah, Malaysia. Tanah ini dulunya milik oleh Lion Group, satu syarikat yang beribu pejabat di Singapura. satu syarikat yang listed dalam KLSE. Selain itu Syarikat itu memiliki Sabah Forest Industries di Sipitang.



Tanah 900 ekar ini dianugerahkan oleh Kerajaan Berjaya dan SFI diswastakan semasa kerajaan PBS dan diletakkan ke tangan Lion Group semasa kerajaan BN. Semuanya berlaku di atas kehendak dan kuasa yang menggunakan "political will" kalau bukan political guts.



Lion Group pada asalnya mengusahakan Perladangan Udang atas intiti syarikat AQUA BIO. Khabarnya tanah seluas 900 ekar itu kini telahpun dimiliki oleh Air Keroh Resort Sdn Bhd. Nyatanya Air Keroh RESORT ini punya rencana DI ATAS KERTAS VERY DECEPTIVE untuk melaksanakan Aqua Tourism? Jika tidak, kenapa ianya menggunakan intiti sebagai RESORT di atas tanah yang asalnya diluluskan untuk AQUACULTUR.



Tapi yang jelas tanah itu kini telah BERTUKAR tangan aka bertukar tuan. Dijual? Ditransfer sebagai pelaburan Saham? Digadai?.. Kita semua masyarakat Kota Belud sudah tiada kuasa ke atas tanah itu kerana ianya sudah menjadi "PRIVATE PROPERTY" ATAU "HARTA PERSENDIRIAN". Hatta kita menangis dengan airmata darah sekalipun, hak ke atas tanah itu tidak akan bertukar semula ke tangan Masyarakat Kota Belud.



Oleh kerana tanah itu diluluskan dengan menggunakan political power kalau bukan political guts, adakah pemimpin dan pembesar negeri yang sanggup mengambil kembali tanah ini dan mengembalikan kepada rakyat dengan menggunakan "political power kalau bukan political guts?



Lion Group sebuah syarikat besar bertaraf antarabangsa. Apakah Kinsa Mewah yang dreaming merampas Tanah Warisan Rampayan lebih mewah dan besar dari Lion Group? I am sorry to ask!



Tanah Lion Group sudah bertukat tangan dan bertukar tuan. Palis palis, jika Tanah Warisan diluluskan kepada Kinsa Mewah, tidak cukup kita belajar dari sejarah yang terpampang di hadapan mata kita?



Jika dagang yang lalu telah kita tanakkan dahulu, apakah kita akan tanakkan dagang lalu yang satu lagi ini? Apakah kita menyerahkan bulat-bulat kepada takdir yakni jika takdir menyerahkan tanah Warisan Rampayan itu kepada Kinsa Mewah maka kita PASRAH!.



Dulu ibu bapa kita "hanya bersekolah atap dan menggunakan cap jampol di samping menghadiri kelas Al Quran yang kini sering dikaitkan dengan kelas Fardhu Ain. Kini kita naik turun di menara gading. Apakah kita semakin lemah atau mudah kelabu kerana habuan pangkat dan wang ringgit dari PROJEK?



Saya teringat kata-kata mantan SKN..Setiausaha Kerajaan Negeri.. Katanya "Politicians come and go BUT before they leave, they have done a lot of damages"...Well I agree to disagree anyway...Tetapi pemimpin dengan kalibar tetap teguh dengan pendirian "mengenepikan kepentingan peribadi demi kepentingan dan maruah umum" adalah yang disanjung dan sebalik akan kita sanggah!



Selamat meneruskan Ibadah Puasa dan Selamat Maju jaya.

Ehsan:


  • Idea menubuhkan persatuan graduan Iranun dicetuskan oleh Allahyarham Dr Hj Datu Bandira Datu Alang menerusi perbincangan secara tidak formal bersama beberapa rakan penaja persatuan. Setelah diperhalusi dan ditelliti idea tersebut beberapa inisiatif telah diambil bagi merealisasikan cadangan ini.

  • Antara usaha bagi merealisasikan idea besar ini ialah "Seminar Majlis Graduan Iranun Sabah" yang berlangsung di Dewan Seminar SESB, Kota Kinabalu pada 17 Mei 2003. Seminar tersebut telah mengambil beberapa resolusi yang menjadi justifikasi kepada penubuhan sebuah persatuan yang bertindak sebagai Kumpulan Pemikir, iaitu:

  • 1. Pendidikan dan Dakwah
  • a) Mempertingkatkan kempen terhadap kepentingan pendidikan
  • b) Mencadangkan penubuhan sebuah kolej Iranun; dan
  • c) Meningkatkan kesedaran dan amalan Islam di kalangan masyarakat Iranun dalam kehidupan seharian

  • 2. Ekonomi
  • Mencadangkan penubuhan perbadanan Pembangunan Iranun Sabah (Sabah Iranun Development Corporation)

  • 3. Sosial
  • Memulihara norma dan budaya Iranun yang tidak bercanggah dengan Islam

  • Seramai lebih kurang 100 orang graduan dan bukan graduan telah menghadiri seminar itu. Dua kertas kerja telah dibentangkan, iaitu, "Iranun dalam konteks Rantau Melayu; Harapan dan Hala Tuju", oleh Dr Hj Datu Bandira Datu Alang dan "Islam sebagai Asas Pembangunan Masyarakat Iranun", oleh Ustaz Awang Laiman Hj Ekin.

  • Seminar yang julung kali diadakan itu menjadi katalis kepada kelahiran PAGISA (Sabah). Dalam mesyuarat 'After Action Review' yang diadakan pada 19 Mei 2003, semua ahli mesyuarat sepakat mengambil ketetapan untuk membentuk jawatan kuasa penaja. Jawatan kuasa tersebut dikenali sebagai Jawatan Kuasa Majlis Graduan Iranun Sabah atau MAGISA.

  • Mengapa MAGISA? Magisa (Bahasa Iranun katuata kerja) bermaksud bersatu atau berpadu, iaitu usaha membentuk satu kesatuan yang utuh dan mantap. Justeru MAGISA diharap akan menjadi wadah yang dapat mengharmonikan variasi pemikiran dan kepakaran para graduan Iranun.

  • Awal tahun 2004, Jawatan Kuasa Penaja telah mengemukakan permohonan pendaftaran kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Sabah (JPPNS). Namun, permohonan tersebut ditolak oleh JPPNS dengan alasan MAGISA boleh didaftarkan hanya apabila penubuhan cawangan. memikirkan kehendak peraturan, maka perkataan 'Majlis' telah ditukarkan kepada'Persatuan' Persatuan Graduan Iranun Sabah [PAGISA (Sabah)].

  • 'Pagisa' (Bahasa Iranun kata kerja) bermaksud usaha-usaha yang dilakukan oleh beberapa individu untuk membentuk kesatuan atau perpaduan. Dengan kata lain antara MAGISA dan PAGISA mendukung makna yang sama.

  • Pada 28 Mac 2005 pertubuhan ini telah diluluskan pendaftarannya oleh JPPNS atas nama PAGISA (Sabah). Oleh hal yang demikian, bermulalah era pertubuhan ini sebagai sebagai satu entiti yang meletakkan kepentingan budaya beragama dalam pembinaan bangsa madani.

  • oleh

  • Presiden
  • Datu Matlan Datu Unjong

Thursday, August 11, 2011


Masyarakat Kota Belud sudah masak dengan permasalahan Tanah Adat, Tanah Simpan Ternakan (Padang Ragut) dan Tanah Kampung. Bagi masyarakat Kota Belud kesemua kategori ini dianggap sebagai Tanah Warisan Turun Temurun.


Status tanah-tanah ini semua sukar dirungkai menggunakan perundangan yang bertulis. Oleh kerana itu soal-soal kebijaksanaan, budibicara, intelek yang bermaruah dan norma tolerasi yang tinggi perlu digunapakai. Kota Belud sendiri sebahagian besarnya ialah Tanah Simpan Hidupan Liar yakni habitat burung dan statusnya tidak terbatal dengan sendirinya.


Di Kota Belud ini beberapa Kawasan Padang Ragut ternakan telah dikenal pasti dan diperuntukkan. Padang Ragut Gunasama (Dulunya dipanggil Padang Ragut Pintasan), Padang Ragut Kg Sadok-Sadok, Padang Ragut Kg Rosok Surun dan Padang Ragut Rampayan Ulu.


Sedikit masa lalu, saudara-saudara kita di Kampung Labuan berhimpun kerana membantah tindakan kerajaan "menggunakan" Padang Ragut Gunasama untuk program Agropolitan. Mereka bersatu menentang apa yang disifatkan sebagai "penafian" hak mereka ke atas Padang Ragut Gunasama itu.


Tetapi yang and tidak pernah dengar barangkali ialah hilangnya Status Tanah Padang Ragut Rampayan Ulu yang keluasanya melebihi 700 ekar yang lenyap beberapa puluh tahun yang lalu. Ceritanya tanah ini diberikan kepada Syarikat swasta konon untuk dimajukan AGAR DAPAT GENERATE INCOME KEPADA PENDUDUK SEKITAR DAN LIMPAHAN PEMBANGUNAN EKONOMINYA (Economic spill over effect) DAPAT DIRASAI OLEH RAKYAT SETEMPAT berserta PELUANG PEKERJAAN YANG TERWUJUD!!.


Tanyalah masyarakat setempat kini APA LIMPAHAN EKONOMI YANG MELIMPAH setelah tanah Simpan Padang Ragut Rampayan Ulu itu diberikan kepada pihak swasta? Jawabnya ZERO! atau KOSONG. Inilah ke genuine "Dagang Lalu Ditanakkan". Pemimpin luar itu kembali ke asalnya dan tanah yang diluluskan kepadanya itu digadainya atau dimorgage untuk mendapat wang tunai!. Kalaupun tanah ini tergadai, apa ruginya pihak swasta yang mendapat tanah ini? Nothing!. Sekali lagi "Dagang Lalu Ditanakkan".


Berapa banyak lagikah tanah warisan, tanah adat, tanah padang ragut dan tanah simpan yang bakal diserahkan kepada syarikat swasta atas alasan LIMPAHAN EKONOMI dan PELUANG PEKERJAAN? dan PROGRAM BESAR? Tidakkah kita sedar bahawa penduduk di Karambunai di mana terbinanya Hotel Nexus dan Padang Golfnya yang terbentang akan sedikit masa lagi akan dihalau dan terhalau dari tanah yang mereka diami sejak turun temurun. Kenapa? Kerana tanah Kampung Karambunai tiada status NCR! ker? Atau kerana ada pemimpin yang berbuih mulutnya menusuki ubun-ubun pemikiran rakyat bahawa LIMPAHAN EKONOMI DAN PELUANG PEKERJAAN akan datang berbondong bondong dan bertali arus?


Setelah Hotel Nexus terbina sebagai "some say its heaven", MANA LIMPAHAN EKONOMI DAN PELUANG PEKERJAAN kepada penduduk Kg Karambunai? Berapa ramai pendatang asing atau buruh asing yang berkerja di Karambunai?


Dan tidak jauh dari Karambunai anda akan melihat KKIP...Ke mana perginya penduduk dan pemilik tanah KKIP dahulu setelah omongan LIMPAHAN EKONOMI DAN PELUANG PEKERJAAN yang diluahkan para "teknokrat" yang belajar dari Israel!? Ke saku untuk mempertahankan kedudukan?

Ehsan:




Bertahun saya tidak mengunjung laman ini. Lama saya berehat menulis dalam ruang blog ini. Kekadang rindu juga hendak menulis tetapi kekangan waktu dik kerja selalu mengalahkan niat saya menulis. Rindu kampung halaman yang teramat membuatkan saya ingin menulis dan menggagahi waktu dan kekangan tugas.



Salam ketemu kembali rakan-rakan di dunia cyber.


Dagang lalu ditanakkan, kera dihutan disusukan, anak dibiarkan menangis kelaparan. Anda sudah tahu maksud peribahasa ini kerna saya tahu anda bijaksana. Namun siapakah dagang yang lalu itu lalu kita keluarkan isi dapur kita untuk kita tanakkan buat santapannya?. Dangang ini kan orang luar!



Nasib anak bangsa kita TIDAK akan diperjuangkan oleh ORANG LUAR. Malah Sidagang akan memperdagang kita dan harta kita, hak kita, harta kita termasuk tanah warisan kita hinggalah ke genarasi kita untuk kepentingan si dagang. Dan sidagang akan pulang.



Teringat saya kisah seorang penduduk di Kampung Rosok yang sanggup berkorban dihujung senjata kerana mempertahankan hak dan tanahmya. BUKAN tanah NCR (Native costomery Right) tapi konon tanah kerjaan tetapi telah didiaminya sejak turun temurun tetapi dia tercabar kerana tanahnya diambil pemerintah atau individu. Di mana tanah NCR di Kota Belud?. Orang itu papa harta benda tetapi mati dihujung senjata pemerintah. Ke mana menara dan keagungan ketua pemerintah yang membawa sengketa si papa yang dirampas tanahnya dan diragut nyawanya? Gugur dan gugur dan gugur tanpa bisa bangun......



Tanah yang keluarga anda duduki dengan rumah besar atau usang sejak turun temurun di Kampung Rampayan Ulu, Rampayan Laut dan Kg Kayu Putih, Kg Nanamun, Kilapi, Tapukan..Pintasan ke Pantai Emas. Adakah status tanah tapak rumah anda dan halamannya berstatus NCR? Ada surat mengatakan itu NCR? JAWABANNYA TIADA...JADI status bukan NCR ini senjata yang digunakan untuk merampok harta anak-anak bangsa kita? atau sekadar MENGHALALKAN YANG HARAM?

Penulis Blog sabahkita: Sdr Kibin Hj Samad..

Tuesday, August 9, 2011


Saya memulakan artikel ini dengan mengimbau kembali 'kepercayaan' rakyat Kota Belud kepada Datuk Rahman yang bertanding selaku MP Kota belud pada PRU 12 yang lepas. Walaupun berlaku penurunan majoriti undi berbanding pemimpin sebelumnya, tetapi keputusan telah dibuat dan Datuk Rahman mencatat sejarah gemilang dalam hidup politiknya apabila Pekan Kota Belud merekodkannya sebagai kawasan pertama Datuk Rahman digelar 'Wakil Rakyat".

Sejak pengangkatan DARD selaku MP Kota Belud, banyak isu yang ditimbulkan ,dari isu 'orang luar' isu pengagihan peruntukan parlimen yang tidak sekata antara 3 DUN di Kota Belud, meleret kepada isu bekalan air bersih,isu Empangan Tambutoun dan pelbagai lagi isu yang diketengahkan. Namun semua itu tidak melenturkan semangat muda DARD membuktikan kepada kerajaan bahawa pemilihannya sebagai MP Kota Belud bukan dibuat secara terburu-buru tetapi atas reputasi dan kapasiti bakat kepimpinan yang dimilikinya. Ekoran daripada itu hampir setiap isu di parlimen , DARD terlibat dalam memperdebatkannya. Hinggakan ramai yang melabelkan DARD sebagai pemimpin muda yang terburu-buru menonjolkan diri dan terlampau beriya-iya merealisasikan program yang dikelolakannya.

Isu Tanah Rampayan yang mahu dibangunkan oleh kerajaan dibawah pengendalian Syarikat Swasta yang khabarnya dimiliki oleh orang Putatan, nampaknya membelanggu politik DARD disaat-saat desas desus kononnya PRU 13 akan diadakan dalam waktu terdekat. Setelah isu ini mendapat perhatian banyak pihak ,akhirnya DARD memberikan penjelasan dalam blognya ,walaupun ada pihak yang menganggapnya terlambat kerana dilakukan selepas memberikan kenyataan kepada media.

Walaupun begitu, daripada penerangan DARD itu, status tanah yang dipertikaikan yang berkeluasan 853 ekar itu, samada berstatus NCR atau tidak telah dapat diperjelaskan. Itu dari segi undang-undang. Namun dari segi 'maruah' dan 'adat turun temurun' masyarakat, mungkin boleh diperbincangkan.

Daripada beberapa perdebatan yang berlaku dalam FCB, Jawatankuasa bertindak yang ditubuhkan, nampaknya dianggotai oleh 2 ketua Kampung dan Pengerusi JKKK , kampung Rampayan ULU dan Kampung Rampayan Laut. Ertinya jika bersandarkan kepada analisa luaran, Ketua Kampung adalah 'wakil'kepada keseluruhan penduduk kampung berkenaan.

Seperti yang diperkatakan oleh Ahli jawatankuasa tersebut bahawa masyarakat Kampung tidak menolak kepada pembangunan, namun jika berdasarkan kepada beberapa projek pembangunan yang dilakukan dipersisir pantai sebelum ini seperti di Karambunai dan Tuaran sendiri, memperlihatkan kepada rakyat bahawa tidak ada apa-apa 'keuntungan' kepada penduduk setempat berkenaan ledakan pembangunan itu . Kawasan pantai dibangunkan dan dijadikan pusat pelancongan, sehingga masyarakat kampung tidak sudah sebebas seperti dulu, memunggut hasil laut dan sekali sekala mendapatkan ketam dan ikan. Ini barangkali yang menghantui masyarakat setempat.

Masyarakat Kampung agak hairan dan musykil kerana permohonan tanah tersebut telah dibuat awal oleh penduduk kampung tetapi 'didiamkan' dan hanya apabila syarikat yang 'entah dari mana' seperti yang didakwa memohon tanah berkenaan, kerajaan mengambil perhatian terhadap permohonan itu. Mungkin persoalan ini berleger di minda masyarakat kampung, Kenapa syarikat swasta boleh dipertimbangkan dalam permohonan tanah berkenaan, sedangkan mereka yang sudah hidup lebih dari 3 keturunan di kawasan itu tidak diberikan keutamaan?

"nasihat' berguna buat DARD ialah melakukan pendekatan secara berperikemanusiaan, yakni memikirkan adat serta budaya masyarakat setempat termasuk sensitiviti masyarakat mengenai hak ke atas tanah berkenaan yang tidak termaktub dalam perundangan. Iaitu memikirkan apakah natijah kepada penduduk kampung bila kawasan mereka dibangunkan dan dijadikan pusat pelancongan kelak. Apakah akan menjadi seperti Pantai Dalit di Tuaran?

Hasrat murni DARD dalam membawa pembangunan di Kota Belud sangat-sangat disanjungi. Malahan memikirkan kepentingan keseluruhan masyarakat Kota Belud dan mengenpikan kepentingan golongan minoriti ada kebenarannya. Namun memikirkan kaedah perundingan yang lebih terbuka termasuk mengadakan dialog dengan masyarakat kampung dan mengadakan pertemuan dengan pemimpin suku ini iaitu Tan Sri Pandikar dilihat boleh meredakan 'persengketaan' ini.

Terima kasih kepada DARD atas kesungguhan yang ditunjukkan. Keterbukaan dalam menangani masalah ini sangat dihargai. Sebagai penduduk Kota belud, saya berkeyakinan bahawa harapan DARD untuk melihat masalah ini dapat diselesaikan secara 'menang-menang' akan dapat direalisasikan. Semoga segala usaha yang dirancang untuk kebaikan bersama dapat memberikan manfaat kepada daerah Kota Belud. Mohon! mengemukakan 'nasihat' kepada YB Datuk!
Gelagat kedua-dua pemimpin UMNO Sabah ini telah menjadi perhatian masyarakat umum ketika majlis berbuka puasa di Semporna pada hari sabtu yang lepas. Ini kerana media sebelum ini mensensasikan 'hubungan' kedua-dua pemimpin ini. Apakah yang dimaksudkan oleh Datuk Musa Aman sebagai "saudagar Mimpi' ketika berucap dalam majlis berkenaan?

































































































Monday, August 8, 2011


Tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam ( CUEPACS ) untuk menndapatkan dua bulan Bonus bagi 1.27 kakitangan Awam dan 590,000 Pesara di negara ini tidak kesampaian apabila kerajaan hanya memberikan setengah bulan gaji atau paling minima RM 500 ringgit , sempena Hari Raya Aidilfitri yang dijangka di sambut pada 30 atau 31 Ogos ini.

Pemberian bonus ini dikatakan melibatkan perbelanjaan kerajaan hampir 2 bilion ringgit. Bagi sesetengah pegawai awam menyifatkan tindakan kerajaan sebagai murni untuk membantu sejumlah pegawai perkhidmatan Awam yang beragama Islam di negara ini yang akan menyambut satu syawal penghujung ogos ini.


Ada juga yang menyatakan kekesalan kerana tuntutan CUEPACS tidak dipenuhi oleh kerajaan, sedangkan harga barang dan perkhidmatan melonjak sejak akhir-akhir ini terutama pada musim perayaan. Ini membebankan rakyat sedangkan ekonomi negara seperti yang diwar-warkan oleh kerajaan berada pada kedudukan selesa.

Bagi sebilangan penganalisis politik pemberian bonus ini adalah petanda bahawa PRU 13 semakin dekat. Ada yang meramalkan paling tidak pun selepas hari raya ini.


GEORGETOWN : Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Perkhidmatan Awam ( CUEPACS) masih menaruh harapan kerajaan akan menimbang semula pemberian dua bulan bonus kakitangan awam selepas ekonomi negara menunjukkan perkembangan memberangsangkan. Presidennya Omar Osman berkata beliau berharap rayuan pemberian bonus kakitangan awam itu akan dipertimbangkan tahun ini.

" kami faham bahawa pada tahun lalu berikutan kegawatan ekonomi global, kerajaan terpaksa menolak permintaan itu tetapi kami berharap kerajaan akan menimbang permintaan kami tahun ini kerana ekonomi negara semakin pulih" katanya kepada pemberita.

Beliau berkata sejak perdana menteri Datuk seri Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa ekonomi negara telah merekodkan pertumbuhan sebanyak 10.1 peratus bagi suku pertama tahun ini Cuepacs berharap permintaan bagi pemberian dua bulan bonus kakitangan awam akan dapat dipenuhi.

Beliau juga menggesa kerajaan supaya mengkaji semula elaun perumahan sebanyak RM80 yang diberikan kepada penjawat awam.

" saya telah berbincang dengan Jabatan perkhidmatan Awam (JPA) berhubung cadangan menaikkan elaun perumahan kepada RM300 dan kami masih menanti maklumbalas dari mereka" katanya kepada pemberita.

Sunday, August 7, 2011


Isu rampasan tanah adat (NCR)Iranun di Rampayan yang didakwa oleh penduduk didalangi oleh MP Parlimen Datuk Rahman Dahlan terus menjadi perhatian media terutama media ketiga. Desas desus menyatakan bahawa Datuk Rahman memainkan peranan penting dalam memberikan sokongan kepada sebuah Syarikat swasta untuk memiliki tanah adat seluas 1200 hektar di kampung Rampayan. Malahan menurut penduduk kampung mereka mempunyai bukti bahawa Datuk Rahman turut berada di pejabat Tanah ketika tawaran kelulusan kepada syarikat Kinsamewah Sdn.Bhd.

"Kami mempunyai salinan surat sokongan itu dan kami mendapati bahawa MP berada di sana apabila Jawatankuasa Penggunaan Tanah Daerah (LUC) yang telah meluluskannya pada bulan Ogos 2010, iaitu rancangan untuk memberikan tanah kepada syarikat itu, mengatasi tuntutan-tuntutan NCR kami.


"Kes ini kini di atas meja Ketua Menteri, perkara-perkara tanah adalah bidang kuasa negeri.


"Kami sedang menunggu apakah tindakan KM untuk menyelesaikan pantas hal ini," kata Akim Salleh, timbalan pengerusi jawatankuasa tindakan kampung bersama, Jawatankuasa Bertindak Tanah Warisan Kg Rampayan.


Namun apa yang menghairankan ialah pemimpin suku Iranun Tan Sri Pandikar Amin masih membisu seribu bahasa. Tidak ada langkah yang diambil oleh YDP Dewan Rakyat itu untuk membawa kes ini ke meja perundingan. malahan seharusnya sebagai pemimpin politik, Tan Sri Pandikar Amin dilihat lebih 'mesra' dengan Datuk Rahman Dahlan untuk mengatasi permasalahan ini.

Campurtangan YDP dewan rakyat itu adalah perlu terutama bila soal tanah berkenaan sampai ke pengetahuan Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman.

Sehingga kini tidak ada penjelasan yang dibuat oleh mana-mana pihak termasuk Datuk Rahman mengenai hal ini. Masyarakat Iranun yang tinggal di sepanjang persisiran pantai Kota Belud, mula merasa khuatir dan ragu, takut tanah adat yang berdekatan dengan perkampungan mereka akan menjadi seperti kes di Rampayan. Untuk meredakan kekalutan dan kekhuatiran itu, Tan Sri Pandikar Amin perlu turun padang memberikan penjelasan dan penerangan supaya kekalutan dapat dijernihkan semula. Jangan kerana karenah pemimpin keduanya ini, masyarakat Iranun di Rampayan kehilangan tanah mereka.



KOTA BELUD: Orang asli di Kampung Rampayan Ulu di sini yang telah menaruh kepercayaan kepada Ahli Parlimen tempatan Abdul Rahman Dahlan, baru-baru ini difahamkan bahawa beliau kononnya telah 'menjual' tanah mereka kepada syarikat swasta.

Penduduk asli beragama Islam yang dikenali sebagai Iranuns, mendakwa bahawa Ahli Parlimen UMNO Rahman telah 'menyokong' dengan tawaran sebuah syarikat tempatan untuk mengambil alih 1,200 hektar hak-hak tanah adat mereka (NCR) di kampung.

Pendedahan penduduk kampung tersebut telah mengejutkan banyak pihak, kerana sehingga kini hanya hak tanah adat NCR masyarakat Kadazan Dusun sahaja yang dipijak-pijak oleh syarikat-syarikat yang mempunyai hubungan yang kuat dengan berkuasa negeri.

Menurut penduduk kampung, Rahman turut berada di pejabat tanah ketika tawaran syarikat ini telah diluluskan.

"Kami mempunyai salinan surat sokongan itu dan kami mendapati bahawa MP berada di sana apabila Jawatankuasa Penggunaan Tanah Daerah (LUC) yang telah meluluskannya pada bulan Ogos 2010, iaitu rancangan untuk memberikan tanah kepada syarikat itu, mengatasi tuntutan-tuntutan NCR kami.


"Kes ini kini di atas meja Ketua Menteri, perkara-perkara tanah adalah bidang kuasa negeri.


"Kami sedang menunggu apakah tindakan KM untuk menyelesaikan pantas hal ini," kata Akim Salleh, timbalan pengerusi jawatankuasa tindakan kampung bersama, Jawatankuasa Bertindak Tanah Warisan Kg Rampayan.

Akim memberitahu kepada FMT bahawa penduduk kampung juga mungkin akan menulis surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lama lagi kerana ia melibatkan pemimpin-pemimpin kerajaan.

Akim juga berkata bahawa dia telah menerima sepucuk surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Suhakam, Jasmih Selamat pada hari Jumaat yang meyakinkan penduduk kampung bahawa suruhanjaya hak asasi manusia akan menyiasat isu tersebut kerana ia berkenaan hak-hak NCR mereka dan hak asasi penduduk asli.

Lebih 'perjanjian'

Akim yang bekerja sendiri, 54, berkata beliau sedih kerana mereka telah mempercayai Rahman dan meminta beliau menjadi orang tengah untuk menyelesaikan masalah mereka.

Rahman, menurut Akim, telah bersetuju untuk membantu tetapi tidak pernah benar-benar mengambil langkah-langkah untuk mencari penyelesaian.

"Dia (Rahman) berkata satu perkara di hadapan kita, tetapi melakukan perkara berlainan di belakang kami ... Saya sedih," keluh Akim.

Menurut Akim syarikat itu adalah diterajui oleh dua usahawan wanita dari Putatan.

Beliau berkata syarikat itu dikatakan mempunyai rancangan untuk projek pelancongan di atas tanah NCR mereka, yang terletak berdekatan pantai yang indah dan bersih di Rampayan.

"Terdapat juga cakap-cakap bahawa mereka mahu mengambil lebih banyak tanah di kawasan berhampiran seperti Kampung Sarang ... kita tidak tahu apa yang akan berlaku," katanya.

Rampayan dan Sarang terletak di bawah DUN Tempasuk yang kini diwakili oleh Musbah Jamli dari UMNO. Sementara itu, FMT mengetahui bahawa terdapat juga tuduhan terhadap Musbah kerana menyokong syarikat terbabit.

Musbah, menurut penduduk tempatan, tidak agresif mempertahankan hak-hak pribumi ke atas tanah mereka.
Pemerhati tempatan di sini berkata isu tanah Rampayan mempunyai potensi menjadi undi protes terhadap parti pemerintah Barisan Nasional dalam pilihan raya umum yang akan datang jika tidak diselesaikan mengikut kehendak NCR kaum asli.

Saturday, August 6, 2011


kita sama-sama pernah diajar erti curiga


curiga di dalam diam


curiga di dalam mimpi.



jika esok kalian bisa bermimpi


dan melihat bayangan wajah moyang kami


kirimkan saja kami ilmu hitam


kerana itu sahajalah pengganti cemburu kami


melihat pembangunan orang lain.


Jalan di sebelah rumah kami telah lama becak


itupun telah kami kirimkan dalam mimpi


namun kanak-kanak masih lagi bermain lumpur.



Semoga kita sentiasa bercerita di dalam mimpi


kerana itu sahajalah penyambung kemesraan kita.


Maafkan kami tuan-tuan...




by: Norawi Hj Kata