KELAPA MAWAR

Saturday, January 28, 2012

HALIK ZAMAN: DATUK GHAFUR,BUNG MOKTAR,HAJIJI ANTARA CALON YANG DIGUGURKAN PADA PRU 13.



Baru sebentar tadi dalam wall fcb Datuk Halik Zaman menyatakan bahawa daripada maklumat rahsia berkenaan dengan Mesyuarat MT UMNO semalam telah membuat ketetapan menggugurkan beberapa pemimpin veteran UMNO Sabah daripada senarai calon pada PRU 13 akan datang. Sambil mengingatkan pengunjung fcb beliau bahawa Sabah bukan lagi fixed deposit BN dalam ruangan perbahasan kemudiannya itu, Datuk Halik Zaman juga turut menyatakan bahawa perpecahan UMNO Sabah semakin hari semakin parah.

Berdasarkan maklumat dalaman yang diterima oleh Halik Zaman beberapa nama besar dalam politik Sabah 'akan' digugurkan antaranya ialah Datuk Ghafur Salleh MP Kalabakan yang sebelum ini turut diwar-warkan akan membuat kejutan dalam percaturan politiknya menjelang PRU 13.Nama lain yang turut disebut oleh Datuk Halik Zaman ialah Datyuk Bung Mokhtar Radion ,MP Kinabatangan yang juga sebelum ini pada mission 16 September oleh PKR disebut adalah antara MP Sabah yang akan meninggalkan UMNO dan menyertai PKR. Namun sehingga kini MP Sabah yang lantang di Parlimen itu ,masih menafikan khabar angin berkenaan. Namun populariti Bung Mokhtar dikatakan tercalar apabila mahkamah menjatuhkan hukuman denda atau penjara ekoran tindakannya mengahwini artis Zeete dengan tidak memperolehi kebenaran mahkamah untuk berpoligami.

Selain itu Datuk Hajiji yang dikaitkan sebelum ini sebagai orang Datuk Shafie Apdal juga dikatakan digugurkan. termasuk MP Parlimen Tenom Datuk Raimey Unggi.

33 comments:

  1. Calon yang tidak lagi releven perlulah digantikan oleh calon yang lebih sesuai dan berkelayakan. Mereka yang tidak mampu berkhidmat kepada rakyat perlulah disingkirkan supaya rakyat boleh mendapat pemimpin baru yang boleh memperjuangkan hak mereka.

    ReplyDelete
  2. Sudah tiba masanya untuk memberikan peluang kepada orang muda untuk mengambil tempat dalam politik, ini tidak bermakna veteran akan disingkirkan daripada parti, mereka yang lebih berpengalaman bolehlah memberikan nasihat dan bantuan kepada orang muda.

    ReplyDelete
  3. ini hanyalah khabar angin dan kita belum tau lagi siapa calon pada PRU13 nnti, kita hanya perlu tunggu pada hari penamaan calon nnti.

    ReplyDelete
  4. pemilihan calon kena dilakukan dgn teliti, pilih calon yang benar2 berpotensi besar untuk menang.

    ReplyDelete
  5. Belum ada pengumuman rasmi mengenai perkara ni. Jadi, tidak perlu buat sebarang spekulasi. Tunggu saja pengumuman.

    ReplyDelete
  6. semua pemimpin harus bersiap sedia menghadapi PRU13.

    ReplyDelete
  7. Kalau memang patut diganti, terima ja lah kenyataan dan pastikan pengganti itu nanti hebat juga.

    ReplyDelete
  8. Siapapun yang bertanding nanti pastikan sudah bersiap sedia dan bertandinglah secara adil.

    ReplyDelete
  9. Menang kalah tu lain ceritalah... Yang penting calon yang menang itu haruslah calon yang terbaik.

    ReplyDelete
  10. Bagaimanapun tak perlulah kita terlalu percaya dengan sebarang info yang belum tahu sejauh mana kebenarannya.

    ReplyDelete
  11. PRU13 pasti akan berlangsung tak lama lagi so kita tunggu hari penamaan calon dan pasti kita akan tahu betul ka tak apa yang dikatakan dalam artikel ni.

    ReplyDelete
  12. Datuk Hajiji digugurkan??Inilah dia permainan PR sama seperti khabar angin dimainkan untuk Datuk Lajim.

    ReplyDelete
  13. Datuk Hajiji rasanya masih relevan untuk penduduk Sulaman. Beliau masih yang terbaik tidak seperti apa yang dinyatakan dalam artikel ini.

    ReplyDelete
  14. Ini cuma rekaan yang dibuat oleh pembangkang sendiri. Tidak ada pun kata-kata dari PM mengatakan mereka ini digugurkan. Sedangkan mereka telah memberikan yang terbaik untuk penduduk Sabah.

    ReplyDelete
  15. Jika mereka digugurkan sekalipun, pasti calon yang dipilih untuk menggantikan mereka lebih baik daripada mereka. Politik pun ada pasang surutnya.

    ReplyDelete
  16. belum tentu lagi...lebih baik kita tunggu pengumuman rasmi dari pucuk pimpinan UMNO sendiri..

    ReplyDelete
  17. yang pasti UMNO hanya akan mencalonkan winnable candidate untuk menghadapi pru13..jadi kalau ada yang digugurkan itu, bermakna mereka bukan calon ideal bagi UMNO..

    ReplyDelete
  18. Calon yang tidak tahu buat kerja harus digugurkan. Banyak yang lebih berkelayakan.

    ReplyDelete
  19. Mungkin betul juga, sudah tiba masanya untuk muka baru bertanding. Bagi peluang kepada orang baru yang berkelayakan.

    ReplyDelete
  20. Tapi ini semua hanya khabar angin sahaja, kita tunggu saja keputusannya nanti.

    ReplyDelete
  21. hebat Halik Zaman.. sampaikan maklumat rasiah pun dia boleh tahu.. begini la agaknya pemimpin2 PKR.. sebelum ini ada pemimpin mereka yang mengatakan kononnya pilihanraya akan dilakukan dalam bulan November ''berdasarkan maklumat orang dalam''.. sampai masanya tidak ada apa2pun yang berlaku..

    ReplyDelete
  22. kalau betul la apa yang halik zaman cakap.. akur saja la.. saya tidak kisah siapapun calon yang bakal diketengahkan.. saya lagi suka jika semuanya ditukar dengan muka2 baru..

    ReplyDelete
  23. pelbagai spekulasi akan timbul bila mau dekat pru ni.

    ReplyDelete
  24. apa khabar angin seperti ini tidak perlulah dipercayai kerana sumber berita ini pun tidak diketahui.

    ReplyDelete
  25. lebih baik tunggu saja sehingga tiba masanya baru kita tahu siapa yang dicalonkan dan siapa tidak.

    ReplyDelete
  26. sebaiknya semua pihak fokus terhadap tanggungjawab kepada rakyat..itu lebih penting.

    ReplyDelete
  27. Calon yang berbakat harus diberi keutamaan untuk bertanding. Semog acalon muda diberi peluang juga.

    ReplyDelete
  28. calon yang menang harus bertanggung jawab untuk memberi yang terbaik kepada rakyat.

    ReplyDelete
  29. Adakah betul Hajiji digugurkan? Sudah mengesahkan?

    ReplyDelete
  30. Pembahagian kerusi harus diuruskan dengan bijak juga.

    ReplyDelete
  31. Pembahagian kerusi harus diuruskan dengan bijak juga.

    ReplyDelete
  32. Masing-masing membuat isu dan menimbulkan topik yang merosakkan imej antara satu sama lain.

    ReplyDelete
  33. Hai.. Sobat semua yg lg demen main judi togel, nih ada solusi yg tepat and akurat..
    Krna sy udah buktikan, kalau sobat mau tau info lebih lanjut Call aja Mbah Suro atau Eyang Suro di nmr 082354640471 di jamin deh brankas bandot pasti jebooll... Thanks sobaattt

    ReplyDelete