KELAPA MAWAR

Saturday, April 7, 2012

PERBEZAAN ELAUN PENJAWAT AWAM SEMENANJUNG DENGAN SABAH SANGAT TIDAK ADIL




Pemimpin Sabah seharusnya tidak menutup mata dengan apa yang berlaku dalam isu perbezaan elaun penjawat Awam antara Guru semenajung dengan guru Sabah. Lihat keluhan hati seorang guru yang baru ditugaskan di Semenajung. Inilah kebenarannya.

SAYA MEWAKILI GURU-GURU BARU DARI NEGERI SABAH YANG BERKHIDMAT DI SELANGOR MEMPUNYAI BANYAK KEMUSYKILAN YANG INGIN DI AJUKAN KEPADA PIHAK KPM BERKAITAN AGIHAN ELAUN PERUMAHAN WILAYAH (EPW) YANG DINIKMATI OLEH GURU-GURU DARI NEGERI SABAH.

SAYA TELAH MENGEMUKAKAN HAL INI SEJAK BEBERAPA BULAN YANG LEPAS NAMUN TIDAK MENDAPAT PERHATIAN DARIPADA MANA-MANA PIHAK. SAYA TIDAK MAHU SECARA TERBURU-BURU MENGEMUKAKAN HAL INI KEPADA MEDIA MISALNYA TV3 KERANA INGIN MENJAGA NAMA BAIK PERKIDMATAN AWAM DI NEGARA KITA. PERTAMA,MENGAPA PERLU ADA PERBEZAAN PEMBAYARAN KADAR ELAUN PERUMAHAN WILAYAH ANTARA WILAYAH? SEDANGKAN BAGI KAMI GURU-GURU SABAH KOS HIDUP DI SINI ADALAH JAUH BERBEZA BERBANDING KOS HIDUP GURU-GURU SEMENANJUNG YANG BERKHIDMAT DI SABAH...MALAHAN KADAR BAYARAN EPW DI SANA JAUH LEBIH TINGGI DI ANTARA RM800-1000.00.WALHAL KOS KEHIDUPAN DI SANA JAUH LEBIH RENDAH BERBANDING KOS HIDUP DI SINI. KALAU DI SABAH DENGAN WANG SERINGGIT KAMI BOLEH MENDAPATKAN 1 PLASTIK YANG PENUH DENGAN IKAN TETAPI DI SINI DENGAN WANG SERINGGIT TAK LEPAS UNTUK MENDAPATKAN SEEKOR IKAN PUN.

SEMEMANGNYA BERLAKU KEJUTAN BUDAYA SETELAH KAMI DI HANTAR BERKHIDMAT KE SINI. ADAKAH GURU-GURU SEMENANJUNG LEBIH MULIA DARIPADA GURU-GURU SABAH SEHINGGAKAN MEREKA MENDAPAT LAYANAN SEISTIMEWA ITU. APA YANG INGIN KAMI LIHAT SETAKAT INI DI SINI, GURU-GURU SABAH LEBIH BAIK GURU-GURU DI SINI WALAUPUN MEREKA MENGANGGAP KAMI GURU-GURU ATAS POKOK DAN BERKERETAKAN SAMPAN SEBAB CUMA ADA SUNGAI YANG PANJANG. JADI, KAMI HANYA INGIN MENUNTUT KEADILAN SAHAJA.

 MENGAPA RUANG JISIM TONG YANG KECIL PERLU DIISI DENGAN KUANTITI AIR YANG BANYAK SEDANGKAN RUANG JISIM TONG YANG BESAR DIISI DENGAN KUANTITI AIR YANG SEDIKIT? ISU YANG KEDUA PULA, JUGA ADALAH RENTETAN DARI ISU PEMBAYARAN EPW DI NEGERI SELANGOR YANG TIDAK DIBAYAR DENGAN ADIL KEPADA SEMUA GURU SABAH DI SETIAP PEJABAT PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD) YANG BERLAINAN..MENGAPA ADA SESETENGAH PPD TELAH MEMULAKAN PEMBAYARAN?TETAPI ADA SESETENGAH PPD BELUM BERTINDAK LAGI DENGAN ALASAN PELANTIKAN TETAP BELUM DIBERIKAN LAGI..ADAKAH SETIAP PPD BERADA DI BAWAH JABATAN PELAJARAN NEGERI YANG BERLAINAN DENGAN CARA PENTADBIRAN YANG BERBEZA?KAMI HANYA INGINKAN KEADILAN SAHAJA.

BILA TAK ADIL MESTILAH TIMBUL RASA TIDAK PUAS HATI..SEPERKARA LAGI MENGAPA KADAR PEMBAYARAN EPW DI SETIAP DAERAH DI SELANGOR BERBEZA?JPS MENERANGKAN KEPADA KAMI ADA SESETENGAH TEMPAT SEWA RUMAH ADALAH MAHAL MENGIKUT DAERAH.BAGI SAYA INI TIDAK RELEVAN, SEBAGAI CONTOH RUMAH DI PUCHONG, SEWA SEBULAN RUMAH FLAT RM450 TAPI DIBAYAR EPW RM600. AKAN TETAPI SEWA RUMAH SEBULAN DI KAWASAN GOMBAK RM600 TAPI DIBAYAR EPW ADALAH RM450-500..BAGI SAYA, KADAR SEWA RUMAH DI SELURUH DAERAH DI NEGERI SELANGOR ADALAH SAMA DI SEMUA TEMPAT..SEBAGAI CONTOH DAERAH HULU LANGATPUN MEMPUNYAI KADAR SEWA RUMAH YANG MENCECAH RIBUAN RINGGIT..ADAKAH INI MENCERMINKAN KEADILAN DI DALAM PEMBAYARAN EPW TERSEBUT?KAMI HANYA INGINKAN PENYELARASAN MELALUI KESERAGAMAN SAHAJA SUPAYA TIDAK TIMBUL RASA TIDAK PUAS HATI DAN SIKAP TIDAK ADIL INI..

MENGAPA ADA SESETENGAH PPD MEMBERI KENYATAAN BERBEZA PULA BERBANDING PPD YANG LAIN ..?MENGAPA HIDUP DI BAWAH SATU BUMBUNG JPS TAPI BUDAYA DAN CARA PENTADBIRAN BERBEZA-BEZA..SEPERKARA LAGI ADALAH KURSUS ETEMS MOHON DIMANSUHKAN BAGI GURU-GURU BARU 2006 KERANA MEREKA TELAH DIDEDAHKAN DENGAN PENGAJARAN ETEMS SEPANJANG MENJALANI KURSUS PERGURUAN SEBELUM INI. BAGI SAYA IA HANYA MEMBUANG MASA YANG SEPATUTNYA DIPERUNTUKKAN BERSAMA MURID, LAGIPUN PENGISIAN KURSUS ETEMS LEBIH KURANG SAMA YANG DIJALANKAN SEPANJANG KURSUS PERGURUAN SEBELUM INI MALAHAN JAUH LEBIH PADAT..HARAP E-MEL INI MENDAPAT PERHATIAN SEMUA PIHAK..


KAMI GURU SABAH HANYA INGINKAN KEADILAN SEMATA-MATA BUKAN MENGUNGKIT NILAI BALASAN DAN FAEDAH YANG KAMI TERIMA TETAP KAMI INGIN MENUNTUT HAK YANG SEPATUTNYA KAMI TERIMA..PERJUANGAN DALAM DUNIA PENDIDIKAN TETAP AKAN DITERUSKAN, NAMUN KEADILAN TETAP DITEGAKKAN..BILA KITA TIDAK BERLAKU ADIL KITA SEBENARNYA TELAH BERLAKU ZALIM...APATAH LAGI SALAH SATU PRINSIP ISLAM HADHARI ADALAH KERAJAAN YANG ADIL DAN SAKSAMA DAN PENGAGIHAN EKONOMI SECARA LEBIH KOMPREHENSIF. AKHIR SEKALI, KAMI MEMOHON ISU INI MENDAPAT PERHATIAN DAN PEMBELAAN DARIPADA KPM MELALUI PEMERINTAHAN YANG ADIL DAN SAKSAMA..

Saya yakin perkara ini di lihat oleh pemimpin Sabah, tetapi tidak berani berbuat apa2. Mengapa agaknya mereka tidak berani menyuarakan hak rakyat sabah yang sepatutnya mereka bela setelah rakyat memberi mandat yang penting kepada mereka? Mungkinkah mereka ini penakut semuanya? Hanya tahu mengisi perut sendiri dengan suku sakatnya sahaja, lantas mengabaikan keperluan dan hak rakyat jelata khususnya di Sabah ini.

Apabila melihat keadaan ini, mungkin sudah sampai masanya kita sebagai rakyat Sabahan perlu bangkit dan bersuara menegakkan keadilan agar nasib Generasi muda mudi mendatang tidak seburuk nasib yang kita alami ketika ini. Ya, kalau dilihat situwasi ini amatlah tidak adil dan nampak dengan seterang-terangnya kepimpinan berat sebelah oleh kerajaann pusat. Sebenarnya perkara ini sudah lama berlaku, tetapi tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya dari para pemimpin Sabah. Jadi, sudah jelas kan pemimpin Sabahan kita tidak membela nasib kita? Kalau dah macam ni, kita perlu berbuat sesuatu yang lebih berani agar perkara ini dilihat dan mendapat perhatian oleh kerajaan pusat .

Sumber :Fcb Suara Sabah.

5 comments:

  1. kalau pasal sabah-semenanjung sentiasa ada kasta, kau bayangkan, berapa puluh tahun sudah kita merdeka tahun 2009 baru ada sorang anak tempatan sabah dapat lantikan jusa, itupun jusa c.

    Kalau pasal pembangunan negeri, jgn ingat orang sabah menolak kemajuan, sanggup naik sampan atau tinggal dalam hutan. Pembangunan semua orang pun mau.

    Jalan raya dan kemudahan lain bukan rakyat semenanjung kluarkan duit poket sendiri untuk buat, semua nya kerajaan yang tanggung. Masalahnya kerajaan yg sama tidak buat begitu untuk negeri sabah. lepas tu senang2 org semenanjung memperolokkan kita tinggal atas pokok sedangkan mundur yang kita dapat adalah kerana hasil negara yg tidak dibagi sama rata. Negeri yg tiada hasil laut, tiada minyak, atau hasil hutan boleh pulak lengkap facilitinya, kita? hasil minyak petroleum, balak, ke mana.

    Di sini org sibuk becerita pasal fibre optic, unifi apa segala, kita di sabah terkial-kial bejuang untuk tiang letrik, jalan tar, atap sekolah.

    Kalau kamu perasan, org sabah yang posting semenanjung rata2 17, 19 adalah sikit 27-29. ( kecuali guru), tapi kalau di sabah, jawatan pegawai sampai pengarah (41-keatas) di sabah, semua diisi dari negeri semenanjung.

    Itu kerajaan, cuba tengok FELDA pulak, yg duduk dalam aircond dorg jak semua. FELDA bukan milik persendirian, ada campurtangan kerajaan masa pengwujudan dulu, wajarkah kasta negeri jugak diamalkan.

    Lainlah kalau company Sdn Bhd, aku org semenanjung aku mau naikkan bangsaku jugak, tapi ini kerajaan. Susahlah mo cakap, tunggu di akhirat jak nnt, bebuih2 mulut becakap pasal agama tapi berapa banyak harta anak negeri sabah masuk dalam perut kamu anak beranak. Aku mmg x halalkan.

    ReplyDelete
  2. Saya sokong....harap pihak JPA dapat ambil berat isu ini...terlalu byk jurang yang ketara.. tidak adil

    ReplyDelete
  3. Kembakikan hak sabah..masalahnya org sabah gk yg sokong n alulu2kn kedatangan dorg..kita yg trtindas hidup d anak tirikn walhal hasil kt smua ke mana?

    ReplyDelete
  4. Sy org semenanjung dan sy sokong kenyataan ini

    ReplyDelete
  5. Penjawat awam di sabah ada dibyara elaun Bantuan Insentif Wilayah (BIW)??? mohon jawapan please...

    ReplyDelete