Tuesday, July 31, 2012

Ketua Menteri Sabah, DSP Musa Haji Aman ketika menghadiri majlis berbuka puasa dengan masyarakat Pantai Timur di masjid besar Al-Kautsar , Tawau dipetik sebagai berkata bahawa seseorang pemimpin itu perlu melepaskan sebarang jawatan yang disandangnya dengan baik jika sudah tidak sehaluan dengan kepimpinan parti dan kerajaan. Musa Aman di minta mengulas isu mengenai Datuk Lajim.

"Jangan perlu (tunggu) sampai diberhentikan. Sebagai 'gentleman' kita berhenti," "Di dalam parti dan kerajaan, kita ada peraturan dan etika. Kalau seseorang pemimpin itu, atau menteri itu, atau timbalan menteri itu, tidak mempunyai keyakinan terhadap kepimpinan parti, atau terhadap kerajaan yang mereka wakili, maka mereka harus berundur secara baik.

Kenyataan Musa Aman ini menimbulkan riak pada benak saya, apakah nanti Datuk Musa Aman secara aman dan baik melepaskan jawatannya sebagai ketua menteri Sabah apabila PM lebih mengkhendaki calon lain sebagai ganti selepas pasca PRU 13?

Dalam politik, kuasa adalah rebutan. Terlalu bukan sedikit yang enggan melepaskan jawatan, malah ada yang sanggup merencanakan strategi tertentu supaya kekal terus dalam jawatan yang disandangnya.

Sebelum ini parti komponen BN Sabah iaitu LDP telah secara terang menolak kepimpinan Musa Aman. Banyak majlis-majlis tertentu yang melibatkan Musa Aman dibiokot oleh parti ini. SAPP juga bertindak keluar dari BN pada era Pak Lah yang berkemungkinan kerana tidak puas hati dengan pendekatan Musa Aman mengurus Sabah.

Beberapa pemimpin UMNO Sabah juga melahirkan kebimbangan dengan cara dan stail Musa Aman mentadbir negeri. Malahan dalam tulisan Mohd Sayuti Omar secara berani mendakwa Musa Aman mengemukakan 26 nama calon PRu 13 kepada PM, Datuk Seri Najib yang terdiri daripada orang-orangnya dalam memastikan beliau terus berada pada posisi ketua Menteri. sebagai imbalan jika nama-nama itu diterima kata Mohd Sayuti, Musa Aman akan menanggung kos Pilihanraya di Sabah.

Daripada maklumat yang diperolehi juga, Datuk Lajim bertindak meninggalkan UMNO disebabkan kerana kepimpinan Musa Aman. Namun disebalik itu ada juga desas desus, Datuk Najib telahpun redha kepada Datuk Shafie Apdal menjadi ketua menteri Sabah yang baru. Khabarnya Datuk Shafie akan bertanding di DUN Bugaya pada PRU 13 nanti.

Jika ini menjadi kenyataan, apakah Musa aman juga akan melepaskan jawatannya dengan cara yang baik seperti kenyataannya kepada datuk Lajim?

Hanya masa yang menentukan segalanya. Kita tunggu!

Monday, July 30, 2012

"....Setiausaha BN Sabah yang juga Ahli Parlimen Kota Belud Abdul Rahman Dahlan dalam kenyataannya di media perdana kerajaan Buletin TV3 sebentar tadi menaifikan kehadiran rakyat yang melebihi 10,000 ribu orang ke kediaman saya bagi majlis pelancaran PPS pada 29 Julai 2012. Tidak salah sebagai pemimpin utama BN Sabah menafikannya namun pemimpin muda ini awal awal lagi melatih diri dengan pembohongan beginilah budaya yang merimaskan dan digunakan untuk memanipulasikan pemikiran rakyat namun natijahnya rakyat akan berkata INI KALILAH TUKAR....."

Salam Rahmadan dan selamat terima kasih saya kepada seluruh rakyat Sabah khususnya rakyat dikawasan Parlimen Beaufort yang hadir ke majlis Pelancaran Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang disempurnakan oleh Ketua Umum PKR nerangkap Ketua Pembangkang YB Datuk Seri Anwar Ibrahim dikediaman saya di Kampung Kaundo Kebatu pada malam 29 Julai 2012. Kehadiran lebih dari 10,000 orang terdiri dari pelbagai kaum membuktikan rakyat mengharapkan Perubahan yang amat besar terhadap kepimpinan pemerintahan negara agar agenda meletakkan kepentingan rakyat berada dilandasan yang benar. Walaupun kehadiran ini dinafikan oleh pemimpin Umno dan Barisan nasional Sabah yan terpaksa menutup kelemahan dan mengamal budaya angkat kaki mereka sebagaimana yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Kota Belud yang juga Setaiuasaha BN Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan di media perdana Buletin TV3 menafikan kehadiran tersebut namun yang lebih memahami jiwa raga serta harapan rakyat Sabah adalah mereka yang hadir dalam satu jumlah yang diluar jangkaan.

Terima kasih atas sokongan mereka (rakyat) yang ternyata mengharapkan satu perubahan besar dalam PRU ke 13 akan datang dengan slogan TUKAR...bersama bergerak bagi membina masa depan negara yang lebih adil dan saksama
( Datuk Lajim Ukin)

Begitulah kenyataan Datuk Lajim dalam laman FCBnya menyangkal kenyataan MP Kota belud yang memperkecilkan kehadiran rakyat semasa pelancaran PPS di Beaufot, 29 Julai lepas.



Sebelum ini Datuk Rahman Dahlan juga membuat kenyataan bahawa Datuk lajim sebenarnya keluar bersendirian ,seolah-olah menafikan kewibawaan MP Beaufort yang digelar janang Gayuh suku Bisaya itu.
Manakala Sdr Musli Oli pula melabelkan Datuk Rahman sebagai pembawa virus Denial Sindrom di Sabah.


sebelum Datuk Lajim meneruskan hasratnya keluar dari UMNO, sudah beberapa kali tindakannya 'mencabar' kesabaran pemimpin parti itu di Sabah. Antara yang telah lebih awal menempelak Datuk Lajim ialah Timbalan pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Salleh tun Said. Sejak awal ketua UMNO bahagian Kota belud itu membuat gesaan supaya Datuk Lajim membuat keputusan untuk keluar dari UMNO?

Mengapakah hanya Datuk Salleh yang sebegitu lantang mengkritik Datuk Lajim. Dan mengapa hanya beliau yang nampak keseorangan membuat gesaan agar Lajim keluar dari UMNO?

Apakah inhi ada kaitan dengan kelompok-kelompok tertentu dalam UMNO Sabah?

Sebelum ini, Datuk Lajim dikaitkan dengan kelompok Datuk Shafie Apdal dan dikhabarkan beberapa projek mega di bawah kuasa KKLW  turut dinikmati oleh datuk Lajim. Kini SPRM dilaporkan membuka kertas siasatan.

Datuk Salleh paling berani mempertahankan segala tindakan Musa Aman. semasa LDP tidak hadir dalam sambutan hari Raya bersama Musa Aman, Salleh juga bising kerana menggangap LDP biadap dan tidak menghormati ketua menteri itu.

Khabarnya Lajim membuat keputusan disaat akhir untuk tidak menyertai PKR sebaliknya berjuang dalam Angkatan perubahan Sabah atas pujukan Datuk Shafie Apdal yang memberi keyakinan bahawa PM Datuk Najib telah bersetuju agar beliau mengambil alih jawatan KM selepas PRU 13. Datuk Shafie dijadualkan akan turun bertanding di DUN Bugaya dan melepaskan Parlimen Semporna.

Segala-galanya adalah strategi! dan sekiranya BN masih lagi memerintah di Sabah dan datuk Shafie Apdal menjadi KM baru, maka apakah datuk Salleh juga akan mempertahankan penaung USBO ini?


KUALA LUMPUR, 30 Julai – Tindakan dua pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah keluar parti hujung minggu lalu akan menyebabkan tarikh pilihan raya umum (PRU) sekali lagi ditangguh dari September ke hujung tahun oleh kerana BN perlu memastikan negeri Borneo tersebut terus menjadi ‘simpanan tetap’ kepada BN, kata sumber.

Sumber BN dari Sabah dan Kuala Lumpur mengatakan selepas ahli parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing (gambar) dan ahli parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin keluar menyokong Pakatan Rakyat (PR) adalah diantara sebab Datuk Seri Najib Razak terpaksa melihat semula tarikh baru pilihan raya mengejut selepas dari pembentangan belanjawan pada 28 April untuk mandat peribadi beliau, tiga tahun tiga bulan selepas ambil alih kuasa pada April 2009.


Tindakan ahli parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing keluar menyokong Pakatan Rakyat (PR) mengejutkan pihak Barisan Nasional (BN). — Gambar fail
“Ia tidak mungkin pada bulan September sekarang walaupun Umno dan rakan-rakan sudah bersedia untuk pilihan raya, “kata seorang sumber BN dari Kuala Lumpur kepada The Malaysian Insider.
“Umno perlu memastikan, Sabah dan Sarawak kekal menjadi simpanan tetap dan memberikan banyak kerusi oleh kerana di Semenanjung, undi Melayu berpecah,” tambah sumber tersebut dengan menambah Umno hanya mendapat 79 kerusi dalam pilihan raya 2008.

Sumber ini yang memberitahu The Malaysian Insider bahawa pilihan raya mengejut akan berlaku pada bulan September jika Najib meneruskan rancangan untuk membubarkan parlimen pada bulan Ogos, sembilan bulan sebelum mandat BN tamat pada April 2013. Terdapat berberapa tarikh yang menjadi buah mulut dalam tahun lalu walaupun perdana menteri keenam Malaysia itu telah menyatakan keyakinannya untuk mendapat majoriti kerusi Dun dan Parlimen.

Sebelum dua pemimpin BN Sabah ini belot, BN mengawal 22 daripada 25 kerusi parlimen di Sabah dan satu di Wilayah Persekutuan Labuan. Dalam pilihan raya 2008, BN hilang penguasaan tradisi dua pertiga di parlimenoleh kerana kekalahan teruk di semenanjung di mana BN menang 85 kerusi manakala pembangkang mendapat 80 kerusi.

Penyelamat BN adalah Sabah, Sarawak dan Labuan dimana gabungan tersebut menang besar apabila mendapat 55 kerusi manakala pembangkang mendapat dua kerusi. Namun selepas hujung minggu ini, BN kini mengawal 136 kerusi, PR 76 kerusi, SAPP dua dan lapan calon bebas dari 222 kerusi Dewan Rakyat.

Menurut sumber BN Sabah lagi, kemungkinan besar tarikh pilihan raya umum tidak lagi September memandangkan perkembangan terbaru di negeri tersebut, tampuk pemerintah perlu memastikan tiada kesan serius menerusi tindakan keluar parti oleh dua MP veteran itu. Lajim ialah timbalan menteri dan ahli majlis tertinggi Umno manakala Bumburing ialah timbalan presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut (Upko).

“Mereka berdua tidak ada pengaruh yang kuat di luar kawasan mereka namun keadaan ini boleh merebak dan akan menjadi satu faktor sekiranya pilihan raya diadakan dalam jangkamasa terdekat ini. Lagipun, keadaan ini boleh membarah dan tetap akan menjadi satu masalah nanti,” katanya lagi.

Telah wujudnya spekulasi sejak bulan Jun yang Bumburing dan Lajim akan keluar dari BN and menyokong PR tetapi ia tidak berlaku sehinggalah minggu lepas. “Ini merupakan satu misteri kenapa BN tidak mengambil tindakan awal terhadap mereka berdua,” kata sumber BN Sabah lagi.

Najib telah berkata minggu lagi yang beliau akan mengambil tindakan terhadap Lajim yang melepaskan semua jawatan parti pada hari Isnin. Perdana menteri sebelum ini telah memberi tumpuan pada Sabah dan telah mengumumkan penubuhan Royal Commission of Inquiry (RCI) yang telah dinanti-nantikan untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin walaupun masih belum mempunyai terma dan komposisi untuk panel masih belum diketahui.

Menurut seorang penganalisis, BN selama ini melayan Sabah dan Sarawak sebagai tempat yang pasti menang dalam perlawanan untuk mendapatkan undi Melayu di semenanjung. “Kehilangan undi Melayu boleh ditampung dengan undi dari Sabah dan Sarawak, tetapi kini tidak ada sesiapa yang boleh menjamin apakah masih terdapat simpanan tetap,” kata seorang penganalisis politik yang tidak mahu namanya diketahui kepada The Malaysian Insider.

Pensyarah UiTM Sabah, Arnold Puyok memberitahu pada minggu lalu bahawa kajiannya menunjukkan BN boleh kalah 14 kerusi yang mereka pegang di negeri tersebut, termasuk Kota Kinabalu, Sandakan dan Pensiangan yang dikategorikan sebagai kerusi mudah menang bagi parti pembangkang.

Kerajaan Najib mendapat 42 peratus sokongan terhadap prestasi memberikan tamparan kepada kerajaannya dalam survey yang dijalankan oleh Merdeka Center di semenanjung, menurun enam peratus dari bulan sebelumnya.

Akan tetapi, perdana menteri kekal popular dengan sokongan sebanyak 64 peratus pada bulan Jun, menurun satu peratus berbanding Mei. Penyandang jawatannya, Tun Abdullah Badawi memasuki pilihan raya 2008 dalam keadaan mendapt 71 peratus sokongan tetapi hilang penguasaan majoriti dua pertiga di parlimen.

Najib dilihat sebagai ahli politik paling berkerja keras dengan pelbagai lawatan ke tempat berbeza termasuk yang terbaru, program ‘Jelajah Janji Ditepati dan pemberian tunai dan janji untuk membantu rakyat dari demografi berbeza.

Sunday, July 29, 2012

Sandarkan pada kenangan! begitulah apa yang berlaku dengan politik Sabah sejak akhir-akhir ini. banyak kejutan, banyak ramalan yang benar berlaku. Difahamkan sedikit masa lagi , akan berlaku satu lagi kejutan besar di bumi borneo utara. Khabarnya beberapa mantan pemimpin USNO dan UMNO juga berikrar menyatakan sokongan kepada PR dan DSAI.

Belumpun sempat Datuk Musa Aman 'menghirup' kopi petang, baru sebentar tadi Datuk Welfred Bumburing pula mengumumkan keluar dari UPKO dan BN sebaliknya menyatakan sokongan kepada PR dan DSAI.

KOTA KINABALU 30 Julai: Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing mengisytihar keluar Barisan Nasional (BN) dan menyatakan sokongan terhadap Pakatan Rakyat.
Beliau juga menyatakan kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin utama Pakatan dan bakal Perdana Menteri Malaysia ketujuh.
Bercakap pada pelancaran Angkatan Perubahan Rakyat (APS) di Restoran Singgahgora, Tuaran di sini, Bumburing percaya seluruh masyarakat Kadazan-Dusun-Murut akan menumbangkan kerajaan BN Sabah.
Beliau juga akan menjelajah ke seluruh negeri untuk mengajak rakyat melakukan perubahan kerajaan di Sabah, selain di peringkat Persekutuan.
Situasi ini pasti menggerunkan regim Umno berikutan dua pemimpin berpengaruh di Sabah dalam dua hari berturut-turut, meninggalkan BN dan menyokong Pakatan Rakyat.
Semalam, Timbalan Menteri Kabinet, Datuk Seri Lajim Ukim meletak semua jawatan dalam Umno dan menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat, diikuti Wilfred pada hari ini.
Wilfred juga adalah Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), sebuah parti komponen BN Sabah.
Sebelum ini, beliau pernah menyertai parti Pertubuhan Kebangsaan Pasok Nunukragang Bersatu (PASOK) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).
Beliau juga adalah Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dilancarkan Tengku Razaleigh Hamzah pada 22 Julai 2011.
Pada pilihan raya umum (PRU) 2008, Wilfred menang dengan undi sebanyak 17,645 menewaskan calon KEADILAN, Ansari Abdullah dan calon Bebas, Ajin Nazin Gagah.

Saturday, July 28, 2012

Memang resamnya politik, bila bersama, segala jasa dan baiknya akan dibicara, bila berpisah segala busuk dan dakinya menjadi nista.Begitulah nasib janang gayuh Bisaya ,Datuk Seri lajim Ukin yang 'berani' bertindak keluar dari UMNO kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti itu di Sabah.maka, ramailah penyokong-penyokong UMNO yang mencerca dan menyindirnya kononnya datuk Lajim kepingin menjadi ketua Menteri Sabah. Ada yang kata Janang Gayuh Bisaya itu sebagai pembelot dan pengkhianat. Tidak ramai dari kita melihat tindakan Datuk Lajim ini dari sudut yang positif.

Bagi saya tindakan Datuk Lajim ini berkait dengan dua perkara besar dalam iklim politik Sabah dan Malaysia. pertama, inilah bukti terkuat bahawa dalam UMNO Sabah sememangnya kucar-kacir kepimpinannya.Walaupun dinafikan oleh orang-orang yang buta naluri politiknya, kononnya UMNO Sabah tidak ada krisis, semuanya itu bohong sengaja mahu menutup bangkai gajah dengan sehelai kain pelikat.Bukan sahaja UMNO Sabah bahkan BN Sabah juga bergolak. Sebab besarnya bagi saya ialah kerana sindrom 'sisitem' penggiliran Ketua menteri yang diperkenalkan oleh UMNO suatu ketika di Sabah lah yang mencetuskan puak-puak dalam kepimpinan UMNO Sabah. Masing-masing mahukan pemimpin mereka terpelihara dan dipulihara untuk terus kekal dalam jawatan atau mahukan jawatan yang lebih tinggi.Natijah formula UMNO itu sudah mula dirasai. Musa Aman walaupun terselamat dari sistem penggiliran yang bermisteri itu, namun di peringkat bahagian dan cawangan UMNO seluruh Sabah masih dibayangi oleh sistem penggiliran itu.

Kedua, tindakan Datuk Lajim keluar dari UMNO juga adalah berkait dengan kelemahan Perdana menteri Datuk Najib Tun Razak menyelesaikan kemelut dalam Kelambu UMNO di Sabah.Sebelum ini sudah beberapa kali Datuk lajim bertindak 'mencabar' kepimpinan Najib dengan pelbagai cara termasuk berucap dalam majlis anjuran parti pembangkang, tetapi tindakan tegas, tangkas dan berwibawa oleh PM masih tidak mencukupi. najib sewajarnya mengambil segala bentuk kaedah menyelami sebab dan musabab datuk Lajim bertindak keluar dari UMNO.Najib harus mengakui kerana kalau bukan datuk Lajim keluar dari PBS pada tahun 1994, UMNO sehingga kini berada pada posisi pembangkang di Sabah. Antara pemimpin yang berjasa dan yang mula berjasa, Najib gagal mengklasfikasikannya mengikut keutamaan,.Akibatnya UMNO Sabah kehilangan pemimpin yang boleh menyumbang kepada kedudkan parlimen UMNO di Sabah,.

Pada saya atas tiket apa sekalipun datuk Lajim bertanding di parlimen Beaufort atau di peringkat DUN, beliau akan menang dan UMNO akan kehilangan satu lagi kerusi parlimen sebelum PRU13.

Jikapun Datuk Lajim dianggap petualang di Sabah, beliau sudah cukup baik kerana bertindak 'berani' meninggalkan parti dan segala keistimewaan yang dimilikinya termasuk jawatan dalam kabinet. Tidak seperti pemimpin tertentu di sabah yang sanggup 'kendur' hati politiknya bila diberikan jawatan dan kedudukan. Ada yang secara terang tidak dicalonkan pada PRU12 yang lepas, kemudiannya menyusun strategi mahu melawan dengan pisau politik yang tumpul, sehingga akhirnya terpaksa berpaling tadah pula meninggalkan kawan dan rakannya bersendirian, apabila termakan umpan. Adakah pemimpin sebgini lebih tebal pejuangnya atau lebih petualangnya dari Datuk Lajim?

Sudah sampai masanya Hang jebat diubah status mitosnya kepada seorang pejuang yang menegakkan kebenaran. Datuk Lajim meninggalkan segala kemewahannya atas prinsipnya sendiri.Beliau boleh memilih 'berdiam diri' atau 'membiarkan sahaja segala kebejatan mahukan kekalutan itu berlalu. TETAPi kerana prinsip dan keberanian, bagi saya tindakan datuk Lajim itu adalah wajar bagi diri dan perjuangannya.




KOTA KINABALU 28 Julai: Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Akim hari ini, mengumum peletakan semua jawatannya dalam Umno.Beliau berkata demikian depan ratusan penyokong, kebanyakannya pemegang jawatan penting di peringkat cawangan dan bahagian Umno, di rumahnya di Likas di sini, kira-kira jam 6 petang.

“Mulai sekarang, saya letak semua jawatan dalam Umno kerana tidak lagi yakin parti itu mampu membela rakyat Sabah,” katanya.

Bercakap kepada Keadilan Daily pula, Lajim menyatakan komitmennya terhadap Pakatan Rakyat bagi memulihkan Sabah dari belenggu penindasan dan ketidakadilan.

Beliau juga menggerakkan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) – sebuah gerakan yang menolakkan pentadbiran Barisan Nasional (BN) di Negeri Di Bawah Bayu itu.

Selain PPS yang didominasi golongan Melayu-Islam, wujud juga Angkatan Perubahan Sabah (APS) – dominasi Kadasan-Dusun-Murut yang diterajui Datuk Seri Wilfred Bumburing – Ahli Parlimen Tuaran dari BN.

Pelancaran PPS dan APS dijadual berlangsung esok dengan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka hadir sebagai tetamu kehormat.

Sebelum ini, Lajim meletak jawatan sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu sehari selepas Datuk Seri Najib Razak melawat Sabah, Jun lalu.

Beliau juga enggan pertahan jawatan Ketua Bahagian Umno Beaufort sebaliknya menghantar surat peletakan kepada Setiausaha Umno Bahagian Beaufort.

Lajim ialah Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Ahli Parlimen Beaufort sejak beberapa penggal, selain pernah menyandang Timbalan Ketua Menteri Sabah dan jawatan penting lain.

Dalam Pilihan Raya Umum 2008 beliau mengalahkan calon KEADILAN Lajim Md Yusof dengan majoriti 10,914 undi.

Lajim juga adalah Ahli Majlis Tertinggi Umno bagi sesi 2009-2011 dalam Perhimpunan Agung Umno 2009.

Friday, July 27, 2012


Imam daerah Kota belud. Tn Hj. Madli hj.Manshor

Beberapa isu tentang pembinaan baru Masjid pekan Kota Belud sudah mula kedengaran bertiup mengiringi hembusan bayu Ramadhan di pekan koboi itu.Kononnya ADUN Tempasuk, Datuk Musbah Jamli telah melahirkan hasratnya untuk mewakafkan tanah milik peribadinya berdekatan dengan pekan Kota belud untuk tujuan pembinaan Masjid baru berkenaan.

Kelapamawar telah menghubungi Imam Daerah Kota Belud, Tuan Haji Madli Hj Manshor untuk mendapatkan pengesahan berkenaan cadangan pembinaan Masjid Baru itu. Namun menurutnya, pembinaan Masjid Baru Pekan Kota Belud, buat masa ini hanyalah dalam bentuk cadangan awal. itupun belum ada pemakluman secara rasmi. Mungkin ura-ura sahaja katanya.Walaupun begitu beliau dalam responsnya melahirkan harapan agar pembinaan Masjid baru itu menjadi realiti untuk menyelesaikan beberapa isu berbangkit jemaah di Masjid berkenaan termasuk Masjid lama tidak dapat menampung pertambahan bilangan jemaah dalam solat Jumaat dan Hari raya Aidilfitri dan Aidil Adha setiap tahun. Manakala kawasan Masjid lama yang berada di atas bukit pula terhad kerana di bawahnya adalah Jalanraya utama laluan ke Kudat, manakala di bahagian atas pula adalah bukit .


Dalam laman Fcb sdr Razak Rakunman seorang aktivis Sosial juga memaparkan isu berkenaan seperti berikut "

Masjid perkan KB.

Pekan Kota Belud mungkin dapat Majid Baru.

Saya difahamkan-ADUN Tempasuk Datuk Haji Musbah Jamli akan mendermakan sebidang tanahnya yang terletak di Pekan Kota Belud untuk dijadikan Tapak Majid Pekan Kota Belud yang baru.

Masjid itu akan berkonsepkan mesra umat, di mana aktiviti seperti kelas pengajian, atau sekolah agama turut disediakan.

Selain itu, perniagaan yang berkonsepkan islam juga turut disediakan bagi memudahkan jemaah masjid dan umat islam mendapatkan keperluan beribadah ataupun keperluan makan minum semasa menghadiri acara-acara masjid.

Saya difahamkan konsep dan tata atur masjid itu dalam proses penyiapan, dan kalau bajet daripada pihak kerajaan atau mana-mana korporat berjaya dikumpulkan, ada kemungkinan besar Masjid baru Pekan Kota Belud akan terealisasi dalam masa setahun.

Masjid Pekan Kota Belud yang ada dibina pada tahun 60-an, disebabkan ruangnya yang terhad, maka tidak mampu lagi menampung jumlah jemaah.

Sumber: FCB sdr Razakrakunman.
Tindak tanduk Datuk Lajim Ukin tentunya 'mencemaskan' UMNO dan BN di Sabah sejak dua menjak ini.Selain lantang mengkritik kepimpinan UMNO negeri yang terpesong dari semangat pemufakatan, Datuk Lajim juga berani menggunakan kedudukannya sebagai timbalan menteri untuk 'mencetuskan' perasaan serba salah dalam benak PM Datuk Seri Najib. desakan ketua UMNO bahagian cheras Syed Ali supaya Datuk lajim meletakkan Jawatan tidak sangat menimbulkan keresahan di hati "Janang Gayuh" suku bisaya itu.

Persoalannya mengapa Najib dan UMNO tidak mengambil tindakan atas tindak tanduk dan kenyataan yang dibuat oleh Datuk Lajim itu? sekurangnya-kurangnya isu ini harus dibawa ke lembaga disiplin parti untuk diadili. manakala tindakan tegas yang boleh dikenakan termasuklah menggantung keahlian Lajim atau memecatnya terus dari parti UMNO sebagaimana Tun Mahathir memecat Datuk Seri Anwar yang dikatakan terlibat dalam skandal seks luar tabii, walaupun mahkamah sukar membuktikan tuduhan itu.

Jawapannya yang paling tepat ialah kerana Najib perlu berhati-hati menangani isu Datuk Lajim ini. Ada dua sebab kerana Najib 'takut' kehilangan parlimen Beaufort dan kedua kerana Najib percaya apa yang dikatakan oleh Datuk Lajim tentang kepimpinan UMNO negeri Sabah.Cumannya Najib tersepit kerana UMNO Sabah perlu ditarbiyah secara berhati-hati dengan tidak menyentuh hati dan naluri pemimpin tertentu di Sabah. Jika tidak ia akan menyaksikan UMNO di Sabah akan diusung ke pusara pada PRU 13. Najib tidak mahu mengiyakan Datuk Lajim, pada waktu yang sama Najib tidak mahu melukakan Musa Aman. Alasannya cuma satu, Najib mahu UMNO terus berada di bumi Sabah.

Adalah mustahil Najib tidak tahu apa yang berlaku di Sabah. Apa yang diperlakukan keatas Naib Presiden UMNO yang merupakan pemimpin kesayangan Najib,. Datuk Shafie Apdal yang diperlekehkan oleh kepimpinan UMNO negeri, malah dikata dan ditohmah mahukan jawatan ketua menteri.

Rakyat sabah juga tahu adanya arahan tertentu yang mahukan Naib Presiden UMNO itu dibiokot dalam setiap acara dan majlis yang dihadirinya di Sabah. Semua ini, Najib tahu, tetapi tidak seperti yang selalu diimpikan oleh orang melayu, Najib sebenarnya semakin lemah di Sabah dan sarawak. najib tidak berdaya membuat keputusan adil bagi kepimpinan UMNO di Sabah. Seperti di sarawak, Najib juga pernah terluka bila Ketua menteri Sarawak itu tidak mengotakan janjinya untuk mahu bersara selepas PRN sarawak sebelum ini.

Thursday, July 26, 2012


Oleh: Aspan Alias
Yang masih ada kepada Najib ialah ego dan ketamakan sahaja. Beliau tahu yang BN akan kalah dalam pilihanraya kali ini jika PRU itu diadakan sekarang atau sebulan dua selepas ini. Tidak tahulah jika Najib ada sentuhan sakti awal tahun depan untuk mengekalkan kuasa dan baki-baki mandat yang masih ada kepada BN sekarang. Sekarang Najib bukan lagi hendak menyelamatkan UMNO, tetapi sebaliknya Najib berusaha untuk UMNO menyelamatkan beliau.


BN kini sedang berpecah, ibarat kejatuhan kepingan-kepingan bangunan yang sedang runtuh. UMNO khususnya memang sudah sampai ke penghujung hayatnya. Semuanya ini adalah dalam pengetahuan Najib. Jika benar Najib tidak tahu keadaan ini maka sah Najib tidak tahu menahu apa yang berlaku di bawah dalam BN dan UMNO serta pandangan dan persepi sebenar rakyat terhadap kerajaan pimpinan beliau.


UMNO akan menjadi parti yang ‘orphanage’, iaitu parti yang seperti anak yatim yang ditinggalkan ibu bapanya. UMNO akan keseorangan dan akan ditinggalkan oleh parti-parti komponen di dalamnya. Parti-parti yang menjadi ahli kepada BN sedang meneropong dan meneliti sejauh mana kekuatan UMNO di mata rakyat kerana kekuatan dan pandangan tinggi rakyat terhadap parti itu amat penting sebagai tunjang kepada BN. Jika tulang belakang sudah nampak lemah maka tidak akan ada lagi kekuatan pada BN.


Jika seseorang itu sudah lemah dan reput tulang belakangnya, banyak perkara tidak akan dapat dilakukan lagi oleh seseorang itu: berjalan perlahan, duduk tidak selesa, hendak bongkok pun tidak boleh dan jauh sekali untuk menjadi pentadbir keluarga yang ‘effective’. Seseorang itu akan menumpukan masa untuk mengubati sakitnya dan tidak ada masa untuk menguruskan perkara lain, jauh sekali untuk menguruskan rakyat.


Sesungguhnya UMNO sedang sakit tenat. Berbagai-bagai cara sedang dilakukan oleh Najib untuk menahan kesakitan yang sedang mereka (UMNO) alami sekarang. Sesungguhnya UMNO tidak dapat membezakan sakit dengan penyakit dan seterusnya tidak dapat meleraikan masalah kesakitan yang dihadapinya.


Apa yang dilakukan oleh UMNO sekarang hanyalah untuk menghilangkan sakit, bukannya untuk memperbaiki diri daripada penyakit. Najib ibarat seorang yang makan ‘panadol’ untuk menghilangkan sakit kerana panadol itu adalah ubat penahan sakit. Panadol itu tidak akan mengubati penyakit.


Elok kita kaji anologi yang ini:-


Jika Mamat rasa sakit kepala dia akan makan panadol maka sakit itu hilang sekejap. Besoknya Mamat rasa sakit telinga pula, maka Mamat makan dan telan dua biji panadol dan sakit telanga itu hilang. Seminggu selepas itu Mamat terasa sakit tengkuk pula, dan seperti biasa dia telan lagi dua biji panadol.


Maksud saya di sini, panadol itu akan hanya menghilangkan sakit buat sementara, tetapi Mamat tidak mahu ambil kisah tentang panyakit yang sebenarnya yang dihidapinya. Sebenarnya, Mamat sedang menghadapi penyakit darah tinggi. Jika Mamat masuk ke hospital dan ubati penyakit darah tinggi maka rasa sakit di telinga, mata, tengkuk dan kepala tadi tidak akan datang lagi. Selama ini Mamat hanya menelan panadol untuk menghilangkan sakit tetapi tidak menghilangkan penyakit.


Begitulah yang Najib lakukan sekarang. Beliau ibarat memberi kelegaan kepada rasa sakit kepada UMNO itu sahaja. Itulah sebabnya Najib memberikan BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) sebanyak RM500 kepada rakyat yang berpendapatan RM3,000 ke bawah.


Selepas itu beliau rasa ada kesakitan di kalangan pemandu teksi, maka diberi pula tayar yang murah kepada semua pemandu teksi dengan kupon sebanyak RM420 seorang. Lepas itu Najib umum elaun khas (one-off) untuk jururawat sebanyak seratus dua ringgit.


Yang terakhir Najib umumkan bonus raya dan berbagai-bagai lagi selepas ini. Semuanya ini hanya pertolongan untuk menghilangkan sakit sementara. Najib sepatutnya cari apa penyakit sebenarnya yang dihadapi oleh UMNO itu. Bantuan seperti memakan panadol ini tidak akan menghilangkan penyakit kerana sakitnya akan datang semula tidak lama selepas itu kerana sebenarnya UMNO mempunyai penyakit yang tidak diubati dan penyakit ini sudah begitu lama dihidapinya.


Penyakit sebenarnya yang dihadapi oleh UMNO ialah kehilangan keyakinan rakyat yang amat serius. Keyakinan rakyat sudah terhakis begitu teruk sekali kerana kegiatan rasuah yang berluas-luasa dalam UMNO dan kepimpinan kerajaan sekarang. Pimpinan UMNO sendiri sudah hilang segala ‘plot’ untuk mentadbir negara dengan baik dan bermoral. Pemimpin-pemimpin UMNO berbelanja wang rakyat seperti negara ini emak dan bapa mereka yang punya.


Trillion ringgit sejak sepuluh tahun dahulu telah lesap dan dibawa ke luar negara secara haram dan kesemua wang itu adalah wang rakyat yang mereka tadbir. Pucuk pimpinan bukan sahaja menjadi PM dan Menteri-Menteri tetapi mereka juga adalah kontraktor mengambil kesemua peluang yang terdapat melalui projek-projek raksasa infrastruktur negara untuk menjadi kaya-raya yang tidak terhingga.


Mereka menyamun dan merompak tanpa rasa belas ehsan terhadap rakyat yang 60% masih melata dalam kehidupan mereka. Rakyat marah kerana penyakit yang menafikan rakyat Kelantan dengan menghalang Kelantan mendapatkan royalti minyak negeri mereka.


Banyak lagi senarai yang panjang-panjang yang tidak termuat hendak disebut dalam posting ini. Inilah penyakit sebenarnya dan jika untuk menghilangkan rasa sakit dengan membayar BR1M dan sebagainya ia adalah seperti memakan ubat tahan sakit sementara seperti panadol.


Oleh kerana terlalu banyak makan panadol, ubat panadol ini pun tidak ‘effective’ lagi kerana sistem badan kita sudah ‘immune’ dengan jumlah panadol yang kita makan itu. Di sinilah letaknya penyakit UMNO yang tidak pernah terubat dan diambil perhatian.


Cara Najib menyelesaikan masalah hanyalah dengan membayar sana dan membayar sini dan SOP pimpinan Najib ini tidak lebih dan tidak kurang seperti beliau mengendalikan UMNO bahagian Pekan sahaja. Najib percaya semua masalah akan selesai jika dibayar dengan wang ringgit sahaja.


Oleh itu marilah kita membina keyakinan yang rakyat akan berjaya kali ini untuk menhilangkan penyakit yang kita semua sedang hidapi. Kita mesti berhenti memakan ubat tahan sakit seperti panadol ini, kerana panadol tidak boleh menyembuhkan penyakit.


Panadol hanya setakat menghilangkan sakit buat sementara sahaja. Kita mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk memnghilangkan penyakit. Apabila sembuh penyakit itu maka kita tidak akan merasa sakit lagi dan tidah payah menelan panadol siang dan malam.


UMNO perlukan rawatan rapi dan wajar berehat sahaja setidak-tidaknya selama lima tahun selepas PRU nanti. Itu pun jika penyakitnya boleh disembuhkan. Kalau tidak boleh juga sembuh berehatlah terus menerus.


Rakyat mahukan parti yang cergas dan sihat untuk memberikan keyakinan yang tinggi untuk memelihara kemerdekaan yang telah kita capai lebih dari lima dekad dahulu.
Walaupun Presiden Ceupacs, Datuk  Omar Osman sebelum ini mengharapkan kakitangan awam berjumlah 1.2 juta di negara ini diberikan Bonus sebulan penuh, namun nampaknya ia tidak kesampaian, apabila Datuk Seri Najib mengumumkan bayaran Bonus setengah bulan gaji atau paling minimum RM500 termasuk imbuhan khas kepada pesara kerajaan pada 9 Ogos ini, 4 hari awal dari pembayaran gaji kakitangan awam yang dijadualkan pada 13 Ogos.

Walaupun dalam kenyataan media, Najib menyatakan bahawa pembayaran bonus itu adalah sebagai penghargaan kerajaan kepada kakitangan awam atas dedikasi dan tugas membangunkan negara, namun ramai yang percaya bonus itu adalah bonus PRU13.

apakah pemberian bonus kali ini akan menjadi penyelamat dan talian hayat kepada Najib dalam usaha mendapatkan sokongan dari kakitangan awam setelah 'menghampakan' sebilangan yang lainnya ekoran pembatalan skim SBPA yang dirangka secara tergesa-gesa, kononya sebagai transformasi perkhidmatan awam di negara ini?

Kakitangan awam di negara ini sejumlah 1.2 juta jika dilibatkan dengan keluarga mereka, barangkali mencecah 2 juta dan itu sangat signifikan kepada kemenangan BN dan UMNO.

Di Sabah, Datuk Musa Aman juga telah membayangkan pembayaran bonus setengah bulan Gaji kepada kakitangan awam negeri itu.Apakah ini juga akan menjadi penyelamat kepada Musa Aman dalam mengekalkan kuasanya?

Lihat laporan ahli akademik tentang kedudukan kawasan-kawasan parlimen di Sabah pada PRU 13

BN mungkin tewas lebih daripada 60 peratus kerusi parlimennya di Sabah dalam pilihan raya umum akan datang, kata seorang penganalisis politik dari negeri itu. Pensyarah UiTM Sabah, Arnold Puyok berkata BN mungkin tewas di 14 daripada 22 kerusi yang diwakilinya di negeri tersebut.


Pembangkang mungkin berpeluang mudah di kerusi seperti Kota Kinabalu, Sandakan dan Pensiangan, katanya.


"Saya tidak fikir deposit tetap itu akan kekal," katanya lagi yang merujuk kepada gelaran popular untuk Sabah dan Sarawak yang secara tradisinya menjadi kubu kuat BN.


Beliau bercakap dalam majlis perbincangan meja bulat di Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh kluster politik, keselamatan dan hubungan antarabangsa Majlis Profesor Negara.(MKINI)

Wednesday, July 25, 2012

Mohd.Sayuti Omar seorang penulis politik nasional sekali lagi menulis tentang politik Sabah dalam blog rasminya. Tidak banyak pendedahan berani yang dibuat oleh penulis kontrovesi ini . Kerana selain daripada khabarnya UMNO Sabah bergolak tahap gaban yang sudahpun menjadi rahsia umum di Sabah, Sayuti Omar juga sedikit membongkar berita kononnya ketua menteri Sabah, Datuk Musa Aman sedang mengatur senarai 26 orang calon yang pro kepadanya untuk menjadi calon pilihan Najib pada PRU 13 nanti. Tidak pula dinyatakan oleh beliau senarai nama-nama tersebut.Namun sebelum ini, berita politik di Sabah menyatakan inilah sebab utama mengapa Datuk Lajim bermain tarik tali, khabarnya kerana di parlimen Beaufort akan dicalonkan anak Musa Aman.

Jika Najib menerima senarai nama tersebut, Musa dikatakan akan menanggung keseluruhan kos pilihanraya di Sabah pada PRU 13 dan sebahagian kos di semenanjung. Jika benar kayanya Musa Aman kerana anggaran kos di sabah sahaja melebihi ratusan juta ringgit.


Datuk Lajim dalam kenyataannya yang dipaparkan dalam Sabahkini mendakwa bahawa terlalu banyak kepincangan kepimpinan BN di Sabah. Ini juga pernah dikongsikan oleh pemimpin LDP dan SAPP.Namun kata Datuk Lajim lagi, PM datuk Najib seakan enggan mempercayai pergolakan kepimpinan itu. Percaya atau terikat kepada perasaan takut akan kehilangan lebih banyak kerusi parlimen pada PRU 13 jika Musa Aman digugurkan dari kepimpinan negeri?









Kalau kita masih ingat Tun Mahathir pernah membayangkan bahawa UMNO telahpun busuk hingga ke hujungnya.Itu gambaran UMNO di peringkat Pusat,di negeri Sabah, UMNO juga bergolak.BN SABAH diulanda ribut. Parti komponen seperti LDP pernah secara terang enggan mengiktiraf kepimpinan Musa Aman.Kini Datul lajim dan Wilfred Bumburing juga telah menghidu kebejatan yang berlaku dalam BN Sabah. Sabahkini melaporkan keadaan itu:

DATUK SERI Lajim Ukin memberi sedikit interview di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, semalam Selasa 24 julai 2012 tengahhari Kenyataannya menarik sekali:


"Saya fikir memang ada tapi apa yang disebut oleh Datuk Seri Panglima Bumburing kelmarin itu adalah sama. Kita akan menentukan halatuju kita. Pada saya, saya ada dua pilihan, samada saya terus berpolitik atau bersara, itu saja.


"Yang kedua pilihan saya, pertama saya ingin juga melihat perkembangan semasa dan juga sokongan rakyat bukan saja di kawasan saya tapi juga di kawasan lain di negeri Sabah, khususnya supaya perjuangan itu tidakkan menjadi satu perjuangan sia-sia pada kita.


"Apabila kita memasuki satu gelanggang, sudah pastinya kita mau kemenangan dan kemenangan itu kita memerlukan satu strategi yang cukup mantap. Saya fikir untuk menentang BN bukanlah semudah itu tapi kami juga yakin bahawa rakyat yang akan menentukan masa depan kami dan juga perjuangan kami. Tidak semestinya, kerajaan memperolehi kelebihan dalam apa-apa juga walaupun mereka mempunyai pelbagai peralatan dan sebagainya.


"Tapi saya yakin kami percaya bahawa rakyat Sabah khususnya telahpun awal-awal lagi menunjukkan mereka memerlukan perubahan terutama sekali kepimpinan di negeri Sabah.


"Saya tak ingin elaborate untuk hari ini. Cuma dalam ucapan saya nanti pada 29 haribulan, sudah tentu ada pelbagai perkara yang saya harus kupas dan saya harus elaborate supaya rakyat Sabah faham apa sebenarnya hala tuju dan perjuangan kami untuk membawa perubahan kepada negeri Sabah dan rakyat negeri Sabah.


Boleh Datuk ulas perjumpaan dengan Datuk Nik Aziz di Kota Baru semalam?


"Itu sebenarnya satu pertemuan secara official. Saya mewakili Kementerian untuk memberi taklimat kepada Tok Guru mengenai dengan penswastaan sisa pepejal, tapi maklumlah orang politik, bila saya jumpa dengan beliau, ditafsirkan sebagai perbincangan politik.


"Saya tak nafikan ada perbincangan politik selepas taklimat yang dibuat oleh pegawai saya kepada beliau mengenai beliau dapat memperakukan dan mempercepatkan penerimaan negeri Kelantan kepada usaha kerajaan pusat utk menswastakan sistem dan juga pungutan sisa pepejal di peringkat negeri Kelantan.


"Tapi nampak dalam apa nama laporan itu, seolah-olah saya datang adalah untuk berbincang soal politik, tapi sebenarnya membincangkan soal penswastaan sistem sisa pepejal bagi pihak Kementerian.


"Walaupun saya dilemparkan dengan pelbagai kontroversi tapi sebagaimana saya maklumkan kepada pihak akhbar, saya akan terus menjalankan tugas saya sebagai Timbalan Menteri selagi saya tidak dipecat atau selagi saya tidak berhenti. Jadi kelmarin itu tugas saya sebagai Timbalan Menteri mewakili Kerajaan Persekutuan.


Pemimpin UMNO minta anda perjelaskan kedudukan sebenar?


"Saya akan jelaskan pada 29 Julai. Kalau penjelasan, saya telah jelaskan dengan YAB PM saya telah bertemu dengan YAB PM sejak 20 Disember 2011 sudah 4 kali, TPM pun sudah saya jumpa.


"Saya jelaskan, kenapa, why, tapi nampak saya mungkin tidak mendapat respon yang boleh memberangsangkan kepada rakyat Sabah. Jadi itu sebab saya tidak bertindak terburu-buru untuk apa nama mengambil keputusan tetapi saya memaklum membuat laporan dan ssebagainya untuk penambah baikan bagi UMNO dan BN di Sabah tapi nampak dipandang ringan dan enteng, tiada apa-apa respon dari pimpinan, dan bukan saja saya, ramai di kalangan pemimpin BN juga di Sabah yang tidak puas hati dengan cara gaya kepimpinan di peringkat negeri.


"Jadi ini sudahpun dimaklumkan kepada YAB PM, Presiden UMNO & Pengerusi BN, saya juga maklumkan kepada YAB TPM dan juga Timbalan Pengerusi BN & Menteri-menteri Kanan di KL.


"Semua orang tau, tapi dalam pengertian saya kemungkinan ini laporan kami tak betul atau palsu. Jadi kalau saya laporan itu tak diterima oleh pimpinan, maka apa jalan saya, jalan keluar ialah mungkin saya tidak perlu berada dalam satu kelompok seperti ini.



"Saya bersedia dengan semua aspek, dari segi fizikal mental dan sebagainya, ini orang politik memang begitulah.

Saturday, July 21, 2012

Dalam blog Musli Oli " Konspirasi Politik Melayu" membuat pengesahan secara berani bahawa Datuk Lajim yang sebelum ini disebut-sebut akan meninggalkan UMNO Sabah telahpun disahkan menyertai PKR. Musli Oli yang juga sebelum ini telahpun duluan meninggalkan UMNO dan menyertai PKR, kini menyandang Jawatan sebagai setiausaha penerangan PKR negeri Sabah.

Timbalan Menteri Perumahan merangkap AMT Umno, Datuk Seri Lajim Okin hari ini mengesahkan akan menyertai parti pembangkang, PKR, PAS atau DAP.


Sumber mengesahkan Lajim telah mengadakan pertemuan beberapa kali dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pada 15 Julai lalu, satu majlis penyertaan Datuk lajim dan Datuk Bumburing sepatutnya diadakan di SMK Kian Kok Kota Kinabalu tetapi majlis itu ditunda atas sebab-sebab yang tidak di ketahui.


Teka-teki itu bagaimanapun telah terjawap dengan kenyataan akhbar Lajim selepas menghadiri satu majlis dengan PKR di rumah Datuk John Ghani seorang Anggota MPN PKR Sabah di Kampong Kallam, Kuala Penyu semalam.


Lajim berkata beliau sedia dipecat UMNO dan sedia menerima kesan tindakannya termasuk kehilangan gaji sebanyak RM20,000 dan segala keistimewaan sebagai seorang menteri.


"Saya tidak takut. Saya hanya takut kepada ayah saya, guru saya dan Tuhan!" Tegas lajim.

Ramai sedia maklum, "Janji Ditepati" menjadi platform utama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam jelajah ke seluruh negara bagi melaungkan retoriktransformasi dan menjadi pentas untuk menyerang Pakatan Rakyat terutama sekali apabila "Janji Ditepati" singgah di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat iaitu, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor.


Tika “Janji Ditepati" menjadi jenama jelajah politik Perdana Menteri, saya tiada punya masalah, tetapi apabila ia menjadi tema sambutan Kemerdekaan negara yakni "55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati" - itu masalah!

"Janji" membawa maksud pernyataan kesediaan untuk berbuat atau memberi sesuatu; manakala "Ditepati" pula bermaksud tidak memungkiri atau memenuhi janji yang telah dilafaz. Jika "55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati" menjadi tema sambutan Kemerdekaan negara, makanya kita harus merujuk kepada janji yang mana? Adakah janji Program Transformasi Kerajaan (GTP), atau janji manifesto Cemerlang,Gemilang,Terbilang, atau janji Wawasan 2020? Janji manakah yang telah dipenuhi dan tepati seperti dimaksudkan eksekutif hari ini?

Bagi berlaku adil baik untuk rakyat dan sang pemerintah, wajar kita menyoroti kembali latar masa sejarah, 55 tahun ke belakang iaitu tanggal 31 Ogos 1957, tarikh keramat di mana Tunku Abdul Rahman melaungkan 'Merdeka' selepas beliau membacakan satu pemasyhuran keramat. Arakian pemasyhuran tersebut menandakan detik perubahan dalam sejarah tanahair. Beralihnya dari status sebuah negara terjajah kepada negara bangsa yang bebas dan merdeka. Maka tiada 'janji-janji' lain yang lebih layak untuk diangkat sebagai 'Janji' melainkan teks keramat - Pemasyhuran Kemerdekaan.

Ketika Pemasyhuran ini mula diperkenalkan, seluruh rakyat diminta membaca dan menghayatinya. Rakyat ketika itu rata-rata menyebut bahawa isi kandungan pemasyhuran tersebut sebagai sesuatu yang amat bernilai, sesuatu yang diibaratkan sebagai 'sijil kelahiran' negara merdeka. Malangnya, berbeda dengan dokumen penting negara lain seperti 'Sumpah Pemuda 1928' di Indonesia, pidato 'Tryst with Destiny' oleh Jawaharlal Nehru, Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat yang dikarang Thomas Jefferson; pemasyhuran negara ini telah karam hampir tidak dibaca, apatah lagi diwacanakan secara serius. Apa yang penulis paling khuatiri adalah dengan pudarnya dakwat pemasyhuran, maka semangat idealismenya juga turut terhakis.

Pemasyhuran Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 menyebut:
"Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu, maka, ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang Berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen."

Jelas Pemasyhuran Kemerdekaan menyebut akan prinsip asas pembentukan negara bangsa Malaysia ini adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, amalan demokrasi berparlimen dengan penekanan khusus diberikan dalam menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat di negara ini terpelihara. Sekali lagi kita tertanya, apakah 55 tahun merdeka, pemerintah Umno dan BN telah berjaya memenuhi atau menjunjung prinsip asas yang termaktub ini?

Amalan demokrasi yang matang dan baik haruslah mempunyai beberapa asas yang penting seperti suruhanjaya pengendali yang bebas dari segala bentuk tekanan politik, akses kepada media yang adil dan bebas, gelanggang politik yang sama luas' dan rata untuk semua pihak serta punya usaha yang efektif dan berterusan untuk melibatkan seluruh rakyat di dalam proses itu.
Perbezaan pendapat atau pandangan politik juga diraikan di dalam amalan demokrasi yang matang, dan lebih penting perdebatan mahupun wacana serius dan berterusan adalah penting dalam menjelaskan kebijakan atau apa jua agenda yang ingin dibawa oleh sesiapa dapat diketengahkan kepada umum dan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh semua pihak.

Dalam amalan demokrasi di Malaysia, adalah salah apabila rakyat masih dimomokkan dengan hujah bahawa setiap lima tahun kita mengundi, membuktikan amalan demokrasi sudah terlaksana. Walhal proses demokrasi itu harus berterusan sehari-hari dan menjadi amalan kerajaan untuk melibatkan rakyat secara aktif di dalam proses itu. Lebih malang apabila amalan pilihanraya setiap lima tahun itu juga turut dinodai dengan penyelewengan dan penipuan yang melampau.

Kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya memastikan daftar pemilih dikemaskini dan bersih dari pengundi dicurigai, amalan politik wang yang membarah, 'gelanggang' yang tidak sama rata antara parti pemerintah dan parti pembangkang, serta kebebasan media yang disekat - sekat; menunjukkan bahawa kerajaan Umno dan BN yang telah memerintah sejak 55 tahun lepas gagal untuk menepati 'janji' yang dimeterai bersama Pemasyhuran Kemerdekaan yang dilafaz Tunku Abdul Rahman.

Bagaimana pula dengan janji untuk menjunjung hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat seperti yang termaktub di dalam Pemasyhuran dan juga Perlembagaan negara? Saat artikel ini ditulis, mereka yang masih ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Kamunting masih lagi tidak dibebaskan, bahkan dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan pun masih tidak dibuat lagi.

55 tahun merdeka, kita dihantui undang-undang drakonian seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Mesin Cetak, Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan beberapa akta dan juga Peraturan Polis. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjuarai transformasi, retorik pemansuhan akta seperti ISA, Akta Darurat dan juga beberapa akta lain. Malangnya transformasi yang dijanjikan masih tidak terlaksana dan sekadar indah khabar dari rupa.

Dengan kesedaran ini, tatkala slogan sambutan Kemerdekaan tanah air kali ke – 55 diumum sebagai ’55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati’, tiada kata-kata yang lebih memualkan yang pernah lahir daripada Umno dan BN setakat hari ini.
Retorik politik sebegini rupa; mempergunakan sambutan nasional negara, sambutan yang sepatutnya menjadi hak milik seluruh rakyat, sebagai alat untuk parti pemerintah melaungkan pujuk – rayu, bukan itu saja, bahkan dengan berani melaungkan bahawa inilah masa untuk segenap rakyat membalas budi.

Tindakan Umno dan BN mempergunakan sambutan Kemerdekaan yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 sebagai alat kempen adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab, memalukan dan memualkan. Strategi terbaru Umno dan BN ini membuktikan betapa mereka terdesak untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Konotasi seolah-olah rakyat terhutang budi kepada Umno dan BN, maka, bagi mengenang jasa, rakyat perlulah meneruskan kesinambungan kepimpinan kerajaan di bawah Umno dan BN. Rakyat diminta untuk tidak merenung jauh dan terima sahaja bahwa janji sudah dilaksana, oleh itu teruskan saja mengundi mereka menjadi kerajaan.

Perdana Menteri hari ini masih melaungkan Transformasi. Banyak wang dibelanjakan untuk Program Transformasi Kerajaan (GTP), dengan berbagai bentuk laporan dikeluarkan. Hakikatnya rakyat sedar. Janji asas yang terkandung di dalam Pemasyhuran Kemerdekaan, sehingga hari ini gagal ditepati oleh Umno dan BN.
Melihat retorik politik terbaru yang dilaungkan Umno dan BN hari ini (baca : 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati), rakyat harus faham bahawa sebenarnya ini sajalah yang termampu dilakukan oleh Umno dan BN. Kerajaan autokratik ini sudah tiada kemampuan dan iltizam untuk meneruskan atau menjuarai apa yang kita panggil perubahan. Pada mereka, semuanya sudah tepu, maka rakyat terimalah seadanya. Mana–mana suara yang menentang atau tidak senada dengan mereka, maka orang-orang ini adalah pengkhianat.

Rakyat harus jelas akan janji yang kita wajib tuntut. Rakyat perlu kembali menoleh ke masa lampau – 55 tahun lalu. Generasi pendiri negara bangsa Malaysia yang merdeka ini berdiri di atas ‘janji’ yang sama.
Janji ini dibacakan pertama kalinya oleh Tunku Abdul Rahman dan diuar-uarkan ke seluruh negara. Janji yang menjadi tiang seri tertegaknya negara ini termaktub di dalam Pemasyhuran Kemerdekaan dan telah dijamin Perlembagaan Persekutuan.
Janji tersebut bagaimanapun mutakhir ini kelihatan jarang–jarang sekali meniti di bibir, bukan hanya di kalangan rakyat terbawah, bahkan cuba ditepis jauh–jauh oleh mereka yang telah kita amanahkan dengan kuasa dan masa depan negara kita. Selagi janji ini tidak ditepati, jangalah sesiapapun tanpa segan melaungkan bahawa tugas mereka sudah selesai. Janji ini akan terus kita tuntut, kerana saya dan anda semua tahu, janji yang ini masih lagi belum terlaksana;

“....dengan limpah rahmat Allah subhanahu wa ta'ala akan kekal menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa.”

- Pemasyhuran Kemerdekaan, 31 Ogos 1957




Oleh : Dr AFIF BAHARDIN



Sebelum ini seorang blogger Kota belud yang menamakan dirinya sebagai Muraikb, telah mendedahkan mengenai kedaifan yang dialami oleh penduduk Kg Lilud di kawasan DUN Tempasuk dan wakil rakyatnya ialah Datuk Musbah Jamli yang terkenal dengan slogannya "turun padang' dan "jelapang Padi". Kedaifan pembangunan Kg Lilud ini digambarkan oleh blogger Muraikb seperti berikut:

Dalam pilihan raya umum ke 12 telah timbul isu kawasan kampung ini cenderung kepada parti pakatan rakyat. dalam tohmahan, haji manshor telah mengesahkan tindakan segelintir penduduk kampung yang menyokong pembangkang. keputusan piliharan raya juga telah membenarkan kenyataan ini di mana calon dari kawasan ini sdr Awg Laiman mendapat tempat di hati penduduk di situ dengan memberikan status kekalahan kawasan daerah mengundi Tamau kepada Datuk musbah.

tanda protes undi yang beralih arah peti undi itu adalah tindakn penduduk Lilud yang telah jemu dengan pelbagai janji yang di berikan sebelum pilihan raya lagi. beramcam-macam janji wakil rakyat yakni mengaspalkan jalan, bekalan air berish. rumah PPRT kepada yang layak dan banyak lagi
permohonan yang di abaikan oleh wakil rakyat masa itu.

sudah mencapai 30 tahun pemerintahan UMNO di daerah kota belud, namun kampung yang tidak jauh dari pusat pekan ini di sajikan kepada kita bahawa dalam konteks pembangunan, kampung ini terlalu mundur dan daif jika di bandingkan dengan kampung-kampung yang berdekatan. jalan raya tidak berTar, tiada talian telepon, bekalan air bersih tidak ada, rumah yang tidak ada bekalan elektrik dan masalah kemiskinan sangat membelenggu penduduk yang tinggal di kampung itu. rumah yang terlalu daif dan uzur masih lagi di diami. tanpa satu lawatan khas membasmi kemiskinan yang di lakukan oleh pihak kerajaan dan wakil rakyat, penduduk disitu masih mengharapkan pembangunan akan di bawa masuk walaupun kepastian itu tidak mencapai peratusan yang tinggi. bak kata orang menunggu " bulan jatuh ke riba".

soal menyokong kerajaan ataupun wakil rakyat sememangnya tidak timbul dan bberlaku kepada wakil rakyat, kerana, pemimpin yang memdapat mandat dari penduduk seharusnya membawa pembanguna yang di salurkan oleh kerajaan tanpa mengira kepartian. nama nya pun sudah wakil rakyat bukan wakil parti bermakna menjadi tanggunjawab semua wakil rakyat untuk membasmi segala masalah yang selama ini membelenggu penduduk Lilud ini. namun, perkara itu berlalu di telan masa tanpa di beri perhatian oleh mana-mana pihak mahupun wakil rakyat, penduduk Lilud setiap hari hidup dalam kedaifan tanpa keselesaaan. Datuk Musbah langsung tidak menjenguk kawasan ini walaupun sekali selama beliau menjadi wakil rakyat tempasuk. apatah lagi Datuk rahman sebagai Ahli palimen Kota Belud.


kini telah menjadi tanggungjawab sdr Awg Laiman untuk membuka rantai belenggu penduduk kampung Lilud itu bagi merasai keselesan dalam mengharungi pahit getir kehidupan. memilkul tanggungjawab ini bukan senang tapi kerana Kampung lilud akan di tempuhi jua. malang nya modal depan mata tidak di manfaatkan oleh sdr Awg Laiman dengan semaksimum nya. Kini Kg Lilud adalah JENTERA BERAT pakatan rakyat di kota belud. akibat jemu dengan janji-janji pembangunan semasa pilihan raya, maka, penduduk di situ mengalih arah sokongan kepada pakatan rakyat. murai bangga punyai warga masyarakat yang berpendirian dan demokrasi.


Manakala dalam FCB 1 Suara Sabah menukilkan pula berikut:

KOTA BELUD 19 Julai - Tiada apa yang dapat dibanggakan oleh penduduk Kampung Lilud Tamau di sini sejak pembentukan Malaysia pada 1963, kecuali cerita duka tentang kampung mereka yang selalu terlepas pandang daripada arus kemajuan.

Mungkin ia amat pahit dan perit untuk diketahui umum, tetapi itulah hakikat yang terpaksa dihadapi oleh mereka saban tahun.
Kampung yang dikelilingi Sungai Magutang itu berjiran dengan Tamau, Merbau, Kotabungan, Kawa-kawa dan Pantai Emas yang begitu gah dengan pelbagai pembangunan seperti pembinaan sekolah baru, masjid, jalan raya dan gelanggang futsal.

Demikian juga dengan program pembekalan air bersih yang giat dijalankan di kampung- kampung berkenaan, membuatkan penduduk Kampung Lilud Tamau 'kempunan' apabila hanya sekadar dapat menyaksikan proses pemasangan sistem pembetungannya melepasi kampung mereka.
Seorang penduduk, Murshid Nanang, 48, memberitahu, kedaifan sebahagian penduduk memaksa mereka menggunakan air sungai untuk mandi, mencuci dan minuman.

"Sedangkan air sungai itu telah disahkan oleh Jabatan Kesihatan Kota Belud sebagai tidak selamat diminum kerana mempunyai tahap pencemaran yang tinggi," katanya.
Sebelum ini sebahagian penduduk telah memasang paip graviti namun air yang disedut keluar turut didapati tidak bersih dengan kehadiran kelodak kekuningan seperti lumpur dalam masa hanya setengah jam setelah disedut dari perut bumi.
Keadaan tersebut memaksa Murshid membeli penapis air berharga RM15 bagi menjamin kesihatan keluarganya di samping terpaksa membeli air bersih dari pekan dengan harga 30 sen seliter.
"Penapis tersebut hanya dapat digunakan dalam sehari kerana ia sering tersumbat oleh sisa kotoran dan akibatnya beberapa hari kemudian saya terpaksa membeli lagi kerana ia tidak dapat digunakan langsung selepas itu," ujarnya.
Murshid yang juga seorang peniaga kecil-kecilan memberitahu, pakaian mereka sekeluarga terutama pakaian anak-anaknya yang bersekolah terpaksa dibawa ke kedai dobi di Pekan Kota Belud untuk dicuci.

"Semua baju sekolah anak-anak di sini menjadi kuning setelah dicuci menggunakan air tarikan graviti atau air sungai," jelasnya.
Sementara itu, suri rumah, Fauziah Lamat, 30, berkata, ada waktu anak-anaknya seperti kehilangan motivasi untuk ke sekolah kerana pakaian 'emas kuning' yang dikenakan oleh anak-anak tersebut selalu dijadikan bahan gurauan dan ejekan rakan-rakan sekelas.

Bagi Munah Lopong, 33, meskipun keadaan ekonomi keluarganya terumbang ambing, suaminya terpaksa membeli air daripada mesin yang disediakan oleh para peniaga di kampung lain atau di pekan.
"Kami terpaksa berbuat demikian daripada terus meneguk air yang tercemar ini, meskipun memerlukan belanja yang agak besar," katanya

Munah menjelaskan, dalam sehari mereka sekeluarga memerlukan belanja sekurang-kurangnya 16 liter air atau RM4.80, namun kosnya akan menjadi RM8 jika terpaksa membeli di pekan kerana kos pengangkutan.
Sementara itu, beberapa penduduk lain yang tinggal di pinggir sungai seperti Baliah Nanang, 58, tidak mempunyai pilihan selain terus menggunakan air sungai untuk minum, mandi dan membasuh.

"Jangankan diminum, digunakan untuk mandi pun air ini membuatkan badan berasa gatal-gatal kerana pencemaran, namun kami tidak dapat berbuat apa selain berdoa semoga penyakit bawaan air tidak akan menyerang kami buat waktu ini," ujarnya pasrah.


Kredit pos: wan azry
Ketua Pembangkang, DSAI dsalam satu kenyataannya di Kuala Lipis, 11 Julai lalu membayangkan bahawa satu kejutan besar kepada politik di Sabah akan berlaku menjelang PRU13. Ramai pemerhati politik menjangkakan bahawa kejutan besar yang di maksudkan oleh mantan Timbalan Perdana menteri ketika dalam UMNO itu adalah berkisar kepada dua peristiwa besar dan maha penting yang melanda politik Sabah sejsk akhir-akhir ini.

Pertama, adalah berkait dengan desas-desus beberapa pemimpin kanan UMNO dan BN di Sabah akan beretindak meninggalkan parti itu untuk menyertai Pakatan Rakyat. Isu ini sudah lama bertiup, dan semestinya seakan menjadi umpan kepada PR untuk menawan Sabah. beberapa pemimpin itu termasuk Datuk Lajim, Datu Amir Kahar dan beberapa lagi dari parti komponen BN Sabah. Sebelum ini mendahului mereka adalah parti SAPP yang diketuai oleh Datuk Yong Teck Lee, menyaksikan beberapa kawasan parlimen yang dikuasai parti itu terlepas dari tangan BN termasuk parlimen Tawau.

Kedua adalah berkait dengan perkembangan semasa mengenai sokongan anak-anak muda yang berada pada posisi Non Partisan, atau atas pagar. daripada apa yang dikatakan oleh DSAI semacam ada peningkatan sokongan daripada generasi "Y" ini kepada PR di Sabah terutama dua buah parti ini iaitu PKR dan PAS.

Kejutan lain yang mungkin berlaku ialah mengenai skandal beberapa pemimpin UMNO di Sabah yang mengaut keuntungan dan mengumpul kekayaan melebihi pendapatan mereka. Ada kemungkinan bahawa Najib akan menggugurkan nama-nama ini pada PRU 13 memandangkan ia menjadi liabiliti kepada BN keseluruhanannya.

Pendedahan yangf dibuat oleh Sayuti Omar mengenai ketua menteri Sabah yang kononnya akan menanggung kos PRU di Sabah pada PRU 13 dalam blog penulis politik itu membayangkan bahawa pemimpin UMNO di sabah memiliki aset yang banyak dengan kekayaan yang melimpah ruah. Apakah ini juga satu kejutan kepada politik Sabah?

Monday, July 9, 2012

Maklumat awal untuk sekalian orang politik! Beberapa klik vido yang akan mendedahkan keburukan para pemimpin Pakatan Rakyat sudah pun siap untuk diedarkan kepada umum. Pembikinan kilik video berkenaan dilakukan sejak beberapa bulan lalu. Ia adalah lanjutan kepada kilik vido yang didedahkan manusia digelarkan Datuk T tidak lama dahulu.

Klik video ini semuanya untuk mencemar dan memburukkan imej pemimpin tertinggi PR. Ia akan diedar sebaik sahaja parlimen dibubarkan. Kilik video ini juga akan disiarkan menerusi televisyen dan media massa PB. Pendedahan klik video ini seperti biasa akan dibuat menerusi blog-blog terpilihan yang tidak berhati perut peliharaan UBN.

Rahsia ini terdedah apabila salah seorang produksi di bahagian editing (penyunting) yang terlibat dengan penerbitan itu menceritakan secara tidak langsung kepada salah seorang anggota keluarganya dua minggu lalu. Kebetulan pula anggota keluarga penyunting itu adalah kawan lama saya, dan cerita ini terdedah dalam perjalanan saya bersamanya ke Pasir Putih malam kelmarin.

Menurut sumber ini di antara pemimpin tertinggi yang terlibat dalam klik video terbaru ini ialah Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Mohamad Sabu, Husam Musa. Katanya nama Nurul Izzah Anwar juga turut sama disebut.

Mencerita lanjut menurut rakan raya itu, sub editor itu mengakui klik video membabitkan Anwar Ibrahim yang kononya melayan pelacur disebuah bilik yang telah didedah kepada umum beberapa bulan lalu adalah bikinan dan palsu seribu peratus, pembikinan melibatkan team produksinya. "Dia mengakui dia dan teamnya terlibat dalam membikin video mengenai Anwar itu kerana diarah," jelas kawan itu.

Katanya penyunting itu yang juga anak saudaranya, menceritakan dia (penyuting) diarah oleh orang atasannya dan termasuk seorang menteri. "Dia kata dia dipanggil dan di arah menyiapkan video berkenaan... salah seorang yang berbincang dan membuat arahan ialah menteri, dia dipanggil ke bilik menteri berkenaan," tutur kawan saya lagi.

Jelas kawan itu, sub-editor (penyunting) itu juga sepatutnya satu lagi klik video memburukkan Anwar dengan pelacur didedahkan sebaik saja video pertama itu dilancarkan tetapi kerana silap teknik ia ditarik balik. Kesilapan dimaksudkan ialah dari segi tarikh dan masa yang tunjukkan dalam video itu tidak sama dengan kronologi atau jadual perjalanan harian Anwar. Perkara paling ketara sekali ialah masa yang kononnya Anwar bermaksiat seperti mana dipaparkan di dalam klik video itu tidak benar sama sekali kerana hakikat pada masa dan tarikh itu Anwar bersama presiden Pas, Abdul Hadi Awang.

"Kerana kesilapan itu video berkenaan ditangguhkan," jelasnya.

Sebagai rekod team produksi yang terlibat dengan pembikinan video celaka itu adalah milik sebuah penerbit tv yang akan didedahkan kemudian.








Kenyataan PDRM

Pada 9/07/2012 jam l/kurang 1430 hrs bertempat di JPM KOMPLEKS B PUTRAJAYA, saspek seorang lelaki dan seorang perempuan telah mengamuk di luar perkarangan JPM dengan melibaskan pedang samurai.


Mereka berdua menuju ke pos pengawal dan telah dihalang oleh polis bantuan.


Saspek lelaki telah meletakkan pedang samurai di leher SM polis bantuan di mana polis bantuan tersebut terpaksa membenarkan mereka masuk.


Bila berada di dalam perkarangan kompleks B, kedua-dua saspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kerta HYUNDAI ACCENT Dan PERODUA KANCIL milik kakitangan JPM.


Anggota cawangan pencegahan jenayah sampai di tempat kejadian setelah terima maklumat dari pusat kawalan daerah polis Putrajaya.


Apabila sampai di sana nampak kedua-dua suspek dengan pedang samurai.


Anggota cawangan pencegahan jenayah telah kenalkan diri sebagai polis dan terus diserang oleh kedua-dua saspek dengan pedang samurai.


Kereta pasukan mengalami kerosakan di mana cermin hadapan kereta pecah.


Anggota MPV sampai dan cuba membantu untuk tahan saspek.


Anggota MPV juga diserang dengan jarak yang dekat oleh saspek menggunakan pedang samurai dan seorang anggota MPV telah melepaskan tiga das tembakan.


Kedua-dua saspek telah dibawa ke hospital Putrajaya.


Didapati saspek lelaki telah terkena tembakan di tangan kanan dan bahagian ari-ari manakala saspek perempuan terkena tembakan pada paha kanan.


Saspek lelaki telah meninggal di hospital.


Siasatan awal mendapati saspek telah menggelarkan dirinya sebagai ‘IMAM MAHADI ‘ manakala saspek perempuan masih menerima rawatan di Hospital Putrajaya. (Facebook PDRM).


Mungkin bagi sesetengah orang keputusan beberapa wakil 7 UMNO KB untuk memberi laluan kepada rakan lain ke persidangan UMNO Pusat di Kuala Lumpur dianggap sebagai satu sejarah baru dalam UMNO Bahagian itu. Diberitakan bahawa wakil 7 yang dipersetujui mewakil UMNO) KB ialah  1: Ridih 2: Roslan Duraman 3: Jamaida Belun 4:Nprbet Gerik5:Martin Dualis 6: Mohd Idris Kisab 7: Razak Rakuman.

Jika ini benar bermakna Demokrasi dalam UMNO KB telah terkubur kerana perwakilan tidak lagi boleh menggunakan kuasa undi mereka memilih wakil mereka ke Persidangan UMNO Pusat. walaupun wakil & dilihat hanya sebagai tradisi parti namun jika tradisi demokrasi itu dikuburkan bermakna akan tidak ada lagi pemilihan secara gentlemen dalam parti.

Tidak hairan jika pada waktu-waktu akan datang beberapa jawatan penting dalam UMNO KB juga tidak lagi dipertandingkan sebaliknya diurus dalam suasana tolak ansur antara pemimpin sedia ada. Apakah perkembangan ini sesuatu yang mendapat restu dari pucuk pimpinan UMNO KB terutama Ketuanya Datuk Salleh Tun said. Bagaimanakah pula reaksi Presiden UMNO Datuk Najib Tun Razak jika budaya ini turut dipraktikkan di semua bahagian UMNO seluruh negara?


PUTRAJAYA 9 Jun - Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini kecoh apabila seorang lelaki dan wanita cuba menceroboh bangunan tersebut sambil membawa pedang samurai.

Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang.

Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.

Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.

Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan.

Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali. - UTUSAN


KOTA KINABALU: National coalition MPs Wilfred Bumburing and Lajim Ukin are expected to announce their pullout from their respective parties during gatherings in Tuaran and Beaufort, respectively on June 15.

PKR de facto leader Anwar Ibrahim will be attending both functions where the two are expected to become “independent” MPs.

Bumburing who is Tuaran MP will make his much awaited announcement in Tuaran in the morning while in the afternoon Beaufort MP Lajim is to formalise his departure from the BN at his hometown in Beaufort.

Although both leaders would be declaring that they are leaving the government coalition parties in the presence of Anwar, they are not expected to join either PKR or other opposition Pakatan Rakyat component members.

Bumburing, a former Deputy Chief Minister and ex-Tamparuli asemblyman is BN’s component United Pasokmomogun Dusun Murut Organisation (Upko) deputy president while Lajim, the current Federal Housing and Local Government Deputy Minister, is an Umno supreme council member.

Both leaders, who were founder members of Parti Bersatu Sabah (PBS) before leaving the party led by Joseph Pairin Kitingan in 1994, had openly announced that they would be contesting to defend their respective seat in the coming general election.

The announcement by Bumburing and Lajim on Sunday will put to an end to months of speculation that they are leaving their respective parties, ahead of the general election as both are unlikely be nominated by BN to defend their seats.

The two were supposed to announce their departure from the BN on June 10 also in the presence of Anwar but the plan was thwarted by heavy rains that prevented Anwar’s flight from touching down at Kota Kinabalu International Airport on time making it impossible for him to keep his appointments in Tuaran and Beaufort, both about an hour’s drive away.

Anwar is confirmed to attend this weekend’s events and organisers of both gatherings have also extended invitations to the Sabah chapter of the State Reform Party (STAR) which is headed by Jeffrey Kitingan.

‘Independent’ incumbents

STAR deputy chairman Daniel John Jambun told FMT in Kota Kinabalu today that his party had been invited to both functions and the leaders attending would be seated alongside Anwar and other opposition leaders.

Jambun did not say whether Kitingan would be attending but said all STAR leaders would be in Labuan the following day (June 16) for the launching the newly formed party’s division in the Federal Territory.

Bumburing, who is NGO Amanah deputy president and head of the Sabah chapter, is said to be leaving BN to enable him to contest having made a pledge in 2008 with Upko secretary general Wilfred Tangau to step aside for him in the next general election.

They agreed that Bumburing would contested Tuaran and remain MP for one term before “returning the seat” to the latter in the coming election. In the last election Tangau was the incumbent MP.

In Lajim’s case, he had stated last month that Umno would not give him the opportunity to defend Beaufort which prompted him to resign as head of the party branch and decline election for the Beaufort division.

In resigning as a branch head, Lajim said he would be defending Beaufort in the election but stopped short of saying what ticket he would be using to contest against BN.

He claims to have the solid support of the voters in his constituency.
Dikhabarkan bahawa tanah seluah 900 ekar lebih di kuala Pintasan yang menjadi rebutan dan pertikaian penduduk kerana dikatakan rezab untuk tanah ragut penduduk Kg taun Gusi, Labuan dan Wakaf telah dimiliki oleh syarikat dari Semenanjung. bersebelahn tanah itu pula telah digazetkan untuk projek Agropolitan Kota Belud.

Seorang penduduk Kota belud mempertikaikan langkah ADUN TEMPASUK yang mencadangkan kawasan berkenaan sebagai kawasan Agropolitan kerana Tanah berkenaan berstatus NCR. Sementera itu sdr Musli Oli dalam satu kenyataannya di fcb mendakwa peruntukkan sebanyak RM80 juta yang dikeluarkan untuk projek Agropolitan itu bertujuan membasmi kemiskinan. namun katanya lagi jika projek itu gagal, tanah rakyat akan menjadi pertaruhannya dan menjadi milik syarikat asing.

Tuan Hj Maljim Anjil dalam kenyataan balasnya pula mendakwa projek Agropolitan diperuntukkan tanah seluas 700 ekar dan projek itu telahpun bermula 4 tahun lepas TETAPI tidak menampakkan kemajuan yang memberangsangkan. Tanah Agropolitan itu katanya lagi terbiar dengan tanaman lalang yang meninggi walaupun dipagar dengan pagar yang usang.

Penduduk mendakwa permohonan mereka untuk mendapat tanah seluas 200 ekar tidak dilayan dan tidak diluluskan. sedangkan syaraikat asing pula senang-senag dapat tanah tersebut.

Sebagai rekod sebelum ini dilaporkan oleh media bahawa ADUN TEMPASUK Datuk Musbah Jamli adalah antara orang kuat yang mahukan projek Agropolitan dan jelapang Padi dapat direalisasikan di Kota belud.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menuntut rakyat Selangor supaya memberikan peluang kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mentadbir kembali negeri tersebut yang kini berada di bawah kerajaan Pakatan Rakyat (PR).


Najib dalam siri keenam Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri Selangor di Bandar Baru Bangi hari ini turut menjelaskan, BN telah banyak berjasa sebelum ini dan telah membuktikan keupayaan mereka untuk mengekalkan kestabilan ekonomi dan keamanan di negeri terkaya di Malaysia itu.


"Berilah kami peluang, BN telah membuktikan kami boleh menjamin kestabilan keharmonian dan kami berjanji kemakmuran dan kemajuan akan dapat dilaksanakan.


"Janji ditepati ini bukan slogan, tetapi adalah bukti BN dapat laksanakan janji yang telah kami berikan" katanya (gambar) di hadapan hampir 50,000 pengunjung program jelajah tersebut.


Tambah perdana menteri itu lagi, BN perlu menang di Selangor untuk menjadikan masa depan negeri itu lebih baik.


"Kita juga perlukan kemenangan. Kalau kita menang, melalui mandat yang rakyat berikan, masa depan Selangor akan jadi lebih baik.


Justeru, Najib turut membidas janji-janji yang telah ditabur Pakatan Rakyat di Selangor kerana mereka tidak pernah menunaikan janji-janji tersebut.


"Sebelum 2008, PR telah menabur banyak janji. Apa dah jadi kepada janji tersebut. Mana janji mereka? Kita perlu meletakkan kebertanggungjawaban kepada kerajaan negeri yang telah memerintah selama empat tahun itu.


"Kita di ambang pilihan raya, namun masih tiada gambaran janji dulu akan ditunaikan, hari ini mereka tabur janji lagi dalam Buku Jingga, yang mana jika dilaksanakan, maka akan hancur ekonomi negara," tambah Najib lagi.


Selain itu, ahli Parlimen Pekan ini turut mengakui BN telah melakukan kesalahan sewaktu pilihan raya umum 2008 lalu, namun beliau berjanji akan menebus kesalahan tersebut dengan memberikan yang terbaik kepada rakyat Selangor pada masa hadapan jika kembali diberi mandat dalam pilihan raya umum ke-13.


"Mungkin kita buat silap sikit dalam PRU lalu, tapi kita akan buat yang lebih baik pada masa depan," tambahnya lagi.


Najib yang nyata teruja dengan kehadiran pengunjung dan sambutan yang diberikan kepadanya turut menambah "jumlah yang ramai ini mungkin gambaran petanda yang baik di Selangor ini."


Sebelum itu, Najib sempat menghabiskan masa lebih satu jam bersarapan pagi bersama peniaga dan wakil penduduk di Pasar Seksyen 1, Bandar Baru Bangi, malah, beliau juga turut mendengar dan menerima aduan daripada penduduk setempat.
KOTA BELUD: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said, mengingatkan pimpinan Pemuda parti itu supaya mengenepikan politik sukuan dalam parti.

Katanya, ini penting bagi keutuhan parti kerana Umno adalah parti untuk semua Bumiputera tanpa mengira suku dan agama.

"Setiap ahli berhak dan layak menjadi pemimpin. Umno mengamalkan politik akomodatif dan semua kaum diberi peranan," katanya berucap merasmikan persidangan Pergerakan Pemuda Umno Kota Belud di Dewan Masyarakat di sini hari ini.

Salleh yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Belud berkata, sebagai generasi pelapis kepemimpinan parti, Pemuda mesti menyerlahkan kekuatan dan perpaduan.

Untuk itu, katanya, Pemuda Umno mesti mendekati golongan belia remaja, termasuk pengundi yang baru kali pertama mengundi (first time voter).

Pemuda jangan syok sendiri, tapi harus bekerja kuat, termasuk mempengaruhi golongan atas pagar dan memberi penerangan kepada mereka secara berhemah," katanya.

Selain itu, beliau turut mengingatkan Pemuda supaya mendekati semua golongan, bukan memilih atau membentuk kumpulan-kumpulan.

"Kita jauhi amalan suka kelompok sesama sendiri, kedai kopi kelompok, di padang kelompok, sebaliknya harus menerobos jauh dan mempengaruhi golongan muda dengan jentera yang ada selain dari Umno sendiri," katanya.

Mengenai kemakmuran yang dibawa Umno di Sabah, Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah berkata tidak boleh dinafikan bahawa negeri ini telah menerima nikmat pembangunan hasil daripada perjuangan parti.

Namun begitu, katanya, masih banyak lagi yang perlu diperjuangkan dan semua ahli parti perlu bersatu untuk mencapai impian itu.

Sunday, July 8, 2012





Hari ini, 8hb.Julai.2012, hari Ahad, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dijadualkan mengadakan ceramah umum di Dewan Hakka, Sandakan. Daripada gambar yang dipostkan oleh sdr Musli Oli dalam Fcbnya, menggambarkan sambutan yang sungguh luar biasa kepada ketua umum PKR ini. Dewan penuh sesak dengan orang ramai untuk mendengar amanat mungkin yang 'terakhir' kepada masyarakat Sandakan sebelum PRu 13 .

Siri jelajah Anwar kali ini sarat dengan pelbagai program yang dirancang:

Merdeka Rakyat
8 Julai 2012 (Ahad)

1) 3.00 – 6.00 ptg – Ceramah Perdana 1
Lokasi: Dewan Hakka, Sandakan

2) 6.30 ptg – Solat & Tazkirah Maghrib
Lokasi : Masjid Indah Jaya, Taman Indah Jaya Batu 4, Batu Sapi

3) 7.00 – 10.00 mlm – Ceramah Perdana 2
Lokasi: Kampong Batu Putih, Batu 7 Jalan Sandakan, Libaran

9 Julai 2012 (Isnin)...

4) 9.00 pagi – Perjumpaan Bersama Pimpinan PKR Sabah
Lokasi: Sabah Hotel, Sandakan


Antara ucapan Anwar seperti yang dipetik dalam fcb Sdr Musli Oli :

Anwar sedang berucap.."Saya anak miskin. Najib anak "Orang Kaya Indera Shahbandar". Saya masuk penjara 3 kali. Pertama bela penindasan di Selatan Thai. Kedua kerana isu kelaparan di Baling. Ketiga kerana fitnah!! Dulu saya keluar penjara jadi Menteri. Kali ini keluar penjara jadi Perdana Menteri!! Disambut jeritan "reformasi!"



Saturday, July 7, 2012


Seorang Guru Agama di Terengganu membuat pendedahan berikut:

Pada hari Sabtu, 7hb Julai 2012saya telah menghadiri satu seminar yang dinamakan MTPI Era Globalisasi 1 Gasasan yang diadakan di Dewan Besar 1 PSPN Marang. Program tersebut telah dihadiri oleh 300 orang guru Pendidikan Islam dari seluruh Daerah Kuala Terengganu.

Antara agendanya ialah ucapan utama oleh Yang Berbahagia Dato’ Hj. Zainal Abidin Abd. Kadir, Pengarah Bahagian Tajdid PERKIM Kebangsaan, yang juga merupakan bekas pengetua saya di Kolej Islam Kelang seingat saya semasa saya berada di Tingkatan 4 dan 5 (1980/1981).

Ucapannya berkisar mengenai salah faham terhadap Islam yang diterajui oleh Barat dan Yahudi. Antara ayat yang dibacanya ialah;

وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡ‌ۗ

yang bermaksud; “Tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikuti jejak langkah mereka”

Beliau juga memberikan takrifan tentang negara Islam. Beliau mentakrifkan negara Islam sebenarnya merupakan sebuah negara yang pemerintahnya adalah orang Islam.

Setahu saya, negara Islam adalah negara yang ciri utamanya ialah negara yang diperintahkan berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah, seperti mana yang terdapat di dalam sukatan Tasawwur Islam yang saya ajarkan kepada murid-murid saya di Tingkatan 4.

Sedih juga saya melihat Ustaz Zainal yang masih sihat itu menyembunyikan ilmunya. Mengapa jadi begitu? Saya tidak pasti dan rasanya tuan-tuan boleh menjawabnya dengan sendiri.

Slot kedua pula merupakan pembentangan kertas kerja oleh Prof. Dr. Idris Zahari, seorang pensyarah di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, UKM. Semasa saya di UKM, saya juga mengenalinya sebagai penyokong kuat UMNO.

Tajuk kertas kerjanya ialah Islam Liberal : Bahaya dan Cabarannya kepada Umat Islam di Malaysia. Menurutnya, Islam Liberal berasal dari Indonesia yang diasaskan oleh bijak pandai Islam yang berpendidikan Barat. Dan ianya memang jelas sesat lagi menyesatkan.

Kemudian beliau mengaitkan sokongan Anwar Ibrahim terhadap Islam Liberal ini dengan menjadikan satu kenyataan Anwar di London konon menjadi buktinya.
Sebenarnya saya tidak berhasrat untuk menulis dalam slot-slot di muzakarah ini, tetapi saya ingin memberitahu pada akhir program ini, guru-guru agama telah diberikan satu sampul surat berwarna putih.

Apakah isinya? Apabila saya membuka sampul surat tersebut, terlihat dua keping duit kertas bernilai RM 5. Ya Allah! Agak terkejut juga saya. Adakah ini nilainya khidmat guru agama? Mengapakah diberi wang sebanyak RM 10? Adakah upah mendengar ceramah UMNO?

Pada saya, ini merupakan salah satu bentuk penghinaan yang paling dahsyat sepanjang 23 tahun saya menjawat jawatan sebagai seorang pendidik. Saya berasa sangat kesal, sedih dan sangat terhina.

Mengapakah UMNO begitu terdesak, memaksa kami mengikuti programnya? Kalaulah program tersebut benar-benar mempunyai nilai-nilai ilmu, bukan tujuannya untuk berpolitik, tentunya tiada upah RM10! -Buletin Online

Guru Siswazah
Kuala Terengganu
MP Kota Belud, Datuk Rahman dahlan disahkan hadir dalam persidangan UMNO Bahagian Tuaran hari ini yang berlangsung di Dewan Seri Sulaman, Tuaran. Mantan ketua pemuda Umno Tuaran itu dilihat mengenakan pakaian Melayu lengkap serba merah. Datuk Rahman pernah bertanding merebut jawatan timbalan ketua UMNO bahagian Tuaran namun gagal.