Sunday, November 25, 2012

Adik bapa kemerdekaan Sabah, Datu Salam Datu Harun yang juga mantan ADUN Bengkoka,Kudat selama 4 penggal hari ini bertindak menyertai PKR di hadapan lebih 10 ribu orang di perkarangan parti itu di Kudat yang turut di hadiri oleh ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Datu Salam dalam satu kenyataannya menyifatkan langkah BN/UMNO menafikan hak-hak Sabah sebenarnya membutkikan Sabah sebenarnya belum merdeka walaupun sudah 40 tahun lebih menyertai pembenatukan Malaysia.

Penyertaan dan pengumuman Datu Salam ini dijangka akan merubah keseluruhannya iklim politik di Kudat, kerana ketika era USNO daerah PANTAI BARAT UTARA itu terkenal dengan LEGASI kepimpinan TUN MUSTAPHA. Sekaligus memberi tamparan paling besar kepada UMNO dan BN di Sabah.

Sejak kebelakangan ini ramai pemimpin era USNO yang 'tersisih' ketika kemasukan UMNO ke Sabah mula menunjukkan protes dengan mengisytiharkan tidak akan menyokong parti UMNO lagi.Malahan ada usaha-usaha terbaru untuk menghidupkan partri keramat USNO, walaupun pendaftarannya tidak pernah diluluskan oleh ROS.

Setakat ini desas-desus      bertiup kencanag bahawa akan ada lagi pemimpin politik di Sabah bertindak menyatakan ikrar mereka kepada PKR dan Pakatan Rakyat.

Selain daripada itu, dalam ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan bahawa apabila PR memerintah, harga minyak akan diturunkan 24 jam selepas PR mengangkat sumpah.PR juga akan menghapuskan PTPTN yang menjadi beban kepada golongan berpendapatan rendah.Di Samping itu Anwar juga menjelaskan akan membayangkan pembinaan lebuhraya di Sabah termasuk Lebuhraya Sabah-Sarawak.

Saturday, November 24, 2012

Pemilik kapal Malaysia telah memberi amaran bahawa ikrar Pakatan Rakyat (PR) untuk memansuhkan dasar kabotaj negara tidak akan menurunkan harga barangan di Malaysia Timur tetapi akan meletakkan kapal pelapik tempatan dan beribu-ribu pekerja krew dari Sabah dan Sarawak hilang pekerjaan.



Persatuan Pemilik Kapal Malaysia (MASA), dalam sebuah kenyataan yang dikirimkan kepada The Malaysian Insider berkata, 60 peratus daripada harga barangan tidak disebabkan daripada bayaran pengangkutan laut, akan tetapi disebabkan oleh pengangkutan jalan darat yang tidak begitu baik di negeri-negeri Malaysia Timur.

Katanya lagi, kos logistik yang tinggi disebabkan oleh kemudahan infrastruktur pengangkutan darat yang lemah, produktiviti pelabuhan dan prestasi yang rendah, caj tersembunyi dan diragui termasuk untung berlebihan oleh pengantara dalam jumlah pengangkutan dan pengedaran.


“Mengapa caj ini tidak diambil kira sekali sebagai kos perkapalan, ia tidak melibatkan MASA. Atau apakah caj ini dijumlahkan sebagai caj perkapalan semata-mata untuk mengukuhkan hujah yang lemah terhadap kabotaj?”


“Bayaran tambang laut hanyalah 40 peratus daripada jumlah kos logistik dari kilang ke pelantar,” kata MASA dalam sebuah kenyataan.


Persatuan itu berkata, perkapalan hanya bertanggungjawab bagi caj tambang lautan dan bukan untuk harga rak barangan.


“Terdapat lapan pengantara dari masa barangan dibawa dari titik asal dan destinasi, dan perkapalan laut hanya salah satu daripada lapan mata pengantara, yang lain adalah seperti pengangkutan keluar, pergudangan, penghantaran barang dan pengendalian pelabuhan dan pengantara sama dalam pergerakan masuk dengan pelantar,”katanya lagi.


PKR berjanji awal minggu ini untuk memansuhkan dasar kabotaj yang mereka dakwa menghendaki barang-barang yang dihantar di dalam negara dengan menggunakan kapal tempatan, dalam usaha untuk menjadikan kereta dan produk-produk lain lebih murah di Sabah dan Sarawak.


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, polisi itu harus dimansuhkan sepenuhnya kerana tidak memberi apa-apa makna dari segi ekonomi.


Ahli politik dan rakyat Sabah dan Sarawak telah lama menentang dasar kabotaj itu, dengan hujah bahawa ia perlu dilakukan untuk membantu merapatkan jurang ekonomi antara Malaysia Timur dan Semenanjung.


Dasar tahun 1980-an memerlukan semua perpindahan barangan kapal domestik dilakukan dengan menggunakan kapal Malaysia dikatakan telah menyebabkan kos-kos pengangkutan semakin meningkat dan seterusnya menyebabkan kos barangan lebih tinggi di Malaysia Timur.


“Katakanlah kita import barangan dari Hong Kong sebagai contoh, mengapa perlu melalui Pelabuhan Klang? Ini yang saya maksudkan sebagai tidak dapat diterima.


“Ia tidak dapat diterima juga dalam ekonomi, kecuali kepada kepentingan kroni… jadi, sebenarnya anda mengkayakan segelintir orang hasil dan dibayar oleh pengguna di Sabah dan Srawak,” kata Anwar.


MASA juga tidak bersetuju dengan pandangan polisi kabotaj menghalang kapal asing untuk ke pelabuhan di Borneo secara langsung.


“Di bawah polisi kabotaj kerajaan, tidak ada larangan kepada mana-mana kapal asing untuk ke mana-mana pelabuhan di Malaysia termasuk perlabuhan di Sabah untuk memuatkan atau mengosongkan kargo dari mana-mana pelabuhan asing,” kata MASA mengulangi kenyataan oleh menteri pengangkutan semalam, Datuk Seri Kong Cho Ha.


Kumpulan itu menambah bahawa terdapat perkapalan asing yang berurusan terus di Teluk Sepangar (Kota Kinabalu), Tawau, Bintulu dan Kuching, bahkan di beberapa pelabuhan kecil dalam perdagangan serantau.


“Perkapalan asing juga dibenarkan untuk memindahkan barang di Kota Kinabalu, Kuching dan Bintulu di mana mereka dapat menyatukan jumlah ambang yang lebih besar untuk penghantaran ke negara-negara ketiga,” kata MASA.


Persatuan tersebut juga berhujah, adalah tidak benar mengatakan jika kabotaj dimansuhkan, pelanggan tidak lagi perlu membayar kos perkapalan dan barang akan dihantar secara percuma oleh syarikat perkapalan asing.


“Ia hanya tekaan bahawa kadar tambang akan turun jika kabotaj tiada lagi. Tiada siapa boleh memberi jaminan kukuh berapa banyak harga akan turun, jika ia akan turun,” kata MASA.


MASA menambah bahawa isu kabotaj tidak seharusnya dilihat dalam konteks “kami” menentang “mereka” bagi semenanjung Malaysia terhadap Sabah dan Sarawak, sambil menambah MASA melindungi syarikat perkapalan dan ahli mereka dari kedua-dua negeri tersebut.

Friday, November 23, 2012

Sejak dari awal lagi saya sudah meragui 'kikhlasan' skuad 169 menganjurkan debat ini yang kemudiannya ditukar kepada "WACANA". Pada asasnya saya setuju kepada istilah "WACANA" itu yang membawa maksud lebih besar kepada percambahan minda yang positif. Namun bila tajuk ditentukan oleh pengajur yang jelas isme politiknya, saya mula merasa bimbang akan natijah debat ini yang tidak kesampaian untuk mendidik dan membantu masyarakat memahami kedudukan kewangan negara pada masa kini.Kebimbangan saya itu turut saya suarakan kepada sdr Msuli Oli  dalam FCB supaya lebih berhati-hati dan mengambil tahu aspek-aspek asas DEBAT tersebut, termasuk kenapa pilih tajuk demikian "BAJET BN DAN BAJET PR, KESAN KEPADA RAKYAT" dan juga kenapa debat itu dibuat diluar daerah Kota Belud, sedang sasaran awal untuk masyarakat di daerah di mana Datuk Rahman menjadi ahli parlimen mereka.

Sekali imbas saya mempertikaikan tajuk Debat/Wacana ini, kerana" Bajet BN dan bajet PR Kesan kepada Rakyat" adalah tajuk yang berat sebelah. Bagaimana menilai keberjayaan bajet PR secara keseluruhannya sedangkan mereka tidak berpeluang membuktikannya? Dengan makna kata, PR belum lagi memerintah, sedang BN telah lebih 50 tahun menggalas beban Bejat mereka. Kita kena akui secara jujurnya bahawa bajet BN sedikit sebanyak memberikan wajah baru setiap tahun kepada dunia pembangunan negera, kerana BN sama ada suka atau tidak, party gabungan antara  tertua di dunia itu terpikul tugas membangunkan negara sebagai memenuhi tanggungjawab mereka sebagai KERAJAN yang di pilih rakyat walaupun ada yang mempertikaikan cara dan bagaimana BN boleh memerintah.

Moderator debat Prof Madya Dr Ismail Ali juga berperanan dengan cukup baik. Saya secara luarnya mengenali beliau sebelum lagi beliau dilantik sebagai Dekan PPIB ( Pusat Penataran Ilmu Bahasa) UMS dan kemudian menjadi pengarah UMS Labuan. Beberapa kali minum dan berbincang terutama ketika beliau dalam perjalanan menghabiskan PHDnya. Namun sejak 4 bulan lepas terutama ketika ada ura-ura debat/wacana ini akan diadakan, saya tidak berpeluang menemui PM Dr Ismail Ali ini. Tapi itu bukan persoalannya, pilihan moderator TEPAT tetapi tajuk debat BERAT SEBELAH.

Disepanjang Debat/Wacana ini dijalankan, penonton nampaknya menyebelahi sdr Musli Oli, kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Rahman Dahlan bukan sahaja dipertikaikan oleh penonton melalui reaksi mereka, namun kadang kala di BOOO sehingga mengganggu kelancaran majlis berkenaan.

Seperti yang dikatakan oleh Sdr Musli OLi di awal debata bahawa " KERAJAAN YANG BAIK AKAN MENUN JUKKAN KEJAYAAN, KERAJAAN YANG GAGAL AKAN MENGEMUKAKAN 1001 ALASAN' membawa makna mendalam kepada saya, kerana ungkapan itu bukan sahaja harus ditujukan kepada kerajaan BN tetapi juga PR yang sedang dalam usaha mahu menjadi KERAJAAN.

Hujah Datuk Rahman Dahlan tentang isu kemiskinan dan perbandingan dengan negara lain tidak menyakinkan hadirin yang hadir, malah saya juga turut mempertikaikannya secara senyap. Apa logiknya kadar kemiskinan tahun 70-an dan 80-an di Sabah dan di KB khasnya dengan kadar baru tahun 90-an dan 2000-an ini? sedang taraf hidupo dan kemudahan bertambah. INI bukan sahaja akan dilakukan oleh BN selaku kerajaan tetapi juga akan dilakukan oleh mana-mana KERAJAAN yang memerintah termasuk PR jika diberikan mandat. Selaku rakyat bukan itu yang menjadi isunya tetapi yang menjadi kerangka Utama ialah, adakah Pembangunan yang dibuat itu benar-benar mempergunakan peruntukan yang disalurkan tanpa ketirisan dan kebocoran atau ZERO DEFECT supaya impaknya  benar-benar dirasai oleh rakyat.

Jika kita hitung 50 tahun sejak merdeka, secara logiknya negara kita dan negeri Sabah ataupun khasnya daerah KB, BOLEH membangunkan lebih pesat dari yang berlaku sekarang. Sabah jauh ketinggalan dari negeri-negeri lain yang tidak punya aset hasil bumi yang mneguntungkan? Mengapa berlaku demikian? Bukankah kerana layanan dan polisi kerajaan BN sehingga Sabah menjadi negeri termundur. Kenyataan DARD membandingkan pencapaian kadar kemiskinan dengan negara besar seperti AS bersifat retorik. Bagaimana mungkin AS disamakan dengan Sabah kerana AS punya kawalan kewangan sendiri, sedang Sabah diberikan oelh kerajaan Pusat.

Sdr Musli mengutarakan statistik yang lengkap, memperlihatkan Sabah begitu jauh ketinggalan dari segi pencapaian pembasmian kemiskinan berbanding negeri-negeri lain termasuk yang telah diperintah oleh PR. beliau juga memberikan beberapa polisi bajet PR untuk Sabah termasuk menubuhkan Syarikat Petronas Sabah sendiri untuk mengurus hasil minyak dan gas yang sebelum ini diurus SEPENUHNYA oleh kerajaan BN iaitu dibawah bidang kuasa PM.

Datuk Rahman Dahlan mempertikaian bajet PR kerana bagi beliau, PR tidak ikhlas memperjuangkan kepentingan Sabah disebabkan dalam bajet PR tidak terkandung kaedah membasi kemiskinan di negeri ini. Sedangkan PR telah berjaya menurunkan kadar kemiskinan di negeri-negeri yang diperintah mereka, teramsuk menerima pujian daripada laporan Audit 2011 yang diumumkan baru-baru ini. Sedang mereka baru memerintah dan sebelum itu bajet mereka baru dirangka?

Ikuti sambungannya dalam PART II




Saturday, November 17, 2012

Paparan dari blog ahli parlimen KB, Datuk Rahman Dahlan mengenai kelewatan penyiapan Projek Bekalan Air Bersih Kota Belud yang pada jadual asalnya dijangka siap pada penghujung tahun ini iaitu lebih kurang sebulan dari sekarang, namun beberapa masalah teknikal menyebabkan projek mega dan berimpak besar ini tertunda selewat-lewatnya 6 bulan lagi atau pada awal Jun 2013.

Daripada artikel itu dikatakan bahawa beberapa masalah teknikal seperti halangan memasuki kawasan projek yang melibatkan tanah milik persendirian di bebarap kampung sekitar Kota Belud seperti Kg Pandasan, Kg Ambong dan kg Timbang Dayang.

Artikel berkaitan :

BEKALAN AIR LUAR BANDAR - KOTA BELUD


AIR merupakan keperluan asas bagi setiap mahkluk, tidak terkecuali manusia. Atas sebab itu, setiap penempatan penduduk biasanya berhampiran dengan sumber air.


Akibat kemajuan industri, dengan terciptanya batang-batang paip, penempatan manusia tidak perlu lagi berdekatan dengan sumber air, atas sebab air boleh disalurkan berkilometer daripada sumber air ke rumah-rumah penduduk.


Manakala, sumber air daripada tanah boleh dimanafaatkan melalui tubewell”, manakala air daripada mata-air perbukitan, keadah yang digunakan adalah melalui graviti


Walaupun berbagai teknologi ditemukan untuk digunakan mendapatkan air untuk keperluan manusia, namun perkembangan pertanian yang terpengaruh menggunakan baja-baja kimia, menyebabkan sumber air tercemar. Hujan pula tercemar kerana perlepasan asap monokside ke udara, sehingga air daripada hujan bertukar kepada air asid.


Akibat pencemaran sumber air, maka terciptalah kaedah perawatan air, demi kegunaan manusia/penduduk.


Loji-loji besar perawatan air di bangun, terutama di Bandar-bandar dan pekan-pekan termasuk daerah Kota Belud.


Masalah bekalan air kepada penduduk daerah Kota Belud bermula sejak awal kemerdekaan lagi. Atas sebab itu, pada tahun 1978, kerajaan Berjaya pimpinan Datuk Harris Salleh (kini Tan Sri) mengarahkan pemasangan paip-paip ke kampung-kampung berdekatan pekan Kota Belud; namun kerana sumber air terawat terhad, maka akhirnya paip-paip itu hanya berjaya dipasang, namun tidak berair.


Keperluan air bagi Kota Belud, merupakan isu politik utama bagi daerah itu, atas sebab itu semasa kempen pilihanraya tahun 2008, calon BN bagi kawasan Parlimen Kota Belud, Rahman Dahalan (kini Datuk) berjanji akan memperjuangkan penyediaan air terawat kepada sebahagian besar penduduk.



Al-hasil perjuangan MP Kota Belud itu, pada tahun 2010, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah memperuntukan RM104 juta untuk maksud penyediaan air terawat bagai daerah Kota Belud dan jika siap kelak, akan meliputi 85 peratus penduduk luar bandar.
Walaupun program penyediaan air terawat bagi dearah Kota Belud sedang rancak berjalan, namun permintaan keperluan terhadap air terawat begitu sinonim dengan kehidupan; sehinggakan kekurangan air terawat, kelihatan sungguh krtikal.


Bagi peminat FB, saban hari kita akan terbaca komen-komen melalui FB persendirian penduduk Kota Belud, bahawa betapa kritikalnya bekalan air bagi daerah Kota Belud, terutama penduduk dikawasan luar bandar yang sudah mempunyai rangkaian perpaipan. Namun, penduduk yang terbiasa menggunakan “tubewell” desakan keperluan air untuk kegunaan harian, belum terasa kritikalnya, kerana sumber air alternatif itu telah menjadi kebiasaan berdekad lamanya, demikian juga bagi penduduk yang menggunakan sumber air graviti, masalah bekalan air bukan suatu masalah.


Penyediaan air terawat bagai daerah Kota Belud adalah perjuangan utama MP Kota Belud, atas usaha itu maka peruntukan besar diperolehi., Kalau dilihat sepintas lalu, perjuangan wakil rakyat adalah untuk mendapatkan dana dan pelaksanaan dan penyiapan projek pula tergantung kepada pihak pelaksana, yakni Jabatan Air dan kontraktor yang telah dilantik.; serta agensi kerajaan yang terbabit


Artikel Suara Rakyat kali ini akan menulis secara komprehensif dan detail mengenai sebab musabab mengapa projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) yang sepatutnya siap pada penghujung tahun ini terlewat dan tarikh baru penyiapannya adalah pada Mei 2013.


Maklumat yang dipaparkan selain maklumat lapangan juga dibantu melalui maklumat yang diperolehi daripada Jabatan Air Kota Belud, dengani kerjasama MP Kota Belud dan Jurutera Air Bahagian Kota Belud.


Maklumat Lapangan


Daripada maklumat lapangan pada masa artikel ini ditulis, semua kawasan yang diliputi projek BALB Kota Belud tahap pencapaian penyiapannya antara 55 peratus hingga 98 Peratus; berbanding dengan jadual asal tahap penyiapan adalah 100 peratus.


Antara punca kelewatan penyiapan ini disebabkan kelewatan kontraktor memasuki tapak akibat halangan daripada pemilik tanah di kawasan-kawasan tertentu, seperti di Pandasan, Rosok dan Ambong serta Timbang Dayang.


Disebabkan projek BALB menggunakan system retikulasi, maka jika sebahagian daripada projek itu terlewat maka akan memberi kesan terhadap usaha membekalkan air secara keseluruhan.


Sebagai contoh akibat halangan pemilik tanah di Kampung Pandasan, pembinaan loji rawatan air yang bernilai RM38 juta sepatutnya kontraktor mula berkerja pada November 2011, tetapi terlewat sehingga Julai 2012. Demikian juga di Kampung Rosok –penyambungan batang paip, pembinaan tangki, intake dan loji yang bernilai RM35 juta hanya bermula pada Jun 2012. Sementara di Kampung Ambong –pembinaan tangki simpanan dan rangkaian perpaipan yang bernilai RM9 juta sepatutnya bermula pada Oktober 2011, hanya dapat bermula September 2012. Manakala Kampung Timbang Dayang- penyambungan paip yang bernilai RM10 juta sepatutnya siap pada bulan September 2012, akan tetapi penyiapannya terbantut sehingga kini hanya disebabkan halangan pemilik tanah dimana melibatkan hanya 100 meter jarak batang paip.


Mengapa Projek BALB menjadi keutamaan MP Kota Belud?


Ada tiga faktor yang dikenal pasti. Pertama beberapa kampung yang sepatutnya berada dalam liputan Bekalan Air Jabatan Air belum menikmati bekalan air terawat, manakala kampung-kampung yang telah mendapat bekalan, mengalami masalah bekalan yang dikategorikan oleh Jabatan Air sebagai, Langsung tiada bekalan walaupun batang paip telah tersedia-antaranya Tamau, Merabau, Tawadakan Suang Punggur; manakala yang kedua adalah bekalan air yang kerap terganggu antaranya-Kg. Labuan, sebahagian Kota Peladok, Taun Gusi Padang; dan yang ketiga bekalan air akan terganggu akibat kerosakan di loji air dan paip pecah.- meliputi kawasan pekan.


Kenapa Timbulnya Masalah Bekalan Air?


Penyebab utama gangguan terhadap bekalan air adalah jumlah permintaan yang melebihi kapasiti loji yang sedia ada (Loji Air Lama Pekan Kota Belud dan Loji Air Bayayat). Kedua-dua loji ini hanya mampu mengeluarkan pada kadar purata antara 28 Juta Liter Sehari (JLH) sehingga 33 juta liter sehari(JLH) berbanding dengan permintaan 36JLH atau peratus kekurangan mencecah 22 peratus. Selain daripada itu faktor ketiadaan paip transmisi utama yang yang digunakan untuk menghantar air ke tangki utama seperti paip transmisi ke tangki Timbang Dayang telah menyebabkan masalah bekalan air yang serius di kawasan Kulambai. Selain daripada itu Loji lama di kawasan Pekan kerap terganggu pengeluaran kerana kerosakan terhadap komponen utama mekanikal dan elektrikal. Faktor usia loji ini yang sudah lama menyebabkan komponen tersebut mengalami kerosakan.


Projek Mengatasi Bekalan Air


Pada tahun 2010 telah diluluskan peruntukan sebanyak RM104 juta untuk menaik taraf loji lama di Pekan, membina loji baru, membina rumah pam penggalak, memasang paip transmisi baru, menyediakan tangki takungan tambahan dan memperluas bekalan berasaskan gravitasi serta menaik taraf 30 peratus sistem perpaipan.


Apabila projek ini siap pada bulan Mei 2013, pengeluaran air terawat yang berjumlah 43JLH akan menjangkau 85 peratus penduduk keseluruhan, manakala kawasan pekan adalah 100 peratus. Dijangkakan juga, projek baru ini akan dinikamti antara 15-20 ribu penduduk buat pertama kali.


Sistem Baru


Melalui Projek BALB 2011-2012, sistem baruakan memperolehi sumber air daripada mukasauk (intake) menggantikan “borewell” yang menggunakan 13 “borewell” yang dibangun lebih 25 tahun lalu.


Kelebihan sistem baru ini, adalah sumber air yang diproses berpunca daripada Sungai Tempasuk, berbanding sistem lama yang menggunakan air bawah tanah.


Kelebihan menggunakan sumber air daripada sungai adalah daripada segi pemantuan, kerana adalah mudah memantau air yang kelihatan mengunakan pancaindera, berbanding sumber air bawah tanah, yang sukar diketahui statusnya.


Melalui sistem baru ini, terdapat empat pam digunakan, akan tetapi untuk satu-satu masa, hanya dua pam dioperasikan, manakala yang dua lagi digunakan untuk tujuan berjaga-jaga (standby) jika berlaku gangguan kerosakan. Inilah kelebihan sistem baru ini, berbanding sistem lama, di mana 13 “borewell” beroperasi secara serentak untuk menghasilkan 13JLH. Apabila ada “borewell” yang mengalami kerosakan maka sudah pasti pembekalan air tidak akan sampai ke tahap maksimum. Ini bermakna pengeluaran air di Kota Belud sentiasa terdedah kepada gangguan sekiranya berlaku kerosakan terhadap mana-mana pam diborewell tersebut.


Selain itu faktor usia paip yang sudah terlalu usang dan tua menyebabkan paip kerap mengalami kebocoran dan situasi ini sudah tentu akan mengurangkan tekanan air. Pertambahan penduduk juga merupakan faktor utama kerana banyak kawasan yang sudah meningkat bilangan penduduk tetapi saiz paip masih lagi tidak berubah sejak 30 tahun yang lalu.


Keupayaan BALB Baru


Keupayaan loji Pekan yang dinaik taraf akan mengeluarkan 22JLH, manakala Loji baru di Pandasan 6JLH dan Loji Bayayat 15JLH, ini menjadikan jumlah bekalan sebanyak 43JLH. Bekalan ini melebihi permintaan semasa 36JLH, dan perkirakan bekalan 43JLH akan mampu memenuhi keperluan penduduk Kota Belud sehingga tahun 2020.


Impak BALB Kota Belud


Apabila Projek BALB Kota Belud siap sepenuhnya pada Mei 2013, kawasan-kawasan yang selalu mengalami gangguan seperti di Timbang Dayang, Kulambai, Kota Peladuk, Wakaf, Taun Gusi, Sembirai, Kondis, Labuan, Suang Punggur, Gunding, Pantai Emas, Sangkir, Renig dan Tempasuk2 akan menikamti bekalan sepanjang masa, sementara kawasan-kawasan lain yang langsung tidak menerima bekalan air seperti Kinasaraban,Kelawat,Mingkop, Ambong,Tawadakan, Merabau, Tamau,Rampayan Laut,Kayu Puteh, Pandasan, Timbang, Rampayan Ulu, Sarang, Taburan, Bakilong, Gaur, Rajunah dan Tamui Darat akan juga turut menikamti bekalan sepanjang masa.


Menurut Jabatan Air, diperkirakan selepas BALB Kota Belud beroperasi sepenuhnya dijangka antara 15-20 ribu penduduk untuk pertama kali akan menikamti bekalan air terawat.


BALB Kota Belud juga akan mengatasi semua keperluan 4400 rumah bermeter.


Kesimpulan


 Disebabkan halangan yang dialami kontraktor, maka penyiapan BALB Kota Belud tidak mengikut jadual.


 BALB baru akan memperkenalkan system baru dan menggantikan system lama.


 Projek BALB Kota Belud akan menghasilkan 43 JLH (Juta Liter sehari) berbanding permintaan yang hanya 36JLH.


 15-20 ribu penduduk buat pertama kali menikmati air terawat.


 Tiada lagi ganguan bekalan air di kawasan liputan terutama di kawasan Pekan.


 Kampung-kampung yang belum pernah menikmati bekalan air, untuk pertama kalinya akan menikmatinya pada Mei 2013.

Friday, November 16, 2012

Saya copy artikel ini dari Fcb Datu Tigabelas berkenaan pandangan beliau mengenai Tamu Besar Kota Belud yang disifatkannya sebagai sudah tidak ada Ummphh dan perlukan penjenamaan semula. Tamu Besar Kota Belud ini dijangka akan diadakan pada 23 November 2012 ini. Ikuti pandangan beliau "

Sungguhpun Perayaan Tamu Besar Kota Belud sebenarnya Telah Mula diadakan Sejak Era Penjajahan British lagi Namun Hakikatnya Jenama Tamu Besar KB Kini Semakin Lesu dan Sudah Kurang Popular Berbanding Dulu..

Ini Kerana Aturcara nya Sudah Kurang Daya Tarikannya Terutama kepada Para Pelawat Luar dan Pelancong Pelancong Luar Negara.. Ada Memang Ada Akan Tetapi Sudah Jauh Jumlahnya Berkurangan..
Teringat Saya DiEra Tahun 60an hingga Tahun 70an Dulu Suasana Count Down Tamu Besar KB ini Seminggu Sebelumnya Sudah Meriah Oleh Acara Acara Sukan dan Pertandingan Senaman
" Indian Clubs " Melibatkan Sekolah Sekolah. Lepas itu Ada Pertangan Kraftangan dan Gerai Gerai diantara Sekolah Sekolah..


Rasanya Penggunaan Jenama TAMU BESAR itupun Macam Sudah Tiada Uumphnya lagi.. Daerah Daerah yang Dulunya turut mangadakan Tamu Besar sebagai Perayaan Tahunannys Sudah Tidak lagi Menggunapakai Tajuk Tersebut! Daerah Semporna Kini sudah dengan Fiesta Regatta Lepa Lepa nya, Tenom dengan Pesta Kalimaran nya, Kuala Penyu dgn Pesta Rumbia nya, Kota Marudu dgn Pesta Jagung nya, Tawau dgn Pesta Kebudayaannya, Beaufort dgn Pesta Begandangnya, Putatan dgn Pesta Betitiknya, Ranau dgn Pesta Kobisnya, Tambunan dgn Pesta Bambunya.. Penampang dgn Pesta Kaamatan nya..


KB SEPATUTNYA MENJENAMAKAN SEMULA PERAYAAN TAMU BESAR TAHUNNYA DGN TAJUK YANG LEBIH ETNIK ATAU TRADISIONAL.MISALNYA SAPERTI
PESTA SEMEO KB (Tidak Perlu sebut Oyo atau Besar lagi sebab ungkapan PESTA itu sudahpun menunjukkan sesuatu yg BESAR! FIKIR2KANLAH..
24.November ini, satu lagi siri lawatan ketua pembangkang di Sabah akan berlangsung. Kali ini Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan berkunjung di Tawau dan mengadakan pertemuan dengan rakyat di sana.Serentak itu juga desas-desus politik di pantai Timur menyaksikan dua orang lagi ahli parlimen BN dikatakan akan meninggalkan parti itu dan menyatakan ikrar menyokong Pakatan Rakyat.

Mengikut sumber yang boleh dipercayai dua ahli Parlimen itu ialah MP Kalabakan, Datuk Ghapur Salleh yang sebelum ini lebih senang dipanggil "brother Ghapur' ketika DSAI menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu. Datuk Ghapur Salleh menjadi tumpuan media alternatif ekoran beberapa ucapan 'panas' dan 'pedas' ketika dalam Parlimen mengenai hak dan kepentingan umum rakyat Sabah. Malah dalam beberapa berita yang disensasikan sebelum ini membayangkan bahawa Datuk Ghapur adalah antara MP BN yang 'tersenarai' akan meninggalkan parti itu ketika Projek 16 September, namun dinafikan oleh MP Kalabakan itu.

MP Parlimen BN yang juga disebut-sebut akan meninggalkan parti itu pada 24 November ini ialah MP Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin. Beliau sebelum ini juga dispekulasikan antara MP BN Sabah yang ingin menyertai PR ketika projek 16 September itu.

Mengikut pemerhati politik, antara sebab mengapa sejak kebelakangan ini beberapa MP BN Sabah meninggalkan parti itu ialah kerana mereka tidak tersenarai sebagai calon padan PRU 13, atau lebih tepat digugurkan.

Pengguguran beberapa pemimpin politik berpengaruh di Sabah ketika PRU bukanlah satu isu baru malah telahpun berlaku sebelum ini. Pada PRU 2008, nama Datuk Salleh Tun Said, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Datu Amir Kahar Tun Mustapha dan beberapa orang lagi adalah antara yang digugurkan, namun pemimpin politik itu lebih suka 'menerima ' secara pasrah dan rela, walaupun ada cubaan untuk menghimpunkan bumiputera Islam di Sabah dalam rumpun USBO.

Wednesday, November 14, 2012

Debat antara Musli Oli dengan MP Kota Belud Datuk Rahman Dahlan dijangka akan diadakan pada 18hb .Nov.2012 bersamaan pada hari Ahad bertempat di Palace Hotel Kota Kinabalu jam 2.00 petang. Daripada sumebr maklumat yang sah, tajuk debat atau wacana ini adalah "Bajet Bn dan Bajet PR kesan kepada rakyat."

Siri wacana ini dijangka akan mendapat perhatian dari seluruh rakyat Sabah dalam segenap lapisan masyarakat kerana ia adalah merupakan julung-julung kali seumpamanya diadakan di Sabah. Satu bentuk penyuburan demokrasi tulen dan matang yang dibungai oleh wacana debat memperlihatkan ketajaman minda dan keupayaan menganalisis masa depan rakyat yangt menerima impak kepada bajet kedua-dua parti iaitu BN yang menunjangi kerajaan dan PR yang menjadi "check and balance" kepada pemerintah.

Dalam dunia maklumat tanpa batasan kini, Sabah mengorak langkah politiknya dengan menyaksikan wacana debat ini akan menjadi sejarah yang terakam sebelum PRU 13.

Kedua-dua tokoh adalah yang terpilih, DARD begitu lantang mengkritik bajet PR, manakala MO pula secara sinis dan berterus terang mempertikaikan beberapa program kebajikan yang dirancang oleh kerajaan BN termasuk pemberian BR1M dan bantuan one off kepada golongan belia dan murid-murid sekolah.

Apakah kali ini, wacana debat itu akan menjadi lonjakan kepada pemikiran dan minda rakyat Sabah terutama golongan muda yang sejak kebelakangan ini mengecam dan berani bersuara di laman sosial FCb dan blog?

kita saksikan lanjutan episod penulisan ini sejurus selepas debat itu diadakan. nantikan!
Dua buah kawasan DUN di Kota Belud iaitu DUN N8 USUKAN dan DUN N6 TEMPASUK adalah antara 15 kawasan DUN di Sabah yang dijangka akan jatuh ke tangan pembangkang pada PRU 13.Ini berdasarkan sentimen rakyat sejak kebelakangan ini yang mula menunjukkan protes secara terang dalam dunia maya dan dunia sebenar. Beberapa kes ketidakpuasan hati rakyat di dua buah kawasan ini begitu berani disuarakan secara terang oleh mereka yang mula melihat peranan kedua-dua wakil rakyat mereka 'gagal' berfungsi.

DUN USUKAN yang masih panas dengan beberapa isu besar seperti pampasan tanah kepada penduduk berikutan projek jalanraya Baypass Kota Belud- Kudat selain isu bekalan air bersih dan isu kemudahan jalaraya yang masih ditakuk lama. Sebagai rekod kawasan USUKAN adalah kawasan yang sepatutnya dibangunkan oleh pemimpin UMNO SABAH kerana disinilah UMNO mencatat sejarahnya apabila kawasan itu menjadi kubu kuat UMNO setelah UMNO memasuki Sabah.

DUN TEMPASUK pula dikatakan gagal membangun seperti yang dirancang sebelum ini. Projek Jelapang padi nampak tergendala dan bekalan air bersih juga sehingga saat akhir PRU 13, masih belum diselesaikan. Walaupun wakil rakyat kawasan ini Datuk Musbah dikatakan selalu turun padang ,namun beliau mengikut satu kajian yang dilakukan oleh pembangkang, juga gagal menyelesaikan masalah di kawasan TEMPASUK.

Surat ini barangkali boleh dikongsi :


HAYAT pemerintahan BN di Sabah bakal sirna dalam masa lima bulan lagi oleh jika majoriti rakyat Sabah membuat keputusan nekad untuk menguburkan BN setelah tidak ada jalan keluar yang dibentangkan BN.


Berdasarkan analisa dan 'Cakap Kedai Kopi', pembangkang Sabah bakal membentuk kerajaan baru Sabah jika berjaya menakluki 10 kerusi Cina dan 14 kerusi KDM.


Kajian beberapa pihak juga menunjukkan 15 kerusi kubu kuat Umno akan berjaya ditawan PKR atau PPPS yang diketua Datuk Lajim Haji Ukin iaitu Klias, Lumadan, Pantai Manis, Sindumin, Bongawan, Kawang, Tempasuk, Usukan, Sulaman, Petagas, Sekong, Banggi dan beberapa kerusi parlimen juga bakal beralih kepada Pakatan Rakyat.


Ketahuilah, rakyat Sabah tidak perlu dikaburi dengan pembangunan dan dirasuk dengan isu besar kerana mereka pernah menukar pemerintah seperti menukar baju!
Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok mengesahkan ahli majlis tertinggi parti itu ada membincang mengenai kedudukan Upko dalam BN sama ada kekal atau meninggalkan gabungan itu.

Namun katanya, Upko bersetuju tidak meninggalkan BN selepas Datuk Seri Najib Razak melulus penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah.

"Majoriti menyuarakan supaya kami terus bersama BN disebabkan apa yang dilaksanakan oleh BN berhubung RCI dan sebagainya.

"Jadi saya boleh mengesahkan bahawa perkara itu (Upko keluar BN) ada dibincangkan tetapi parti memutuskan untuk tidak bersetuju," katanya selepas merasmikan konvensyen Upko Bahagian Penampang 4 November lalu.

Sebelum ini, bekas Timbalan Presiden Upko, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan bekas Naib Presiden Upko, Datuk Maijol Mahap mengakui parti itu nyaris meninggalkan BN bersama mereka pada penghujung Julai lalu namun tertangguh kerana RCI.

wilfred dan Maijol kini mengetuai Angkatan Perubahan Sabah (APS) bagi membantu Pakatan Rakyat menawan sebanyak mungkin undi masyarakat Kadazan Dusun Murut (KDM) di Sabah pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Pakatan Rakyat turut bekerjasama dengan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) pimpinan bekas Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Lajim Ukin bagi menarik sebanyak mungkin undi Melayu dan Bumiputera Islam di Sabah.

Manakala bagi masyarakat Cina, sokongan kaum itu sangat konsisten bersama Pakatan Rakyat sejak 2008 dan hingga kini, malah terus bertambah selepas gabungan itu membentang buku Jingga pada 2009 dan Belanjawan Alternatif oleh Datuk seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tuesday, November 13, 2012

Pendedahan penulis M.D. Mutalib beberapa bulan lepas mengenai seorang penolong kanan di SMK Balung Tawau yang diragui kerakyatannya ekoran nombor IC guru tersebut milik seorang warganegara di kg. Kulambai, Kota Belud tidak terhenti di situ sahaja, kerana laporan berita menyatakan seorang lagi warga asing yang menggunakan IC orang lain yang telah meninggal dunia untuk memperdaya pihak KPM sehingga berjaya menamatkan latihan perguruan di Maktab Keningau.

Kegembiraan seorang graduan kerana mendapat kerja sebagai guru di sebuah sekolah di sini tidak berpanjangan apabila dia didapati menggunakan MyKad seseorang yang sudah lama meninggal dunia.

Insiden itu terdedah minggu lepas apabila wanita Indonesia itu, berumur 25, memohon pekerjaan dan tertakluk kepada penapisan biasa serta temuduga.


Tetapi penipuannya terbongkar apabila Jabatan Perkhidmatan Awam mendapati dia selama ini menggunakan MyKad milik seseorang yang sudah mati.

Sumber berkata wanita itu mengikuti kursus lima tahun di Institut Perguruan Keningau dan lulus dalam bidang Teknologi Rekaan.

Polis sedang menyiasat tetapi hairan bagaimana wanita itu boleh menghabiskan pendidikan rendah dan menengah tanpa dikesan.

Pada 7 Mac, Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Sabah, Ismail Ahmad, memberitahu Harian Ekspres bahawa adalah menjadi satu kesalahan untuk menyimpan MyKad orang yang telah meninggal dunia dan mereka yang didapati melakukannya boleh dihukum.

Ismail juga berkata dia sedar sesetengah individu, termasuk mereka yang memegang jawatan lantikan politik seperti ketua-ketua kampung atau pengerusi JKKK, memegang MyKad orang yang sudah meninggal dunia.

Dilaporkan juga bahawa pendatang tanpa izin mencari MyKad seperti itu dan diketahui menawarkan antara RM2,500 dan RM4,000 setiap satu untuk surat lahir orang yang meninggal dunia.

Adalah dipercayai bahawa dokumen anak yang meninggal dunia tidak diserahkan kepada pihak berkuasa, sebaliknya diserahkan oleh saudara maranya kepada wanita itu, yang datang kemudian ke Sabah.

Sumber : Harian Ekspres

Tuesday, November 6, 2012

" Saya tidak akan merajuk dan sabotaj parti" begitu antara kenyataan MP Kota Belud sepenggal ,Datuk Rahman Dahlan apabila diajukan pertanyaan mengenai apa yang akan berlaku kepada diri dan kerjaya politiknya apabila beliau tidak dicalonkan pada PRU 13 yang hanya mengira detik akan berlabuh dari sekarang.

Rahman Dahlan yang sebelum ini sangat kontrovesi atas beberapa skandal politik di Kota Belud, dilihat memikul beban politik sangat berat di Sabah apabila parlimen yang diwakilinya P169 Kota belud dikatakan sebagai 'kawasan' panas apabila beberapa penganalisis politik tempatan termasuk mantan pemimpin UMNO Datuk Lajim Ukin meramalkan P169 bakal menyaksikan perubahan besar selepas PRu 13.

Rahman Dahlan semasa hayat politiknya yang disinonimkan oleh orang ramai dan masyarakat KB sebagai politik Sepenggal sebelum ini menerima kritikan di alam maya dan dunai sebenar atas beberapa isu teramsuk, pembinaan empangan Tambotuan, Skandal tanah Adat di Rampayan, Kes pengagihan peruntukan yang tidak sekata di 3 DUN dalam Parlimen KB, Kes kelewatan pembinaan beberapa buah sekolah rendah dan menengah di KB, serta kes "sukar' ditemui lantaran kesibukan dan sentiasa berada di luar kawasan.

Daripada maklumat yang diperolehi sebelum ini UMNO KB dalam beberapa mesyuarat peringkat Cawangan, ketua-ketua cawangan di kawasan Parlimen turut mengeluh dan membidas Rahman dahlan yang sukar ditemui oleh rakyat, dan sentiasa berada di Kuala Lumpur. Malahan menurut seorang AJK UMNO KB, ketua-ketua cawangan berpendapat, jika Rahman Dahlan sekali lagi diturunkan di KB pada PRU 13, maka kemungkinan sangat besar Parlimen itu bakal digondong oleh pembangkang.

Kenyata Rahman disinarkan oleh Sinarharian:

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, beliau tidak akan merajuk mahupun mensabotaj parti sekiranya tidak dicalonkan semula untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).


Menurut Abdul Rahman yang juga Naib Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional, apa yang penting adalah kesediaan beliau untuk terus berbakti dan berkhidmat kepada masyarakat meskipun tidak bergelar wakil rakyat kelak.


"Saya tidak ada masalah, jadi calon atau tidak jadi calon... itu perkara nombor dua kepada saya. Kalau misalnya saya tidak dipilih menjadi calon nanti, tidak apa, OK," katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama Sinar Harian Online.

"Saya kira calon-calon yang berminat termasuk saya sendiri, saya berjanji kalau saya tidak terpilih pun sebagai calon di Kota Belud atau di mana-mana pun, saya berjanji, pertama, saya tidak akan tutup bilik gerakan, saya tidak akan sabotaj, saya tidak akan merajuk.

"Saya tidak akan membubarkan jawatankuasa kempen saya. Saya akan turun ke padang siang dan malam berceramah memastikan kemenangan Umno-Barisan Nasional di Kota Belud. Itu janji saya," kata wakil rakyat penggal pertama ini dengan penuh semangat.

Abdul Rahman menang pada Pilihan Raya Umum 2008 atas tiket BN dan menewaskan calon PKR.

Beliau ditanya pandangannya berhubung pengumuman calon Umno-BN yang akan dibuat lebih awal pada pilihan raya kali ini.

"Saya kira kalau kita sayangkan parti, sayangkan perjuangan, kalau kita betul-betul hendak berjuang dan berkhidmat kepada rakyat, ya... soal calon ini memang penting, semua pemimpin parti mahu menjadi calon. Tetapi kalau tak jadi wakil rakyat, tidak bermakna kita bukan pemimpin.

"Jadi pada saya, sama ada diumumkan calon itu awal atau lambat, kedua-duanya mempunyai kebaikan dan keburukan," jelas beliau lagi yang juga Setiausaha BN Sabah.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, "saya setuju dengan pandangan Khairy Jamaluddin, mungkin ia sesuai untuk keadaan-keadaan tertentu yang mana kita memerlukan masa untuk memperbaiki keadaan jika pengumuman itu dibuat terlalu singkat."

Khairy yang merupakan Ketua Pemuda BN sebelum ini berpendapat jarak masa dua minggu atau selewat-lewatnya sebulan sebelum pilihan raya umum adalah tempoh paling sesuai sekiranya cadangan menamakan calon-calon BN lebih awal mahu dilaksakan.

Ini kerana katanya, bukan setiap kawasan bersedia diumum calon awal disebabkan faktor dalaman dan risiko lain yang perlu ditangani terlebih dahulu.

"Nak umum sekalipun jangan umum enam bulan sebelum pilihan raya. Daripada kita umum dua hari sebelum penamaan calon, BN boleh umum dua minggu atau sebulan, itu paling sesuai," beliau dipetik sebagai berkata.

Pada 26 Oktober lepas, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, BN berkemungkinan akan menamakan calon PRU13 lebih awal berbanding pilihan raya sebelum ini.


Presiden Barack Obama berjaya mempertahankan jawatannya buat penggal kedua dengan memperoleh 281 undi pemilih - lebih 11 undi minimum yang diperlukan.

Obama yang dilihat ketinggalan di awal proses pengiraan undi, yang bermula sekitar jam 7 pagi tadi waktu Malaysia, melepasi garisan minimum 270 undi yang diperlukan kira-kira 12.20 tengah hari. Kedudukan itu meningkat kepada 281 kira-kira 20 minit kemudian dan dijangka mencecah paras 300 kerana ada negeri yang belum diketuai keputusan rasmi.

Pemilihan ini dilihat sebagai paling sengit dalam sejarah AS walaupun Obama menang dengan selesa empat tahun lalu dan muncul sebagai pemimpin kulit hitam pertama memenangi jawatan presiden pada 2008. Selain isu panas dan tiga debat nasional yang sengit, kedua-dua calon - Obama dan Mitt Romney, juga dilaporkan membelanjakan hampir RM6 bilion kali ini.

Di peringkat awal pengiraan undi, Romney yang mula dengan 'bergaya' dan mendahului Obama beberapa kali sepanjang lima jam yang lalu, memperoleh 203 undi pemilih.

UNDI PEMILIH:
Barack Obama: 281
Mitt Romney: 203

UNDI POPULAR: (Undi membabitkan 47 daripada 51 negeri/wilayah)
Barack Obama: 46,088,635 (49.2%)
Mitt Romney: 46,299,165 (49.4%)
Lain: 1,367,862 (1.5)


Laporan CNN menyebut Obama memenangi pemilihan kali ini, yang menyaksikan AS jelas berpecah dua, dengan gelombang sokongan kumpulan minoriti, wanita dan golongan moderat untuk kekal di White House buat penggal kedua.

Malah laporan CNN juga menyebut Obama mengatasi Romney dengan menyapu kejayaan di Ohio. Kejayaan di negeri itu memberikannya undi pemilih 271 berbanding 201 bagi Romney.

Sebaik sahaja Obama memperoleh sejumlah undi pemilih itu, penyokong presiden 'tenggelam' dalam arus kegembiraan di ibu pejabat parti Demokrat di Chicago, negeri kelahiran pemimpin itu.

Obama juga menang di Pennsylvania, Wisconsin dan Iowa - yang memberi tekanan ke atas Romney.

Bagaimanapun dari segi undi popular, Romney masih di depan. Beliau menguasai 49.4 peratus berbanding Obama 49.2 peratus.

Obama mengumpulkan 46,088,635 undi manakala Romney 46,299,165 undi. Calon bebas memperoleh 1,367,862 undi.

Keputusan empat negeri masih belum habis dikira. Ini termasuklah Florida yang menyediakan 29 undi pemilih. ( Sinarharian)

Sunday, November 4, 2012

Segala masalah yang dihadapi Umno dan negara sekarang ditujukan sepenuhnya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sekurang-kurangnya, tiga dari bekas pemimpin Umno yang meninggalkan Umno meletakkan kesalahan itu kepada Mahathir.

Datuk Tamrin Ghafar, Datuk Kadir Sheikh Fadzil dan Datuk Yahya Lampong meletakkan kesilapan Dr Mahathir atas kehancuran Umno sekarang.

"Umno dah rosak dan Dr Mahathirlah punca segala kerosakan ini," kata Tamrin Ghafar dalam Konvensyen PAS Johor hari ini.

Tamrin, Kadir dan Yahya sudah mengumumkan pendirian mereka meninggalkan Umno.

Ketiga-tiganya meletakkan Mahathir sebagai punca utama mereka tinggalkan Umno.

Kira-kira 750 pemimpin PAS peringkat kawasan dan negeri menyertai konvensyen ini menyebabkan Markas Tarbiyah PAS Parit Bisu, Batu Pahat penuh sesak.

"Kita jangka 500 sahaja yang hadir. Tak sangka pula begini ramai," kata Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Pesuruhjaya PAS Johor kepada Harakahdaily.

Tamrin adalah salah seorang pembentang kertas kerja dalam konvensyen ini.

Turut datang adalah Datuk Abdul Rahman Yunos, AJK Umno Bahagian Segamat yang menjadi tetamu konvensyen.


Petronas

Bukan sahaja Umno rosak, Petronas juga rosak apabila Mahathir menjadi penasihatnya, kata Kadir.

"Dr Mahathir, Penasihat Petronas sepatutnya bantu Petronas tetapi dia lebih bantu anaknya, Mirzan yang sebelum ini pemagang saham 19.9 peratus San Maguel, syarikat arak yang kini menguasai rangkaian stesen minyak Petrol.

"Awas tuan-tuan, jangan sampai kereta tuan-tuan mabuk pula," kata Tamrin.

Menurutnya, satu kawasan carigali minyak baru dekat Sabah telah diserahkan kepada Kencana Oil, milik Mirzan yang sepatutnya diserahkan kepada Petronas.

"Atas sebab-sebab itulah saya lari," kata Tamrin menafikan beliau berhasrat mahu bertanding.

"Saya lari tu bukan nan tanding, tak nak dah. Saya jadi MP dah dua penggal, dah jadi Pengerusi Mara dan sebagainya. Dah cukup tu," katanya.

Tamrin juga berkata, kalau selama Wanita Umno sangat kuat tetapi kini sudah lembik.

"Naib Wanita Umno kata mereka sudah malu turun ke bawah kerana kita sudah dianggap 'wanita lembu', sedangkan selama ini mrekalah yang paling berkesan," kata Tamrin.
Pendedahan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berhubung pendedahannya mengaitkan keluarga Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dengan jutawan balak, Michael Chia menimbulkan banyak persoalan.


“Kenyataan Nazri mengesahkan bahawa hubungan Michael Chia dengan beliau dan anak beliau tidak semudah 'sekadar meminjam sebuah kereta Hummer bernilai setengah juta.' Sama seperti kes derma RM40 juta kepada Umno Sabah, takkan derma sebanyak itu diberi tanpa mengharapkan pulangan apa-apa?” soal Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan.


Tuan Ibrahim juga bertanya selain menderma RM40 juta kepada Umno Sabah dan meminjam kereta mewah untuk kegunaan anak Nazri, apakah ada lagi ahli politik atau orang institusi awam seperti di Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menerima habuan berbentuk derma atau pinjaman daripada Chia?


“Adakah Chia kini dilayan seperti seorang VVVIP di dalam Umno sebagaimana seorang pelanggan bank yang membuka akaun mewah di mana-mana bank?


"Adakah Chia mendapat manfaat berbentuk 'kekebalan' dan 'perlindungan khas' daripada kerajaan Umno BN atas segala kegiatannya kerana sikap 'dermawan' beliau?” tanya beliau lagi.


Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata SPRM perlu bertindak untuk membuka kembali fail Chia dan memberikan satu jawapan yang jelas kepada rakyat Malaysia apakah asas-asas untuk tidak meneruskan siasatan terhadap derma sebesar RM40 juta tersebut.


Chia sebelum ini dilaporkan tertangkap dengan wang tunai bernilai RM40 juta di Lapangan Terbang Hong Kong.


Namun, Nazri ketika memberikan penjelasan di Parlimen berkata, wang itu adalah milik Umno Sabah, sekaligus membersihkan Chia daripada tuduhan rasuah.


"Kalau betul Michael Chia tidak bersalah, beliau perlu kemukakan dokumen bukti terutamanya surat pengesahan dari Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC).


"Kita inginkan bukti dan bukannya hanya sekadar penjelasan di Parlimen, kalau betul dan berani sila kemukakan, saya nak tengok," sambung Rafizi lagi.


Semalam Rafizi mendakwa kenyataan Nazri itu dilihat mempunyai konflik kepentingan.


Katanya, ini kerana anak sulung Nazri, Nedim ada hubungan dalam bentuk kenderaan dengan Chia.


Kenderaan itu ujarnya berupa SUV Hummer berwarna hitam, yang berharga lebih RM459,000, yang dimiliki oleh Chia dan mungkin telah digunakan oleh Nedim.


Sehubungan itu beliau juga akan membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin depan terhadap Nazri dan juga menuntut siasatan semula terhadap Chia.
Dengar  khabarnya Mursidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz merestui hasrat sebilangan pengikut parti itu yang mahukan Presiden PAS menentang PM Datuk Seri Najib di pekan pada PRU 13 nanti. Menurut Mohd Sayuti Omar dalam blognya.

Muryisul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat sependapat dengan saya bersetuju kalau Abdul Hadi Awang bertanding di Pekan untuk menentang Najib Razak. Nik Aziz juga berpegang kepada alasan sama dengan saya, tidak timbul kalau Abdul Hadi kalah. Beliau mengalu-alukan langkah Abdul Hadi itu kerana menentang orang yang berjuang menegakkan semangat nasionalisme adalah satu kewajiban.

Dalam keyakinan Pas Umno adalah pejuangan kebangsaan, di mana satu perjuangan yang batil sebab perjuangan menegakkan kaum tidak merupakan perjuangan mutlak dalam kehidupan seorang manusia sebagai hamba Tuhan.

Dari sudut lain saya melihat tindakan Abdul Hadi itu boleh membersihkan fikiran sesetengah pihak yang mengatakan beliau (Abdul Hadi) masih lagi menyimpan hasrat untuk mewujudkan unity government. Jadi dengan beliau menentang Najib, sampah UG itu boleh dibersihkan. Tindakan Abdul Hadi itu sebagai membuktikan bahawa hasrat untuk menubuhkan UG sudah tidak ada lagi.

Sedar atau tidak masih ada di kalangan kecil baik di dalam Pas maupun PKR dan DAP sebelum dapat menerima sepnuhnya kerjasama Pas dengan PKR dan DAP. Ada yang beranggapan Pas masih menaruh harapan akan wujud kerjasama dengan Umno. Ada suara-suara dan nada kebimbangan yang Pas akhirnya akan berpelukan dengan Umno.

Tanggapan negatif itu membahayakan Pakatan Rakyat di mana timbul perasaan curiga di antara satu sama lain. Jadi sekiranya Abdul Hadi mendada dengan Najib di Pekan ia boleh menyapu perasaan itu. Semangat di kalangan Pakatan Rakyat juga akan meningkat serta merta. Tindakan Hadi itu akan menampakkan iltizam Pas dengan Pakatan Rakyat tinggi.

Kesimpulannya Pas perlu melepaskan Abdul Hadi untuk ke Pekan. Atau Abdul Hadi boleh menggunakan kuasa proregatifnya sebagai presiden untuk berbuat demikian. Sebagai presiden Abdul Hadi boleh endorce jemaahnya sendiri. Yakinlah tindakan Abdul Hadi itu - Presiden bertempur dengan presiden akan dicatat dalam sejarah politik tanah air. Seperti dikatakan tadi soal sejarah itu tidak penting yang penting menunjukkan komitment perjuangan.

Hendaknya apa disuarakan presiden Pas itu akan turut dibangkit didalam muktamar tahunan Pas yang akan berlangsung di Kota Bharu minggu depan. Dan saya juga percaya Abdul Hadi bukan sengaja melontarkan idea itu kecuali untuk mendapat pandangan dari akar umbi.