Friday, March 29, 2013



Thursday, March 28, 2013

Ketua UMNO KB yang juga speaker Dewan Undangan negeri Sabah, Datuk Salleh Tun Said menyarankan agar MDKB bergiat aktif dan menjambatani rakyat dengan kerajaan. Datuk salleh hadir dalam majlis angkat sumpah ahli-ahli majlis daerah kota Belud (MDKB). Datuk Salleh juga meminta agar kawasan keseluruhan pekan Kota Belud dikenakan cukai mengikut perkadaran tertentu yang telah ditentukan. selain daripada untuk menambah sumber kewangan MDKB, beliau juga memberikan contoh negeri Melaka yang telah melakasanakan cukai mengikut perkadaran tertentu di negeri itu.

Saranan Datuk Salleh ini tentunya mendapat pelbagai response termasuk apakah dengan pelaksanaan cukai menyeluruh di pekan Kota belud itu akan meningkatkan prestasi ahli-ahli Majlis daerah yang sebelum ini mendapat kritikan kerana lembab dan sering curi tulang yakni pegawai-pegawainya jarang berada di Pejabat. keadaan Pekan Kota belud juga nampak tidak terurus mislanya dari segi penyeragamana pemasangan papan-papan iklan sehingga mencatatkan pemandangan awam.

Selian itu keadaan tandas awam dan pasar besar Kota belud yang kotor selain penguatkuasaan undang-undang yang memilih bulu. Antara yang menjadi isu ialah larangan menjual barang dagangan di kaki-kaki lima premis perniagaan. Kuatkuasa undang-undang itu dilakukan ke atas peniaga kecil di asar besar Kota Belud, sedangkan premis lain seperti kedia runcit Gui Brothers dan yick Ming dengan sewenang-wenangnya meletakkan barang di kawasan kaki lima premis mereka. dan ini tidak diambil tindakan oleh MDKB.

Sebagai rekod, Datuk Salleh dalam sejarahnya di Kota Belud pernah menjadi Pegawai daerah. 

KOTA BELUD: Ahli Majlis Daerah haruslah proaktif dan mereka harus mengambil peranan untuk mengemukakan permasalahan yang dihadapi oleh komuniti, kata Speakar Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Salleh Tun Said.
Beliau berkata, ahli-ahli majlis daerah hendaklah menjambatani rakyat dengan kerajaan.
“Di negara-negara besar dunia, wakil rakyat dan ahli parlimen dipilih daripada kaunselor (ahli majlis daerah) kerana mereka lebih mengetahui dan faham akan permasalahan yang melanda masyarakat,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Angkat Sumpah Ahli-ahli Majlis Daerah Kota Belud (MDKB) di sini kelmarin.
Turut hadir ialah Abd Gari Itam, Pengerusi MDKB merangkap Pegawai Daerah Kota Belud dan Hamsad Abd Wahab, Pegawai Eksekutif MDKB.
Salleh turut menggesa agar semua Ahli Majlis Daerah yang dilantik peka dengan perkembangan semasa, seterusnya perlu tahu perkembangan majlis daerah di tempat lain.
Tambahnya lagi, sudah tiba masanya keseluruhan daerah Kota Belud dijadikan kawasan perkadaran (percukaian) supaya dengan pengambilan cukai berkenaan MDKB dapat menjalankan program-program untuk kemakmuran daerah ini.
“Di Melaka, seluruh negeri tersebut adalah kawasan perkadaran, namun kadar percukaiannya berbeza mengikut kawasan. Sistem ini boleh diaplikasikan di sini,” katanya.

Sunday, March 24, 2013

Desas-desus sebelum ini yang menyatakan bahawa Mantan Pengarah pelajaran Negeri Sabah, Datuk Dr. Muhidin Yusin ketika itu berjawatan Pengarah pelajaran negeri Sabah akan melepaskan jawatannya lebih awal dari yang sepatutnya untuk bergiat aktif dalam politik, akhirnya terjawab hari ini apabila anak kelahiran Ranau itu menyatakan hasrat untuk menyertai Pakatan Rakyat melalui parti PKR dalam satu majlis yang diadakan di Star City Convention Hall di Kota Kinabalu yang turut dihadiri oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengalu-alukan kemasukan mantan pengarah pelajaran negeri Sabah itu ke dalam parti PKR. Sebagai rekod politik Sabah, sebelum ini seorang mantan pengarah Pelajaran negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Hasbullah Mohd. Taha, telah lebih awal menyertai PKR dan pernah bertanding atas tiket parti tersebut tetapi kecundang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan penerangannya mengenai insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad datu yang kini memasuki hari ke 23 menjelaskan bahawa UMNO dan Bn yang ,mengaitkan namanya sebagai dalang adalah fitnah dan tuduhan semata-mata. sambil menyatakan bahawa langkah  PM Datuk Seri Najib pernah mengadakan rundingan dengan ppenceroboh itu sebelum tercetusnya perang yang mengorbankan nyawa maka mengapa pula beliau yang disalahkan.

Anwar akan menruskan jelajahnya di Sabah petang ini bersama ketua Cabang Tuaran, Ansari Abdullah di Restoran Transit. Tuaran.


Beberapa bulan yang lepas ketua cawangan UMNO kuala Pintasan, Kota belud, Sdr Wan Ramli bertindak membubarkan cawangan tersebut dan menyertai parti STAR. Fenomena ini mendapat liputan media dengan memberi gambaran UMNO kononnya akan lumpuh di DUN TEMPASUK. Walaupun sebenarnya Wan Rami sendiri mengakui bahawa penyertaannya ke dalam parti STAR adalah bersifat sementara.

Ini terbukti apabila beliau sekali lagi bertrindak keluar dari STAR dan menyertai semula UMNO. Ini dikhabarkan sendiri oleh beliau kepada kelapamawar. Berikutan itu UMNO di DUN TEMPASUK akan dijangka bertambah kukuh dan ada kemungkinan yang besar calon UMNO/BN di DUN TEMPASUK akan memenangi semula peti undi Kg Tamau, di mana Datuk Musbah Jamli ketika ini adalah wakil rakyat di kawasan berkenaan.

Penyertaan Wan Ramli ke dalam UMNO/Bn semula dapat disaksikan oleh penduduk sekitar DUN TEMPASUK di dalam satu majlis di Kg Pintasan yang turut di hadiri oleh Datuk Musbah Jamli dan AJK UMNO KB, Sdr Roslan Hj Manshor dan beberapa pemimpin kampung sekitarnya.

Saturday, March 23, 2013






Dalam lingkungan kehidupan manusia yang bertamadun, soal pertimbangan yang berunsur keganasan, tindakan yang keluar dari landasan fikrah pemikiran normal juga cita-cita dan keinginan yang disaduri oleh tuntutan nafsu kesyaitanan, hatta sebarang pemikiran yang tidak dilandaskan kepada ilmu dan pengamatan, semua itu tertolak, bahkan dianggap paling jijik dan kotor jika terus dijadikan garis pandu dalam sejarah ketamadunan manusia.

Inilah yang melingkari kehidupanan ‘Babarian’ Jamalul Kiram yang menganjur kepada keganasan yang menjatuhkan martabat insaniah ke lembah ‘haiwaniah’ yang terlepas dari tali pemikiran yang wajar.

Merancang dan menghantar bala tentera ke Sabah dengan niat dan naiwaitu ingin memiliki bumi yang merdeka dan berdaulat ini hanya kerana perasaan mahu mengembalikan kegemilangan susur galur kesultanan sulu yang sudah lama berkubur dan diragui kewarisannya adalah satu tindakan ganas, kejam dan wajar dikutuk selama ini berada dalam rekod sejarah dunia.

Jamalul Kiram yang mendakwa adalah antara sultan Sulu daripada lebih 40 orang yang turut mendakwa perkara sama tidak lain ingin mengembalikan nostalgia silamnya yang penuh dengan melankolia itu. Menganggap dengan melalui anjuran pemberontakan dan peperangan ala-ala gerlia zaman Komunis akan memertabatkanya di singahsana tahkta sulu yang sudah lama terbiar itu adalah tindakan dungu dan bahlul yang menggambarkan kerakusan pemikirannya yang diselubungi oleh ikrar Iblis di hadapan Rabbul Jalil tatkala enggan memberi penghormatan kepada manusia pertama dalam tamdun dan peradaban dunia.

Jamalul Kiram langsung tidak memujuk sanubarinya dan meletakkan prinsip runding cara sepertimana antara Sultan Burnei dan Sulu lewat sejarah lampau di bumi Borneo Utara ini. Akibatnya, setelah asakan demi asakan ibu pertiwi dan wira-wira Negara yang membentengi kemaraan tentera durja Jamlul Kiram, akhirnya genjatan senjata sebelah pihak di canang.

Tidak ingin mengulangi perangkap di medan perang menaikkan bendera putih sebagai tanda serah diri, sebaliknya sebagai sandiwara yang menumpahkan darah para perwira Negara di bumi Lahad datu tempat bersemayam pemimpin bergelar “datu’, akhirnya Malaysia menolak agenda Kiram sebaliknya memberi kata dua, serah diri tanpa syarat atau bermandi darah.



Jamalul Kiram akhirnya sadar dari mimpinya menjadi sultan sulu yang berdaulat. Menganggap enteng sekarang menjadi ‘ancaman’ baru kepada agendanya. Rupanya Sabah adalah negari berdaulat meskipun tidak Beraja. Jamalul Kiram menawarkan ‘menukar’ tebusan. Kononnya tenteranya memilki tebusan rakyat Malaysia. Bala tentera yang pernah bersumpah akan mempertahankan Negara ini walau seinci daripada dicemari propaganda musuh, sebaliknya meneruskan perjuangan menggempur tentera Jamalul Kiram hingga mereka berpecah, ilmu kebal tidak menjadi kerana rasa iri hati dan amarah yang meluap-luap mahu mencapai niat menakluki Sabah. Bedilan bom dan mortal menggoncangkan tulang belulang tentera Jamalul Kiram, hingga ada yang terkorban dan tidak kurang yang lari bergentayangan hilang arah dan pedoman.

Kini menyedari bahawa rancangannya adalah rasukan iblis yang bertanduk tiga,Jamalul Kiram lupa pada asal kejadianya. Mahu pula menyaman Malaysia sehingga ke Mahkamah Antarbangsa kononya Malaysia telah merampas Sabah dari mereka. Khabarnya tuntutan mereka bukan kepalang sejumlah RM 77.8 billion. Jamalul Kiram mula membayangkan akan menjadi sultan di Sabah dengan 77 billionnya itu. Sedang dia lupa bahawa pemikiran dan rancangan jahatnya menghuru-harakan bumi Sabah ini tidak ternilai dengan kemegahannya ingin menjadi sultan di Sabah. Rakyat Sabah tidak akan memintal benang kemaafan buat Jamalul Kiram hingga ke pintu neraka.



Bukan sahaja nyawa dan titisan darah perwira Negara yang menjadi pemberat kepada timbangan amal Jamalul Kiram tetapi juga titisan air mata rakyat Malaysia termasuk balu-balu dan anak-anak kecil yang meratapi perjuangan ayahanda mereka. Kerana itu air mata yang tumpah dibumi Sabah yang disebabkan oleh kejijikan pemikiran Jamalul Kiram akan menjadi lautan bergelora yang tidak bisa direnangi oleh pemimpin bernafsu rakus ini.

Jika itu pun tidak terbenam di benak Jamalul Kiram, seharusnya dia sedar bahawa angkara anarki yang berlaku atas tindakan diluar tamadun manusia berakal telah meninggalkan bukan sedikit rasa TRAUMA kepada rakyat Sabah dan Malaysia. Bedilan mortal meskipun telah lama berhenti tetapi masih berdentum ganas di teliga ratusan bahkan ribuan penduduk Lahad Datu dan Semporna.

Hentikanlah niat dan naiwaitu mu Jamalul Kiram. Sabah bukan hak sesiapa , bukan hak keturunan mu yang tidak bersalasilah, bukan hak tentera ganas mu yang berperikebinatangan itu. Bumi Sabah adalah hak anak-anak watannya yang mahukan keamanan , menyuburkan kemanusian dan memerdekaan pemikiran dari belenggu syaitan dan kecelakaan. Jika itu kau sedari, kembalilah menghadapkan wajahmu ke kiblat, renung kemurnian sang pencipta, menyingkirkan rasa takbur supaya engkau sadar, kita semuanya ini akan kembali dipertanggungjawabkan atas apa yang kita lakukan.

Friday, March 22, 2013

Menyedari kekuatan mereka tidak mampu menandingi pasukan keselamatan negara tidak menghalang kumpulan militan dari selatan Filipina melancarkan pertempuran terhadap Malaysia. Persediaan mental ini bergantung pada kepercayaan bahawa mereka kebal.


Beberapa bomoh tempatan, yang pernah berurusan dengan komuniti dari selatan Filipina, berkata mereka amat mempercayai kuasa mistik, termasuk keupayaan untuk mengghaibkan diri dan tidak lut senjata.

Menamakan beberapa bahagian di Sulu di mana kumpulan militan akan mendapatkan tangkal dan azimat, bomoh itu berkata pernah beberapa kali 'perkhidmatan' mereka digunakan untuk membaharui kekuatan kuasa mereka. Ketika ditunjukkan gambar-gambar tangkal dan azimat pada mayat tentara sulu yang mati serta barangan yang dikumpulkan oleh pasukan keselamatan yang 'membersihkan' kawasan pertempuran, bomoh itu berkata kumpulan pengganas percaya barangan itu mampu membantu mereka menewaskan anggota keselamatan Malaysia.


Barangan yang digunakan oleh mereka 'untuk ghaib dan kebal termasuk tulang kucing hitam.


Difahamkan, anggota keselamatan berkata mereka ternampak tulang diikat pada pelvis dan bahagian anggota lain pada badan tentera sulu. Segelintir militan yang menceroboh negara ini diberi tangkal oleh pemimpin mereka, yang menjanjikan selagi barangan itu kekal pada mereka, pasukan keselamatan tidak akan berupaya mengesan mereka atau tercedera jika ditembak.


Atas kepercayaan, inilah, mereka kelihatan tidak gentar walaupun berdepan beberapa batalion anggota keselamatan, kata dua bomoh berketurunan Suluk, baru-baru ini.


Mereka menjelaskan kucing hitam itu akan ditanam hidup-hidup dalam lubang dengan kedalaman tidak lebih tiga kaki selama tujuh hari, dan setiap hari, mantera khas akan turut dibacakan. Pada hari ketujuh, bangkai kucing itu akan digali dan tulangnya diambil.


Untuk melupusan kekebalan musuh, setiap senjata dan peluru perlu disapu dengan tanah samba berkata "daripada tanah kita datang, kepada tanah juga kita kembali".


Bagaimanapun, bomoh itu berkata kekebalan itu akan terhapus sebaik pemakainya makan, minum, buang air atau mengeluarkan air mani. Mereka perlu memulakan semula proses itu jika mereka melakukan mana-mana perkara tersebut.


"Besar kemungkinan mereka juga mengambil syabu, kerana mereka memerlukan kekuatan 'tambahan'. Lagipun, mereka ditegah daripada makan dan minum." Bomoh itu berkata pengganas itu juga akan mengikat kulit ular yang barn bertukar kulit di pinggang untuk mengghaibkan diri daripada pandangan musuh.


" Ketika ular berada ,pada peringkat akhir bertukar kulit, mereka akan menarik kulit tersebut. Kulit itu kemudian diikat di keliling pinggang mereka. Bagaimanapun, dipercayai, pemakai akan kehilangan kuasa ghaib jika dia mandi menggunakan air laut atau sungai."

Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, tetapi berdasarkan tanda-tanda yang ditemui pada mayat pengganas itu, mereka menggunakan ilmu kebatinan yang berunsur syirik.


Antara benda-benda berunsur syirik yang ditemui pada mayat pengganas ialah tangkal yang mereka percayai boleh menjadikan anggota militan kebal dan takwim bagi meramal hari yang sesuai untuk menyerang pasukan keselamatan.

Menurut sumber pasukan keselamatan, terdapat pengganas yang mati ditembak memakai tangkal dan mempunyai tatu ayat al-Quran di badan.

"Mereka mungkin kebal dengan peluru tetapi tidak setiap masa. Malah jika kulit mereka tidak lut namun letupan mortar mampu membunuh mereka," katanya.

Beliau berkata, ada satu mayat pengganas yang mempunyai kesan hitam dipercayai kesan peluru namun kemungkinan kematian pengganas itu disebabkan luka dalaman akibat bunyi dan letupan mortar.

"Peliknya pengamal ilmu batin ini, mayat pengganas cepat busuk dan dihurungi ulat dalam tempoh sejam. Jika manusia biasa ulat akan hurungi mayat itu jika dibiarkan lebih dari dua atau tiga hari," katanya.

Pegawai Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) Sabah, Mejar Anuar Mat Zin berkata, Islam melarang menggunakan ilmu kebatinan yang boleh menyekutukan Allah dalam menegakkan sesuatu perjuangan kerana ia lari daripada landasan agama.





Beliau berkata, perbuatan itu boleh merosakkan akidah sekaligus menjadikan perjuangan mereka adalah perbuatan sia-sia.

"Perbuatan memuja sesuatu ilmu seperti untuk kebal adalah salah di sisi Islam, Islam tidak menerima perjuangan seperti itu biar apapun niat dan matlamatnya," katanya yang turut terlibat dalam Operasi Daulat dalam membanteras kumpulan pengganas itu.

Beliau berkata, soal ajal dan maut adalah di tangan Allah dan tiada siapa atau kuasa yang dapat mengubahnya.

Pengganas yang didakwa menggunakan ilmu batin untuk kebal turut memakai tangkal dan kad meramal hari, iaitu ilmu Kutika yang dipelajari daripada buku Tajul Muluk dan perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Itu mungkin kepercayaan mereka," katanya selepas ditemui pemberita di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini semalam.

Anggota Parlimen Silam Salleh Kalbi pula menyifatkan amalan kebatinan pengganas tidak melambangkan mereka seorang pejuang jihad seperti yang cuba digembar-gemburkan pihak tertentu di negara ini.

"Menurut Islam adalah haram bagi mana-mana pihak yang ingin mengganggu-gugat negara yang berdaulat, iaitu pemimpinnya dipilih oleh rakyat dengan kerelaan hati mereka.



"Tetapi ia dibenarkan jika kedaulatan negara terancam seperti Palestin kerana ia demi mempertahankan kedaulatan negara itu yang telah dirampas," katanya yang menyifatkan pengorbanan pasukan keselamatan adalah satu jihad kerana mempertahankan negara berdaulat. - BERNAMA

Thursday, March 21, 2013

Menjelangnya PRU 13 yang bakal diadakan kurang daripada sebulan mengikut kalendar Parlimen yang dijangka akan terbubar dengan sendirinya pada 28 April ini, maka kelapamawar mengajak pembaca budiman menelaah kembali idea yang pernah disuarakan oleh YDP Dewan Rakyat, Tan sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Hj Mulia berkaitan dengan senario politik Kota Belud:

1. “Lain Lubuk lain ikan, lain padang lain belalang”. Makna peribahasa ini adalah bertepatan sekali dengan keadaan kemelut politik di Daerah Kota Belud berbanding dengan keadaan politik di daerah lain di Negeri Sabah. Seperti juga dengan daerah-daerah lain, setiap tiga tahun politik di daerah ini bergolak. Kalau pada hari-hari biasa pekan Kota Belud dan kedai-keadai kopi lengang, tetapi pada setiap tahun pemilihan (untuk Parti UMNO), hampir semua kedai kopi dipenuhi olih pelanggan yang kebanyakannya terdiri dari "orang-orang politik". Keadaan ini berterusan sepanjang waktu berkempen.

2. Kalau di daerah-daerah lain persaingan adalah di antara calun-calun yang sebangsa, di Daerah Kota Belud, persaingan adalah di antara suku-suku, Bajau, Kadazandusun, Cina dan Iranun . Masing-masing berkempen untuk memenangkan ‘kuda’nya, yang semestinya, ‘kuda-kuda’ ini pula adalah sebangsa dengan pekempen-pekempen itu.

Atas sebab itu ‘kehangatan’ kempen adalah lebih panas berbanding dengan daerah-daerah lain.

3. Satu lagi kelainan politik di Daerah Kota Belud ialah keputusan pemilihan akan menjadi tajuk perbualan berminggu-minggu, kadang-kadang berbulan-bulan. Rumah telah siap, pahat masih berbunyi. Kemenangan atau kekalahan seseorang calon, tidak habis-habis dipersoalkan. Ada calon kalah yang tidak menerima kekalahannya dengan hati yang terbuka. Ada yang kurang berpuas hati dengan keputusan perwakilan. Malahan ada yang emosional dan marah kepada orang-orang yang mereka fikir telah bertanggungjawab di atas kekalahannya.

4. Sebagai contoh, keputusan pemilihan G7 baru-baru ini telah mencetuskan kontroversi di mana semua calon-calon dari suku Iranun telah kalah. Kononnya, kekalahan mereka itu disebabkan olih rancangan rapi pihak tertentu yang ingin melihat penglibatan suku Iranun di dalam politik Daerah Kota Belud tetap berada ditahap ‘seperti rumput ditepi jalan, hidup segan mati tak mau’. Dan kononnya juga, ada pemimpin veteran dari suku itu, yang telah gagal untuk mengetengahkan gagasan politik yang mantap bagi suku Iranun, untuk sentiasa mempunyai tempat di dalam politik Parti UMNO Bahagian Kota Belud.

Walaupun Kemenangan dua orang pemimpin pemuda dari suku Iranun yang bertanding untuk merebut tempat sebagai perwakilan Pemuda adalah kemenangan yang ‘sebenar’, namun ianya dianggap olih pemimpin-pemimpin masyarakat Iranun sebagi kemenangan ‘ehsan’ atau undi ‘kasihan’ atau undi untuk ‘mengabui’ mata suku ini untuk ‘menyembunyikan’ strageti suku bangsa majoriti yang ‘menekan’ politik suku Iranun sejak dahulu, sekarang dan di masa akan datang.

5. Apapun, kata orang, politik adalah politik. Kalau tidak ada perbezaan pendapat dan pandangan, itu bukan politik namanya.

6. Akan tetapi, ada pihak juga yang mengatakan bahawa, walaupun perbezaan pendapat dan pandangan merupakan perkara biasa atau asam garam politik, namun perbezaan pendapat yang tidak berbatas atau terkawal akan mencetuskan keadaan yang akan menjejaskan kestabilan politik sesuatu tempat, daerah, negeri atau negera. Apa tak lagi kalau mereka yang berbeza pendapat itu terdiri dari suku-suku yang mempunyai latar belakang sejarah persengkitaan .

Atas sebab pertikaian seperti ini, suatu formula yang telah terbukti kesan positifnya telah diwujudkan olih pemimpin-pemimpin dahulu. Formula yang dimaksudkan ialah konsep politik yang diamalkan olih Barisan Nasional sekarang, konsep ‘perkongsian kuasa’. Konsep ini menuntut supaya setiap bangsa di dalam negara ini diagihkan ‘tempat dan kuasa’ setimpal dengan jumlah bilangan suku yang berkenaan. Bukan itu sahaja, malahan ada kawasan yang majoriti penduduknya yang terdiri dari satu bangsa tetapi calun yang dipilih untuk bertanding di kawasan itu semasa pilihanraya, dari bangsa lain.

7. Memandangkan bahawa penduduk di Daerah Kota Belud adalah terdiri daripada tiga suku, Bajau, Kadazandusun dan Iranun dan pada setiap ‘tahun’ pemilihan politik Daerah Kota Belud bergolak, mungkin ada baiknya kalau konsep ‘perkongsian kuasa’ ini diaplikasikan di daerah tesebut. Pada setiap ‘tahun’ pemilihan, jawatan-jawatan yang perlu diisikan menurut kehendak perlembagaan, atas persefahaman dan kesepakatan pemimpin-pemimpin tempatan, hendaklah diisikan melalui proses ‘pertandingan tanpa tanding’ atau kuota.

8. Konsep ‘pertandingan tanpa tanding’ ini melibatkan jawatan-jawatan tertentu yang telah dikenal pasti untuk disandang olih sesuatu suku, atas kesepakatan, hendaklah ditandingi olih calun-calun dari suku itu sahaja. Umpamanya, kalau atas kesepakatan, jawatan Timbalan Ketua Bahagian diagihkan kepada suku Iranun sebagi kuota suku tersebut, maka pada setiap ‘tahun’ pertandingang, bangsa-bangsa lain tidak akan dibenarkan untuk bertanding untuk merebut jawatan tersebut.

Terpulanglah kepada suku Iranun pula, samada mereka akan bertanding sesama sendiri. Untuk mengelakkan perselisihan faham, ada baiknya kalau pertandingan ditiadakan. Tetapi, ini tidak akan menjamin bahawa calun yang ‘terpilih’ tanpa tanding itu pula merupakan calun yang popular, berkalibar atau ‘berkelebihan’.

9. Konsep ‘pertandingan tanpa tanding’ ini juga bolih diaplikasikan kepada pertandingan memilih G7 atau wakil 7. Bilangan wakil sesuatu suku di dalam rumbongan (perwakilan) yang hendak di hantar ke Mesyuarat Agung parti di Kuala Lumpur hendaklah ditetapkan setimpal dengan jumlah suku yang berkenaan. Cara pemilihannya adalah serupa dengan prosedur memilih penjawat jawatan di dalam Bahagian.

10. Dalam pada itu, tanpa persefahaman dan kesepakatan ikhlas di antara pemimpin-pemimpin politik setempat, formula ini tidak akan dapat dijayakan.

11. Kalau konsep ‘pertanding tanpa tanding’ ini mendapat sambutan di kalangan para pemimpin politik tempatan, mungkin juga ianya sesuai untuk diaplikasikan di dalam hal untuk memilih calun di dalam pilihanraya.

12. Daerah Kota Belud mempunyai tiga kawasan Dewan Undangan Negeri, N. 6 Tempasuk, N. 7 Usukan dan N 8 Kadamaian dan satu Kawasan Parlimen, P.169 Kota Belud. Majoriti penduduk Daerah Kota Belud adalah Bajau, diikuti olih Kadazandusun dan ketiga Iranun. Pada masa ini, terdapat tiga orang wakil rakyat dari suku Bajau ( N. 6 Tempasuk – Datu Haji Musabah Hj Jamli; N. 8 Usukan – Datu Japlin Akhim dan P. 127 Kota Belud – Datu Abdul Rahman Dahlan) dan seorang dari suku Kadazandusun (N. 7 Kadamaian – Albert Timbun Lagadan). Sebelum pilihanraya umum ke 12, Kawasan N. 6 Tempasuk diwakili olih Iranun, Pandikar Amin Haji Mulia.

13. Di samping isu bilangan penyertaan suku Iranun di dalam G7, dan di dalam Jawatankuasa UMNO Bahagian Kota Belud, pemimpin-pemimpin dari suku Iranun dan masyarakatnya mempersoalkan ‘ketiadaan’ wakil rakyat dari suku mereka yang dicalonkan pada pilihanraya umum ke 12. Suku ini bertanya, ‘Mungkinkah di masa-masa yang akan datang, suku ini tidak akan diberikan peranan untuk membela nasib bangsa mereka melalui suaranya sendiri di Dewan Undangan Negeri Sabah atau di Parlimen Malaysia?’.

14. Ada pihak yang berpendapat bahawa, untuk menstabilkan keadaan politik di Daerah Kota Belud, adalah wajar untuk pihak-pihak yang berwajib untuk memikirkan suatu formula yang bolih diterima oleh tiga suku di daerah ini. Dan formula yang diketengahkan ialah Formula 2 : 1: 1, dimana setiap suku diagihkan kawasan pilihanraya untuk ditandingi olih calun dari suku mereka. Memandangkan suku Bajau merupakan suku yang majoriti, maka wajarlah jika suku ini diagihkan dua kawasan pilihanraya dan Kadazandusun dan Iranun masing-masing diagihkan satu kawasan.

15. Apapun terpulanglah kepada kebijaksanaan pucuk pimpian UMNO Bahagian Kota Belud untuk menentukan arahtuju politik daerah ini selaras dengan aspirasi tiga suku, Bajau, Kadazandusun dan Iranun yang hendak tinggal berjiran di dalam suasana keharmonian.

Wednesday, March 20, 2013

Sejarah Ringkas

Pandasan merupakan sebuah perkampungan terpinggir di utara daerah Kota Belud Sabah.Satu ketika dahulu di bumi Pandasan ini masyarakatnya begitu teguh berpegang pada ajaran dan undang undang Islam.Dimana pernah terjadi seorang pemuda berbangsa Samah beragama Islam telah dikenakan hukuman sebat kerana kesalahan berzina.Pasangannya adalah seorang gadis berbangsa Dusun bukan Islam.Gadis tersebut juga dikenakan hukuman mengikut hukum adat suku kaum Dusun kerana undang undang Islam tidak melibatkan mereka yang bukan beragama Islam.

Peristiwa Pandasan atau lebih dikenali penduduk tempatan sebagai Perang Pandasan telah berlaku pada 26 April 1915 bersamaan dengan 12 Jamadilakhir 1333(H).Beberapa hari selepas tewasnya Pahlawan Antanum di Rundum.Pada tarikh ini,Sharif Ali atau lebih dikenali sebagai Embo Ali juga Sabil Ali bersama sama dengan pengikut pengikutnya yang terdiri dari suku kaum Samah ,Dusun dan Irranun telah terkorban.Sharif Ali merupakan adik kepada Datu Paduka Mat Salleh,pahlawan terbilang Sabah.Embo Ali yang juga seorang ulama ahlul bait dan pahlawan bangsa menentang British kerana tidak bersetuju dengan sistem cukai yang dikenakan oleh British North Borneo Company(BNBC).BNBC yang pada mulanya datang sebagai pedagang dan penyewa akhirnya meminta cukai daripada tuan tanah.Nampak sangat sikap penipu bangsa beruk British ini.Penentangan Embo Ali juga adalah disebabkan rasa tidak puas hati dengan perangai beruk beruk British yang cuba mengambilalih pemerintahan.Dan ini menjadi kenyataan setelah tanah Sabah diserahkan kompeni kepada Kerajaan British secara tidak sah pada tahun 1946.Pandai sangat British ini mengambil kesempatan.Bersama sama dengan orang tempatan lawan Jepun supaya mereka dianggap berjuang membebaskan bumi Sabah.Padahal merekalah yang membunuh dan menghapuskan kuasa pembesar pembesar sebelum itu.Berbalik kepada peristiwa perang Pandasan,upacara “Betitik” selama 3 hari 3 malam juga disebut masyarakat Irranun sebagai "Peghkalilang" telah diadakan.Irama “Tigad-tigad” yang membawa maksud tetak dalam bahasa Samah mengiringi hari hari terakhir para pejuang.Kiranya macam dalam cerita kungfu la,sebelum menghadapi peperangan,gendang perang di palu terlebih dahulu bertujuan untuk menaikkan semangat para pejuang.Ketibaan pasukan polis British dinanti dengan zikir dan wirid memuji keagungan Allah s.w.t.Barisan pejuang menanti kedatangan mereka dengan berpakaian serba putih setelah mereka berkeputusan untuk mempertahankan kedaulatan hingga ke titisan darah yang terakhir walau hanya dengan bersenjatakan gayang(pedang).bujak(lembing),pidah(parang) dan senjata tradisional yang lain.Pasukan polis British mula melakukan serangan,dentuman bunyi meriam dan senapang berselang seli dengan jerit tempik laungan “Allahuakbar” membingitkan suasana perang Pandasan,yang kini merupakan tapak Tamu Pandasan.Tembakan meriam dan senapang pasukan polis British tidak sedikit pun mencederakan Embo Ali dan pengikut pengikutnya.Ternyata kehebatan “Ilmu Petunang” berjaya membuatkan senjata anggota polis British tidak berfungsi dan membuatkan mereka saling tembak menembak sesama sendiri.Tembakan yang dilepaskan juga tidak mengenai sasaran.Dan kesannya masih boleh dilihat pada pokok2 besar sehingga ke hari ini.Melihat kepada keadaan tersebut,lahirlah watak seorang talibarut yang bernama Arshad.Arshad merupakan salah seorang dari pengikut Embo Ali yang telah diperturunkan ilmu kepahlawanan.Arshad yang telah dirasuk syaitan mula membayangkan imbuhan yang akan diperolehinya setelah mengkhianati rakan seperjuangan dan gurunya sendiri.Tidak seperti Jebat yang derhaka kerana menuntut Keadilan,Arshad menderhaka kerana kuasa dan kekayaan.Arshad memilih untuk hidup mulia,Embo Ali memilih untuk mati syahid.Arshad mengetahui kelemahan Embo Ali lalu bertindak meminjam bujak (lembing) kepunyaan gurunya itu.Sebagai salah seorang anak murid yang paling dipercayai dan antara yang terhandal berbanding yang lain,Embo Ali tidak menyangka anak murid kesayangannya yang seorang ini sebenarnya takut mati dan terlebih dahulu telah berpakat dengan pihak British..Setelah mendapat bujak kepunyaan gurunya itu dengan laungan “sumbang/setumbang noh kiti guru!!!’’ yang bermaksud “berlawanlah kita wahai tok guruku”,Arshad membujak Embo Ali dalam keadaan beliau tidak bersedia..Antara dialog yang dirakamkan dalam ingatan mereka2 yang tidak terbunuh dan menyaksikan babak tersebut adalah berbunyi seperti ini yang telah saya terjemahkan dalam Bahasa Melayu." Sampai hatimu Arshad.Ku pelihara kau seperti anak sendiri,ku perturunkan segala ilmu.Sebegini rupa kau membalasnya".Ini kerana Arshad bukanlah penduduk asal Kota Belud.Dan sudah menjadi budaya masyarakat di Kota Belud menghormati orang luar.Budaya ini kekal sehingga ke hari ini,dimana sekiranya anda seorang perantau dan datang ke Kota Belud,mereka akan melayani anda sebaik mungkin.Apa yang ada di dapur mereka,itulah juga yang anda makan.Melainkan sudah tiada,memadailah sekadar secawan kopi dan biskut kering.Seperti yang digambarkan dalam sebuah perumpamaan bangsa Samah."Mangan nia mangan asal jo kiti kurung kurung" yang bermaksud makan tak makan,yang penting kita berhimpun.Di saat saat akhir hayatnya,Embo Ali sempat berpesan kepada anak muridnya yang lain agar meneruskan perjuangan ” Baya ni matai entorong bujak”.Yang membawa maksud biarlah mati dihujung lembing.Akhirnya pergilah seorang pejuang agama dan bangsa.Pemimpin berkarisma yang menjadi simbol penyatuan bangsa yang berlainan agama dan kepercayaan.Pengikut2 Embo Ali yang masih hidup cuba membunuh Arshad tetapi tidak berhasil kerana Arshad sememangnya seorang yang handal bertarung hasil didikan Embo Ali.Satu demi satu pejuang gugur dan berakhirlah perjuangan suci dibumi Pandasan..Pakaian putih dibasahi darah merah.Jenazah mereka dikebumikan dalam satu liang di sebuah permakaman besar di kampung Pandasan selayaknya untuk mereka yang mati syahid.Mayat pejuang2 yang bukan beragama Islam pula dikebumikan di kampung masing2.Arshad diangkat sebagai wira di Kota Belud.Sebuah sekolah menengah di Kota Belud diambil bersempena dengan namanya yang telah berjasa kepada British kerana mengkhianati guru dan rakan seperjuangannya.Berbekalkan ilmu kepahlawanan dan sokongan dari pihak British,Arshad mula berlagak seperti seorang dictator.Merampas tanah dan harta penduduk tempatan.Disamping mengenakan cukai2 yang tidak munasabah.Waris waris dan keturunan Embo Ali dan wira wira Pandasan dihina sebagai keturunan pemberontak.Dan ada diantaranya yang berhijrah meninggalkan tanah tumpah darah mereka dan meninggalkan keluarga besar mereka di Kota Belud.

Begitulah seadanya.Satu penceritaan ringkas.Saya menyeru anak anak muda yag berbangsa Samah,Dusun dan Irranun terutamanya yang berasal dari Kota Belud agar tidak melupakan sejarah yang cuba dipadamkan ini.Rajin rajinlah bertanya kepada orang2 lama.Pelangi akan pergi setelah petang menjengah malam.Bangunlah pada keesokan hari bersama sinar pagi yang menerangi seluruh alam.Sejarah akan terus menipu selagi si penipu sejarah tidak didedahkan.Dan sejarah itu ditulis oleh orang2 yang menang untuk memenangkan mereka yang menang.Dan yang menang adalah penjajah British dan agen mereka yang memerintah kita hingga ke hari ini.Embo Ali dan wira2 perang Pandasan sudah hampir seratus tahun meninggalkan kita.Tapi kita yang masih hiduplah yang bertanggungjawab untuk meneruskan perjuangan mereka.Kerana inilah sebenarnya perjuangan yang belum selesai.Suara keramat ini akan terus kedengaran,selagi hayat dikandung badan..BAYA NI MATAI ENTORONG BUJAK..LAWAN TETAP LAWAN!!!

SUMBER:http://raudhatuljannah-mujahidah.blogspot.com/
Besok 21/03.2013 bakal mencatat sejarah demokrasi di negara ini apabila DUN Johor akan bubar secara langsung selepas tamatnya tempoh mandat yang diberikan rakyat pada PRU 12 yang lepas. Dalam tempoh ini Jabatan Perdana menteri, petang tadi masih menafikan khabar angin bahawa parlimen telah dibubarkan hari ini 20/03/2013 apabila kelihatan PM Datuk Seri Najib keluar dari Istana seawal jam 7.30 pagi.

Sehingga itu DUN negeri Sembilan pula akan menyusul selepas ini iaitu bubar secara langsung pada 26 /03/2013 ini dikuti oleh Pahang dan Selangor, masing-masing pada 7 dan 22 April. Manakala negeri Melaka, Perak dan Perlis, kelantan dan Sabah mungkin tidak akan sempat bubar secara automatik kerana Parlimen akan tamat tempoh pada 28 April ini.  negeri itu akan dibubarkan secara outomatik pada 24,26  28  dan 29 April ini. Sementara itu negeri lain Pulau Pinang, Kedah dan terengganu masing-masing pada 2 dan 5 Mei. Sarawak terkecuali kerana telahpun mengadakan pilihanraya awal.

Monday, March 18, 2013

PM Datuk Seri Najib mungkin tidak akan mengambil kira pembubaran DUN negeri Johor secara outomatik selepas tamat mandat yang diberikan rakyat dalam PRU 12 iaitu pada 21 mac ini.  Ini kerana, Najib mungkin mahukan masa yang lebih panjang lagi untuk melihat kesan idea transformasinya itu. Paling tidak pun Najib masih berdegil untuk menunggu pembubaran Parlimen secara automatik ada 28 April ini.

Rakyat sudah mula bosan menunggu terlalu lama untuk melaksanakan hak perlembagaan mereka memilih kerajaan pada PRU 13. Ketidak sabaran itu didorong oleh pelbagai faktor seperti keadaan kehidupan yang kian mencabar dan meluasnya akses maklumat di hujung jari selain daripada ingin menyaksikan pelbagai bentuk kempen dari parti-parti politik.

Rakyat tidak kesabaran menunggu pelbagai ledakan perubahan yang dilakanakan oleh SPR termasuk undi pos yang dilebarluaskan kepada pengamal media selain daripada rakyat Malaysia yang berada di luar negara yang berdaftra sebagai pemilih juga dibenarkan membuang undi mengikut perlembagaan negara. Sebelum ini hak mereka yang bermastautin di luar negara ternafi apabila tidak dibenarkan untuk memilih kerajaan setiap kali PRU menjelang.

Jika menurut iklim politik, selepas negeri Johor, negeri-negeri lain juga akan terbubar dengan sendirinya mengikut tempoh tertentu bermula dari persidang pertama Dewan Undangan negeri sselepas PRU 12 yang lepas. namun begitu ramai yang percaya, Najib hanya ada tarikh sebelum 20 Mac ini untuk bertindak membubarkan parlimen sebelum DUN negeri Johor dibubarkan secara lazimnya.

Jika ini benar, bermakna, Najib akan menjadi tumpuan media luar dan dalam negara pada tarikh tersebut. Sama ada menjadi realiti ataupun  Najib memang mahukan parlimen berakhir mengikut tempoh mandatnya. bersama kita tunggu

Saturday, March 16, 2013

Banner ini di pasang di Kota Belud.

Apakah tujuan banner ini dipasang sedemikian rupa? Apakah satu sindiran tajam kepada UMNO dan pemimpin Kota Belud? Apakah juga inilah sebenarnya mentaliti atau pemikiran segelintir masyarakat Kota Belud yang terlalu 'taksub' kepada pemimpin tertentu sehingga sudah tidak memperdulikan kemashlatan hidup masyarakat.

Isu memenuhi keperluan asas masyarakat kini bukan sudah menjadi isu yang ditapuk-tapuk atau disembunyikan. Ia sudah menjadi satu isu nasional dan keperluan global. Pemimpin yang diangkat oleh rakyat di Kota belud sewajarnya menjadikan kepentingan hidup rakyat sebagai keperluan nombor satu yang wajib dipenuhi oleh mereka. Adalah satu dosa yang tidak terampun oleh rakyat apabila pemimpin sengaja mengelincirkan niat dan tekad mereka semata-mata untuk mencari 'kekayaan' diri dan pengikut mereka dengan timbunan projek berimpak besar sedang pada waktu yang sama mereka meminggirkan keperluan rakyat yang mengangkat mereka menjadi "pemimpin'.

Marilah kita sejenak mengimbas kembali keadaan pekan dan perkampungan di Kota Belud ini sejak UMNO dilahirkan di daerah itu. UMNO pertama kali mendaat 'kerusi' di DUN USUKAN apabila parti itu masuki ke Sabah pada tahun 1991. Jika dihitung dari tarikh tersebut, bermakna UMNO telah masuk ke Kota belud lebih 20 tahun berlalu.Namun mengapakah keperluan asas penduduk ini masih belum dipenuhi meskipun Kota Belud telah melahirkan beberapa orang pemimpin bertaraf negeri dan nasional atas ehsan parti UMNO.? Apakah Parti UMNO itu yang harus dipertanggungjawabkan kerana memberi peluang kepada pemimpin yang tidak merasai denyut nadi rakyat di Kota belud?

Mari kita berfikir sebentar bahawa UMNO bukanlah parti yang dayus dan meminggirkan keperluan rakyat. Ini terbukti kerana di semenanjung keadaan telah jauh berubah. Lebih maju dari keadaan sebelum merdeka. Semua itu kerana UMNO. TETAPI di Sabah, apabila UMNO menjadi parti tujang utama membentuk kerajaan, keadaan di Kota belud tidak jauh berbeza. Pemimpin dari parti UMNO di Kota belud ini telahpun menduduki kerusi Ketua menteri Sabah, walaupun kata orang dan penyokongnya yang tidak mahu melihat kebenaran, Kerusi CM itu hanya 18 bulan di duduki. Seolah-olah tempoh dan masa yang diberikan tidak cukup untuk menyelesaikan permasalahan asas ini.

Ketiadaan misi dan kesungguhan pemimpin ini untuk menyelesaikan masalah asas rakyat di kawasan di mana dia diangkat menjadi Ketua Menteri dalam sistem penggiliran ehsan UMNO itulah sebenarnya yang menjadi SEBAB utama kepanapa keadaan di kota belud tidak banyak berubah meskipun UMNO telah 20 tahun berada di Kota belud . Pemimpin sebeginilah yang menyebabkan banner diatas tergantung hari ini di Kota belud. Jika dari dulu keperluan asas rakyat menjadi keutamaan pemimin ini, nescaya rakyat kota belud akan mensyukurinya.

Fikirkanlah jika sekali lagi pemimpin ini diberikan peluang. Jangan salahkan UMNO tetapi salahkanlah diri sendiri.

Friday, March 15, 2013

Kesiapsiagaan jentera-jentera pilihanraya parti-parti politik di Sabah berada ada tahap paling maksimum sejak setahun lepas lagi. Baik dari parti UMNO/BN atau parti PKR/PR, sama ada individu yang berniat mencuba nasib sebagai calon BEBAS semuanya telah merancang percaturan mereka lewat beberapa bulan lepas. Khabarnya PR di Sabah telah selesai memilih calon-calon mereka, begitu juga BN/UMNO yang diketuai oleh Datuk Musa Aman telahpun menghantar senarai calon untuk dimuktamadkan oleh PM Datuk Seri Najib Tun Razak selaku presiden UMNO dan pengerusi BN.

Namun insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu dan tragedi berdarah di Semporna, beberapa minggu lepas nyata memberikan impak berselang-seli kepada rakyat Sabah menjelang PRU 13 ini. Bagi yang  berada di posisi "TEGAR" kepada parti-parti tertentu, ia tidak menjadi maalah besar kerana mereka tetap juga akan mengundi parti pilihan mereka secara tradisi. Namun bagi pemilih 'atas pagar' insiden Lahad Datu-Semporna ini memberikan ruang baru bagi golongan ini. Ruang untuk berfikir, ruang untuk mengamati, dan kemudian ruang untuk membuat keputusan yang tepat.

Ini berikutan, pelbagai bentuk berita yahg disajikan, baik oleh pro pemerintah mahupun pro pembantah. Hujah-hujah dan saling kait mengait kedua-dua pihak hingga melahirkan istilah 'Dalang di sebalik pencerobohan" itu menghantui minda golongan atas pagar ini.

Masing-masing melaporkan kononnya ada penglibatan kedua pihak ama ada pemerintah dan pembangkang dalam menjadi 'Dalang' kepada kejiadian berdarah paling tragis dalam sejarah negeri Sabah ini. Kekalutan media SOSIAL dalaqm penyampaian berita ini menyebabkan kekecamukkan fikiran kepada golongan atas pagar ini. Kalau sebelumnya ada sudah yang berkira-kira akan memberikan 'undi' kepada pihak tertentu pada PRU 13, kini mula menguncup keinginan itu. Begitu juga ada yang mula berjinak-jinak dengan ideologi pembangkang kini mula berhasrat menjadi 'liar' semula. Sebabnya adalah kerana golongan ini mula menjadikan aspek keselamatan sebagai asas utama kehiduan politik di negeri Sabah ini.

Tidak ada guna politik matang juga politik transformasi jika keselamatan terancam dan diremehkan. Justeru golongan atas pagar nampak belum bersedia menyerahkan keselamatan kepada politik yang gagal menterjemahkan jaminan keselamatan ini. Semntera itu mungkin peratusan keluar mengundi juga dijangka akan menurun mendadak ekoran kebimbangan itu, melainkan jika insiden di Lahad datu dapat dihentikan dengan baik dan berkesan. Apakah juga undi rosak akan meningkat kali ini?

Sesungguhnya golongan muda yang mewakili kek politik sekitar 40% ini akan menjadi rebutan. Sehingga nilai golongan ini melebihi nilai emas semasa.
RUMAH penduduk Kampung Tanjung Batu musnah dibakar pengganas Sulu.

LAHAD DATU -- Lahad Datu: Pengganas Sulu yang kini semakin kekurangan sumber makanan dikesan mula keluar dari kawasan persembunyian dan menemui penduduk kampung, sekurang-kurangnya untuk mendapatkan bekalan air minuman.

Ini berikutan tiga laporan polis dibuat penduduk kampung memaklumkan mereka didatangi pengganas Sulu yang meminta diberikan air minuman di beberapa lokasi berasingan dalam gugusan Felda Sahabat dalam tempoh dua hingga tiga hari lalu.

Seorang wanita berusia 25 tahun yang meminta namanya dirahsiakan memberitahu Harian Metro, dia didatangi tiga pengganas Sulu ketika mengutip buah kelapa sawit di Felda Sahabat 45, jam 1.30 tengah hari, kelmarin.

“Seorang daripada mereka berkata kepada saya, jangan takut...saya cuma jalan-jalan cari air,” katanya.

Menurutnya, sebelum lelaki itu muncul dia terkejut apabila dibaling buah sawit sebanyak dua kali.

Wednesday, March 13, 2013

Tepat jam 12.20 tengah hari PM Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat keluar dari Istana setelah menghadap DYMM YDPA sekaligus spekulasi bertiup kencang vahawa dalam tempoh terdekat ini Najib akan membubarkan parlimen untuk membolehkan PRU 13 diadakan.

Najib adalah satu-satunya PM yang dicap oleh pembangkang sebagai PM yang tidak dipilih oleh rakyat kerana menjadi PM setelah Tun Abdullah melepaskan jawatan itu ekoran pencapaian teruk UMNO dan BN dalam PRU 12 pada 2008.

Twitter Berita Harian dengan sepotong gambar menunjukkan kereta rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meninggalkan Istana Negara telah mencetus khabar angin bahawa Parlimen akan dibubar hari ini.

Berita Harian memuat naik mesej Twitter : “Kelihatan kenderaan rasmi Perdana Menteri keluar dari Istana Negara selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.”

Mesej itu dimuat naik pada 11.29 pagi tadi.

Sejurus kemudian, akaun Twitter Berita Harian dihujani berdozen-dozen mesej respons, kebanyakannya membuat spekulasi tentang pembubaran Parlimen.

Bagaimanapun, seorang pegawai khas di Pejabat Perdana Menteri memberitahu ABN News ia adalah satu kebiasaan bagi Perdana Menteri mengadap Yang di-Pertuan Agong sebelum mesyuarat Kabinet diadakan.

Monday, March 11, 2013

"Mayta' basab kamu manga taymanghud nag hinang bihaini, di' ka mapikil niyu in manga kami di haini nag uusaha malapay sin hinang niyu yan? Bihaun in manga bangsa ta niyu ha Sabah way pass way katarrangan naguusaha maraw yaunna iyapas tiyukud nakalamud ha manga simud nagdara sinapang yaun ha Lahad Datu. Andu' isab manga taymanghud, mayta' baha'? Asal bunnal di' kami makasandal bang sawpama awun bangsa namu' puhingaun bunuun sin hambuuk hula' ha bukun hak sin hula' yaun mamunu' ha bangsa namu'. Sagawa' bang isab kita' namu' in kamu (bangsa namu' da) halaum kalaungan iban ha bukun hak niyu simud pa lugal ini danan biyunu' kamu, asal tuud way mahinang namu' malaingkan dumuwaa pa Tuhan ha supaya in kami di haini di' malapay sin kalaungan niyu...."

Sunday, March 10, 2013

Dalam dunia penyiasatan sesuatu 'jenayah' itu bermula dengan 'motif''. Dengan motif tindakan akan dilakukan dan kemudian barulah 'kesan' kepada motif dan tindakan itu akan terserlah. Pencerobohan warga asing di Lahad Datu dan Semporna beberapa minggu lepas adalah satu tindakan 'jenayah' yang cukup serius. Bermula dari 'menceroboh' kawasan wilayah Sabah dan Malaysia yang kemudiannya dengan membawa 'senjata' walaupun bukan tujuan untuk melakukan jenayah, masih juga diklasifikasikan sebagai menganggu kententeraman awam, menakutkan penduduk apatah lagi memang bermotifkan mahu 'memiliki' kawasan yang dikehendaki.

Walaupun pada awalnya media di negara ini melabelkan sekumpulan warga asing yang menceroboh itu sebagai tentera kesultanan sulu, namun pada hemat saya, mereka bukanlah tentera sultan Sulu yang bersemayam atas takhta sebagai ":SULTAN". Seseorang  Sultan adalah berperanan sebagai 'pelindung' kepada rakyat yang diperintahnya ,bukan sebagai "JENERAL" perang yang menjadikan pengikutnya sebagai 'kambing hitam' untuk mencapai cita-cita peribadinya.

Pencerobohan telah berlaku dan motif juga telah terserlah. Mahu membuat tuntutan kepada wilayah pantai timur Sabah, merangkumi Lahad Datu, Kunak, Sandakan dan Semporna. Sebab kepada 'motif' itu ialah kerana ketidakcukupan kepada "wang saguhati' kerajaan Malaysia kepada waris kesultanan Sulu yang dikatakan hanya RM5300 setahun.Jadi meja rundingan untuk menambahnilai wang saguhati atau ada juga yang kata sebagai wang sewaaan itu tidak diambil kira terlebih dahulu. Tindakan ganas, kejam dan tidak berperikemanusiaan diambil terlebih dahulu, walaupun pada hakikatnya mereka ini adalah seagama dengan kita, yakni beragama Islam.

Tuntutan ke atas wilayah pantai timur Sabah ini ada kait dengan fakta sejarah lampau. Namun bukan itu yang kita bicarakan kerana biarlah ahli sejarah yang bijak membicarakannya dari sudut kebenaran dan ketulusan sejarah itu sendiri. Apa yang berlaku kepada Lahad datu Dan Semporna, seharusnya dijadikan sebagai pengajaran yang cukup berharga.

Rakyat Sabah tahu dan semua pun tahu bahawa tindakan politik sangat mempengaruhi  sehingga berlakunya pencerobohan ini. daripada sejarah pemberian IC kepada PATI, kemudian kelewaan mengawal pesisir pantai negara, merebak kepada memandang enteng kepada ancaman keselamatan dan kedaulatan negara, akhirnya kita terjebak dalam perang dengan pengganas yang mahu mengambil kesempatan keatas kelembutan kerajaan kita.

Justeru itu apapun sebab dan tindakan yang berlaku, sebagai rakyat Sabah, ia mengetuk pintu hati kita untuk terus menangisi tindakan lampau yang diambil pemimin kita sehingga berlangsungnya drama penuh tragik dan berdarah ini.Malah sikap segelintir warga Sabah yang turut memberikan 'ruang' kepada 'mereka' ini dengan rasa belas kasihan, akhirnya memakan diri dan kedaulatan negara. Sikap suka mengambil pekerja murah serta buruh kasar dalam dunia perladangan dan juga dunia binaan membuatkan warga yang tidak tahu bersyukur ini sebaliknya mula 'berani' melakukan tindakan kekerasan untuk mencapai cita-cita dan impian mereka.

Mari kita bermuhasabah diri dan pemikiran kita, dengan meletakkan kesalahan tidak semua kepada kerjaan tetapi terpikul pada pundak bersama. Sikap dan pendekatan kita selama ini, sehingga ada yang sanggup memberikan peluang dan kawasan kediaman kepada warga 'penyu' ini. Bukankah itu juga menjadi sebab berlakunya lambakan PATI di negeri kita. Jika nasi sudah menjadi bubur, bolehkah bubur akan kembali menjadi nasi semula? Anda fikirlah.!

Saturday, March 9, 2013

Jika sebelum ini MP Kota Belud Datuk Rahman Dahlan 'menubuhkan' skuad P169 yang dikatakan menjaga dan mempertahankan kredbiliti setiausaha BN Sabah itu dalam dan luar media sosial. Kemudiannya Datuk Salleh Tun said pula ' dikatakan' menaja penubuhan KELAB PENYOKONG DATUK SALLEH, kini KELAB PENYOKONG TAN SRI PANDIKAR AMIN juga mula dipaparkan dalam dunia cyber. Ini bermakna ketiga-tiga pemimpin politik Kota Belud itu mula ';sedar' betapa masyarakat Kota Belud sekarang ramai yang mengikuti aliran media alternatif berbanding media perdana. rata-rata penggemar dan pengamal media alternatif adalah golongan muda yang berada pada posisi non partisan.

Penubuhan KELAB-KELAB penyokong para pemimpin ini pada suatu ketika diperdebatkan di kalangan rakyat Kb. ada yang merasakan tidak perlu penubuhan kelab tersebut kerana masyarakat KB sudah sedia masak dengan perangai dan percaturan pemimpin-pemimpin ini. Ada juga yang bersetuju sebagai pemangkin kepada rakyat untuk memahami dasar-dasar dan polisi para pemimpin mereka. Namun setakat ini hanya Datuk Rahman Dahlan yang bersedia dan berani menjawab segala tanggapan dan pendirian rakan dalam Fcbnya. manakala yang lain diam dan tidak berani berbuat demikian, Jadinya , KELAB penyokonglah yang menjadi wakil bagi mereka.

tIGA lagi pemimpin politik yang masih tidak mempunyai KELAB penyokong dalam dunia cyber iaitu Datuk Musbah Jamli, ADUN TEMPASUK dan Datuk Japlin Akim ADUN USUKAN serta ADUN KADAMAIAN Datuk Herbert Timbun Lagadan. Ketiga-tiga pemimpin ini tidak mempunyai 'pertahanan' dalam dunia cyber. Apakah mereka juga harus dan wajar menubuhkan KELAB penyokong memperjelaskan kemusykilan rakyat berkaitan percaturan mereka?

Thursday, March 7, 2013

Sultan Sulu Jamalul Kiram III mengakui beliau adalah sultan paling miskin di dunia. Istana Kiram hanyalah rumah dua tingkat di kota Manila, Filipina.

Lahir di Sulu pada 1938, Kiram merupakan seorang pemimpin yang cukup disayangi dan penggemar sukan tenis. Tanpa disadari, Sultan Sulu itu pernah bekerja sebagai juruhebah radio.

Beliau mencalonkan dirinya sebagai seorang senator pada 2007 dengan sokongan mantan Presiden Gloria Macapagal Arroyo.

Namun beliau kalah dan kerana itu hartanya pun habis kerana kempen pilihan raya tersebut.

“Saya adalah sultan termiskin di dunia ini,” ujar sultan berusia 74 tahun itu, seperti dilapor Associated Press hari ini.

Anak perempuannya, Jaycel menceritakan bagaimana kisah masa kecilnya.

Jaycel sendiri mengaku terkejut ketika mendengar khabar bahawa dirinya adalah seorang puteri raja.

“Ketika saya masih kecil, saya kira nama ‘Puteri’ adalah nama depan saya. Seorang puteri (raja) umumnya mengenakan mahkota, memiliki istana dan kereta kuda,” ujar Jaycel yang berusia 35 tahun.

Derita buah pinggang dan jantung

Salah satu hal yang menunjukan kejayaan Kiram hanyalah gelaran sultan yang ada di depan nama panjangnya. Selain itu, Kiram tidak memiliki apapun, selain pengikutnya yang sedang menduduki Sabah.

Kesihatan Kiram juga mula memburuk, menderita buah pinggang dan penyakit jantung. Kiram pun sulit untuk bercakap. Biaya rawatan sultan itu ternyata cukup mahal, keluarga Kiram dikhabarkan lupa membayar sewa rumah.

Di masa muda, Kiram mengaku sering berkunjung ke Sabah. Ketika berada di wilayah itu, Kiram merasa seperti berada di kampung halamannya sendiri.

Sabah dan Sulu dipisahkan oleh sebuah selat di Laut Sulu. Perjalanan dari Sabah ke Sulu juga hanya memakan waktu 30 minit dengan menggunakan kapal. Dua wilayah itu memiliki banyak kesamaan, warga-warga dari Sulu mahupun Sabah juga saling mengunjungi.

Kesultanan Sulu ingin melihat kerajaan Filipina menuntut kembali wilayah Sabah. Menurut Kiram, tuntutan itu penting kerana banyak pengikut Kesultanan Sulu yang diburu oleh polis Malaysia di Sabah.

Kiram cukup khuatir akan tindak balas para pengikutnya.
Hari ini 7/03/2013 masuk hari ketiga tentera Malaysia bersama PDRM menggempur tentera Musuh/penceroboh di Lahad Datu Sabah. Operasi ketenteraan yang melibatkan semua kekuatan itu dilakukan setelah 8 orang anggota polis negara ini terkorban ditangan musuh.

Semalam dilaporkan oleh media tidak ada kehilangan nyawa dari tentera Malaysia, melainkan menyaksikan sekurang-kurangnya 30 orang tentera musuh terbunuh.

Sementara itu Menteri Luar Malaysia Datuk Anifah Aman dipetik sebagai berkata, bahawa 'sultan sulu' palsu Sultan Jamalul Kiram boleh dihadapkan di mahkamah di negara ini atas tuduhan mendalangi serangan ke atas anggota keselamatan negara. Dan isu membawa Jamalul Kiram ke muka pengadilan di negara ini sedang dibincangkan bersama kerajaan Filipina. Sebelum tragedi berdarah 4 hari lepas kerajaan Filipina beberapa kali mengesa Sultan Jamalul Kiram menarik kembali 'perintah' ke atas pengikutnya supaya meninggalkan Lahad Datu, Sabah. Namun sultan tersebut enggan dan sebaliknya berikrar akan terus berada di Lahad Datu yang disifatkannya sebagai tanah millik nenek moyangnya.

Hari ini pada jam 12.30 tengah hari tadi Sultan Jamalul Kiram mengisytiharkan genjatan senjata di sebelah pihak dan meminta Malaysia juga turut berbuat demikian untuk membolehkan pengikutnya meninggalkan Lahad Datu dan pulang ke Selatan Filipina.

Pada sidang media kemudiannya yang diadakan lebih kurang jam 3.00 tadi yang turut dihadiri oleh PM Datuk Seri Najib Tun Razak, menolak gesaan genjatan senjata tersebut, malah menyatakan operasi ketenteraan akan terus dijalankan sehingga penceroboh meletakkan senjata dan menyerah diri tanpa syarat. Pada waktu yang sama  Najib turut mengumumkan satu "Special security area" yang merangkumi perairan negara di Pantai Timur Sabah akan diadakan.

Wednesday, March 6, 2013

Ketika berlakunya peperangan MNLF melawan Marcos dulu telah muncul desas-desus berkenaan program penghapusan etnik terhadap Sulug @ Tausug di kepulauan Sulu yang kononnya dirancang oleh beberapa negara (termasuk Vatican). Menurut golongan tua Tausug di Sulu menyebut bahawa dendam bangsa Tagalog-Visaya terhadap sejarah masa lalu Kesultanan Sulu bahawa bangsa Sulug adalah satu-satunya bangsa "Jahanam" di Asia Tenggara (Nusantara) yang menyebabkan Tagalog-Visaya menjadi hamba abdi Sulug selama beberapa ratus tahun kini telah berbayar. Peperangan dan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan tentera Kristian Marcos hampir setengah juta jiwa terhadap Sulug menyebabkan kepulauan Sulu lengang dan orang-orang Sulug beramai-ramai menjadi pelarian ke negara jiran.

Bagi bangsa Tagalog-Visaya, bangsa Sulug adalah Bangsa Muklo' atau bangsa perompak laut yang sangat dahsyat pernah dilahirkan Tuhan di muka bumi ini. Sehingga kedatangan Amerika Syarikat ke Sulu pada awal abad ke-20 pun Sulug masih mempunyai hamba beratus-ratus malah beribu hamba abdi dari kalangan Tagalog-Visaya. Kebijaksanaan Sulug mengislamkan Dayak Laut Tidung dari Kalimantan Timur kemudian mengambil Dayak Laut Iranun dari Mindanao yang sudah pun Islam lalu mengerahkan mereka merompak wilayah-wilayah naungan Spanyol menyebabkan kehidupan Tagalog-Visaya seperti dalam neraka.

Hari ini Tagalog-Visaya Kristian sangat bergembira kerana Sulu telah pun hilang dalam peta dunia malah telah "dilesapkan" menjadi "naungan Filipina" sehingga ke hari ini. Penghapusan Sulug dan identitinya telah terbukti bukan sahaja diperangi untuk dihapuskan malah dalam peta pelancongan Filipina yang diedarkan oleh Kementrian Pelancongannya "Sulu Sea" telah pun dihilangkan. Apakah hal ini berlaku juga di Malaysia? Iaitu sejarah dan identiti Sulug @ Suluk juga turut dimusnah ranapkan? Orang Suluk di Sabah boleh menilai sendiri dan memberi jawapannya. Secara jujur Sulug di Sabah tidak sama nasibnya sebagaimana Sulug di Kepulauan Sulu hari ini. Sulug di Sabah lebih beruntung dan sedikit terbela.


p/s : artikel ini saya copy dari sumber di bawah, disarankan pembaca membaca artikel asal supaya tidak timbul kekeliruan. Sama ada artikel asal ini benar atau sebaliknya tidak dapat dipastikan.Mohon kepada pembaca yang mengetahui perkara ini agar dapat berkongsi maklumat.


Penulis asal artikel ini juga dengan jelas menyatakan bahawa pemimpin Iranun Tan Sri Pandikar Amin adalah berketurunan suluk.

"Datuk Seri Pandikar Amin Mulia, siapa yang tidak kenal dengan lelaki tegas dan berani ini di Parlimen? Pertama kali dalam sejarah, Karpal Singhtelah dihalau secara paksa oleh beliau dari persidangan Parlimen tidak lama dulu. Ketegasan dan keberanian beliau sebenarnya adalah watak asal nenek moyangnya.


Beliau berketurunan Iranun dari Pantai Barat Sabah. Moyangnya berasal dari teluk Ilana, Mindanao. Setelah kedatangan Spanyol, Iranun bergabung dengan etnik Taguimah, Buranun dan Sama-Bajau Balangingi dari Sulu. Oleh kerana etnik Iranun biasa di laut, maka Sultan Sulu dan Sultan Qudarat dari Mindanao menugaskan Iranun bersama Bajau Balangingi menjaga Laut Sulu, Laut sekitar Mindanao, Sulawesi dan Borneo.


Antara tugas mereka ialah menjaga para pedagang Sulu di perairan Selat Melaka dan Laut China Selatan dari serangan Belanda, Inggeris dan Spanyol. Hinggakan sehingga hari ini nama "Iranun" telah dimasukkan ke dalam Kamus Dewan DBP sebagai "LANUN" atau perompak laut. Rasanya DBP kena mengkaji semula istilah Lanun ini, lebih baik menggunakan "perompak laut" sahaja bukannya Lanun yang merujuk kepada etnik Iranun. Bagi penulis secara peribadi, istilah Lanun ini dengan memaknakan sebagai Perompak laut sangat menghiris perasaan...."

DZULAREE@ ASREE SUG
BACA  DISINI :http://tausug-global.blogspot.com/2011/02/bhg-2-dendam-atas-kejahatan-sulug.html?m=1

Selepas tiga minggu bertolak ansur dengan pengganas Sulu dari selatan Filipina, pasukan keselamatan semalam melancarkan serangan besar-besaran menerusi Ops Daulat terhadap mereka yang berkubu di Kampung Tanduo, di sini semalam.

Serangan tiga peringkat bermula dengan pengeboman lokasi pengganas menggunakan tiga pesawat pejuang F-18D Hornet dan lima Hawk Mk-208 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selama 10 minit bermula jam 7 pagi yang terbang dari pangkalan TUDM di Labuan.

Ia diikuti serangan menggunakan mortar 81mm sebelum menghantar anggota masuk untuk mengesan pengganas.


Serangan peringkat ketiga ialah operasi ‘menggeledah dan membersih’ yang disertai kira-kira 1,000 pegawai dan anggota 21 Grup Gerak Khas, pasukan atur cepat 10 Briged Para serta Komando VAT69 dengan bantuan kereta perisai APC Condor.


Operasi membabitkan zon penampan kawasan selamat seluas 10 kilometer (km) persegi dari lokasi sasaran serta zon operasi pengeboman seluas empat kilometer persegi.Bagaimanapun, sehingga jam 9 malam tadi, pasukan keselamatan belum mengumumkan bilangan pengganas yang terbunuh atau ditawan.


Namun, menurut sumber 20 hingga 30 mayat telah ditemui. Sambil menyifatkan Ops Daulat mencapai matlamat awal, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, mengesahkan tiada anggota pasukan keselamatan yang cedera atau terkorban dalam serangan itu.


"Operasi menggeledah dan memburu saki baki pengganas masih diteruskan. Saya yakin musuh masih berada di kawasan sasaran kerana polis dan tentera mendapat tentangan dalam bentuk tembakan yang dilepaskan kumpulan pengganas."Oleh itu, pergerakan pasukan keselamatan agak perlahan ketika ini (petang) kerana keutamaan adalah keselamatan anggota kita," katanya dalam sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di sini, semalam.


Kira-kira 200 pengganas yang mendakwa Tentera Kesultanan Sulu mendarat di Kampung Tanduo pada 12 Februari lalu dan dikepung pihak keselamatan negara.


Pelbagai usaha kerajaan, termasuk berunding supaya mereka pulang secara sukarela menemui jalan buntu.


Malah, mereka bertindak ganas apabila membunuh dua anggota polis di kampung itu, Jumaat lalu, diikuti serangan hendap terhadap pasukan risikan polis di Kampung Simunul, Semporna, sehari kemudian dan membunuh enam lagi anggota.Mengulas lanjut mengenai operasi itu, Ismail berkata, sejurus selepas serangan udara, tentera dan polis melancarkan serangan mortar kira-kira 10 minit untuk memudahkan pergerakan pasukan keselamatan memasuki zon operasi.


Beliau juga meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai operasi itu, khususnya mengenai jumlah kematian atau kecederaan kerana berita yang tidak tepat ini boleh menjejaskan operasi.


“Saya minta orang ramai tak perlu bimbang kerana operasi ini hanya dilancarkan di Kampung Tanduo... saya minta orang ramai tidak masuk ke zon operasi," katanya.Sementara itu, Zulkifeli berkata, serangan udara hanya dilancarkan selepas pihaknya pasti tiada orang awam di zon operasi berkenaan.


Ditanya senjata dan kelengkapan digunakan dalam operasi itu, beliau berkata:


"Oleh kerana operasi masih berterusan, sistem yang kami gunakan tak boleh dedahkan, tapi kita ada gunakan letupan tertentu untuk memastikan keselamatan pasukan terjamin sebelum masuk ke zon operasi"

Ketua pengganas yang membunuh tujuh anggota polis iaitu Raja Muda Raja Azzumudie telah terbunuh dalam serangan udara pagi tadi. Laporan mengenai kematian Azzimudie itu dinafikan media Filipina yang memetik kenyataan jurucakap kesultanan Sulu.

Menurut InterAksyon.com, portal berita dalam talian saluran TV Filipina TV5, jurucakap kesultanan Abraham Idjirani telah bercakap dengan Azzimudie melalui telefon di hadapan pemberita semasa taklimat media di Manila petang semalam.

Lapan buah pesawat tentera Malaysia semalam dilaporkan menggugurkan sekurang-kurangnya enam bom pemusnah di kawasan yang didakwa diduduki Azzimudie dan pengikutnya di Kampung Tanduo.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan tiada anggota keselamatan yang terbunuh atau cedera dalam serangan ofensif terhadap pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah awal hari ini."Alhamdulillah jelas tiada kecederaan langsung (di pihak anggota keselamatan).

*Pengecaman Lengkap masih dijalankan.

Angka Kematian Tentera Suluk :

“Jumlah tersebut menjadikan keseluruhan pengganas Sulu yang berjaya ditumpaskan ATM dan PDRM sehingga kini ialah 49 orang" Malaysiakini

Monday, March 4, 2013

Penceroboh berjaya ditewaskan, kata sumber polis
8:19AM Mac 5 2013
Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini.

LAPORAN LANGSUNG

11.35am: The Star yang memetik sumber polis melaporkan, kumpulan penceroboh bersenja di Kampung Tanduo berjaya ditewaskan sepenuhnya.

Ia tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa pasukan kita, lapor laman itu.

1125am: Satu-satunya stesen minyak di kawasan Felda Sabahabt kehabisan petrol. Kawasan itu terletak kira-kira 15km dari Kampung Tanduo yang menjadi medan pertempuran.

11.10am: Bercakap dalam satu akhbar, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata operasi masih berjalan dan pihak keselamatan yang terdiri daripada anggota PDRM dan tentera mendapat tentangan dalam bentuk beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh pihak musuh.

Katanya, ketika ini pasukan keselamatan sedang menjalankan pengeledahan terhadap beberapa buah rumah di kampung tersebut.

Ketika sidang akhbar itu diadakan, beliau berkata, setakat ini tidak ada kehilangan nyawa di pihak keselamatan di pihak PDRM dan tentera.

11.02am: Pekerja ladang kelapa sawit dilihat berkumpul di bawah satu pondok sementara. Mereka diminta menangguhkan tugas sementara polis memperluaskan kawalan di sekeliling ladang tersebut yang terletak hampir dengan kawasan pertempuran

Turut bersama pekerja tersebut ialah seorang penduduk, Sabri Abdullah, 49, yang tidak dapat pulang disebabkan kawalan polis.

"Saya menunggu untuk pulang sejak pagi ini. Saya lapar dan tidak ada makanan," katanya kepada Malaysiakini.

Tambahnya, mereka orang miskin dan tidak mempunyai wang dan terpaksa menyediakan makanan sendiri.

11am: Datuk Seri Najib Razak berkata operasi besar-besaran hari ini bermula dengan serangan udara menggunakan pesawat TUDM, serangan mortar dan diikuti serangan oleh pasukan tentera darat dan polis.

"Kita bermula dengan serangan udara melalui pesawat TUDM diikuti dengan kekuatan mortar dan pada saat saya sedang berucap ini, pasukan tentera darat dan anggota polis, dalam kereta dengan anggota yang mengikuti dibelakang sedang melakukan tindakan untuk memberkas, menumpas pasukan yang telah melanggar kedaulatan negara,"katanya.

Menurutnya, tindak tanduk "yang berhemah" tersebut, pada awalnya tidak ada niat lain melainkan untuk tidak membenarkan setitik darah tertumpah di bumi Sabah, sama ada rakyat Malaysia atau kumpulan yang menceroboh.

"Namun umat dukacita, niat murni kita telah dibalas dengan tembakan dengan sangat kejam yang dilakukan kepada pasukan polis kita," katanya dalam satu majlis di Bukit Jalil.

Beliau juga menyelar golongan yang tergamak mengatakan bahawa kejadian pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu sebagai “sandiwara”.

Tanpa menamakan individu berkenaan, Najib berkata tindakan itu merupakan "perbuatan yang keji" oleh orang yang “tak ada isi perut”.

"Ada orang yang tergamak bahawa ini satu sandiwara. Saya tak tahu nak kata apa kepada manusia yang tergamak cakap begitu.

"Tak ada isi perut. Ini satu perbuatan yang keji... Kita perlu tolak orang seperti ini," kata Najib

10.57am: Polis memperluaskan kawalan dari kawasan konflik ke kawasan luar dan menutup semua pintu masuk ke Kampung Tanduo.

Anggota polis dengan raifal dilihat mengambil kedudukan di kawasan ladang sawit sebagai persediaan untuk menghadapi penceroboh yang lolos.

10.45am: Media Filipina melaporkan jurucakap presiden negara itu Benigno Aquino berkata Manila melakukan apa yang termampu untuk mengelakkan situasi di Sabah berakhir dengan keganasan.

“Kami melakukan semua yang kami mampu untuk mengelakkannya, namun akhirnya orang (Jamalul) Kiram memilih jalan ini,” kata Setiausaha Ricky Carandang.

10.43am: Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur mendedahkan satu pertemuan diadakan pada malam tadi di antara setiausaha luar negaranya Albert F del Rosario, menteri luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman dan menteri pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pertemuan di Kuala Lumpur itu bagi membincangkan langkah untuk penyelesaian aman berhubung situasi di Lahad Datu.

10.17am: Memetik laporan dari ANC News Channel, InterAksyon.com melaporkan bahawa bom telah digugurkan kira-kira satu kilometer jauhnya dari kubu Azzimudie Kiram dan orang-orangnya.

Azzimudie berkata pihaknya tidak pasti sama ada bom tersebut mensasarkan mereka atau pengikut mereka, tetapi mereka kekal selamat dan bersedia untuk bertempur.

Sementara itu di Manila, sekumpulan penunjuk perasaan tiba di kedutaan Malaysia untuk mengutuk serangan itu.

10.15am: Azzimudie Kiram, pemimpin penceroboh, meluahkan kemarahannya terhadap kerajaan Filipina, dalam temubual radio dengan InterAksyon.com - portal berita dalam talian saluran TV Filipina TV5.

"Kerajaan mengarahkan penangkapan sahabat kita walaupun kita tidak melakukan apa-apa yang buruk," katanya. "Ia seperti kita bulan rakyat Filipina."

Sementara itu, Abraham Idjarani, jurucakap kesultanan, memberitahu stesen radio dzBB bahawa Azzimudie telah menelefon untuk memberitahu mereka tentang serangan tersebut.

"Tidak ada apa yang dapat dilakukan tentang itu sekarang," kata Idjirani dalam satu wawancara berasingan dengan AFP.

Beliau mengulangi pengumuman awal Azzimudie bahawa mereka akan berjuang hingga ke akhir ayat.

"Kami bukan penceroboh. Mereka (rakyat Malaysia) adalah orang yang menduduki tanah nenek moyang kami," katanya.

10.09am: Pihak polis telah menubuhkan pusat pemeriksaan di jalan utama di Tanjung Labian, iaitu kira-kira 5km dari medan pertempuran. Tiada siapa dibenarkan masuk ke kawasan itu.

Bunyi letupan telah berhenti sejak sejam yang lalu. Tidak jelas sama ada tentera darat telah dikerah masuk ke Kampung Tanduo.

10.05am: Di Manila, pasukan polis dan wartawan berkumpul di luar kedutaan Malaysia. Mereka menjangka satu kumpulan penunjuk perasaan akan tiba di sana.

9.55am: Azzimudie Kiram mengesah dalam temubual dengan radio dzMM ABS-CBN bahawa pasukan Malaysia menggunakan jet pejuang dalam serangan terbaru itu ke atas kedudukan mereka di Lahad Datu.

Pemimpin tentera diraja itu juga melahirkan kekecewaan terhadap pendirian Presiden Filipina Benigno Aquino berhubung krisis tersebut.

Beliau berkata kerajaan Malaysia dan Filipina jelas telah berhenti mendengar gesaan mereka untuk menyelesaikan krisis tersebut secara aman.

9.45am: Menurut ABS-CBNnews, sebelum serangan, pagi ini Azzimudie Kiram, yang mengetuai kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, memberitahu radio dzMM bahawa dia tidak risau dengan rancangan kerajaan Malaysia untuk membawa lebih ramai tentera ke Sabah untuk membanteras mereka.

Azzimudie berkata dia dan tenteranya akan tidak akan berganjak walaupun kerajaan Malaysia dan Filipina telah berulangkali menggesa mereka supaya menamatkan pencerobohan tersebut.

"Ini adalah masa. Kami perlu komited untuk memperjuangkan hak kami. Saya meminta mereka (Filipina) melakukan sesuatu untuk menyokong kami.

"Mereka tidak boleh menakutkan kami kerana kami berjuang untuk hak kita - hak Bangsa Sulu dan secara umum, rakyat Filipina. Iaitu, jika kerajaan Filipina masih menganggap kami adalah rakyat Filipina," katanya.

9.41am: Stesen radio Filipina dzBB melaporkan bahawa Abraham Idjarani, jurucakap kesultanan Sulu, berkata Azzimudie Kiram, adik sultan yang mengetuai pencerobohan itu, mengesahkan jet pejuang telah menggugurkan sekurang-kurangnya dua butir bom.

Bagaimanapun, Idjirani mendakwa bom mengenai kedudukan penduduk Malaysia dan bukan kumpulan Azzimudie.

Stesen radio itu juga berkata pertempuran itu berlaku 107 tahun selepas bermulanya Perang Bud Dajo di Sula pada 1906 .
Dalam pertempuran itu 1,000 Tausug, termasuk wanita dan kanak-kanak, telah dibunuh oleh tentera Amerika juga dikendali sebagai Pembunuhan Bud Dajo.

9.37am: Menurut sati sumber tentera, operasi yang terlibat jet pejuang, meriam serta askar berjalan kaki.

9.15am: Di bandar Lahad Datu, kira-kira 120km dari medan pertempuran, persediaan sedang dibuat di hospital utama bagi menerima mangsa serangan tersebut.

9.11am: Difahamkan tujuh batalion tentera dikerahkan ke kawasan tersebut untuk mengukuhkan pasukan polis.

8.54am: Seorang pegawai Felda tiba dan memberitahu ketua kampung untuk membuat kiraan jumlah penduduk dan mendaftarkan mereka. Seluruh penduduk kampung sekitar 300 orang beredar dari tempat itu menuju ke jalan kebun kelapa sawit.

8.45am: Penduduk Kampung Sungai Merah meninggalkan kediaman mereka dengan menaiki lori, dengan hampir seratus orang memenuhi setiap kenderaan.

Ketua kampung, Bani Rauf berkata mereka telah cuba ke Kampung Embara Budi tetapi tidak dibenarkan masuk.

"Pengawal kata mereka tidak akan benarkan kami masuk, jadi kami datang ke sini," katanya.

Mereka berhimpun di di jalan utama dari Kampung Tandou menunggu apa yang perlu dilakukan selepas ini.

8.19am Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini.

Gerakan ke atas penceroboh dimulakan kira-kira pukul 7 pagi dengan serangan udara. Pada awalnya kedengaran bunyi jet mengisi ruang udara kampung itu diikuti dengan bunyi tiga letupan setengah jam kemudian.

Serangan ofensif udara dilakukan jet pejuang F18 dan Hawk diikuti mortar dan gerakan di darat oleh anggota tentera.

Pasukan komando di barisan hadapan yang mengepung kawasan itu dilihat merapati kawasan perkampungan diikuti dengan Pasukan Gerakan Am.

Di Felda 16, kira-kira 20 kilometer dari Kampung Tanduo dilaporkan letupan ketiga paling kuat sehingga menggegarkan cermin kafe Residental Felda Sahabat tempat wartawan menginap.

Dua helikopter Nuri kelihatan melalui ruang udara kawasan itu.

Penduduk Kampung Labian dan Kampung Batu berhampiran Kampung Tanduo dipindahkan malam tadi dan polis dijadual mengadakan sidang akhbar pada pukul 10 pagi.

8:18am: Letupan kedengaran berhampiran Kampung Tandou yang diduduki sekumpulan penceroboh asing, pada kira-kira jam 7:30 pagi ini, menyebabkan 100 penduduk kampung melarikan diri.

"Mereka telah mula mengebom kawasan itu. Kami nampak jet pejuang di udara, mereka mengebom tempat itu empat kali," kata seorang penduduk kampung, Nasir Asrama, 38.

Penduduk kampung tersebut adalah dari Kampung Sungai Merah, sebuah kampung jiran dengan Kampung Tandou di mana kira-kira 100 penceroboh bersenjara dari Filipina berkubu.

Kampung Tandou terletak di antara Tanjung Labian dan Kampung Sungai Merah, masing-masing dalam 5km dan 2km.


10.30 am - operasi besar-besaran telah bermula


10.25 am - Serangan Udara telah dihentikan sebentar tadi. Kini operasi darat dimulakan!!!



10.20 am - Serangan ke atas penceroboh di Lahad Datu dilakukan jet pejuang F18 dan Hawk diikuti mortar dan serangan darat.


Sekatan jalan raya pihak keselamatan diperketatkan berikutan serangan dilancarkan hari ini terhadap penceroboh.




10.15 am - KELIHATAN sebuah helikopter Nuri bersiap sedia memberi bantuan udara kepada pasukan keselamatan negara dalam pertempuran di Kampung Tanduo


9.15am: Di bandar Lahad Datu, kira-kira 120km dari medan pertempuran, persediaan sedang dibuat di hospital utama bagi menerima mangsa serangan tersebut.


9.11am: Difahamkan tujuh batalion tentera dikerahkan ke kawasan tersebut untuk mengukuhkan pasukan polis.


8.54am: Seorang pegawai Felda tiba dan memberitahu ketua kampung untuk membuat kiraan jumlah penduduk dan mendaftarkan mereka. Seluruh penduduk kampung sekitar 300 orang beredar dari tempat itu menuju ke jalan kebun kelapa sawit.









8.45am: Penduduk Kampung Sungai Merah meninggalkan kediaman mereka dengan menaiki lori, dengan hampir seratus orang memenuhi setiap kenderaan.


Ketua kampung, Bani Rauf berkata mereka telah cuba ke Kampung Embara Budi tetapi tidak dibenarkan masuk.


"Pengawal kata mereka tidak akan benarkan kami masuk, jadi kami datang ke sini," katanya.


Mereka berhimpun di di jalan utama dari Kampung Tandou menunggu apa yang perlu dilakukan selepas ini.


8.19am Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini.


8:18am: Letupan kedengaran berhampiran Kampung Tandou yang diduduki sekumpulan penceroboh asing, pada kira-kira jam 7:30 pagi ini, menyebabkan 100 penduduk kampung melarikan diri.


"Mereka telah mula mengebom kawasan itu. Kami nampak jet pejuang di udara, mereka mengebom tempat itu empat kali," kata seorang penduduk kampung, Nasir Asrama, 38.


Penduduk kampung tersebut adalah dari Kampung Sungai Merah, sebuah kampung jiran dengan Kampung Tandou di mana kira-kira 100 penceroboh bersenjara dari Filipina berkubu.


Kampung Tandou terletak di antara Tanjung Labian dan Kampung Sungai Merah, masing-masing dalam 5km dan 2km.
Sejak pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada Feb 12, kerajaan telah mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah. Pihak polis telah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius.

Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah. Pada hari Jumaat lepas mereka telah melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan tersebut menyebabkan dua anggota kita terbunuh, sehari kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di Semporna.

Setelah serangan yang pertama, saya telah menegaskan bahawa penceroboh mesti menyerah diri dan jika mereka enggan pihak berkuasa negara ini akan bertindak.

Sebagai negara Islam yang cintakan keamanan dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik secara perundingan, usaha kita mengelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya. Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia khususnya di Sabah bimbangkan keselamatan mereka.

Kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaulatan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat. Pada jam 7pagi ini pasukan keselamatan telah melancarkan serangan di Kampung Tanduo.






SUMBER: fCB
Ahli Parlimen Kota Belud yang juga setiausaha BN Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam wall fcbnya menyeru kepasa semua pengamal media alternatif berupa blog dan fcb supaya jangan menghebahkan kedudukan dan operasi anggota keselamatan di Sabah untuk mengelakkan maklumat itu diketahui oleh pihak musuh.

Dalam kejadian pencerobohan di Lahad Datu yang memasuki hari ke-20, menyaksikan dua anggota keselamatan terbunuh manakala seorang mengalami kecederaan. Selain itu satu lagi serangan penceroboh yang mengaku pengikut sultan Sulu dilakukan di Semporna pada hari Sabtu yang lepas. Dalam kejadian itu, seramai 6 orang anggota Polis terkorban dalam satu serangan hendap yang berlaku kira-kira jam 6.30 petang di Kg Seri Jaya , Simunul, 1km dari pusat pekan Semporna.

Anggota Polis yang terkorban di Lahad Datu


Suasana getir dan cemas itu menjadikan rakyat Sabah mengikuti perkembangan kejadian melalui media sosial sama ada blog, Fcb dan Twitter. Ini disebabkan media arus perdana tidak memainkan peranan menyalurkan maklumat keada penduduk Sabah mengenai kejadian tersebut. Berikutan itu, terdapat beberapa pengamal media sosial yang mempostkan perkembangan kejadian di Lahad Datu Dan Semporna dalam wall masing-masing. Tanpa disedari maklumat lokasi anggota keselamatan juga turut dipaparkan. Ini menyebabkan pelbagai pihak berasa risau kedudukan dan strategi anggota keselamatan menghadapi penceroboh terdedah ke pengetahuan pihak musuh.

Friday, March 1, 2013



Dua komando polis Malaysia terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina hari ini.

Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.

Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.

"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.

Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.

Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut.

Sementara itu, seorang jurucakap kesultanan Sulu mendakwa 10 orang terbunuh dan empat lagi cedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh kesultanan Sulu di Lahad Datu pagi ini.

ABS-CBNnews melaporkan jurucakap Abraham Idjirani sebagai berkata dia baru bercakap sendiri dengan adik Sultan Sulu Jamalul Kiram - Azzimudie Kiram - yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu.

Azzimudie mengesahkan bahawa 10 lelaki terbunuh dan empat yang lain cedera dalam insiden tersebut.

"Dia melihat sendiri mayat-mayat tersebut," kata Idjirani dalam satu sidang akhbar di Manila.

"Yang terbunuh termasuk seorang wanita."

Idjirani merayu kepada kerajaan Malaysia supaya menghentikan serangan itu, dan berkata orang-orang Azzimudie hanya bersenjatakan bolos (parang) dan pisau dan hanya beberapa orang bersenjatakan senapang.

Beliau mendakwa bahawa komando polis Malaysia telah menggunakan penembak tepat ke atas pengikut Azzimudie.

Akhbar berbahasa Cina, China Press pula memetik sumber yang tidak disahkan di tempat kejadian, yang mendakwa dua penceroboh telah ditembak mati, manakala tiga anggota tentera Malaysia cedera.

Bagaimanapun, ABS-CBNnews melaporkan bahawa Duta Malaysia ke Filipina telah mengesahkan berlaku insiden menembak antara kedua-dua pihak tetapi tiada sebarang kematian.

Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina (DFA) Raul Hernandez memberitahu agensi berita bahawa Setiausaha Luar Filipina Albert del Rosario baru sahaja berbincang dengan duta Malaysia, yang mengesahkan berlaku insiden menembak di Lahad Datu tetapi ia sudah dihentikan.

Beliau berkata Manila sedang memantau keadaan.

Sementara itu, Azzimudie memberitahu Radio dzMM Filipina bahawa kumpulannya tidak akan kembali ke Filipina kerana ia akan "memalukan" mereka dan kesultanan Sulu.

"Kita tidak boleh pulang ke Filipina kerana ia akan memalukan kita. Kami telah menegaskan niat kami datang ke sini," Azzimudie dipetik sebagai berkata.

Menurutnya, dia dan 275 pengikutnya mahu tinggal di Kampung Tanduo di Lahad Datu manakala kerajaan Filipina sedang mengadakan perbincangan dengan kerajaan Malaysia untuk menyelesaikan isu itu.

"Mereka boleh meneruskan rundingan secara aman...," tambahnya.

Manakala Sultan Sulu Jamalul Kiram memberitahu Radio dzMM bahawa dia tidak akan memerintahkan pengikutnya untuk menyerah diri walaupun berlaku kejadian berbalas tembak, tetapi menegaskan pintu rundingan masih terbuka.

Menurut ANC Dateline Filipina, jurucakap Sultan Sulu Jamalul Kiram - Abraham Idjirani - kesultanan itu tidak akan membalas dendam terhadap kematian pengikutnya, dan menegaskan kumpulan itu mahu ia diselesaikan secara aman.

Idjirani berkata mereka akan membawa perkara itu ke perhatian Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan mungkin meminta Pertubuhan Persidangan Islam untuk campurtangan.

The Philippine Inquirer pula memetik Jamalul Kiram menafikan laporan bahawa adiknya, Azzimudie telah ditangkap oleh pihak berkuasa Malaysia.

Idjirani berkata, keluarga diraja itu masih dapat bercakap dengan Azzimudie, yang disebut sebagai Raja Muda.

"Kita bercakap dengan beliau. Beliau tidak cedera dan masih mengetuai perjuangan itu, " katanya.

Sekitar jam 3.25 petang tadi, Jabatan Luar Filipina berkata tiga orang mati dan 10 telah ditangkap dalam kejadian itu, lapor AFP.