Thursday, October 15, 2015

KEPIMPINAN UMNO nampaknya sudah mula kehilangan rentak. Satu demi satu skandal dan perspsi politik menyelubungi kabus perjuangannya. Sebelum ini, Tun M , tampak keseorangan, tapi tidak sudah bila KU LI, Tan Sri Muhyuddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal secara terbuka menyertai Tun M membidas pentadbiran Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia.

Pemergian Datuk Saifuddin Abdullah, bekas timbalan pengajian Tinggi dan Ahli MT UMNO meninggalkan parti keramat orang Melayu itu dan berhijrah ke perahu PKR sedikit sebanyak memberikan kesan dalaman yang kronik keatas UMNO yang semakin tenat ini.

Beberapa hari lepas, Kelapamawar juga sempat mendapatkan pandangan dari pemimpin akar umbi dalam bahagian UMNO KB, dan response meraka juga hampir saya dengan apa yang berlaku sekarang. Pemimpin datang dan pergi yang tinggal adalah PARTI dan untuk menyelamatkan UMNO, pemimpin tertentu perlu pergi.

1. Apakah selepas ini UMNO akan kehilangan lagi?
2. Benarkah dengan pemergian orang-orang tertentu, UMNO akan kembali kuat?

0 ulasan :