tag:blogger.com,1999:blog-9128823472035027011.post5196149122792822313..comments2023-11-05T03:39:05.505-08:00Comments on Kelapa Mawar: PENYOKONG UMNO SABAH MULA PROTES SENARAI CALON YANG DIPUTUSKAN OLEH DATUK MUSA AMANkelapa mawarhttp://www.blogger.com/profile/01286689347708827509noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-9128823472035027011.post-14260694739612227252013-04-21T17:12:12.551-07:002013-04-21T17:12:12.551-07:00assalamualaikum dan salam perpaduan.
Ketidakpuasa...assalamualaikum dan salam perpaduan.<br /><br />Ketidakpuasan atau protes dalaman berlaku saban kali pilihanraya berlaku di dalam mana-mana juga parti. Antara faktor pencetus adalah kreadibiliti calon, locality calon, sejarah perjuagan calon dan manipulasi calon. Sungguhpun begitu, protes terhadap calon yang dikemukakan oleh pucuk pimpinan parti di Sabah kali ini berlaku atas kecelikan dan keberanian ahli-ahli parti. Di Tenom misalnya, keramahan,keperibadian, keperihatian, kebertangungjawaban, kerajianan dan kesungguhan Jamawi Jaafar sebagai seorang pemimpin telah mempengaruhi dan menyentuh hati ahli-ahli UMNO setempat. Malahan masyarakat setempat yang bukan bernaung di bawah parti ini juga turut tersentuh. Beliau juga bijak bergaul dan mendekati golongan muda melalui pelbagai program yang dilakukan. selain itu juga beliau bijak memilih rakan-rakan rapat yang berjuang di sampingnya. Berbanding Datuk Raimee Unggi, walaupun telah memegang tampuk parlimen Tenom selama 2 penggalbeliau dilihat gagal untuk menonjolkan dirinya sebagai seorang pemimpin. Beliau juga tidak memperlihatkan agenda golongan muda walaupun beliau juga orang muda. Beliau juga dilihat lebih banyak bergantung harapan kepada Datuk Rubin Balang dalam membangunkan daerah Tenom. Dari segi keperibadian pula, beliau juga gagal meningkatkan imej sebagai seorang yang profesional dan berketrampilan. dalam-majlis-majlis kampung seperti majlis perkahwinan beliau meletakkan imejnya dalam kritikan dan ejekan. Kadang kala imej beliau juga turut tercemar akibat tindak tandunk orang yang akrab disekelilingnua. perkara-perkara yang negatif ini telah menyebabkan keyakinan dan kepercayaan ahli semakin terhakis. Sepanjang mengenali Datuk Raimee Unggi (Sebelum menjadi ahli parlimen) beliau seorang yang akrab dan berpandangan jauh. Cuma Jiwa remaja dan faktor budaya persekitaran kadang kala menutupi kebaikan. Beliau juga seorang perihatim cuma beliau terlalu mengharap. Harapan inilah yang selalu membunuh kriernya. kerana ada orang yang diharap seumpama pagar memakan padi, seumpama nila dalam susu sebelangga.<br />Anonymousnoreply@blogger.com