Dalam politik tidak ada permusuhan yang berpanjangan dan tidak ada juga persahabatan yang berlanjutan. Sama ada hanya seorang kenalan atau seorang rakan lama dalam politik, bisa berubah apabila kuasa yang menjadi rebutan seantero dunia sudah dalam genggaman. Politik di Malaysia suatu senario yang manis diceritakan seperti manisnya kenangan pada waktu kecil sebelum meningkat dewasa. Apatah lagi apabila melibatkan pasangan saudara adik beradik yang terlibat dalam dunai politik tetapi berlainan fahaman politik. Kalau di Sabah, rekod tertinggi yang telah dicapai dalam 'pertelingkahan' politik adik-beradik suatu ketika dulu hingga sekarang ialah Mantan KM, Sabah Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan dengan adik tersayangnya datuk Jeffry Kitingan yang juga mantan Pengarah Yayasan Sabah, ketika abangnya itu berada di kerusi empuk kuasa tertinggi esekutif. Sehingga kini pertelingkahan ideologi itu berpanjangan apabila DR.Jeffry bertindak meneruskan perjuangan dalam platform pembangkang dan menjadi naib Presiden PKR. Sedangkan DT.Seri Joseph tetapi mengemudi PBS dan menjadi T/KM Sabah. Pertentangan ini mungkin boleh diibaratkan seperti carik-carik bulu ayam yang tidak akan bercantum semula.
Berlainan dengan senario politik di KB. Dua Adik beradik DSSK dengan Datin Saida juga pernah tidak sehaluan dan bercanggah ideologi politik mereka. DSSK dalam kapal UMNO, manakal Datin Saida dalam PKR dan bertanding di Karambunai dengan tiket parti berkenaan pada PRU-11 tetapi gagal mendapatkan sokongan masyarakt di kawasan itu. Selepas itu Datin Saida dikatakan mula tawar hati dalam PKR dan cuba beberapa kali untuk menyertai UMNO semula. sehinggalah diterima kembali. Apa yang mengejutkan ramai perwakilan di bahagian UMNO KB ialah apabila Datin Saida turut menawarkan diri dalam pemilihan G7 yang akan berlangsung pada Sabtu ini. Ramai perwakilan melihat, apakah jadahnya Datin Saida ini? sampai ada yang berani mengcop Datin ini sebagai pengkhianat UMNO?
..Aiii..lupakah mereka bahawa Dati Saida dengan DSSK itu adik-beradik?..Biarpun ada tanggapan bahawa Datin Saida adalah kambing hitam kepada Musa Aman untuk menghancurkan politik DSSK yang sudah tidak sehaluan dengan Musa Aman...tetapi itu hanyalah tanggpan politik yang mengambil kira percaturan politik semasa. Sedangkan percaturan peribadi dan keluarga tidak pernah dibangkitkan. Apakah ini salah satu perancanagn DSSK dan Datin Saida supaya legasi Keruak kembali menguasai politik di kB? Dan terbayangkah perwakilan di KB,kalau sekiranya Datin Saida menang wakil G7, apakah pula jawatan yang ditandinginya kelak dalam bahagian UMNO KB?.. Kerana biarpun suatu ketika dulu tidak sehaluan, pasangan adik-beradik ini akhirnya sehaluan seperti carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga.

Salam sdriii..kelapa mawar..
ReplyDeletedalam politik memang semuanya misteri..mungkin ada kebenaran apa yg sdri katakan itu mungkin juga meleset..
Kalau ikhlas, kenapa selepas bersalam mereka membawa haluan masing-masing dan ada usaha untuk menjatuhkan orang yang telah naik.
ReplyDeletesalam...
ReplyDeleteAkhirnya kepimpinan di kb akan dikemudi oleh dinasti Keruak....
Pro dan kontranya perlu diteliti....
Salam Kepala Mawar,
ReplyDeleteHarus diingat bahawa politik ini tiada bukunya, hari ini putih, esok lusa entah apa lagi warna yg akan timbul, susah utk di ramal..tapi kadang2 ada ramalan yg boleh dipercayai...pemimpin pelapis di Kota Belud agak kurang yg menonjol, keadaan ini agak merisaukan.
salam KM,
ReplyDeletemalam tadi saya di KB sampai jam 4am. saya tidak berkempen tapi lebih banyak membincang politik tempatan.
Petang di restoran sebelah Arked, lepas tu ke restoran kotaraya dan selepas tutup pindah ke restoan perdana..berganti-ganti orang duduk, bepuluh-puluh cawan dicuci, pinggan berganti diatas meja.
pokok perbincangan utama ialah kegagalan UMNO melahirkan pemimpin pelapis yg berwibawa.. mencari tokoh spt Salleh Said, pandikar amin, yahaya lampong. Kenapa?
seorang tanya, siapa antara pemimpin muda yg berpotensi menggantikan Pandikar amin? saya jawab "not in our life time". Pandikar adalah istimewa. memenuhi hampir semua karakter pemimpin berwibawa. berani, tegas, berilmu dan berharta..
saya anggap pemimpin spt pandikar adalah Ikon yg hanya Tuhan turunkan 100 tahun sekali seperti Tun Mahathir, sukarno,p.ramlee, elvis presley..orang-orang yg ada kebolehan istimewa.
soalnya kenapa UMNO gagal? jawabnya kerana parti itu setiap kali mesyuarat tidak menonjolkan pemimpin yang boleh berpidato, berdebat, berhujah. semua fokus kepada kempen, pemilihan, sarung surat dan undi.
tidak pernah membincang usul dari akar umbi. tidak pernah mendengar pemimpin cawangan bangun menghadapi mikrofon dan bercakap untuk kepentingan parti dan perjuangan. bagaimana kita dapat melahir pemimpin? melahirkan kroni? Ya..terlalu ramai!
esok barangkali UMNO telah membuat perubahan setelah 17 tahun bertapak di KB. saya dapat makluman, 4 atau 6 org pmbahas usul akan berpeluang bercakap...kenapa begitu lama menunggu?
saya sudah perjuangkan sejak tahun 1996 agar UMNO membincang usul supaya ada perdebatan, perbincangan, penghujahan...tetapi semuanya tidak mendapat sokongan.
khas utuk sdr MOli. tahun 1994 semasa bertanding AJK tetapi kalah, salah isu adalah pembahasan usul dalam sidang perwakilan, apakah di peringkat cawangan, tujuannya untuk melahirkan pemimpin yang serba boleh dan tahan segala cuaca.
ReplyDeleteSdri Kelapa Mawar,
ReplyDeleteWalau pun TS Pandikar sahabat rapat saya dan mempunyai ciri-ciri 'super indispensable leader' sapertimana yang sdra Musli nyatakan, namun pada hakikat nya kita perlu juga ada pemimpin pelapis yang boleh meneruskan kesinambuangan perjuangan beliau.
Kita harus menerima realiti, Nyawa seorang umat manusia ada lah di tangan Tuhan, disamping kesihatan badan, dan kemahuan untuk terus berjuang.
Hal-hal saperti ini ada lah normal. Sekira nya cadangan saya ini dibawah kepengtahuan TS Pandikar, rasa nya beliau memahami nya. Itu saya pasti.
Justru itu, saya syorkan agar mereka-mereka yang berpotensi itu terus kan perjuangan demi untuk masyarakat, agama dan juga Negara.
Soal terlalu menggunakan politik tanpa mengira kesan negatif nya seharus nya berhenti bermula dari muka-muka baru. 'Orang lama' agak susah juga untuk lari dari budaya ' andang-andang' itu.
Salam untuk semua, especially khas untuk Adik Kelapa Mawar; teruskan perjuangan dan success
salam...
ReplyDeleteSaya amat bersetuju dengan ulasan saudara solymone... Pada saya ulasan itu ikhlas dan bertujuaan demi kabaikan kita bersama...saya amat menghargai ulasan saudara....
Setiap manusia pasti akan mati jua..dan setiap yang pergi pasti ada yang akan datang...Tugas kita yang baru ini adalah mengisi sebenar kemerdekaan bukannya berjuang untuk menuntut kemerdekaan...tq
Salam,
ReplyDeleteHairan pula saya, dulu bukan main mengutuk TS Pandikar...katanya politik pencenlah....jawatan pencenlah....sekarang memuji pula...kalau ikhlas baguslah...
saudara SB, saya tidak pernah kutuk TS Pandikar saya hanya kata jawatan Speaker itu jawatan politik pencen iaitu biasanya jawatan penghujung karier..jawatan itu saya kritik bukan penyandang jawatannya.
ReplyDeletesalam sdr musli oli
ReplyDeletejgn ddk berjam2 tnpa matlamat yg betul..terimah kasih dgn informasi sdr
slm abg solymone
ReplyDeleteterimah kasih atas pandangan sdr ini..
KM,
ReplyDeleteposting tentang mesyuarat bahagian tak buat? saya balik lmbt kerana suka bincang isu politik. malam tadi juga awal pagi balik sehingga tak sempat majlis perasmian bahagian. kempen last minute tak sempat...menang ok tidakpun ok juga asalkan masih terus dapat berkarya...