KELAPA MAWAR

Wednesday, May 26, 2010

PAKATAN RAKYAT RANGKA STRATEGI TAWAN KEPULAUAN BORNEO


Kemenangan di Sibu beberapa minggu lepas membuatkan PAKATAN RAKYAT sering bermimpi yang indah-indah. Selain luka di Hulu Selangor mula terawat dengan kemenangan itu, PAKATAN RAKYAT juga 'yakin' dengan seyakin-yakinya bahawa 'TSUNAMI' politik 2008 sedang mengharungi badai gelora laut China selatan untuk menyeberangi dan mengubah landskap pollitik di kepulauan Borneo ini. PKR selaku nakhoda PR sudah begitu semangat untuk 'menjahanamkan' BN di Sabah dan Sarawak pada PRU akan datang. Sebab itu kejutan di Sibu tambah menyemarakkan semangat DSAI untuk menguasai Putrajaya, walaupun kes Liwat II nya semakin menemui penghujungnya. Segalanya boleh berlaku..jika dan kalau..DSAI " terlepas" maka satu Tsunami Baru politik pasti akan melanda seluruh negara membabitkan tanah besar semenanjung dan Sabah Sarawak.



Kerana itu, PR sekarang telah dengan lantang mewar-warkan bahawa mereka sedang merangka satu strategi untuk menawan duah buah negeri ini. Kalau Sabah dan sarawak adalah "fixed Deposit" bagi BN, maka PR pasti meranapkan gelaran itu...bagi PR Sabah dan sarawak adalah "current Account" atau simpanan Semasa yang bila-bila masa boleh digunakan. Sebab itu, bagi PR kali ini pada PRU 13, mereka akan menafikan majoriti kemenangan BN. Lantas akan memberi kekuatan kepada PR untuk memerintah Malaysia.


Pada awalnya lagi PKR telahpun 'memancing' naluri politik Datuk Musa Aman apabila kedatangannya ke Sabah beberapa bulan lepas mewar-warkan strategi "satu lawan satu" . Menjadikan Datuk Musa Aman bertambah kalut, sehingga merombak kepimpinan BN negeri, menyaksikan Datuk Sall;eh said Keruak diterima kembali setelah 'proses pengampunan' peribadi politiknya berakhir. Beberapa muka baru turut dikedepankan termasuk perlantikan Datuk Rahman Dahlan selaku S/u Bn yang baru.


DSAI begitu tersenyum melihat " latahan politik" Datuk Musa Aman..dengan sekali pancing ia begitu mengena...sebagai politikus berpengalaman dari Datuk Musa Aman..pastinya DSAI meneropong dari jauh bahawa...ada sudsah unsur 'kegerunan' BN Sabah terhadap 'kekuatan' PR yang dikatakan akan hancur oleh pucuk pimpinan Umno. Manakala kemenangan DAP di Sibu, juga mula memenatkan minda beberapa politikus lama di bumi kenayalang itu. Siapa lagi kalau bukan KM Sarawak...


Itulah stail politik DSAI, selalu membuat 'pancingan' awal dan jika mengena..beliau akan mula merangka strategi barunya..yang lebih tersusun, tersembunyi dan mampu mengkucar-kacirkan medan benteng BN di kedua-dua negeri Sabah dan sarawak.


Apa yang menghairankan kita ialah BN di Sabah masih dilihat sebagai "tidur" dalam jaga yang panjang. Walaupun beberapa program dirancang tetapi para pemimpinnya masih berserabut dengan pelbagai karenah politik yang belum-belum juga dapat diselesaikan. Timbalan Presiden PBS Dr. Maximus pernah menyuarakan bahawa isu-isu setempat berkaitan dengan "rampasan" tanah-tanah peneroka yang diusahakan oleh rakyat harus segera diambil berat kerana ia akan menjadi duri dalam daging dan boleh membebankan BN Sabah. Tetapi hingga kini masalah itu belum diselesaikan. Terbaru ialah apabila hampir 1000 orang peneroka tanah kerajaan ini di Semporna telah bertindak mengambil hasil tanaman mereka beberapa minggu yang lepas setelah rayuan dan tindakan mereka tidak dipedulikan oleh kerajaan.


Apakah natijah kekalahan di Sibu tidak diambil iktibar oleh BN Sabah. Bukankah asas utama adalah kerana isu tanah yang gagal diselesaikan oleh Kerajaan Negeri. Jangan salahkan sesiapa termasuk PR jika usaha mereka membuahkan hasil..dan selepas PRU13 'bendera' BN akan diturunkan separuh tiang sebagai simbol 'penurunan' kuasa oleh rakyat. Dan itu bisa berlaku jika BN terus seperti 'mencurah air di daun keladi".

22 comments:

  1. Saya setuju dengan tulisan Saudara KP, Cuma PR tidak boleh terlalu yakin dengan Kepimpinan PKR di Sabah, yang perlu di ambil kira Bahagian Bagagian PKR di Sabah saya lihat kebanyakan Bahagian tidak memainkan peranah mencari di mana kelemahan BN, perkara ini harus di ambil kira, kerana saya sudah lihat berapa Pilihan Raya di Sabah waktu Pilihan Raya sahaja baru mula bekerja dan Pemimpin PKR Pusat juga perlu turun Padang untuk menerangkan kepada Rakyat Sabah hala tuju Perjuangan Pakatan Rakyat jika di pilih oleh Rakyat Sabah Memimpin Negeri Sabah, kerana Rakyat Sabah tidak Ramai yang tahu hala tuju Pakatan Rakyat, kerana Akbar Pakatan Rakyat terhad di Sabah.

    ReplyDelete
  2. Salam KM.Kemelut politik mutakhir tanahair begitu banyak digarab oleh para penganalisis dalam media massa dan media eletronik termasuklah ruangan blog.Sdr KM begitu yakin PR membawa lembayung kemenangan pembangkang dalam pilihan raya Sibu Sarawak itu ke Sabah pada pilihan raya ke 13 nanti..Adakah fakta sandaran KM dalam rentetan idea ini menjadi satu kemutlakan? Seperti ada kegusaran dalam kotak gagasan idea ini berada disebalik tabir awangan dan berbaur propaganda dan elusi beremosi kecewa bila BN tumpas di situ.

    ReplyDelete
  3. jika pakatan rakayat ingin menawan sabah dan sarawak, mereka perlu mengetahui apa rakyat inginkan, BN telah lama menduduki sabah dan sarawak. bukan mudah untuk rakyat beralih kepada kerajaan baru.

    ReplyDelete
  4. Saya dengan penuh keyakinan Pada PRU 13. Pakatan rakyat akan menguasai sebahagian Parlimen dan DUN Sabah. Terutamanya kawasan Bandar(Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dll)Kawasan pedalaman tidak terkecuali akan dirampas oleh pakatan rakyat.. ini dikukuhkan dengan fakta kelapa mawar ..kerajan BN gagal menyelesaikan isu tanah di sabah..terutamanya di pantai Timur..sementara di tuaran (batangan Baru tanah di kawasan tersebut pernah dijanjikan oleh Datuk Hajiji untuk diberikan geran. Malahan kenyataan beliau telah keluar dalam suratkhabar tapi hngga kini geran yang dijanjikan tinggal janji..Hura-hura sekarang tanah tersebut akan dibangunkan maka orang-orang disini perlulah berpindah. Isu ini boleh digunakan oleh pakatan rakyat nanti. Dan untuk Pakatan rakyat merealisasikan cita2 mereka menawan Borneo..calon adalah amat penting..pemilihan calon yang tepat pasti akan mengoncangkan borneo ini pada PRU 13.. Apatalah lagi BN sekarang dilanda isu yang besar seperti judi, penyerahan blok minyak dan yang terbaru pula penyerahan Tanah KTMB kepada singapura..Malaysia tidak pernah belajar daripada kesilapan lampau...seperti keluarnya singapura dari malaysia, penyerahan batu putih dan ini pula yang terbaru....kalau setakat BN jadikan isu liwat yang dijaja setiap pilihanraya perkara tersebut sudah lapuk dan orang sudah bosan dengan isu tersebut...dan mampukah BN mempertahnkan Borneo nanti...sama-samalah kita tunggu pada PRU 13...salam

    ReplyDelete
  5. jika benar pun PR merangka strategi untuk tawan sabah dan sarawak pada PRU13, itu adalah hak mereka sebagai sebuah parti politik...seperti mana juga yang pernah dilakukan oleh UMNO-BN pada pilihanraya tahun'94 di mana menyaksikan kekalahan PBS kepada UMNO-BN..tidak mustahil jika PR turut menggunakan cara yang sama atau cara yang lain yang lebih relevan dengan senario politik sabah, malaysia masa kini..

    ReplyDelete
  6. pemimpin2 BN sabah harus bangun dari tidur nya yang nyenyak yang bagaikan bayi tidur..mereka seharusnya sedar bahawa kesangsian dan ketidakpercayaan rakyat terhadap pemerintahan BN semakin menebal..janji2 manis ditaburkan namun tiada tindakan yang diambil bagi menyelesaikan masalah2 rakyat sabah yang berpanjangan..ditambah lagi dengan pendedahan mantan PM malaysia, Tun Dr. Mahathir di mana politik wang/ rasuah adalah amalan biasa dalam UMNO-BN untuk mendapatkan undi..diharap pemimpin2 BN sabah segera bertindak untuk menyelesaikan masalah2 yang dibebani oleh akar umbi yakni, rakyat SABAH.

    ReplyDelete
  7. jangan terlalu yakin kerana rakyat sabah masih belum bersedia menerima kerajaan baru. kerajaan baru memerlukan masa yang lama untuk 'menyesuaikan diri', oleh itu tidak perlu meletak harapan dan keyakinan yang terlalu tinggi untuk menawan sabah.

    ReplyDelete
  8. PKR perlu sedar kepincangan parti mereka yang telahpun dilihat oleh rakyat. ahli2 PKR yang keluar parti menunjukkan mereka yang keluar ini tidak yakin dengan kepimpinan PKR. terdapat juga kes dimana PKR merekrut ahli2 UMNO dengan menggunakan politik wang di sabah. ini menunjukkan PKR di sabah tidak mempunyai kualiti kepimpinan dan sikap2 seperti ini amat dielakkan oleh rakyat kerana ia boleh membebankan rakyat kelak. untuk menerajui kepimpinan di sabah biarlah dengan cara yang jujur dan ikhlas bukan untuk memenuhi kepentingan masing2.

    ReplyDelete
  9. PAkatan Rakyat semakin yakin untuk menawan sabah dan sarawak telah kemenangan mereka di Sibu. mereka mula mengatur strategi untuk menawan sabah dan sarawak. Bn harus lebih bekerja keras untuk mengekalkan kedudukan mereka di di kedua negeri itu. ini merupakan satu persaingan yang kelihatan menarik. bagaimanapun kita akan tahu siapa pilihan rakyat pada pilihanraya umum ke 13 nanti.

    ReplyDelete
  10. kemenangan pakatan rakyat di Sibu telah menyakin pakatan bahawa mereka boleh menawan sabah dan sarawak pada pilihanraya umum nanti. bagaimanapun yang selama ini menguasai sabah dan sarawak semakin menguatkan jentera mereka dan mengatakan bahawa sabah dan sarawak merupakan "simpanan tetap" mereka. walaubagaimanapun permainan politik yang dimainkkan oleh kedua pihak, namun apa yang harus diutamakan adalah kepentingan rakyat. inilah kunci utama kepada kejayaan sesebuah parti politik

    ReplyDelete
  11. Bertemu kembali sdr KM..

    Isu tanah dan penerokaan secara haram oleh rakyat tempatan bukanlah isu kecik tetapi satu isu besar yg mesti ditangani oleh Datuk Musa Aman...Soal penerokaan secara haram itu jelas menyalahi peraturan dan kanun tanah..tetapi yg menjadi tidak puas hati rakyat ialah bila tanah yg mereka usahakan dgn tanaman kelapa sawit berpuluh tahun diambil alih oleh syarikat KOPERASI tanpa ada pampasan..walau sesen pun..tanaman mrk yg berbuah diambil oleh syarikat tersebut dan mereka di halau keluar..rumah mereka di bakar..

    kalau benar penerokaan ini dilakukan secara haram dan menyalahi kanun tanah..kenapa permohonan tanah oleh peneroka ini tidak diluluskan walaupun sudah dibuat lebih 10 tahun yang lalu..?

    Kemudian kalau alasan yg diberikan kerana tanah terbabit kawasan hutan simpan,,..kenapa pula syarikat Koperasi mengambil alih tanaman berkenaan dan ada yang menanam Kelapa sawit sebagai tambahan..?


    isu ini akan menjadi isu besar di pantai timur...inilah agaknya yang sangat meresahkan Datuk shafie Apdal kerana isu ini tidak pernah diselesaikan oleh Musa Aman.

    ReplyDelete
  12. KM..

    saya tidak setuju dgn pandangan sdr mambangtiora..

    saya yakin banget bahawa BN masih akan memerintah di sabah dan sarawak pada pru 13..berdasarkan perkembangan politik yg perlahan di kepulauan borneo ini..

    kalau di semenanjung hampir 10 tahun diperlukan utkmengubah paradigma pengundi melayu danChina..saya berkeyakinan bahawa di sabah dan sarawak juga memerlukan masa yang begitu panjang utk menolak BN..


    Walaupun begitu saya tidak tolak kemungkinan bahawa ada pertambahan kerusi Parlimen dan Dun pada pembangkang pada PRu akan datang..ini juga bersandarkan kepada sokongan di beberapa kawasan masyarakat Cina seperti yang berlaku di Sibu

    ReplyDelete
  13. kepada Suara rakyat Kunak..

    saya setuju dgn idea sdr..ramai pemimpin PKR di Sabah yang hanya turun padang ketika PRu sahaja..mereka tidak memainkan isu tempatan sepanjang masa..ada rakyat yang memerlukan bantuan tetapi tidak dipedulikan..
    '
    mislanya seperti yang dikatakan oleh KM apa yang berlaku di Pantai timur mengundang tanda tanya kepada kita di mana pemimpin PR di kawasan itu ? PAS, PKR dan DAP di mana pendirian dan bantuan mereka...kalau dianggarkan mungkin terdapat lebih 3000 peneroka yang menjadi mangsa dalam keadaan ini..ia sudah cukup untuk mengaibkan calon BN pada PRU akan datang...

    ReplyDelete
  14. Salam buat semua..

    saya yakin DSAI ada agenda dan muslihat untuk menguasai Sabah dan sarawak...saya juga rasa ada pakatan antara PKR dan SAPP mengenai perletakan calon pada PRU 13..termasuk calon DAP...

    rasa saya pada PRU 13 akan datang keadaan politik sangat luarbiasa..kerana kedua-dua pihak berkeyakinan akan mendapat sokongan rakyat...

    BN akan berhempas pulas mempertahankan sabah dan sarawak manakala PR pula akan menyerang, menghentam dan mempengaruhi rakyat utk menolak BN ..

    Wang dan janji PRU akan melambak bagai pisang goreng yang panas meletup-letup diminum bersama secawan teh atau kopi panas...hahahaha

    ReplyDelete
  15. Tuan punya Blog..

    Tulisan saudara ini menunjukkan bahawa PR akan memerintah pada PRU 13 akan datang..awak ada fikirkah sama ada BN akan melihat begitu saja strategi PR itu..Adakah BN hanya membiarkan itu semua akan berlaku?

    Jawapanya tidak! sekali-kali tidak!..jadi BN akan juga merangka strateginya utk mempertahankan Sabah dan sarawak...terpulang kepada kelicikan strategi masing-masing...siapa yang bijak memanipulasi dan siapa yang disayang oleh rakyat..

    meramal sekarang terlalu awal..Sabah akan menghadapi anarki politik bila PR memerintah sebab..banyak isu akan timbul termasuk siapa yangf bakal menjadi CM nanti...

    lebih baik rakyat akur dan menyerahkan kepada BN tampuk pemerintahan itu supaya keadaan aman dan Sabah terus maju...

    lihat saja 1Borneo, dan pembangunan pesat di KK sapa yang buat...bukan PKR dan DAP tetapi BN..jadi memang benar BN mampu membangunkan negeri kita..teruskan menyokong BN..

    Hidup BN! Hidup BN! Hidup 1Malaysia..!!!!

    ReplyDelete
  16. Salam Kelapa Mawar dan kalian, salam bersua dalam dunia ciber sekali lagi.

    Sebelum saya bagi komen serba sedikit mengenai isu yang di paparkan, saya ingin menyampaikan ucapan tahniah kepada KM kerana maseh lagi meneruskan perjuangan dalam dunia blogging yang mencabar ini.

    Saya perhatikan kebanyakan blog-blog yang ada link dengan KM dan juga blog saya sendiri, nampak nya semakin hari makin luntur dalam penyebaran artikel atau pun forum harian sapertimana yang KM lakukan ketika ini.
    Kenapa ya? Agak nya jawapan hanya ada pada mereka.. Untuk itu, ucapan Syabas dan Tahniah untuk KM.

    Pertaining to the issue, “ Pakatan Rakyat Rangka Strategi Tawan Kepulauan Borneo”, pada jangkaan saya, ia nya maseh lagi dalam tahap ‘rhetoric’.
    Banyak perkara yang harus diambil kira, sebelum strategi ini dapat di realiti-kan kesahihan nya. Antara lain sebabnya;

    a) Pembangkang (kelemahan)

    1. Dengan kes yang ada - DSAI tidak lagi begitu aktif saperti dulu, turun padang atau kempen ke Sabah atau pun Sarawak.
    2. Pertentangan pendapat ( political doctrine differences) dikalangan pembangkang saperti PR dan SAPP maseh belum lagi dapat disatukan sepenuhnya.
    3. Saperti kata blogger Suara Rakyat Kunak, masaalah penyelarasan pentadbiran PR ( terutama sekali PKR) antara Pusat dan bahagian maseh belum lagi diselesaikan.
    Justru itu, pergerakan dan penyebaran maklumat diperengkat akar umbi agak lembab dan bila-bila boleh dibidas oleh pehak lawan (BN).
    4. Masaalah dalam PKR di Sabah dan mungkin juga di Sarawak belum selesai sepenuh nya.
    5. Kekurangan peruntukan (barangkali) untuk bergerak cergas berkempen mulai sekarang sehingga PRU13
    6. dan lain-lain lagi.

    b) Barisan Nasional ( kekuatan)

    1. lebih organize dan mempunyai pemimpin-pemimpin serta jentera yang sangat mantap. Apa lagi dengan ada nya bantuan kewaangan yang cukup banyak
    2. Secara realiti (tanpa prasangka), tidak banyak perkara negatif yang jelas sampai kepengetahuan akar umbi. Kecuali kelalaian dan kelemahan pemimpin-pemimpin yang sedia ada.
    Perkara ini bila-bila boleh di selesaikan kira nya pucuk pemimpin berani bertindak tegas dan berkorban untuk kebaikan menggantikan mereka dengan muka-muka baru atau pun tenaga baru yang sesuai dengan peredaran zaman.
    3. Dan banyak lagi…

    Saya belum yakin untuk menyatakan kelemahan yang ketara lagi drastik disini, kerana ia nya tidak releven dengan topik yang KM paparkan di sini.

    Lagi pun saya rasa, ia nya tidak adil dan tidak beretika untuk saya membuat spekulasi terhadap perkara-perkara yang tidak cukup konkret lagi ber-fakta dengan data-data yang tepat.
    Apa lagi kalau komen itu ada lah semata-mata pendapat yang berbentuk ‘hypothesis’.

    Cukup lah setakat ini. Semuga kalian sukses

    ReplyDelete
  17. saya setuju dengan pendapat solymone..kebanyakan ulasan disini berbentuk hipotesis termasuk ulasan beliau..harus dingat setiap parti tidak akan duduk senang dikerusi empuk mereka sekarang..kerana kajian berdasarkan lapangan pun belum dapat memberikan ramalan sesiapa yang akan menang..kerana ini berkaitan dengan manusia..tabiat manusia sentiasa berubah-ubah..dan undi pun boleh berubah..siapa sangka parti paling lama dijepun boleh tumbang sedangkan jentera partinya lebih tersusun dan mempunyai sumber kewangan yang banyak.....apakah sebabnya?...pokoknya undi rakyat sukar diramal..dan sentiasa berubah-ubah..janganlah kita ingat apabila kita sudah pandai menggunakan ICT kita boleh berfikir dengan baik dan menganalisa sesuatu perkara secara empati..dan orang kampung senang digula-gulakan dengan pelbagai dan macam bantuan..orang kampung pun sekarang pandai "berblog" dikedai kopi membincangkan isu semasa..menilai dan menganalisa serta memberikan pendapat kepada dasar-dasar kerajaan sekarang..benar kata kelapa mawar kegagalan kerajaan menangani isu-isu utama di borneo ini pasti akan membawa padah kepada BN..wasalam

    ReplyDelete
  18. mambanf tiora.

    Orang kg sekarang bukan macam zaman Usno dan Berjaya..time PBS pun sama...sekarang org kg ada anak yg berpelajaran..paling kurang pun Diploma...kalau yg ada dgree tu kali mula melambak sdh..

    inilah kelebihan PR terutama PKR kerana menjadikan media masa ketiga (ICT) sebagai saluran menyampaikan gagasan mrk setelah media masssa arus perdana lebih cenderung kp BN..

    harus dingat rakyat skrg dah mula menilai yg mana kaca berkilau dgn intan bersinar

    ReplyDelete
  19. sdrku Solymone..

    apa perkiraan sdr sehingga mengatakan BN mempunyai jentera yg mantap? dri segi kewangan atau perancangan...kalau dri segi duit saya meyakininya tapi kalau dri segi helah politik dan perancangan saya meraguinya..kerana PR juga mempunyai itu..

    Soalnya bukan pada kemantapan jentera tetapi pada keyakinan rakyat..rakyat adalah penentu kepada sesiapa yg ingin berkuasa..kalaupun ada perancangan nak bangunkan negera dan ada peruntukan yg banyak tapi ditolak oleh rakyat nak buat apa kan...

    ReplyDelete
  20. Salam Kelapa Mawar,
    Dengan izin saya terasa macam terpaksa menjawab persoalan dari sdra Datu Kebogatan yang ghairah untuk mempersoalkan kekuatan BN dari aspek ‘kemapuan helah politik dan perancangan yang dikatakan bahawa PR juga mempunyai itu’.

    Sebelum itu, terima kaseh juga kepada sdra Datu Kebogatan dan sahabat beliau kerana tertarik dengan komen-komen saya, seada nya.

    Dalam pada itu, disini ingin juga saya tegaskan bahawa dalam dunia ciber ini, banyak perkara yang benar dan ada juga yang tidak betul.

    Namun sekadar untuk bertukar-tukar persepsi dan pendapat, rasa nya tidak salah juga untuk saya ‘response’ sekadar untuk tujuan ‘happy-happy’ sahaja. Maksudnya, sama ada saya mengulas selanjutnya atau pun tidak, tiada siapa yang layak menentukan apa kah hukuman nya untuk saya…Betul?

    Bagi saya, dalam banyak hal, tujuan untuk kita memberi komen bukan dengan tujuan untuk menentukan siapa pandai atau pun siapa tidak.

    Selanjut nya, bukan bertujuan untuk mengenal pasti siapa menang dan siapa yang kalah. Kerana pada saya, akhir nya kalau kita tidak hati-hati, kita rakyat Sabah juga yang akan menanggung dan merasanya.

    Mungkin perlu juga saya nyatakan disini bahawa hingga setakat ini, saya bukan lah orang BN atau telah di-beli oleh BN untuk mewakili mereka..

    Dalam rekod, saya pernah menentang BN dalam PRU12 yang lalu. Dan saya belum lagi membuat komitmen untuk berjuang dalam arena politik BN.

    Walau macam mana pun, nulari saya berkata, bahawa kita jangan lah terlalu ‘underestimated’ atau memperkecilkan kekuatan BN, sehingga kita sanggup menidakkan kebolehan mereka dalam kontek merancang,helah politik dan sebagainya.

    Bagi saya, dalam ilmu politik, kita perlu tahu kekuatan lawan kita sepenuh nya. Bukan sekadar berpandukan pada emosi dan fakta-fakta konyol yang disebarkan semata-mata untuk tujuan kegembiraan semantara...

    Fikir-fikirkan lah

    ReplyDelete
  21. Salam KM dan rakan semua,
    Pembangkang rangka strategi tawan Sabah dan Sarawak, kalau Kepulauan Borneo termasuk Kalimantan, tapi saya faham akan maksud Kelapa Mawar hanya Sabah dan Sarawak.
    Istilah yang ingin saya gunakan bagi PR di Sabah ialah Pembangkang atas sebab pakatan mereka belum menjadi lagi, pembangkang baru merangka untuk menawan Sabah dan Sarawak, sepertimana yang kita semua sedia maklum bahawa Sabah dan Sarawak sedang pesat membangun dan telah merangka strategi pembangunan yang lebih mantap untuk mencapai wawasan 2020, jika pun ada kepincangan sedikit di sana sini adalah lumrah dalam melayari arus pembangunan ekonomi negara.
    Berdasarkan kepada fakta dan yang nyata juga kita dapat rasa, terbukti kerajaan telah menabur bakti kepada rakyat jelata dengan limpahan pembangunan yang hatta tidak ternilai banyaknya, bagaimana kita sebagai rakyat biasa hendak membalas budi baik Kerajaan yang telah memberikan pelbagai kemudahan asas, terutama dari segi pendidikan anak-anak yang bermula dari pra sekolah hingga lah ke menara gading (universiti), walaupun ada sesetengah orang menyatakan ini adalah tanggungjawap setiap kerajaan yang memerintah, ini membuktikan bahawa kerajaan di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman hingga Datuk Seri Najib sedar akan tanggungjawap yang mereka pikul selama ini.
    Berbalik pada isu pembangkang rangka tawan Sabah/Sarawak ini, pada zahirnya amat senang dilafazkan tapi untuk merealasasikannya tidak semudah seperti yang dirancang, senario politik PRU-12 dan PRU-13 ada perbezaan dari semua aspek, banyak isu-isu yang kerajaan telah selesaikan walaupun pada hakikatnya tidak tercapai 100%, tapi kerajaan juga harus sedar akan keperluan rakyat yang kian meningkat dari semasa-kesemasa, perlaksanaan dasar rakyat didahulukan amat baik tapi sasaran biarlah tepat, isu tanah yang sedang melanda dan menjadi propaganda pembangkang untuk menghadapi PRU akan datang harus diselesaikan sekarang dalam situasi " menang-menang ", harus juga kita sebagai rakyat biasa ingat mengingati antara satu dgn yang lain bahawa kerajaan memang tidak dapat memuaskan hati setiap rakyat, jangan lah kerana nyamuk seekor habis kelambu dibakar.

    ReplyDelete
  22. Pakatan kini makin lemah terutamnya PKR Sabah yang mana makin byk ahlinya keluar parti.

    ReplyDelete