Kehadiran Datuk seri Najib ke Lido, penampang kelmarin membuatkan ramai wartawan membuat liputan. Di Samping sebagai memenuhi 'rutin' turun padangnya dengan aktiviti 'minum' di restoran biasa, Najib juga diasak dengan soalan tentang pergolakan politik di Sabah. Termasuk desas-desus kononya akan berlaku perubahan kepimpinan melibatkan rombakan kabinet negeri dan kepimpinan BN. Pada waktu yang sama khabar-khabar angin bertiup kencang di Sabah dalam hal berkaitan tuntutan dan penambahan kerusi parti-parti komponen BN . Ada beberapa kawasan yang secara 'tradisinya' diwakili oleh parti komponen BN , tetapi 'dilobi' untuk ditandingi oleh parti UMNO dan parti komponen lain.
Dengan kenyataan Najib bahawa beliau harus dibiarkan membuat keputusan yang terbaik untuk Sabah, menyaksikan desas-desus selama ini bahawa politik BN di Sabah sememangnya berkocak walaupun digelar "fixed deposit" adalah benar. Perbalahan antara parti-parti komponen BN bukan sahaja merumitkan situasi politik di negeri di bawah bayu ini tetapi juga persengketaan antara beberapa pemimpin UMNO di negeri ini juga semakin meruncing.
Dikhabarkan bahawa punca kepada persengketaan berterusan ini adalah kerana berlakunya beberapa perubahan dan pengguguran ketika PRU12 yang lepas. Penyusunan kroni politik juga tambah menjadikan keadaan bertambah parah.
Seperti yang dilaporkan, bahawa ada sudah puak dan konco-konco politik pemimpin tertentu yang sudah mula melobi dan mempertahankan kepimpinan golongan pilihan mereka. Sabah dan politiknya begitu unik dan bercelaru sejak dulu lagi. Zaman Tunku, kepada Tun Razak dan Tun Hussin Onn hinggalah kepada Mahathir yang mencetuskan polemik penggiliran jawatan ketua menteri mengikut kaum terbesar di negeri ini.
Kini dalam era Najib..apakah beliau akan menjadi 'hero' apabila membuat kenyataan untuk membiarkan beliau membuat keputusan terbaik buat Sabah? Mampukah Najib melunakkan politik suku di Sabah yang begitu berapi? Atau adakah Najib sekali lagi akan menempa satu lagi sejarah dengan memperkenalkan satu lagi Formula politik di Sabah?
Salam KM, Kalau UBN tafsirkan Sabah masih lagi Fixed Deposit untuk UBN, adalah salah, kalau kita lihat sekarang ini banyak Syrikat GLC yang nyawa nyawa ikan di bawa kepimpinan DSN, maka Rakyat Sabah akan merubah haluan kepada Pakatan Rakyat untuk mempertahankan Hak Hak Rakyat Sabah jangan sampai di gadai lagi senasib Lot L dan Lot M. kepada Negara Berunai.
ReplyDeleteKomponen2 BN di Sabah tak perlulah nak berbalah untuk berebut kerusi di Sabah. biarlah Dato Najib memutuskan perkara ini.
ReplyDeleteRakyat Sabah perlu memberikan Najib peluang untuk membuktikan kenyataannya. Saya percaya Najib akan membuat yang terbaik buat Sabah.
ReplyDeleteparti2 komponen Bn Sabah seharusnya bersatu, bukannya berbalah untuk merebut kerusi. hai ini boleh melemahkan BN, harap PM akan memutuskan perkara ini dgn adil.
ReplyDeleteBN tetap akan bersatu untuk Sabah. Rakyat haruslah sentiasa memberi sokongan kepada kerajaan.
ReplyDeleteDatuk Najib akan cuba untuk terbaik kepada sabah. sebagai PM, beliau tidak akan berdiam diri dalam hal ini.
ReplyDeleteDato Najib akan membuat keputusan yang terbaik untuk Sabah. harap parti komponen BN dan rakyat dapat menerimanya.
ReplyDeletesudah pasti datuk najib akan ruat yang terbaik untuk Sabah. itu tidak boleh dinafikan lagi sebagai PM. Najib akan mencari jalan yang betul untuk sabah.
ReplyDeleteboleh atau tidak Najib buat yang terbaik untuk Sabah, masa yang akan buktikannya.. beliau masih belum buat kenyataan atau keputusan. oleh itu, elakkan persepsi negatif dan berikan ruang untuk beliau memikirkan yang terbaik untuk Sabah.
ReplyDelete"BOLEHKAH NAJIB BUAT YANG TERBAIK UNTUK SABAH?"
ReplyDeleteBolehbah kalo dia..
Najib boleh buat kalau mahu...tapi hendak buat itu najib kena berani lalui banyak benda lah...benar dan betul kuasa PM ada padanya..tapi belum tentu rakyat sabah suka atau bersetuju dengan jalan penyelesaiannya...fikir2 kan lah...
ReplyDeletekenapa turun padang kawasan cina sahaja...di pasar Lido tu satu bumiputra pun tiada gerai apa lagi sebuah kedai.
ReplyDeleteBanyak kali Najib turun padang tapi semua nya kawasan selamat utk dia dpt sokongan..semua kwsn bandar...kita minta supaya PM yg popular ini turun padang di kawasan dudai, sarang, kiulu, lasau podi...dan kwsn pitas...
ReplyDeletedi Sabah bukan mcm di semenanjung kerana di sabah banyak kwsn luar bandar dan kwsn pedalaman..kalau Najib tidak empat dan terlalu sibuk minta muhyiddin sahaja yang turun..kalau masih sibuk lagi kita minta..zahid hamidi dan yang lain-lain tu turun barulah ngam..
Hopefully he can make the best out for Sabah. Yakin boleh bah~
ReplyDeleteEveryone will try their best to help their own country. Who doesn't? I am sure he will do his best.
ReplyDeleteharap sabah mendapat hanya yang terbaik...
ReplyDeleteBoleh ba kalau kita fikir boleh. Tambah boleh lagi kalau si Najib pun fikir boleh. hehehe, orait nopo ba :P
ReplyDeleteApapun sama2 la kita harap PM kita dapat buat yg terbaik utk sabah...
ReplyDelete