KELAPA MAWAR

Friday, June 29, 2012

LAGI PROJEK BERBILLION BERMASALAH



KUALA LUMPUR 30 Jun: Satu lagi projek dijalankan kerajaan Barisan Nasional berdepan risiko kerugian berbilion ringgit menyamai kegagalan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ)

Projek RM1.4 billion Asia Petroleum Hub (APH) dibelenggu lebihan kos dan kelewatan serta masalah lebih besar apabila CIMB Bank Bhd menarik diri selepas menyuntik RM830 juta.

Perkara itu didedahkan Muhibbah Engineering (M) Bhd, antara kontraktor utama APH, dalam kenyataannya pada Selasa lepas , lapor Malaysiakini.

Projek yang sepatutnya siap pada 2009 itu melebihi nilai asal RM1.4 bilion yang dirancang, termasuk kos faedah.

Manakala RM2 bilion lagi masih diperlukan untuk menyelesaikannya, menurut laporan portal Merdeka Review.
Pada Februari, dilaporkan projek itu hanya siap kira-kira 60 peratus.

12 comments:

  1. kalau projek berbilion terbengkalai apa lagi kalau yg berjuta. cth projek perumahan yg digembar-gemburkan pelancaran atau kelulusannya tatapi di pertengahan projek mati

    ReplyDelete
  2. cari usaha bagi memastikan projek ini tidak terbengkalai.

    ReplyDelete
  3. projek ini besar.. jgn smpai rugi besar. .wang rakyat tu.

    ReplyDelete
  4. it would be waste of money if the project were not completed.

    ReplyDelete
  5. The government must ensure that the project completed.

    ReplyDelete
  6. Ini yang kita tidak mahu jika tidak diurus dengan baik dan berhati-hati. Kerana ini akan mendatangkan masalah yang besar kepada ekonomi Negara kita juga.

    ReplyDelete
  7. Jangan membazirkan duit tanpa ada perancangan yang terbaik. Kerana ini cuma akan merugikan kita saja nanti.

    ReplyDelete
  8. Mungkin perlu SPRM siasat projek ni. manatau ada penyelewengan yang dilakukan oleh pihak2 tertentu. biar mereka dapat hukuman.

    ReplyDelete
  9. Apa punca masalah ni? Jika ada penyelewengan, maka heret ia ke mahkamah.

    ReplyDelete
  10. Memang wajar projek ini disiasat. Pembaziran adalah satu kerugian.

    ReplyDelete
  11. kalau ada unsur2 penyelewengan atau rasuah, buat saja la laporan sprm.. tidak perlu tunggu projek itu siap baru mahu bertindak..

    ReplyDelete
  12. Peruntukan yang ada perlu digunakan sebaik mungkin

    ReplyDelete