KELAPA MAWAR

Thursday, June 14, 2012

SARAWAK REPORT DEDAH DOKUMEN LIBATKAN SKANDAL MUSA AMAN





Sarawak Report yang merupakan portal internet membuat pendedahan beberapa dokumen penting mengenai isu rasuah dan pembalakan yang melibatkan ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman dan proksinya. Laman portal itu mendedahakan beberapa penyata akaun bank dan kenyataan bersumpah yang dikemukakan kepada mahkamah Tinggi Singapura. 


Laporan Media : 

Lagi dokumen dipaparkan di laman pembocor maklumat Sarawak Report berkaitan dakwaan jaringan pengubahan wang haram yang dikatakan melibatkan Ketua Menteri Sabah, Dato' Seri Musa Aman. Dokumen itu termasuk kenyataan bank dan kenyataan bersumpah yang dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi Singapura dalam kes sivil yang difailkan oleh seorang peniaga balak terhadap Bank UBS AG di Singapura. 



Peniaga balak itu, yang tidak didedahkan indentitinya oleh laman itu, merupakan pemilik berdaftar beberapa akaun bank yang didakwa digunakan untuk mencuci bayaran sogokan yang dikatakan dibayar oleh syarikat pembalakan kepada Musa. 



Menurut laman itu, peniaga itu mendakwa dia diabaikan secara tidak sah apabila UBS mematuhi arahan untuk mengosongkan dua daripada akaun tersebut dan memindahkan wang secara langsung ke akaun lain atas nama Yap Loo Mien. Yap merupakan isteri kepada Michael Chia, yang dihuraikan sebagai penama dan pengantara antara Musa dan pembalak. 



Suatu aduan di bawah undang-undang jenayah Swiss telah dikemukakan oleh para peguam terhadap UBS AG bank di negara itu. Badan guaman itu telah mengikuti laporan-laporan kami mengenai penglibatan bank itu menyalurkan hampir beratus-ratus juta dolar wang sogokan pembalakan dikaitkan dengan Ketua Menteri Sabah, Musa Bin Aman. Kami juga telah mendedahkan bagaimana, cawangan UBS AG di Hong Kong dan juga bekas ‘penasihat kekayaannya’, Denis Chua, telah terlibat menguruskan setiap langkah dalam siri-siri akaun berlapis-lapis, yang telah digunakan sebagai saluran wang dari kroni-kroni kayu balak menerusi penama-penama yang dikendalikan oleh ‘orang tengah’ Musa Aman, Chia Tien Foh (Michael Chia).
Semalam kami telah menunjukkan bagaimana penyata-penyata dari UBS AG sendiri mengesahkan bahawa wang itu telah dikeluarkan secara kerap dari jaringan akaun-akaun untuk membiayai pengajian dua orang anak Musa ketika mereka menuntut di Australia. Beberapa akaun ini di bawah nama Michael Chia sendiri dan Musa tetap menafikan hubungannya dengan Michael Chia.

Perkembangan ini telah berkisar pada bank terbesar di Switzerland. Membantu menguruskan wang sogokan adalah suatu kesalahan jenayah di bawah undang-undang Swiss dan ianya amat bertentangan dengan Prinsip Worfsberg di mana bank UBS AG merupakan pemeterai prinsip itu. Prinsip Anti-Wang Sogokan Wolfsberg bagi Perbankan Peribadi telah diwujudkan dan dimeterai di Switzerland dalam tahun 2007 bersandarkan Ketelusan Antarabangsa dan UBS merupakan sebuah dari sebelas buah bank sedunia yang turut sama memeterai prinsip tersebut.

Kini Sarawak Report memiliki banyak salinan keterangan dan bukti ke atas pemindahan wang dikaitkan dengan Musa Aman dan rakan-rakannya, yang telah membentuk sebahagian dari enkuiri Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam tahun 2008. Inkuiri tersebut telah membentuk 40 pertuduhan menentang Ketua Menteri Sabah kerana telah menerima sogokan yang mencecah jumlah ratusan juta dolar kerana mengeluarkan lesen-lesen kepada kroni-kroni balaknya.

Kebanyakan konsesi ini telah dianugerahkan untuk menerangkan kawasan-kawasan Hutan Simpan dan juga kawasan yang telah ditandakan sebagai kawasan terlindung antarabangsa di bawah Perjanjian Heart of Borneo. Kawasan-kawasan yang lainnya adalah pada lereng-lereng bukit yang cerun setelah peta kontur sengaja diolah dalam rekod Jabatan Hutan, agar ianya kelihatan sebagai kawasan pembalakan yang ‘dibenarkan undang-undang’. Akan tetapi, dengan adanya banyak bukti, Peguam Negara, Abdul Gani Patail, iaitu saudara dan juga selaku rakan politik kepada Musa Aman, telah enggan membenarkan perbicaraan diteruskan.

Persoalannya sekarang, kenapakah UBS AG, dengan adanya bukti yang mencukupi yang berkisar pada kes itu telah gagal menyiasat atau mengambil tindakan terhadap kemungkinan berlakunya penyelewengan wang menerusi akaun-akaun yang dikaitkan dengan orang-orang politik di Sabah?

Aduan terhadap UBS telah dilancarkan dari bandaraya Swiss yang sama di mana Prinsip-Prinsip Wolfsberg menentang penyelewengan kewangan dimeterai. Seorang peguam Swiss dan juga pakar komplian Monika Ruth telah mengemukakan aduan kepada pendakwaraya awam bagi pihak alam sekitar Sarawak dan NGO hak asasi manusia, Tabung Bruno Manser, yang beribupejabat di Basel.

NGO itu berharap bank itu akan dihadapkan ke mahkamah akibat kedaifannya. NGO itu seterusnya mengatakan bahawa ia telah mengemukakan banyak dokumen berbukti kepada Pejabat Pendakwaraya Awam Zurich, yang membuktikan bahawa Michael Chia, rakan kongsi kepada Ketua Menteri Sabah, menguruskan pemindahan jumlah wang yang besar dari syarikat-syarikat pembalakan di Sabah ke dalam akaun-akaun UBS di Hong Kong

Ianya seterusnya mangatakan bahawa “dari akaun-akaun yang sama, pembayaran-pembayaran telah dilakukan kepada anak-anak Musa Aman di Australia dan kepada Mohd Daud Tampokong, seorang pegawai kanan dalam Jabatan Hutan Sabah”.

Musa Aman mungkin berharap agar penafian-penafiannya dan dengan bantuan saudara yang juga rakan politiknya Abdul Gani Patail dapat menyembunyikan siasatan pihak anti-rasuah Malaysia. Namun kini kes itu telah menjadi kes antarabangsa, dan nampaknya kita menyaksikan permulaan aksinya.
Kini tanggapan awam terhadap UBS AG berkenaan perkara ini menjadikannya semakin diragui.

16 comments:

  1. We shall wait and see what Sarawak Report will reveal next. The truth will be known to us one day.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Whether or no Musa Aman is guilty or not cannot be determined until all these allegations are proven, we should not make any unnecessary speculation and just wait for the authorities to decide.

    ReplyDelete
  3. byk pendedahan dibuat oleh Sarawak Report, tapi ia hnya tertumpu pada pemimpin2 tertentu sahaja, sedangkan byk lagi skandal pemimpin2 lain yang tidak didedahkan oleh SR, terutamanya dikalangan pemimpin pembangkang.

    ReplyDelete
  4. SR harus adil dalam membuat pendedahan, ia harus menjadi media yang bebas, bukan media berat sebelah.

    ReplyDelete
  5. Lihat sajalah sejauh mana kes ini akan pergi. Kita tengok bagaimana mahkamah negara luar mengadilinya kerana jika perbicaraan dibuat di sini, tentu ramai yang akan mempertikaikan ketelusan mahkamah. Jika Musa Aman bebas daripada tuduhan ini, minta hormat saja keputusan mahkamah itu nanti.

    ReplyDelete
  6. Sarawak Report berat sebelah. Sengaja mahu jatuhkan Musa.

    ReplyDelete
  7. Why would Sarawak Report bother to bring down Musa when they should focus on bringing down Taib.

    ReplyDelete
  8. I wonder why is it so easy for the sarawak report to obtain this documents. Could it be possible that sarawak report is paying someone to leak the information? that is also another form of corruption.

    ReplyDelete
  9. Sarawak Report tidak mahu dedahkan isu Rasuah Anwar pulakah dengan Azmin Ali.

    ReplyDelete
  10. Berita ini mungkin tidak benar, hanya bertujuan untuk menjatuhkan Datuk Musa sahaja.

    ReplyDelete
  11. Dekat2 PRU ini, baru mau kasi keluar, ini bertujuan untuk menjatuhkan Datuk Musa sahaja.

    ReplyDelete
  12. Sarawak report, berat sebelah, mereka tidak pula membuka kisah Datuk Anwar.

    ReplyDelete
  13. That only his enemies to bring him down. I don't believe all this.

    ReplyDelete
  14. Isu ini sudah lama dimainkan tapi masih tiada yang menyusul.

    ReplyDelete
  15. kenapa Sarawak Report tiba2 beralih kepada Musa Aman? kenapa tidak teruskan saja tuduhan demi tuduhan terhadap Taib Mahmud? baik tukar nama Sarawak Report kepada Borneo Report memandangkan arah tuju portal ini sudah menyimpang dari objektif sebenar..

    ReplyDelete
  16. sampai sekarang Sarawak Report gagal menjawab berkenaan dengan dokumen SSM yang mereka dedahkan.. dalam dokumen itu tertera nama Zaleha Bin Bujang.. penama ini sebenarnya lelaki atau perempuan? adik perempuan Taib Mahmud tidak ada yang bernama Zaleha Bin Bujang.. mungkin sebab kantoi menggunakan dokumen palsu, maka Sarawak Report terpaksa beralih ke Sabah..

    ReplyDelete