Thursday, August 30, 2012



Langkah YDP Dewan Rakyat, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia ‘membawa’ Perdana Menteri Datuk Seri Najib dalam satu majlis Sambutan Hari Raya di Kg Rampayan Laut pada 02.09.2012 ini dilihat oleh kebanyakan pemerhati politik daerah Kota Belud sebagai ‘percaturan’ terakhir bekas Presiden AKAR BERSATU yang telah dibubarkan itu.


Tan Sri Pandikar yang sebelum ini banyak ‘mendiamkan’ diri setelah digugurkan pada PRU 12, sama ada secara sengaja atau sebaliknya rancak menyusun strategi mengembalikan semula auranya di Kota Belud ekoran peristiwa hitam yang menyelubungi perjalanan politiknya. Sambil mengungkapkan ‘hanya tuhan’ yang akan menentukan segala-galanya, Tan Sri Pandikar seakan mahu menunjukkan kepada masyarakat Kota Belud dan pemimpin politik yang menjadi saingannya dalam perebutan kerusi DUN TEMPASUK bahawa sesungguhnya beliau masih punya ‘link’ di peringkat persekutuan dan negeri.


Setidaknya dengan keberjayaan Tan Sri Pandikar membawa Najib ke Kota Belud, ia akan melonjakkan namanya semula. Dan membuka mata banyak pihak, akan ada kebarangkalian yang cukup tinggi Tan Sri Pandikar Amin akan menjadi calon PRU 13 nanti, kerana ramai tahu dan sangat tahu hanya kata pemutus ada pada Najib selaku Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO .Tentunya kerusi yang paling sesuai dan selamat dengan YDP Dewan Rakyat itu adalah DUN TEMPASUK yang kini di wakili oleh Datuk Musbah Jamli dari UMNO.


Namun begitu tindakan Pandikar Amin ini menimbulkan keresahan besar dikalangan pemimpin pertengahan UMNO Kota Belud dan juga pemimpin UMNO negeri. Antara kepentingan politik peribadi juga kepentingan parti, kedua-duanya itu seolah ‘terkorban’ lantaran tindakan Pandikar mempergunakan platform NGO USBO dan bukannya Parti UMNO dan BN di Sabah. Walaupun terdapat spekulasi bahawa wujud gandingan antara Pandikar- Salleh, namun dalam hal ini,Pandikar membelakangkan UMNO KB di mana Salleh adalah Ketua nyaApakah Pandikar mahu menunjukkan kepada pemimpin Sabah terutamanya Musa Aman bahawa akan menjadi “nahas’ paling besar dalam sejarah UMNO di Sabah jika beliau tidak sekali lagi diturunkan di gelanggang PRU 13 nanti?.


Atau apakah Pandikar juga mahu ‘menakut-nakutkan’ musuh politik beliau dengan menunjukkan hubungan yang sangat intim dengan Najib?. Sebelum ini ramai yang tahu bukannya senang membawa Najib ke Sabah, apatah lagi sekadar menghadiri majlis tajaan NGO yang belum tahu kekuatan politiknya.Ada juga yang meneka-neka bahawa gandingan pandikar-Salleh sebenarnya telah mula menundukkan pengaruh Musa Aman di Sabah. Mahu atau tidak pada PRU 13 ini, Musa Aman tidak akan ‘mencicirkan’ Pandikar dan Salleh dalam senarai nama calon pilihannya di Sabah. Musa Aman dikatakan, telah mula bertaubat nasuha tentang insiden itu.


Majlis pada 2.09.2012 ini mula diperkatakan oleh masyarakat Kota Belud.Malahan sudah kedengaran bahawa Tan Sri Pandikar kononnya adalah ‘bakal’ Ketua Menteri Sabah yang paling ‘laris’ meninggalkan Shafie Apdal yang sebelum ini disebut-sebut menggantikan Musa Aman yang banyak mencetuskan polemik politik dalam BN Sabah.

Dari segi latarbekalang politik Pandikar, terutama dari segi pengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan dan parti, saya pada asasnya tidak punya masalah besar jika Pandikar sememangnya ‘bakal’Ketua Menteri Sabah. Selain menjadi ‘pendamai’ antara puak-puak yang bertelagah dalam UMNO dan BN Sabah, Pandikar Amin dilihat tidak punya ‘musuh’ ketat dalam politik di Sabah. Walaupun di kalangan pemimpin politik seangkatannya, melabelkan Pandikar sebagai ‘panas baran’ tetapi dalam banyak peristiwa dan keadaan, Pandikar dilihat menjadi ‘tali penghubung’ antara pemimpin di Sabah dengan pemimpin di Kuala Lumpur. Menduduki beberapa jawatan menteri di Jabatan Perdana Menteri pada era Tun Mahathir, kemudiannya beberapa portfolio kementerian di Sabah sebelum itu,tentunya Pandikar Amin mempunyai kelasnya yang tersendiri. Sehinggakan kesanggupannya ‘membubarkan’ AKAR yang dipimpinnya walaupun pada ketika itu parti serpihan PBS itu menjadi parti komponen BN di Sabah yang paling dominan, adalah antara ‘budi’ besar Pandikar ‘mententeramkan’ suasana politik di Sabah setelah kemasukan UMNO di negeri itu pada 1991.


Sebab itu bagi saya peluang Pandikar menjadi ketua Menteri Sabah tetap ada,tetapi bukan sekarang. Kerana pada saya seorang yang menduduki ketua Menteri Sabah harus berjiwa rakyat. Merasai denyut nadi masyarakat Sabah. Mempunyai ikatan kukuh dengan pelbagai etnik di negeri ini. Bukan sekadar merancang pengaturan perjalanan pentadbiran dan ekonomi Sabah , melonjakkan kadar rezab negeri ke tahap berbillion,namun pada realiti di akar umbi semuanya itu tidak bisa di rasai oleh masyarakat peribumi. Masalah pengangguran, dan kenaikan harga barang keperluan masih menekan kehidupan masyarakat Luar Bandar dan pedalaman di Sabah. Pada waktu yang sama seorang ketua menteri Sabah harus berjiwa ‘pendesak’ sebagai menuntut hak-hak Sabah dan bukannya menjadi pak turut dan menunggu ‘langit’terbuka untuk mendapat hak Sabah yang masih belum terlaksana.


Di sepanjang penglibatan Tan Sri Pandikar Amin dalam politik dan pernah menduduki beberapa portfolio penting di peringkat negeri dan persekutuan, apakah Pandikar telah menunjukkan dalam tempoh itu bahawa beliau sememangnya seorang pemimpin yang merasai denyut nadi rakyat???? Saya tinggalkan kalian dengan persoalan ini.

Tuesday, August 7, 2012

Perubahan politik yang melanda bumi Sabah sejak akhir-akhirnya bukan disebabkan kerana rakyat Sabah benci kepada UMNO dan BN tetapi rakyat Sabah mahukan pemimpin lain selain Musa Aman untuk menerajui kepimpinan parti dan kerajaan di negeri ini.

Inilah inspirasi baru rakyat Sabah. Perdana menteri Datuk Seri najib Tun Razak sewajarnya peka kepada kehendak dan denyut nadi rakyat Sabah, luah seorang ahli akademik kepada saya semalam.

Sejak Musa Aman menerajui Sabah setelah penamatan sistem penggiliran Ketua menteri di Sabah, memang tidak dapat dinafikan bahawa Sabah mula menampakkan perubahan pembangunan yang memberangsangkan. Beberapa perubahan besar di ibu kota memperlihatkan Musa Aman seorang ekonomis dan politikus yang boleh merencakkan perkembangan ekonomi di Sabah. Itu harus diakui secara jujurnya. malahan pertambahan bajet negeri Sabah setiap tahun yang mencecah 4 billlion tertinggi dalam sejarah negeri di bawah bayu ini, satu lagi bukti Musa Aman berjaya mengurus perbelanjaan dan pendapatan negeri dengan cukup baik. Justeru apa sebenarnya  yang membuatkan rakyat tidak suka kepada Adun Sibuga ini?

Musa Aman dilihat 'memperjudikan' nasib rakyat Sabah dalam skala pelaburan ekonomi yang besar. banyak projek-projek mega yang dilakukan dan pelaburan berdaya saing yang dibuat memang benar mendatangkan keuntungan. Buktinya Sabah berjaya mencatat pertumbuhan ekonomi yang baik sepanjang Musa Aman menerajui kepimpinan negeri. TETAPI impak ekonomi itu tidak dirasai oleh rakyat Sabah yang tinggal di kampung dan luar bandar. masalah pengangguran masih menjadi 'silent killer' kepada masa depan belia di Sabah. Kenapa peluang pekerjaan tidak bertambah?

Ini disebabkan kerana projek-projek mega dan pelaburan besar yang dibuat oleh Musa Aman sebenarnya memberi untung kepada golongan tertentu sahaja dan bukan kepada rakyat Sabah di pedalaman dan luar bandar. Keuntungan besar dari projak mega dan pelaburan itu diperolehi oleh kerajaan negeri dan keuntungan itu kemudiannya di pusing kembali untuk mendapatkan projek dan pelaburan yang lebih besar. Memang benar kerajaan Sabah mempunyai nilai kewangan yang baik tetapi apa yang di mahukan oleh rakyat Sabah ialah mereka turut merasai keuntungan itu dalam bentuk pembangunan.

Lihat di kawasan-kawasan pedalaman dan kampung-kapung di setiap daerah di Sabah, berapa banyak projek pembangunan yang dilaksanakan di bawah kelolaan kerajaan negeri. Projek bekalan air bersih dan projek perumahan Rakyat termiskin (PPRT dan PPBR) serta pembinaan jalan raya, hampir 80-90% daripadanya adalah di laksanakan di bawah kelolaan kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang mendapat peruntukan terus dari kerajaan pusat.


Suatu ketika isu ini turut mewarnai politik Sabah, apabila dilaporkan berlaku sedikit salah faham antara Musa Aman dan datuk Shafie Apdal selaku Menteri Kemajuan Luar bandar dan wilayah kerana peruntukan itu tidak kononnya disalurkan terlebih dahulu di peringkat negeri.

Kes pengambilan tanah adat atau NCR yang dikatakan berada di bawah kuasa kerajaan negeri juga gagal diselesaikan oleh Musa Aman. Isu ini berlaku hampir di seluruh daerah di Sabah. Dan rakyat tahu bahawa penglibatan Musa Aman dan kroni dalam beberapa koperasi itu adalah berlaku.Ini juga menjadi isu besar mengapa rakyat Sabah mahukan agar peneraju kepimpinan UMNO di sabah diganti.


Seperti yang dilaporkan oleh media bahawa hampir 1000 orang jurutera di negeri ini gagal mendapatkan pekerjaan. begitu juga dengan aliran keluar belia Sabah  ke Semenanjung untuk mendapatkan pekerjaan juga adalah tinggi. Dua perkara asas ini adalah punca utama mengapa golongan muda berfikir untuk mengubah arus politik mereka. Kerana UMNO dan BN 'gagal' melunaskan keraguan dan kehendak masa depan golongan ini.

Isu-isu lama seperti perjanjian 20 perkara sedikit sebanyak menyemarakkan lagi ketidapuasan hati rakyat Sabah. Isu Royalti minyak dan keberadaan Sabah sebagai rakan kongsi dalam MALAYSIA juga tidak ditangani dengan baik walaupun UMNO telah melebarkan sayapnya di Sabah sejak 1991 lagi dan berjaya membentuk kerajaan pada tahun 1994. Isu PATI dan penubuhan RCI juga nampaknya diambil secara lewa oleh pimpinan negeri dan pusat. Musa Aman dilihat tidak mempunyai kewibawaan 'mendesak' untuk mengatasi permasalahan ini. Rakyat sabah mahukan ketua menteri yang lantang dalam memperjuangkan hak-hak Sabah termasuk mengatasi PATI ini.

Senario politik di Sabah tentunya tidak sama dengan di Sarawak. memang benar di bumi kenyalang itu sudah dengar ketidakpuasan hati mereka kepada Ketua menteri Tan Sri Taib Mahmud. Di Samping sudah terlalu lama menerajui kerajaan negeri, taib juga dikatakan memiliki aset kekayaan yang banyak. Kroni dan proksi juga telah lama mengambil tempat dalam ekonomi di Sarawak. Tapi bedanya ialah Taib mempunyai rangkaian pemimpin yang Taat dan Setia kepada beliau. sebab itu Taib masih mampu bertahan.Tidak kedengaran ada suara dari kalangan pemimpin BN Sarawak yang mendesak Taib untuk berundur secara terhormat dan dipublishkan oleh media.

Di Sabah, Musa Aman tidak mempunyai rangkaian di kalangan pemimpin UMNO dan BN. LDP misalnya dalam beberapa tahun lepas menyuarakan secara lantang tidak mengiktiraf kepimpinan Musa di Sabah. Di . Di kalangan parti-parti komponen BN juga menyuarakan isu yang sama tetapi dalam keadaan yang senyap. Di dalam UMNO Sabah sendiri, Musa Aman tidak mempunyai kedudukan kukuh apabila timbul keraguan terhadap sokongan kepada ketua menteri Sabah itu.

Sebab itulah dalam waktu terdekat ini selain daripada Datuk Lajim dan Datuk Wilfred Bumburing, dispekulasikan lagi bahawa akan ada pemimpin di kalangan UMNO Sabah meninggalkan parti tersebut. Di pantai timur sudah kedengaran beberapa nama seperti Datuk Osu, Datu Askalani, Datuk Rahim Ismail, Datuk Safawi, Datuk Amir Kahar,Datuk Samsu, Datu Yahya Lampong, Datuk Tahir , Datuk Nahlan, Datuk Zaki, dan  Dr.Patawari.


Dalam politik penafian adalah kebenaran yang tertunda. Berapa ramai pemimpin yang pada awalnya menafikan desas-desus percaturan politik peribadi mereka seperti yang dicetuskan oleh media tetapi akhirnya kemudiannya melakukan seperti yang dikhabarkan itu. Berapa ramai politikus yang membuat tindakan secara mengejut untuk menyelamatkan idealisme perjuangan mereka. 

Justeru itu dalam politik tidak ada sesiapa yang boleh memberi jaminan secara total. Semuanya adalah serba kemungkinan dan politik juga sentiasa berubah-ubah mengikut sifat fleksibilitinya.

Bila Presiden UPKO, Tan Sri Bernerd Dompok Menyatakan keyakinan bahawa tidaka akan ada lagi pemimpin parti itu keluar BN lagi sesudah Wilfred Bumburing, saya jadi pasif kerana secara terbaliknya, akan berlaku lagi insiden pemimpin UPKO atau parti serpihan PBS itu melakukan kejutan politik di Sabah menjelang PRU 13. 

Lihat kenyataan  Dompok ini seperti yang disiarkan oleh BERNAMA:

PRESIDEN Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok yakin tiada lagi wakil rakyatnya akan bertindak keluar parti dan menyokong pembangkang.


Sehubungan itu beliau menggesa pihak yang berkenaan agar berhenti daripada menyebarkan desas-desus berkaitan perkara tersebut, susulan tindakan timbalan presiden parti Datuk Wilfred Bumburing yang juga Anggota Parlimen Tuaran meninggalkan Upko.


"Upko menentang tindakan itu (ahli politik lompat parti). Khabar angin ini telah lama tersebar dalam parti. PM (Perdana Menteri) tahu mengenai perkara ini kerana saya telah maklumkan kepada beliau.


"Sekarang perkara itu telah berlaku dan saya yakin tidak ada lagi MP (anggota parlimen) dan ADUN yang akan keluar parti," katanya kepada pemberita.


Terdahulu, Dompok yang juga menteri perusahaan perladangan dan komoditi melancarkan sambutan hari kebangsaan kementeriannya, Jabatan Audit Negara dan Jabatan Imigresen, di Putrajaya.


Semalam sebuah akhbar tabloid melaporkan 13 lagi ahli politik Sabah termasuk ADUN, MP dan senator akan keluar parti masing-masing dan menyokong pembangkang.


Bulan lepas Anggota Parlimen Beaufort yang juga Ketua Umno bahagian itu Datuk Seri Lajim Ukim dan Bumburing secara terbuka menyatakan sokongan kepada pembangkang menerusi penubuhan parti baharu Pakatan Perubahan Sabah.


Khamis lepas Dompok menepis khabar angin UPKO akan keluar daripada BN dengan menyatakan: "Kami fikir BN yang mampu berikan apa yang kami mahu."


Mengenai Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) pendatang asing di Sabah, Dompok berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan perincian termasuk terma rujukan serta senarai anggota panel pada Sabtu ini.


"Kami sudah lama meminta penubuhan RCI ini. Kami hargai keikhlasan Najib menubuhkan RCI bagi menyelesaikan isu yang sudah berlarutan sejak dahulu lagi.


"Saya telah berkhidmat di bawah tiga perdana menteri, tetapi hanya Najib bersetuju untuk menubuhkan RCI. Saya hormati beliau atas tindakannya itu," katanya. (Bernama)

Saturday, August 4, 2012

Jika benar apa yang disiarkan oleh laman Blog ini, maka akan menyaksikan BN di Sabah akan lumpuh sepenuhnya. Maka akan ada ertinya lagi Fixed Deposit bagi Datuk Seri Najib?


Selepas Ahli Parlimen Beuafort YB Datuk Seri Lajim Hj. Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran YB Datuk Wilfred Boomboring, ada tiga nama lagi diperayai akan menyusul dalam masa terdekat, mereka adalah Ahli Parlimen Penampang YB Tan Sri Bernard Dompok, Ahli Parlimen Ranau YB Siringan Gubat dan Ahli Parlimen Putatan YB Datuk Dr. Marcus Mojinggoh.


Manakala di peringkat ADUN Sabah pula mereka yang dijangka akan turut berbuat demikian ialah ADUN Moyog YB Donald Peter Mojuntin, ADUN Kuala Penyu YB John Teo Mau Sing, ADUN Kuamut YB Masiung Banah, ADUN Paginatan YB Datuk Ewon Ebin, ADUN Bingkor YB Justin Guka dan ADUN Nabawan YB Datuk Bobby Suan. Enam orang kesemunya.

PETALING JAYA: Bibit-bibit tidak puas hati Sabah terhadap kerajaan Pusat susah mula tercetus sejak pilihan raya umum 2008, kata penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani.


Beliau juga berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga lambat bertindak untuk menyelesaikan masalah di Sabah itu.


“Najib nak pergi Sabah pada 11 Ogos ini, ini sudah terlambat. Sepatutnya dia jumpa pemimpin-pemimpin itu sejak awal lagi.


“Bincang dengan mereka…selesaikan awal-awal,” kata beliau ketika dihubungi petang ini.


Walaupun, Sabah memberi kemenangan besar kepada BN tetapi Pusat tidak melayannya dengan baik, tambah beliau.


Bagaimanapun, Dr Mohd Azizuddin menegaskan banyak faktor yang menyebabkan rakyat Sabah tidak puas hati atau pun marah kepada Pusat.


“Orang Melayu marah kerana isu pendatang asing tidak diselesaikan. Mereka merasa pendatang asing ini telah merampas hak-hak mereka.


“Orang Kadazan pula mahukan jawatan Ketua Menteri sebagaimana era pemerintahan Tan Sri Pairin Kitingan. Mereka marah kerana penggiliran jawatan Ketua Menteri sudah ditiadakan,” katanya lagi.


Jawatan Ketua Menteri kini disandang oleh Datuk Seri Musa Aman dari Umno.


Isu pembangkang lebih menarik


Dr Mohd Azizuddin menambah, pembangkang telah membentangkan isu-isu yang lebih menarik minat orang Sabah.


Katanya, isu seperti pemberian royalti minyak dan ekonomi diterima oleh orang Sabah.


Bagaimanapun, beliau berkata masih awal untuk mengatakan Sabah akan membuka laluan kepada Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Pusat dalam pilihan raya umum akan datang.


“Tetapi jika lebih ramai lagi pemimpin Sabah keluar BN, ini bermakna negeri itu bukan lagi simpanan tetap kepada BN.


“Saya nampak gelombangnya sudah ada tetapi masih awal untuk melihat hasilnya,” tambah Dr Mohd Azizuddin.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan dua pemimpin BN Sabah – Datuk Seri Lajim Ukin dan Datuk Seri Wilfred Bumburing – meninggalkan parti itu.


Lajim merupakan ahli Parlimen Beaufort dan bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan manakala Wilfred adalah ahli Parlimen Tuaran. Senator Datuk Maijol Mahap juga mengisytiharkan keluar BN hujung minggu lalu. (FMT)

Friday, August 3, 2012

Perdana Menteri Datuk Seri Najib  berkata beliau sendiri terpaksa turun ke Sabah ekoran pembelotan dua anggota Parlimen BN, di mana beliau akan mengumumkan terma rujukan untuk suruhanjaya diraja (RCI) bagi menyiasat isu pendatang haram negeri itu.

Ini juga membuktikan bahawa misi timbalannya, Muhyiddin Yassin yang datang minggu lalu gagal menghalang dua ahli parlimen BN dari berpaling tadah.

Beliau juga tidak menolak kebimbangannya bahawa lebih ramai anggota parti komponen BN akan keluar beramai-ramai, antaranya daripada Upko dan Parti Liberal Demokratik (LDP).

Beberapa nama sudah berada dalam senarai untuk keluar dari BN tetapi Pakatan Rakyat masih merahsiakannya sehingga Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berada di Sabah pada 12 Ogos nanti.

Anwar dijadual akan bertemu dengan beberapa lagi ahli parlimen bagi tujuan perbincangan lanjut termasuk beberapa pemimpin parti komponen BN yang berhasrat untuk bersama Pakatan Rakyat.

Buat masa ini, ahli parlimen Beaufort, Lajim Ukin ditugaskan 'menyerang' kawasan pantai barat Sabah manakala Wilfred Bumburing yang juga ahli parlimen Tuaran diberi tanggungjawab memastikan sokongan dari kaum Kadazandusun Murut (KDM).

Bagi pantai timur Sabah pula, Anwar akan merangka strategi bagi menembusi kubu pendatang asing tanpa izin terbesar yang sebenarnya terdapat di bahagian itu.

Pantai timur mempunyai lebih sembilan kerusi parlimen dan 18 kerusi DUN yang mesti digempur dari masa ke semasa, termasuk kubu kuat Naib Presiden Umno, Shafie Apdal di Semporna.

"Setakat ini ia hanya desas desus, tetapi apa yang lebih penting sekarang, kedudukan kita tidak tercancam dan kita mampu menangani cabaran ini," katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, beliau berkata, BN akan mengambil langkah yang perlu untuk mengukuhkan Umno dan BN di negeri itu.

RCI itu diumumkan pada 1 Jun lalu tetapi belum ada sebarang perincian dikemukakan setakat ini.

Najib  berkata beliau sudah bertemu beberapa pemimpin BN Sabah ekoran pembelotan sebelum ini tetapi akan sekali lagi turun pada pada Sabtu ini.

Isu melibatkan Sabah khususnya keputusan Lajim Ukin tidak akan melambatkan rancangan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU), katanya.

"Ia tidak akan melambatkan rancangan untuk diadakan pilihan raya," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Najib  yang disebut-sebut akan memanggil PRU13 selepas sambutan Aidilfitri berkata, kemungkinan ia akan diadakan tahun ini dan jika tidak, tahun depan.

"Kita tidak tahu bila pilihan raya akan diadakan. Sama ada tahun depan atau tahun ini.

"Tidak boleh menganggap ia (diadakan) tahun ini, boleh jadi tahun depan. Tidak boleh menganggap tahun depan, boleh jadi tahun ini," kata Presiden Umno ini.

Pada 28 Julai lepas, Lajim mengumumkan perletakan jawatan sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi BN Beaufort berkuatkuasa serta-merta.

Bagaimanapun, beliau masih kekal sebagai anggota Umno.

Lajim yang mengumumkan peletakan jawatannya di Likas Jaya, dekat Kota Kinabalu, menyerahkan kepadanya untuk menentukan kedudukannya sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Pada 31 Julai, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memberi perkenan terhadap pembatalan pelantikan Lajim sebagai timbalan menteri itu.

Umno juga dilaporkan menghantar surat tunjuk sebab kepada Lajim berhubung perletakan jawatannya dalam parti dan BN untuk dijawab bagi pertimbangan untuk tindakan seterusnya sebagaimana tertakluk dalam perlembagaan Umno.

Mengenai desas-desus bahawa Anwar Ibrahim menawarkan Lajim bertanding pada PRU13 atas tiket pakatan pembangkang, Najib Altantuya berkata: "Itu biasalah, itu kerja dia. Dia biasa buat janji macam-macam."

Sementara itu, ditanya mengenai persepsi umum terhadap kerajaan berhubung penahanan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, yang mendedahkan penyata akaun projek National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), Najib berkata, beliau tidak boleh mengulas lanjut kerana ia sedang melalui proses mahkamah.

Bagaimanapun, katanya, sekiranya seseorang itu mempunyai maklumat sulit mengenai sesuatu, mereka seharusnya mendedahkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan bukannya kepada umum.

"... kerana jika anda dedahkan, anda menentang Bafia (Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan)... dan sebab kenapa Bafia wujud adalah bagi melindungi integriti dan kredibiliti sistem kewangan.

"... kerana sesiapa yang mempunyai akaun dalam sistem kewangan mesti merasai bahawa orang itu dilindungi dengan baik atau jika tidak orang ramai tidak akan menyimpan wang dalam sistem itu dan ini bertentangan dengan kepentingan umum.

"Tetapi ia tidak bermakna kita akan membenarkan amalan rasuah atau pengubahan wang haram kerana anda akan sentiasa mendedahkan maklumat berkenaan kepada pihak berkuasa yang berkenaan," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
Khabarnya DSAI akan ke Sabah pada 12 ogos ini dengan membawa perkhabaran politik baru. tentunya ada yang lebih besar dan lebih penting setelah Lajim dan Wilfred bisa di tawan oleh mantera politik Mantan Timbalan perdana menteri ini.

"More positive news will be coming" kata Anwar Ibrahim.

Barangkali Anwar Ibrahim yakin positif seperti yang berlaku kepada Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing.


Kedua-dua pemimpin ini sudah diberikan tugas khas oleh Anwar untuk menarik seberapa ramai pemimpin UMNO, UPKO, LDP dan PBS untuk serta bersama dengan Ketua Pembangkang.


Sumber dalaman PKR memberitahu setakat ini Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing masih gagal menarik mana-mana pemimpin BN di Sabah. Ramai yang masih berdiri teguh dibelakang DS Najib.


Cuma ada dua tiga nama pemimpin BN Sabah ini masih 50-50 mahu lompat atau mahu terus bersama BN ... Takut miss soru kata sumber dalaman PKR.


Lajim dan Wilfred mahu Anwar turun ke Sabah secepat mungkin. 12 Ogos ini adalah tarikh yang sesuai untuk memancing dua tiga pemimpin BN Sabah ini ... Ghafur salah seorang daripadanya.
KUALA LUMPUR : Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Musa Aman menolak sama sekali dakwaan yang mengatakan parti itu berada di ambang perpecahan.


Sebaliknya, beliau menegaskan bahawa parti itu sentiasa berada dalam keadaan mantap dan kukuh dengan kesemua anggotanya kekal bersatu padu.


Musa, yang juga Ketua Menteri Sabah, berkata walaupun dilanda pelbagai kontroversi namun beliau tetap yakin dengan keutuhan Umno negeri dapat menghadapi apa juga cabaran.


“Apa yang penting adalah kita (Umno) di dalam BN begitu kuat dan mantap... biasalah ada satu dua orang yang kurang senang hati tetapi biarlah mereka kerana apa yang mereka lakukan adalah terpulang kepada mereka sendiri,” katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa anjuran Yayasan Sabah di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), kelmarin.


Seramai 1,300 penuntut kelahiran Sabah yang belajar di institusi pengajian tinggi di Semenanjung diraikan pada majlis tersebut.


Musa berkata jentera pilihan raya Umno dan BN negeri Sabah sudah bersedia sepenuhnya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang dijangka berlaku bila-bila masa sahaja.


Katanya senarai nama calon dari kalangan anggota Umno Sabah juga telah dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


“Kita telah hantar lebih kurang tiga nama bagi setiap kawasan termasuk bagi calon di kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen,” katanya.


Mengulas mengenai spekulasi yang mengatakan terdapat lebih ramai lagi pemimpin dan anggota BN Sabah yang akan bertindak keluar parti, beliau mendakwa isu tersebut sengaja dimainkan pembangkang.


“Janganlah buang masa dengan spekulasi. Ini sengaja yang dimainkan oleh pembangkang. Yang penting kita sebagai kerajaan bekerja siang malam untuk rakyat dan tiada masa untuk cakap kosong ini,” katanya. (Bernama)

Wednesday, August 1, 2012

DESAS-DESUS terbaru dari kedai kopi sekitar bandaraya Kota Kinabalu dipanaskan dengan cerita kononnya UPKO akan meninggalkan BN untuk menyertai PR ekoran daripada tindakan Timbalan Presidennya, Datuk Wilfred Mojilip Bumburing dalam satu majlis di Tuaran baru-baru ini.


Cerita ini dipanaskan lagi apabila Bumburing dalam ucapannya tiada menyebut beliau keluar meninggalkan UPKO, cuma menyatakan halatuju politiknya akan bersama PKR-PR. Ini bermakna, Bumburing hanya keluar BN tetapi kekal sebagai ahli UPKO.


Desas-desus ini selanjutnya mengatakan bahawa sebenarnya telah berlaku perpecahan dalam UPKO itu sendiri. Pecahan pertama ialah UPKO-PRO-BN yang diketuai oleh Tan Sri Bernard Dompok, manakala kumpulan kedua ialah UPKO-ANTI-UMNO yang juga terbahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama UPKO-ANTI-UMNO-PRO-PR diketuai oleh Bumburing, dan UPKO-ANTI-UMNO-PRO-HAK SABAH diketuai oleh Datuk Wences Angang.


Bumburing dikatakan akan membawa sebahagian besar pemimpin dan penyokongnya, terutama dari luar kawasan UPKO sebab ini saja cara bagi mereka untuk berpeluang dicalonkan dalam PRU13 nanti.


Desas-desus ini diperkuatkan lagi dengan kemungkinan mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi UPKO yang dijadual akan diadakan pada 24 Ogos 2012 ini akan memberikan ultimatum kepada Presiden parti untuk keluar meninggalkan BN, yang menurut mereka telah dibolot kuasa oleh UMNO, atau berhadapan dengan kemungkinan mass exodus..


Sekiranya ada kebenaran dari desas-desus ini, persoalan utamanya ialah ke manakah halatuju politik KDM dalam UPKO selepas ini?



Bagi permbaca tetap blog dan pengikut setia FCB kelapamawar ini Tentu anda masih ingat tentang artikel yang pernah disiarkan dalam blog ini berkaitan dengan perjumpaan ketua-ketua cawangan UMNO di Dewan Restoran Mayangsari tempoh hari. Antara isu ketua-ketua cawangan ini ialah kesukaran untuk menemui MP Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan. Para pegawai kanannya di pejabat Perhubungan Parlimen KB juga dikatakan bersikap kasar dan sombong.
Pada hari ini saya juga terkejut membaca apa yang dipaparkan oleh MP Kota Belud ini dalam laman fcbnya. Serta komen-komen yang diberikan oleh pengunjung laman FCB beliau:

Saya dapat makluman dari Jab Air KB berlaku gangguan air ke timbang dayang, kuala abai, kota peladok, kg labuan, lebak moyoh, taman nikmat, lentigi, pengkalan abai, paka2, kota peladok, smk usukan, wakaf dan sepanjang jalan kk. Ini disebabkan paip pumping utama ke tangki JKR telah pecah. Jika pembaikan berjalan lancar air akan pulih semula lewat malam ini. Harap bersabar.

Barangkali betul apa yang Rafizi Ramli katakana kepada Khairy Jamaluddin ketika debat Pemansuhan PTPTN tempoh hari  bahawa kebanyakkan pemimpin UMNO dan BN hanya bersandarkan kepada laporan orang lain dalam hal-hal bersangkutan dengan rakyat.
Lihat bagaimana MP Kota Belud ini boleh menerima laporan itu bulat-bulat sedangkan di beberapa kawasan yang disebutkan itu memang sejak 20 tahun lepas paip di kawasan mereka tidak mempunyai air. Apakah data yang diperolehi oleh DARD ini tidak disaring oleh beliau dan pegawai-pegawainya?

Kalaupun beliau terlalu sibuk dengan aturcara politiknya, tak kan para pegawainya tidak memaklumkan kepada beliau? Ini menggambarkan seolah-olah MP KB ini tidak mempunyai data lengkap tentang kawasan-kawasan di parlimen KB yang semamangnya menghadapi masalah bekalan air paling kritikal, sedangkan sebelum ini beliau telah menjadi ‘hero’ kepada masalah itu.

Lihat Komen-komen berikut:


Mohd Sukri kamarzaman :26thn suda sya hidup blum pernah kuar air paip d kuala abai, ling jomo paip jo lawa Tp nyaun bue'a ni... Embo ngakal pan hahaha apa2 pn slmt brpuasa semua, Jgn mrh2 n tingkatkn amal... :)

Jmun Salina Kb:Bertahun-tahun sudah batang paip dipasang di kg Kota Peladok tapi tidak ada air yang dikeluarkan...ramai org kg terpaksa menggunakan air lupak yg diisap drpd. bawah tanah atau menggunakan sungai bercampur taik kerbau utk keperluan harian....so maasalah tersebut tak ader maknernya...

Azrean Adak : klau d kota peladok...bkn sebab paip pumping pecah......sda bertahun2 tidak ada air....

Alikah Abin: Kawasan Dun Usukan ini sudah ada yg jadi ketua Menteri Sabah (Anak Beranak lgi tu) tapi mcm inilah keadaannya.......Kalau inilah yg di calonkan balik matai kiti anak sama gai2 jo mangan sen a....


p/s: Komen kelapamawar: bagaiamana seorang YB yang begitu rancak dengan turun padangnya tidak mengetahui keadaan kawasan yanhg diwakilinya?