KELAPA MAWAR

Monday, August 6, 2018

TUARAN DI ISYTIHAR WABAK SELESEMA BURUNG



Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Sabah sudah melupuskan kira-kira 10,000 ekor ayam di sebuah ladang ternakan ayam di Tamparuli yang sebelum ini diisytiharkan dijangkiti virus selesema burung, setakat Isnin.

Timbalan Pengarah JPV Bahagian Kesihatan Sabah, Dr Peter Lee Ah Kong, berkata jumlah berkenaan adalah sebahagian daripada 28,000 ekor ayam yang akan dilupuskan di Tamparuli ekoran pengesanan virus selesema burung di sebuah ladang di kawasan itu.

"Selebihnya (18,000 ekor ayam) lagi akan mula dilupuskan esok (Selasa). Walaupun ladang ternakan ayam yang satu lagi ini (yang menempatkan 18,000 ekor ayam) tidak dijangkiti, tetapi ia perlu dilupuskan juga kerana ia terletak di radius satu kilometer daripada wabak itu dikesan," katanya.

Menurutnya, ayam kampung yang diternak penduduk di kawasan wabak juga akan mula dilupuskan pada Selasa namun ia akan dilakukan pada waktu malam apabila unggas itu tidur.

Sementara itu, Lee berkata JPV dengan kerjasama pihak polis masih meneruskan sekatan jalan raya 24 jam di jalan masuk ke kawasan wabak berkenaan bagi memastikan tidak ada ayam dibawa keluar dari kawasan itu.

Pada 3 Ogos lepas, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Junz Wong mengisytiharkan Tuaran sebagai kawasan wabak penyakit selesema burung selepas ayam di sebuah ladang ternakan ayam di daerah berkenaan didapati dijangkiti virus itu. -- Bernama

2 comments:

  1. Diharap Virus ini tidk akan dan merebak d KBelud.

    Bgitu juga harapan rkyat, virus ini tidk akan merebak d perkampungan Tamau, di Kg Tamau tempat kelahiran Kelapa Mawar tidak terjaga ternakan ayam kampung. Kbnyak ayam ayam kampung berkeliaran di jalanraya.

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing, great post!

    Áo khoác Đà Lạt chuyên sỉ và lẻ áo khoác áo khoác nam với giá ưu đãi nhất 2020. Luôn cập nhật mẫu mới chất lượng và dày ấm nhất kể cả với thời tiết lạnh giá các nước có du học sinh và xuất khẩu lao động. Aokhoacdalat.com được đồng hành cùng các bạn!!!!

    ReplyDelete