Ketika Bloggers Seliu-liu ‘disibukkan’ dengan jalanraya Bypass Kota Belud-Kudat yang dikatakan diilhamkan oleh DSSK dan digambarkan sebagai gagal membawa dan melonjak ekonomi di Pekan ‘koboi” ini…Jalan raya itu juga dicanangkan oleh seliu-liu sebagai “jalan raya penindasan” kerana kata beliau, jalan raya itu mematikan pendapatan ekonomi penduduk kampung-kampung yang terlibat terutama kampung Labuan dan wakaf. Dikatakan juga sawah padi menjadi kering kontang kerana system pengairan yang terputus akibat pembinaan jalanraya..kemudian ramai penduduk yang ditekan menggunakan akta tanah yang menyatakan bahawa kerajaan berhak mengambil tanah rakyat jika diperlukan untuk pembangunan…kemudian juga hingga kini ramai yang belum mendapat pampasan sewajarnya..selain daripada isu perobohan warung-warung tepi jalan yang dibuat oleh penduduk. Menggambarkan bagaimana Dahsyatnya projek pembinaan jalan raya Bypass ini…Jika seseungguhnya yang demikian, matlamat pembinaan jalanraya Bypass ini yang diwar-warkan sebagai ‘penyelesaian’ isu kesesakan di pekan Kota Belud nyata tidak berhasil sebaliknya menimbulkan ‘kesesakan’ di hati rakyat. Dan biarpun isu ini kerapkali dipaparkan dalam blog namun , DSSK ‘gagal’ memberikan penjelasan secara terbuka. Mana silapnya..?
Pada waktu yang sama, kita masyarakat di Kota Belud rasa beruntung dengan satu lagi projek mega iaitu Projek jelapang Padi ‘guna meningkatkan pendapatan rakyat dalam bidang pertanian.Projek ini bernilai RM 71.5 juta dan melibatkan kawasan seluas 1382 hektar dijangka siap pada tahun 2011, Khabarnya projek itu sedang rancak dalam permulaan di kampung Kaguraan. Setakat ini rakyat masih ternanti-nanti dengan kesudahan projek ini walaupun dikatakan memakan masa 2-3 tahun berikut untuk siap sepenuhnya. Projek yang dikatakan akan menjadikan kota Belud sebagai daerah pengeluar padi utama di Sabah. Namun belumpun sampai 15% projek itu berjalan, sudah kedengaran pelbagai isu yang berbangkit terutama berkaitan dengan masyarakat kampung di Kaguraan.
Khabarnya projek itu menghadapi masalah pengambilan tanah masyarakat kampung, termasuk tanah-tanah yang belum dikenalpasti identity dan kedudukan pemiliknya. Terdengar sudah suara-suara orang kampung kononnya, projek itu mengambil alih tanah penduduk kampung yang berpuluh tahun telah mereka usahakan tanpa perbincangan yang sewajarnya. Selain itu, pembinaan awal projek ini didakwa oleh penduduk kampung sebagai ‘merosakkan’ tanah dan tanaman mereka di samping menyukarkan mereka pergi ke kawasan tanah mereka yang berdekatan. Beberapa orang kampung yang sempat saya temui juga mengeluh kerana pencemaran kelodak dan lumpur juga begitu membimbangkan sekaligus mencemarkan air sungai tempat mereka memukat udang dan ikan.
Apa yang membimbangkan kita ialah kesilapan Projek jalanraya Bypass yang dikatakan oleh Seliu-liu akan berulang. Kehendak dan kepentingan rakyat di kawasan yang terlibat tidak diambil kira. Apa yang menjadi harapan kita ialah agar YB Tempasuk dapat memperincikan permasalahan penduduk kampung ini supaya tidak lagi kedengaran suara-suara sumbang yang menyakitkan hati dan telinga. Kerana baik manapun sesuatu perojek yang dikatakan memberi impak kepada peningkatan taraf hidup rakyat, namun jika tidak disusuli dengan penerangan yang jelas dan bersepadu, maka projek itu tetap akan menjadi “isu” yang besar. Dan orang-orang yang berkepntingan akan menggunakan isu ini untuk menggambarkan bahawa projek itu gagal mencapai matlamatnya. Jangan nanti berlaku seperti “Rumah Siap Pahat berbunyi”
salam sdri Kelapa Mawar..
ReplyDeleteMusim panas dan hujan sekarang ini membuatkan kita makin mencari air kelapa mawar..menghilangkan dahaga di tekak yang kering ini..
saya terdengar adea khabar bahawa akan ada beberapa orang ingin menemui TSP mengadu masalah hal tanah kampung yg terkena projek Datu Musbah ini..
Ad juga saya dengar orang-orang DSSK dan TSP sudah memaklumkan kepada dua orang pemimpin ini..tentang permasalahan yang dihadapi..
Isu pengambilan tanah orang kampung di Kaguraan adalah isu yang besar, perlu diselesaikan supaya projek bernilai RM 71 juta ini akan dapat berjalan dengan lancar dan berjaya.
Jangan jadi nanti seperti apa yg berlaku dengan jalan Raya Bypass yang biarpun cukup baik untuk Kb tetapi diekspolitasi oleh golongan tertntu..kononya DSSK dan TSP untung berjuta ..
Salam hormat..
PT
Kak Kelapa Mawar..
ReplyDeleteJika benar apa yang berlaku..maka kelancaran projek ini akan terganggu..menyebabkan peruntukan juga mungkin akan dikurangkan...
Pampasan kea atas tanah-tanah penduduk kampung kaguraan dan nkampung berdekatan harus segera diselesaikan..jangan sampai orang kampung buat demonstrasi pula..
Selain itu YB Datuk Musbah harus menyelidiki hal ini juga sama ada benar-benar berlaku atau ada orang yang mengambil kesempatan dan memperbesar-besarkan perkara ini sebagai usaha menjatuhkan reputasi YB Musbah...
Perancangan yang teliti pernah dilakukan sebelum ini sehingga seorang YB di KB menjadi operhatian SPRM..
Berhati-hatilah Datuk!!!
Kota Belud ingin menjadi Projek jelapang padi! realiti atau fantasi.Untuk menjadi Jelapang padi kenalah mempunyai saiz keluasan tanah yang telah ditetapkan. Macam mana lah dengan Tanah taukeh cina kat tepi jalan baru status tanah padi tapi dijadikan tempat pengumpulan batu-batan.
ReplyDeleteSalam Kelapa Mawar,
ReplyDeleteNampak nya isu ‘Jelapang padi’ di KB telah diperbesar-besarkan dari aspek negatif nya.
Tidak kurang juga dengan nasib jalan lintas KB-Kudat dan lain-lain projek yang telah diluluskan oleh wakil-wakil rakyat di sana. Semua nya menerima nasib yang sama..Negatif ?
Kalau negatif nya banyak, Positif nya dimana sih?
Cuma saya kurang pasti sama ada perspective negatif ini di kongsi bersama oleh semua rakyat KB (terutama sekali rakyat Usukan dan Tempasuk) atau pun tidak, kajian statistic secara total juga akan menentu nya.
Walau macam mana pun, pemerhati politik dan bloggers mempunyai pandangan dan istillah peribadi masing-masing, ya? Siapa yang betul atau siapa yang salah pun susah juga untuk kita pertikaikan.
Kerana Dalam dunia cyber tanpa sempadan ini, hak menulis ada lah milik masing-masing.
Dalam kes yang sama saya telah ditemui oleh salah seorang penduduk yang tanah beliau telah terlibat dalam pembinaan saluran air untuk tujuan membantu perjalanan air ke jelapang padi yang dicadangkan.
Beliau menyuarakan ketidak puasan hati kerana saluran air tersebut terpaksa melalui beberapa keeping tanah beliau.
Untuk meringkaskan cerita, beliau lebih mempersoalkan tindak-tanduk consultant yang di pertanggung jawab kan. Bukan nya Ahli Yang Berhormat.
Makna nya, dalam isu tersebut, beliau sedar siapa yang sepatut nya di pertanggung jawabkan.
Saya difahamkan bahawa YB hanya melaksanakan dasar, manakala perjalanan projek-projek tersebut diserahkan sepenuh nya kepada Pegawai Kerajaan atau pun badan consultant professional yang di pilih oleh kerajaan.
Kecuali kalau timbul masaalah social akibat projek tersebut, maka YB masing-masing di minta untuk membantu kearah penyelesaian.
Namun apa yang kita nampak disini, terdapat juga penulis yang asek-asek hanya mempersalahkan pehak YB; kerana kelembatan atau pun kegagalan projek-projek tersebut..aneh juga ya?
Untuk mengurangkan kekeliruan, mungkin ada juga baik nya kalau kita soal selidik sejauh mana kah tugas resmi dan kuasa wakil-wakil rakyat sebenar nya?
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletesalam sdri KM
ReplyDeletemasalah ini harus di beri perhatian oleh DMHJ untuk kebaikan penduduk yang terlibat secara langsung atau pun tdk.
setiap perkara mempunyai negatif dan positif tp jika perkara negetif di tanggani dengan kreatif maka negatif boleh jadi positif.
positif tak pergi mana2 abg solymone. jika sesuatu perkara itu negatif nya byk dr positif maka org akan ckp negatifnya tdk akan timbul isu positif, itu lah lumrah manusia. setiap perkara negatif di selitkn dengan positif.
cadangan sy DMHJ mesti kaji masalah ini dengan teliti, klu perlu turun pdg, buat satu perjumpaan dgn penduduk yg terlibat, hal ini lebih baik kerna conversion yg paling bkesan ada face to face..
thanks..
saya amat bersetuju jika yang dibincangkan ialah projek jelapang padi tanpa mengaitkan nama Datuk Musbah..dalam mengilhamkan projek jelapang padi, kita tidak nafikan peranan ADUN Tempasuk itu tetapi kita jgn juga lupa peranan pegawai kerajaan, pegawai penyelidik termasuk sdra kita Kibin Hj Samad dan IDS.
ReplyDeletetetapi melabelkan sesuatu projek dengan nama YB hanya akan mengundang kritikan dan masalah kepada YB berkenaan.
Jika setiap satu projek di KB dinamakan atau dikaitkan dengan YB, menjadi masalah juga. ada projek sebagai contoh dimulakan atas ilham seorang YB tetapi bila projek siap YB telah bertukar ganti. Menjadi masalah juga jika nama YB terdahulu tidak disebut. tetapi jika disebut, bimbang YB yang ada akan rasa tidak dihargai.
Maka itu walaupun Tun Mahathir menjadi PM selama 22 tahun, tiada satu projek pun disebut projek Tun Mahathir. Umpamanya Menara Berkembar Petronas tidak dipanggil Menara Berkembar Petronas Mahathir. Begitu juga Formula 1, tidak disebut Formula 1 Mahahtir!
Salam MO
Salam Kelapa Mawar,
ReplyDeleteIni Senyum Kambing patut pun kasi tuhan jadikan dia kambing, sebab akal bintang, kalau manusia jadi macam kambing, manusia itu bukan lagi manusia tapi dah jadi kambing. Saya hairan ini senyum kambing sakit hati betul sama roslan manshor. Kalau berani jumpa dia ba , selesaikan masalah kamu berdua, barulah anak jantan. Saya dengar si Roslan dah mula merisik siapa senyumkambing ini, kalau dia dapat tahu, dia tinggalkan batang gigi dia cukup-cukup makan sahaja. Berani tapi penakut.
Salam Aidiladha adindaku Kelapa Mawar...
ReplyDeleteTerima kasih atas ulasan tentang Kudat Bypass yang menjadi tekanan kepada rakyat Labuan dan Wakap.
Memang betul kata adinda SSK perlu membuat kenyataan terbuka mengenai projek yang mengikut SSK memacu ekonomi rakyat...
Kemajuan apa yang dimaksudnya?
Pendedahan eksklusif rakyat tertindas yang disampaikan kepada seliu-liu bukan cerita jenaka atau kiasan Siti Farhana (Siti Farhana berkias menghukum kegagalan SSK sedangkan seliu-liu berterus terang cuma menamakan watak SSK sebagai mamanda).
Ia cerita betul yang dianggap SSK sebagai persembahan wayang pacak.
Saya dan sepupu saya Badery Haji Suhod sudah menghantar komen di facebook SSK untuk mengundangnya mengadakan dialog dan pembetulan fakta Kudat Bypass di kampung kami.
Mengenai komen saudara Musli, jangan salahkan YB... kata saya SSK juga jangan buat komen bodoh yang sembarangan dalam media yang membunuh perasaan pemilik tanah yang dirampas haknya.
Malah secara terbuka SSK mengumumkan kepada agensi berita rasmi Malaysia, Bernama yang projek itu ideanya untuk menyelesaikan masalah kesesakan pekan, meningkat ekonomi rakyat, meningkatkan sektor pelancongan dan memendekkan jarak.
Betulkah fakta dan hujah datuk ssk itu hanya Pardan Maji yang tahu (memetik kata-kata Siti Farhana konon Pardan penasihat SSK).
So saudara ku Musli Oli... bolehkan saya salahkan SSK?
salam KM,
ReplyDeletesatu posting yang tampak berat sebelah namun sangat relevan dalam situasi KB kini. Ada unsur mengkonspirasikan beberapa pemimpin dengan menggunakan penulisan blogger lains sebagai sandaran. apapun projek yang dilaksanakan seharusnya mendapat persetujuan penduduk kampung terlebih dahulu. jangan bila paip sudah terlanggar barulah kita tahu disana ada projek pembangunan. Apapun perkara yang kita usahakan lebih-lebih lagi yang sebesar jelapang padi memang bakal menempuhi cabaran yang agak menggusarkan. perkara ini sama juga seperti kudat bypass.pasti ada halangan untuk berbakti pada rakyat. bila idea kedua-dua projek ini diakui oleh kedua pemimpin bajau utama, masing-masing cuba untuk mencari permasalahan dalam pelaksanaan projek yang dijalankan. satu perkembangan positif kerana kita dapat tahu apa yang berlaku disebalik projek mega yang sedang dijalankan walaupun kami pembangkang di KB kurang bersuara.usaha yang murni seharusnya diteruskan dan bila kita adalah seorang penyokong tegar pemimpin tertentu kita tidak seharusnya menidakkan hak pemimpin yang lain membela rakyatnya. jangan bila idola kita punya idea projek semua ok, dan bila yang dibenci semuanya penindasan.seharusnya kita hargai usaha setiap YB atau pemimpin untuk membantu rakyat.pertikaian seperti ini bakal mewujudkan pihak opportunist politik merugikan rakyat dan pemimpin sendiri. jawatankuasa pemantau peringkat DUN dan juga parlimen seharusnya ditubuhkkan jika belum ditubuhkan dikalangan profesional dan NGO serta pemimpin tempatan.
salam KM,
ReplyDeletesekarang sudah ada tapisankah?
Salam Pendekar tua..
ReplyDeleteMa kasih sekali lagi kerana turut memberikan komen yang membina. saluran maklumat yg sdr paparkan amat bermakna buat blogger di Kb. thanks.
Salam sdri Idahan..
ReplyDeletema kasih atas keperhatian sdri dalam hal ini terutama projek jelapang padi yang menjadi ikon terbaru pekan KB..Moga2 dengan berkat kesabaran dan kesungguhan pemimpin kita isu ini akan dapat diselesaikan..wassalam.
sdr bulanmengembang..
ReplyDeletemakasih atas kunjungan pertama sdr dalm blog KM ini semoga sdr berjaya memberikan idea bernas di masa akan datang.salam hormat dari KM.
salam kelapa mawar,
ReplyDeleteIzinkan abang tua jawab kemusykilan sdra Azrone.
apa yg saya maksudkan dalam komen saya bukan tidak bermakna YB tidak boleh dipertanggungjawabkan atau dipersalahkan jika timbul masalah.
Saya hanya kata secara umumnya di Malaysia, YB atau wakil rakyat secara individu tidak bertanggungjawab terhadap projek yang dimulakan ketika mereka berada dalam "kuasa". Sebaliknya mereka hanya mewakili kerajaan Malaysia.
Sebagai contoh. Syarikat UEM telah diberi kontrak membina jambatan bengkok ke Singapura oleh Tun Mahathir yang mewakili kerajaan Malaysia. Bila Pak Lah menjadi PM, projek itu dibatalkan.
UEM tidak saman Tun Mahathir tetapi saman kerajaan Malaysia dan dibayar ganti rugi sebanyak RM500 juta.
Dalam kes Kudat By Pass, SSK sewaktu mencadangkan projek itu mewakili kerajaan Malaysia kerana pada masa itu SSK adalah Ahli Parlimen Malaysia mewaklili kawasan P169 Kota Belud.
Jika timbul masalah, maka secara moralnya SSK bertanggunjawab tetapi secara legalnya kerajaan Malaysia yang dipertanggungjawabkan dan boleh disaman oleh penduduk kg Wakap dan Kg Labuan.
Isu ini dapat dipermudahkan jika SSK masih lagi ahli Parlimen KB kerana secara moralnya beliau tentu akan membela nasib rakyat yang tidak mendapat pampasan.
Salam MO
Salam sdr Solymone..
ReplyDeletePertama sekali saya mengucapkan Selamat Hari raya Aidiladha buat sdr sekeluarga semoga sdr sentiasa sukses..selalu.
Biarpun sdr sudah jarang berkunjung ke BLog KM namun saya akui mungkin sdr sibuk tetapi kehadiran sdr kali ini begitu membuatkan saya teruja membaca komen dan pandangan sdr..
Sdr..
Selama ini kita diberitakan bagaimana perjalanan Projek Jelapang padi ini yg digambarakn sebagai berjalan lancar dan baik..rasanya tidak digambarkan dari sudut negatif..biarpun setiap pembangunan itu ada saja baik dan buruknya..
saya tidak melihat projek Jelapang padi ini dari sudut negatifnya tetapi yg saya paparkan ialah permasalahan yg berlaku diperingkat awal pelaksanaannya..sedangakan kebaikan projek ini kita akui dari awal=-wala lagi..
Tidak ada tujuan lain supaya projek ini akan kembali berjalan lancar. Misalnya masalah yg sdr katakan mengenai saluran pengairan itu..akan menjadi satu masalah besar jika tidak diatasi dengan penuh hemah dan betul..
Pengambilan tanah penduduk kg juga adalah antara masalah yg mula timbul..
Projek Jelapang padi ini, pada asasnya dilaksanakan oleh juru pereunding yg dilantik..tetapi Datuk Musbah masih ada kapasiti dari segi pemantauan..dan jika permasalahan ini diambil perhatian oleh YB Tempasuk maka akan lebih cepat jalan penyelesaianya..
salam hormat dari KM..
salam Datu Pitung..
ReplyDeletesaya setuju dgn panadangan sdr bahawa setiap pembangunan itu ada pro dan kontranya..sati idea yg matang dan bernas wajar difikirkan oleh pihak berkenaan.
Ma kasih atas kunjungan dan pandangan sdr.Salam hormat.
Salam sdr Musli..
ReplyDeletesaya setuju dgn pandangan sdr itu supaya setiap projek tidak mengaitkan nama YB..kaitkan dengan nama pegawai kerajaan lain..sedangkan arahan datang dari YB-YB yang menjadi pelopor kepada projek itu..
Misalnya walaupun Tun Mahathir bukan pelaksana kepada projek Cyberjaya..namun arahan dan pandangannya diperlukan begitu juga dgn projek pEtronas yg diletakkan di bawakh pejabat PM..
Di KB, senario yg berlaku ialah setiap projek dikaitkan dgn YB keran mereka juga yg mencanagkan projek berkenaan. jika permasalahan timbul melibatkan masyarakat maka tempat terakhir ialah YB kerana mereka menjadi orang tengah kp penyelesain masalah itu..
ma kasih kerana memberikan pandangan. semoga sdr Musli sentiasa sukses.
salam Panglima Berantai..
ReplyDeletesaya tidak ada masa untuk melayan idea-idea keras dan kasar yg deiutarakan oleh senyumkambing sejak mula dia berada di alam cyber ini..kerana itu saya padam ulasanya.
Salam kekandaku Azrone..
ReplyDeletePerjuangan sdr saya ikuti sejak sekian lama dan itu sdr telah lakukan dengan begitu bersungguh-sungguh..teruskan
ma kasih kerana berkunjung dan memberikan pandangan.Semoga sdr sukses.
Sdr watasikadi..
ReplyDeletePertama sekali KM memohon maaf atas perubahan tapisan ulasan ini..disebabkan oleh anasir2 tertentu yg cuba mensabotaj blog KM dengan menyelitkan ulasan 2 yg tidak sepatutnya ,begitu kasar, rakus dan menguris emosi..iaitu Senyumkambing..
selagi senyumnkambing mempergunakan blog KM sebagai pelepasan ketidakpuashatian nya kepada orang lain dan menggunakan perkataan yg kasar dan tidak berhemah..selagi itu blog KM tidak akan menyiarkan ulasan nya..
walau bagaimanapun ulasan yg lain termasuk sdr tidak akan saya tapis sebaliknya akan dikeluarkan sepenuhnya.
Ma kasih atas kunjungan dan pandangan sdr dalam hal ini semoga sdr terus sukses.Wassalam.
Salam adinda Kelapa Mawar dan Saudaraku Musli Oli.
ReplyDeleteKetika kami memperjuangkan nasib petani yang ditindas oleh Kudat Bypass SSK masih MP Kota Belud.
Dia tidak membantu kami malah mengeluarkan statement balas di media yang mengatakan kebaikan jalan itu dengan bertanya pengguna jalan raya, sedang pandangan kami yang tertindas dianggapnya sampah.
Padahal methodologi kajiannya itulah sampah.
Rasanya PBB perlu menghukum SSK kerana mencabul hak manusia.
Selebihnya saya akan ulas di blog saya.
Terima kasih kepada adinda Kelapa Mawar kerana berjaya membantu kami dan memberi ruang kepada kami berinteraksi di laman blog ini.
Kepada saudara Musli harap boleh gunakan Perkasa untu membantu kami.
sdr Musli pun tarak faham kah..itu Datuk Musbah sudah akun projek jelapang padi dia bawa sampai itu harganya pun dia kasi tau..RM 71 juta..itu sebab ah..kalau ada masalah rakyat pun kasi tau sama dia lah..
ReplyDeleteayooo..itupun tarak bole fikir kah..?
Sdri KM..
ReplyDeletesaya baru saja melalui kg kaguraan ketika ke KK dan nampak projek itu berjalan dgn baik dan lancar..
perkara yg sdri KM katakan itu hanya masalah kecil yg bole diatasi dengan baik dan cepat..
takkan dgn masalah sebegitu maka kita batalkan projek jelapang padi yg menguntungkan ramai pihak termasuk YB-YB kita..Fikirlah dulu...
salam sdri Kelapa Mawar..
ReplyDeletesaya hairan juga kenapa sdr Musli seakan membela YB Musbah dengan memberikan idea yg tidak boleh diterima oleh akal yg sihat..?
Permasalah jelapang padi ini dihadapi oleh penduduk bukan YB ..seharusnya masalah itu diberikan perhatian jangan jadi seperti projek lain yg bermasalah tetapi rakyat dibiarkan..
salam ziarah,
ReplyDeleteIni lah masalahnya bila pembangunan yang dibuat terlupa dan teralpa menilai akan baik buruknya. Inilah akbibatnya apabila consultant yang dilantik teralpa akan kesan yang menimpa apabila berbangga menjadi perancang sesebuah pembangunan ini. Persoalannya kenapa Yb. Datuk Haji Musbah dipersalahkan dalam konteks Jelapang Padi ini, pada hemat saya kerana beliau adalah pemimpin. Andai bukan beliau yang mencetuskan idea dan mewar-warkan kepada rakyatnya, pada saya kritikkan kepada beliau tidak begitu ketara. "Pemimpin" adalah satu tugas yang amat berat, perencahnya adalah sering dikritik...Adalah tidak adil juga andai segala kebaikkan hanya YB. haji Musbah...Keburukkannya biar rakyat yang tanggung. Berani jadi pemimpin maka kena berani memikul segala permasalahan.
Ingatlah kejatuhan para pemimpin seluruh dunia amnya apabila melihat perkara kecil itu hanya "Langau" yang berterbangan. Hakikatnya "langau" lah yang sebenarnya membawa penyakit yang dahsyat...fikirkanlah...
salam paling berani,
ReplyDeletesaya minta sdra tunjukkan mana ayat saya yg membela Datuk Musbah dalam isu ini?
Salam MO
Salam sekali lagi Kelapa Mawar,
ReplyDeleteNampak nya isu jelapang padi dan jalan lintas KB-Kudat ini semakin berterusan.
Oleh itu dan dengan izin, ingin juga saya kongsi pandangan dan penjelasan yang mungkin kurang jelas sebelum ini mengenai fungsi-fungsi agensi yang terlibat dalam perancangan dan perlaksanaan sesebuah projek mega saperti ‘jelapang padi’ dan ‘ Jalan lintas KB-Kudat.
Setahu saya, YB tidak akan mampu melaksanakan projek-projek tersebut tanpa bantuan dari agensi professional yang bertauliah. Seterusnya, ingin saya jelaskan bahawa kejayaan dan kegagalan projek-projek tersebut ada lah terletak di tangan agensi professional tersebut bukan nya YB saperti mana yang ditekankan disini.. Kecuali lah kalau YB tersebut berniat untuk menggagalkan projek-projek tersebut atas sebab-sebab yang tertentu.
Untuk menjayakan perlaksanaan jelapang padi tersebut ia nya banyak melibatkan discipline teknikal yang berkaitan dengan ilmu sain, teknik padi, Demography, teknologi padi, pertanian, Kejuruteraan dan sebagai nya. Justru itu, pada pendapat saya, ada lah tidak releven kalau kita gunakan ilmu politik untuk menangani isu tersebut.
Nampak nya nama Datuk Musbah selalu dikaitkan dengan perjalanan jelapang padi tersebut. Manakala Datuk Salleh dikaitkan pula dengan jalan lintas KB-Kudat ?
Secara am nya, saya tidak heran kenapa Datuk Musbah dikatakan banyak memainkan peranaan dalam perlaksanaan jelapang padi tersebut. Justifikasi nya; projek tersebut ada lah di bawah penyelengaraan dan pengawasan Kementerian beliau selaku Pembantu Menteri.
Selalu nya kalau kapasiti hanya selaku wakil rakyat, rasa nya, tidak banyak yang boleh beliau lakukan selain dari menyokong dasar kerajaan.
Dikatakan projek tersebut ada lah beliau yang punya ? Bagi saya, perkara ini ada lah tidak logik. Kerana tiada termaktub dalam perundangan bertulis bahawa beliau terlibat secara lansung dalam hal-hal saperti itu. Otherwise, perkara ini boleh di kategorikan sebagai menghasut.
Menyentuh tentang jalan lintas KB – Kudat sejauh mana Datuk Salleh patut dipersalahkan seorang , ia nya agak terlalu subjectif. Saperti yang saya nyatakan tadi, banyak agensi yang terlibat untuk merealisasikan projek tersebut. Terutama sekali Ketua Menteri pada masa itu; Datuk Chong Kah Kiat.
Kalau tidak silap, beliau lah yang beria-ia sangat agar projek tersebut dilaksanakan dengan segera; dengan tujuan untuk memudahkan perjalanan penduduk Kudat ke Kota Kinabalu.
Namun masaalah tanah yang belum diselesaikan dengan bijak oleh pehak kerajaan, ada lah amat dikesali. Sepatut nya perkara ini telah diselesaikan oleh pejabat tanah ketika pembinaan jalan tersebut. Atau pun pengurusan kearah penyelesaian dilanjutkan sehingga pampasan dibayar dengan sepenuh nya.
Blogger Senyum Kambing Gila talaks
ReplyDeleteSalam Kelapa Mawar,
ReplyDelete1. Sudah lama saya tidak berkunjung ke laman saudara. Semakin meriah nampaknya. Tahniah!..
2. Andai benar apa yang dikata, Saya simpati dengan nasib yang menimpa penduduk yang terbabit. Ini adalah kerana, projek-projek pembangunan seumpama ini (Jalan Kudat-Bypass dan Jelapang Padi) sepatutnya membawa kebaikan kepada penduduk kampung dari segi ekonomi, sosial mahupun politik dan bukan sebaliknya.
3. Saya fikir, wakil-wakil rakyat kita tentu pening memikirkan perkara seumpama ini. Bawa pembangunan salah, tak bawa juga salah.. saya masih ingat, bagaimana TSP dan DSSK dikecam hebat oleh pihak tertentu kerana kononnya gagal membawa projek pembangunan kepada masyarakatnya...
4. Saya tertanya-tanya, dengan keadaan geografi yang dikelilingi bukit dan sawah yang hampir kesemuanya milik persendirian, mudahkah bagi sesiapa untuk membawa pembangunan di KB?.. Di tambah dengan taraf ekonomi serta budaya hidup kita, masih relevenkah tohmahan yang dilemparkan kepada TSP itu?.. atau, adakah sesiapa yang sanggup menyerahkan tanah milik mereka untuk memberi laluan kepada projek pembangunan dengan pampasan yang tidak seberapa?..
5. Kalau tidak, berhentilah dari bermimpi.. amalan berpolitik sepanjang masa (sepanjang tahun)tidak akan membawa apa-apa.. Masalahnya, inilah yang kita suka di KB. Bersembang mengenai gosip politik yang entah benar entah tidak..
6. Saya tidak tahu berapa ramai orang yang kaya di KB.. namun, saya yakin, rata-rata kita adalah golongan susah dan sederhana yang hanya mempunyai sumber seperti tanah dan sebagainya yang terbatas atau tidak memiliki langsung kecuali tapak rumah seperti saya.
7. Apakah pilihan kita sebenarnya untuk terus mampastikan anak-cucu kita tidak mengalami nasib yang lebih malang daripada kita?.. Di bandear, orangnya juga ramai tidak mempunyai tanah. Tapi mereka boleh jadi kaya dan hidup senang. Bagaimana agaknya ya?..
8. Barangkali, sudah sampai masanya kita perlu berubah. Zaman ini zaman teknologi pengetahuan (information technology). maka, kita tidak boleh ketinggalan dari menerokai bidang ini. Jadikan anak-cucu kita seorang insan yang berpengetahuan agar kita tidak lagi terus bergantung hidup kepada tanah yang "sekangkang kera".
9. Barangkali juga, sudah tiba masanya wakil rakyat kita berusaha untuk menjadikan salah sebuah sekolah menengah di KB sebagai "Control School" agar kita mempunyai tempat yang sesuai untuk menyemai bakat-bakat terbaik di daerah kita yang tercinta ini.
10. Marilah kita sama-sama fikirkan. Saya mohon mencadangkan perkara ini diberi pertimbangan khusus terutamanya oleh semua pemimpin.
Salam Kelapa Mawar, Sebenarnya masalah projek jelapang padi di Kg Kegurahaan cuma melibatkan beberapa orang pemilik tanah sahaja yang belum menandatangani kebenaran pihak kontraktor masuk ketanah mereka, sebilangan besarnya telah bersetuju, wakil mereka telah berjumpa dng saya dan mengemukakan beberapa cadangan. Sewaktu lawatan saya ke tapak projek, saya telah mengemukakan cadangan itu kepada konsultan projek berkenaan untuk diambil kira dan meminta supaya pihak JPS mengadakan perbincangan lanjut dengan pemilik tanah itu. Saya difahamkan mereka telah mengadakan perjumpaan untuk mencari jalan penyelesaian.
ReplyDeleteSalam adindaku Kelapa Mawar... dulu ayah saya penyokong tegar Usno (tidak terima duit dan sumbangan Berjaya dan PBS yang dianggapnya rasuah untuk beli undi), kemudian menyokong Umno seketika dan kini katanya parti a amu no pala, abis tanah ku rampas gaai. PBS parti kafir bara gaai daau, niah pan rayat tindas ni.
ReplyDeleteBukan pasal kita membela tanah sekangkang kera sehingga menentang dasar kerajaan yang mendahului rakyat.
Di bandar lain dan di kampung juga lain ceritanya.
Di kampung dengan tanah sawah sekangkang kera kita boleh tanam padi, sayur di batas sawah dan tangkap ikan jalak (haruan) dalam sawah tanpa perlu menunggu bantuan kerajaan.
Lepas musim menuai lepaskan kerbau, lembu dan kambing di situ, selain ada ternak itik.
bila tanah itu sudah tiada, di manakan ku cari rezeki?.
Pergi rumah itu mamandakah... oiii kami ada maruah lah, kami orang Labuan dan Wakap tidak mahu berbaris sana untuk minta sedekah!
Lihatlah orang-orang asing itu, bebas berniaga di sepanjang jalan batu 32 Sandakan hingga ke Tawau... kenapa tidak dihalau, kami tuan punya tanah pula diusir macam kerabau lah.
Salam perjuangan adindaku Kelapa Mawar dan semoga keadilan kembali di bumi makmur ini.
salamkembali sdr musli dan kekandaku Azrone..
ReplyDeletema kasih atas kunjungan sdr berdua semoaga segala kekuasutan akan dapat dirungkai..perjuangan memang memerlukan masa yg lama dan kesabaran yang tinggi..
semoga sdr berdua sukses selalu
sdr palingberani..
ReplyDeletema kasi dengan kunjungan kedua sdr. semoga terus diberikan kekuatan untuk percambahan idea.wassalam
salam watababai..
ReplyDeletema kasih atasa keperhatinan sdri..dengan info yg cukup bermakna itu..semoga sdri terus memberikan idea.bye.
Sdra katakamu..
ReplyDeletenama sdr ni agak pelik tapi bole tahan jugak lah..
ma kasih kerana memberikan respons semoga sdr sukses
Sdr paikankb..
ReplyDeleteMak kasih atas idea yg sdr paparkan..nampaknya sdr begitu aktif memberikan komen..ma kasih kerana turut mengambil bahagian dalam posting kali ini...,em tentang langau itu harap-harap dapatlah di redsect secepatnya oleh sdr Somprot Mesra alam..
salam kembali sdrku Solymone..
ReplyDeleteSdr adalah antara blogger yg begitu aktif mengikuti perkembangan penulisan di KB..mungkin kerana sdr juga ada keluarga di sini..saya begitu berminat membaca pendirian sdr dalam hal ini dan saya persetujui pada asasnya, namun meminta YB Datuk tempasuk menyelesaikan masalah rakyat ini, rasanya agak berpatutan walaupun kita akui YB Datuk sibuk dgn tugas2 lain..kerana rasionalnya YB Datuk diangkta oleh rakyat menjadi pemimpin mereka..
kalau Masalah sdr Musram dapat diselesaikan dgn peruntukan kilat RM 6000, mengapa masalah rakyat di kaguran pula tidak dapat di bantu..
Ma kasih atas pandangan sdr. semoga sdr sukses.
sdr wakil bukit,..
ReplyDeletema kasih kerana berkunjung.Semoga sdr terus memberikan idea bernas di lain kali.
salam Sdr Belum Pendekar..
ReplyDeletesaya mengalu-alukan penyertaan sdr dalam setiap perbincangan Kelapa Mawar..saya merasakan sdr bukan calang2 orangnya kerana sdr mampu memberikan idea yang cukup bernas..Insyallah setiap kom,en dan ulasan sdr saya cuba faham,idan ambil kira dalam setiap posting saya..
Manalah sudah sdr Somprot Mesra Alam..?lama taka ke udara juga..?
ma kasih atas kunjungan dan pandangan sdr.Semoga sdr terus diberikan kekuatan dan kesihatan suapay dapat bersama-sama KM .wassalam
Salam YB Datuk..
ReplyDeletema kasih yg tidak terhingga kerana sudi singgah di blog Kelapa Mawar ini. penerangan YB Datuk begitu bermakna buat abang dan semua blogger di KB Semoga YB Datuk sukses selalu.
sdr Azrone..
ReplyDeletesaya sedih baca paparan sdr.teruskan berjuang.wassalam
salam..
ReplyDeletesaya masih belum nampak apa kerajaan bn-kota belud buat untuk memajukan daerah kb. apa yang saya nampak hanya bicara tanpa buktinya...kb masih spt 20tahun yg sudah..
dimana pembangunan nya...trlalu brbeza kerancakan pembangunan daerah kota belud dan daerah2 di sabah berbanding di semananjung...
apa yg jelas, semakin tiada pesaing parti di sabah, semakin rakus menteri2 ni mengejar kekayaan snndiri dan membiarkan pembanunan daerah dan rakyat di abaikan.
Masalah elektrik, air, jalan , petani meskin dan mslh lembu di kota belud pun tidak mampu diselesaikan walaupon dah bertahun mandat diberikan tetapi hasilnya hanya sebesar zarah.
isu petani dan tali air, sudah berapa dekad tetapi masih tidak dapat di selesaikan. setiap kali pilihanraya hanya janji2 manis di taburkan ...habis madu sepah yang kerajaan beri kat rakyat... rakyat ttp kekal dgn meskinnya...klu ada kehidupan rakyat yg meningkat, itu bkn disebabkan pertolongan kerajaan, akan tetapi kerana anak2 yang mempunyai kesedaran yang mereka kena berdiri dikaki sdniri untuk memajukan diri dan keluarga...petani di kb spt pengemis meminta bantuan dr agensi brtanggungjawab spt peladang...peladang patut di bubarkan kerana tiada fungsi yg wajar, cara kerja spt zaman nenek moyang 50 tahun dahulu...
pemimpin di puji dan diangkat spt mereka la wira..padahal mereka habuk yang hanya hinggap di baju2 rakyat.
suda menjadi tradisi rakyat, yg kaya yang ada nama wpon tidak menyumbang pasti akan dipuja. selagi sifat mengampu masih melekat di setiap hati hati...kb pasti tetap jadi pekan cowboy dan akan jauh ketinggalan.