Monday, November 30, 2009



Mungkin tidak ada yang terfikir dikalangan kita jika pada PRU-13 yang akan datang salah satu DUN di Kota Belud, hatta Parlimennya menjadi milik Pembangkang. Mungkin di benak kita menafikan sekeras-kerasnya situasi itu. Mungkin juga ada yang memperlekehkan idea politik ini. Atas sebab kerana keyakinan kita bahawa sesungguhnya politik Kota Belud belum bersedia menerima pemimpin pembangkang dalam kamus politiknya, apatah lagi jika pembangkang yang dilahirkan oleh parti dari Semenanjung..Jika dulu ada juga parti pembangkang menjadi wakil rakyat di Kota Belud zaman PBS tetapi itu parti kelahiran Sabah. Ada juga barangkali yang mengambil lewa kepada pembacaan awal politik pembangkang di kota belud. Bagi yang memang orang kuat Umno, yang dilahirkan membawa dan mendukung prinsip perjuangan UMNO..idea-idea mereka mestilah sudah diUMNOkan, justeru menafikan sekeras-kerasnya bahawa kota belud “bakal” mencipta politik sonsang pada dasawarsa politik mendatang khasnya pada PRU-13 nanti.

Tapi apakah kita lupa, bahawa kebangkitan pemikiran politik golongan muda di kota Belud cenderung kepada parti pembangkang..? Lupa kita agaknya bahawa antara daerah yang ‘keras’ fahaman PAS..di sabah ialah daerah Kota Belud..? Lalu..persoalannya apa kaitannya dengan perebutan DUN di Kota Belud antara calon-calon UMNO..? Agaknya juga kita terfikir kalau Tempasuk dan Kadamaian..tentu sukar kerana posisi pengundi adalah bercampur aduk dengan golongan Non-Muslim. Jadi jika yang begitu apa khabarnya di Usukan, yang pengundinya adalah muslim terdiri dari Bajau dan Iranun..? lantas kita menjawab ahhh…jauh “panggang dari api”..tak kan PAS menang di Usukan..bukankah kita lupa bahawa sokongan ke atas PAS pada PRU-12 yang lalu menyaksikan peningkatan..?

Apakah ada sesiapa yang berkeyakinan penuh bahawa PAS tidak akan memenangi kerusi Usukan biarpun telah menemui calon yang benar-benar berpengaruh..?Benar-benar berkemampuan dan menunjukkan kewibawaan…Menunjukkan ketertiban sebagai seorang pejuang yang ampuh dan cekal..? Memilki kredibiliti yang maha memukau..?Siapa calon tersebut..? Bukankah Kota belud seawalnya sudah biasa mendengar PAS sejak Allahyarham Abang kepada Sdr Musli Oli membawa obor perjuangan ini beberapa dekad yang lampau..? lupakah kita bahawa TSP sendiri pernah “mengaibkan politik DSSK dan keturunannya di Usukan, biarpun Usukan adalah kubu kuat DSSK dan keluarganya turun temurun..? Bukankah itu juga satu bukti bahawa politik KB sentiasa menjanjikan kelainan..? Lihat kelainannya bukankah sekarang TSP dan DSSK bersahabat kembali..? Lihat Polemik Usukan sekarang..bukankah menunggu untuk dikosongkan…? Nyata Usukan begitu berprestij bagi dunia politik di kota Belud.Bukankah kita juga telah sedar bahawa gerakan PAS di Kota Belud sekian lama sudah berakar..? bagaimana dengan tertubuhnya sekolah Pondok di Rosok yang memperjuangkan untuk melahirkan “Daei” yang berketrampilan..?

Maka apakah kita melupakan bahawa bila doa Tuan guru Nik Aziz sampai di Kota belud..di manakah kita..? setelah banyak berlaku “cantas-mencantas” sehingga kita lupa dan alpa bahawa ‘rakyat’ juga mula berdoa..Lihat doa mereka tatkala berlaku penindasan ke atas pembinaan Jalan raya Bypass..? bukankah itu juga doa Nik Aziz ketika merasa tertindas tidak diberikan royalty minyak..? bukankah doa orang yang tertindas itu mustajab, tidak ada hijab dihadapan Tuhan..?

Bagaimana jika rakyat di usukan, diterbalikkan hati dan fikiran mereka lantas memilih PAS sebagai wakil mereka..? apakah itu satu kemustahilan. Pasti jawabnya TIDAK!..maka kerana itu belum sedarkah kita lagi bahawa perjuangan mempertahankan DUN Usukan Dan Tempasuk harus bermula sejak dulu lagi..? Lihat masalah jelapang padi, rakyat mula merasai kesannya..bukankah nanti bila tangan di tadah Doa Nika Aziz akan sampai di kampung Kaguraan..?

Dalam politik tidak ada siapa yang berani meramal kesudahannya.Kerana politik adalah permainan, kerana politik percaturan, kerana politik adalah kekeluargaan yang harus dipertahankan. Maka satu seruan buat pemimpin kota belud..lupakanlah persengketaan, jika ada, lupakanlah “keghairahan jika berlaku, lupakanlah kerakusan jika terjadi. Lupakanlah keterlanjuran jika terniat, juga lupakanlah ketirisan jika ada yang terselit. Sebelum Doa Nik Aziz sampai di kota Belud.

22 ulasan :

Mohd Amini said...

Salam KM,Satu igawan negeri kepada penyokong UMNO/BN.Satu mimpi buruk kepada pemimpin politik Tempasuk,Usukan dan Kedamaian seandainya Pas ditakdirkan menawan salah satu ADUN di Kota Belud.Tapi kita juga katakan Pas juga boleh dikatakan 'mimpi disiang hari,cerita retorik atau menunggu kucing bertanduk.Yang kita takuti ialah doa Nik Aziz dan doa orang Pas di Mekkah?neaurencl

paikankb said...

salam ziarah,

kak kelapa mawar,

Dalam kehidupan manusia mudah alpa, terkadang menjadi bangga terkadang menjadi sombong dan terkadang boleh menjadi hina....Sering kita mendengar bahawa tiada perkara yang mustahil didunia ini...apabila Allah berkehendak maka ia pasti terjadi. Kepada para pemimpin...ingatlah kuasa yang ada pada sekarang cuma pinjaman belaka...Namun yang pasti Allah pasti akan bertanya bagaiman kalian menjalankan tanggungjawab yang diberikan...lulus atau gagal...hanya dua sahaja pilihannya...syurga atau neraka...

Saya secara peribadi sependapat dengan kak kelapa mawar...Adalah kota belud sekarang dalam era pembaharuan..sama ada sosialnya,ekonominya,politiknya ataupun pemikirannya...Saya selaku belia dan masih termaktub dalam wakil pemuda amat yakin...PRU13 pasti ada kejutan....

Yang paling penting apabila doa Nik Aziz sampai di kota belud dan tempiasnya terkena wajah-wajah comel pemimpin...pada masa itu pasti kita semua terkesima.....

BELUM PENDEKAR said...

Salam Kelapa Mawar,

1. Saya cenderung untuk percaya bahawa doa orang seperti Nik Aziz yang dianggap guru oleh sesetengah pihak bukanlah perkara yang perlu ditakuti. Percayalah bahawa doa-doa dengan niat seumpama ini, walaupun dari seorang yang menggelar dirinya ulama tidak lebih dari doa orang biasa. Lainlah kalau yang didoakan itu memang benar jelas kekejamannya kepada rakyat. Seingat saya, doa Nik Aziz hanyalah doa politik yang berubah ikut keadaan. Ringkasya tidak konsisten dengan pegangan agama tetapi konsisten dengan fahman politik beliau.

2. Pun begitu, isu sejauh mana kita yakin bahawa Kerusi DUN Usukan atau Tampasuk bahkan Kadamaian dapat dipertahankan sememangnya perlu dipandang berat. Saya tidak hairan kalau pada suatu masa, mungkin juga PRU-13 ini, calon bebas boleh menang. Tapi, yang pasti calon PAS buat dekad ini pada hemat saya masih belum mampu menakluk hati majoriti rakyat/pengundi usukan, Tampasuk ataupun Kadamaian.

3. Saya tidak hairan UMNO kalah andai kalangan yang ada dalam UMNO itu sendiri (bukan setakat di Kota Belud, bahkan juga pemimpin UMNO negeri) terus berjuang untuk kepentingan politik mereka sendiri tanpa mengambilkira kehendak ramai.

4. Saya tidak hairan Calon lawan akan menang andai sikap wakil yang ada sekarang masih kekal sama. Ingat rakyat, ingat kawan dan ingat semuanya hanya semasa mengundi. Hari-hari lain, YB kita dilanda penyakit lupa. Kawan yang dulu bersusah payah berusaha mengangkat YB naik, sudah tidak berguna lagi tatkala YB sudah ada kedudukan selesa dalam kerajaan.
Walhal, yang diminta bukan duit, projek atau sebagainya. Cukup sekadar tegur sapa atau panggilan telefon. Malangnya, wajah kawanpun YB sudah lupa.. Maklumlah YB dah berkawan dengan orang besar-besar.. Tapi, insyaallah PRU-13 akan membuktikannya bahawa YB akan kecundang andai YB masih berniat untuk bertanding. Kerana, kawan yang membantu mencari pengundi dan penyokong kepada YB dulu juga akan diserang penyakit lupa masa itu. KB keseluruhannya kehilangan nilai kita akibat perbuatan dan tindakan sendiri yang sering bersengketa dan berpecah-belah. Akhirnya, kita akan kehilangan kuasa dalam daerah kita sendiri.

6. Saya juga tidak hairan kalau masyarakat kita masih tidak kemana-mana tatkala orang lain sudah meneroka alam yang lain kerana kita asyik dengan permainan dan lagu lama. Matlamat kita hanya lah jadi orang politik KB, tanpa mengira kategori yang macam mana?. Tatkala mengkritik pemimpin, kita kata rakyat sekarang sudah tidak boleh ditipu. Tapi, bila diberi kesempatan untuk melaksanakan sesuatu program rakyat, kitalah orangnya yang paling kuat menipu duit peruntukan. Lepas tu kita kata YB atau Ketua Bahagian yang tidak bagi peruntukan banyak.

7. Dan akhirnya, walaupun tanpa doa Nik Aziz, saya juga tidak hairan BN akan kalah kesemuanya andai perjuangan peribadi masih menjadi keutamaan pemimpin diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinban.

8. Doakan Nik Aziz selamat sejahtera dan andai doanya itu ada kena-mengena dengan perjuangan politik, maka Allah saja lah yang membalasnya. Walahualam.

watasikadi said...

salam KM,
Satu posting direct to my party. Kekeliruan persepsi terhadap doa tok guru amat menyedihkan. tok guru berdoa kerana teraniaya oleh anasir yang amat tidak adil bila kelantan hanya mendapat wang ehsan dan bukan royalti. tahun ini mungkin besar jumlahnya dan tahun depan kita tidak tahu jika tiada perjanjian termaktub. bila kita persendakan tok guru, ingatkah kita bila kita dalam lingkungan mangsa penipuan kerajaan pusat dalam soal royalti minyak. wajarkah kita menyokong kerajaan pusat dalam tuntutan royalti kelantan sedang kita mendapat hanya seciput sahaja royalty? dengan bonus kerajaan negeri pun perlu berhutang pada petronas sedang rakyat dinegeri lain kaya dengan hasil minyak kita? bijakkah kita rakyat sabah?
berbalik pada soal PAS di kota belud, kami sudah bersepakat dengan parti pembangkang yang lain akan meminta kerusi DUN tempasuk dan parlimen. Namun pendapat peribdi saya di kawasan kota belud seeloknya PAS cuma membantu calon PKR dan SAPP atas sebab komposisi berbilang kaum dibeberapa ADUN. namun ketika berkempen saya berbpendapat PAS seharusnya menapakkan diri untuk masa hadapan. sependapat dengan paikanKB, PRU-13 pasti menjanjikan kejutan. dengan cantas mencantas parti UMNO rakyat sudah muak mendengarnya. namun mentaliti rakyat yang masih lagi bersandarkan RM50 masa pilihan raya menyukarkan PAS jika bertanding di kota belud kerana PAS tidak akan memeberi wang bahkan akan meminta derma pada ceramah-ceramah untuk tujuan bantuan kepada parti dalam kos poster dan sebagainya.sedang dikalangan blogger UMNO sendiri dapat kita lihat isu peribadi dimainkan berbanding isu membela rakyat.adakah orang muda percaya lagi dengan segala perlakuan pemimpin yang tidak matang? saya akan turut turun berkempen untuk PR pada PRU13 nanti untuk memberi sokongan pada PR walaupun parti mana pun menjadi calon dikalang
an pembangkang. sekali air bah, sekali kota belud berubah. semoga kemenangan berpihak pada PR demi menguatkan lagi kerja pemimpin BN membela rakyat kerana kalau tidak dikasi jera mana dorang jera.TAKBIR!!

Seliu Liu said...

Salam adindaku Kelapa Mawar... dulu ayah saya penyokong tegar Usno (tidak terima duit dan sumbangan Berjaya dan PBS yang dianggapnya rasuah untuk beli undi), kemudian menyokong Umno seketika dan kini katanya parti a amu no pala, abis tanah ku rampas gaai.
PBS parti kafir bara gaai daau, niah pan rayat tindas ni.
Bukan pasal kita membela tanah sekangkang kera sehingga menentang dasar kerajaan yang mendahului rakyat.
Di bandar lain dan di kampung juga lain ceritanya.
Di kampung dengan tanah sawah sekangkang kera kita boleh tanam padi, sayur di batas sawah dan tangkap ikan jalak (haruan) dalam sawah tanpa perlu menunggu bantuan kerajaan.
Lepas musim menuai lepaskan kerbau, lembu dan kambing di situ, selain ada ternak itik.
Bila tanah itu sudah tiada, di manakan ku cari rezeki?.
Pergi rumah itu mamandakah...
Oiii kami ada maruah lah, kami orang Labuan dan Wakap tidak mahu berbaris sana untuk minta sedekah!
Lihatlah orang-orang asing itu, bebas berniaga di sepanjang jalan batu 32 Sandakan hingga ke Tawau...
Kenapa tidak dihalau, kami tuan punya tanah pula diusir macam kerabau lah.
Salam perjuangan adindaku Kelapa Mawar dan semoga keadilan kembali di bumi makmur ini.

ROJOKOBOG said...

Salam Semua,
" KUUN FAYAKUN " Mudah-mudahan Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Mohd Said Keruak akan menjadi calon PAS di Parlimen Kota Belud atau DUN Usukan, ini satu fakta 95%PAS akan menang Parlimen KB atau DUN Usukan..sekian

palingberani said...

salam Kak kelapa mawar..

buat belum pendekar..

sAYA DAPAT JANGKAKAN pendapat sdr belumpendekar sebagai orang politik ..langsung tidak ada pertimbangan kemanusiaan dan kemasyarakatan..bukankah dalam ilmu insan itu sentiasa berubah hatinya setiap detik selain dari keresahan dan kegusaran..
Apakah pernah kita terfikir ( kata Kelapa Mawar) bahawa rakyat di Selangor akan menuntut perubahan sedangkan negeri mereka lengkap dgn segala prasarana..dan merupakan negeri terkaya di Msia...kenapa mereka meru7bah kerajaan..? BN tumbang dan PKR naik..
Apakah sebelum itu ada tanda BN akan kalah di Selangor dan PP..?
Apakah sebelum itu Khir Toyo tahu dia akan diturunkan dari jawatan MB selangor..? Jawapan dia tidak tahu..?
Andaian bahawa PAS belum boleh menakluk Kota Belud juga..tidak berepa tepat kerana tanggapan itu dikeluarkan oleh orang Umno..kalau kami orang PAS ini tetap juga percaya bahawa Pakatan rakyat ada nafas di kota Belud,..
Malahan saya yakin banget bahawa jika TSP dan DSSK bertanding atas tiket Bebas atau PJR hatta PAS mereka boleh mengalahkan calon BN..Kalau setakat datuk Musbah makanan bagi TSP. kalau setakat DARD makanan bagi DSSK..

semoga damai selalu.

Idahan said...

kalo di Kadamaian saya rasa PAS tak bole menang..tapi kalau calon Bebas macam kata sdr-sdr semua mungkin bole..mungkin itu Awadnir boleh jadi calon bebas tapi dia tim,Umno KB bah kan..

Saya tasa TSP tidak akan tanding sbg Bebas, dia akan dicalonkan pada PRU-13 akan datang..begitu juga SSK..kita tunggu sajalah..

Mungkin kejutannya ialah TSP kalah kepada calon Bebas atau PKR..?

BELUM PENDEKAR said...

Salam Kelapa Mawar,

Mohon laluan utk respon kepada sahabat ku PalingBerani.

1. Saya orang politik?.. malangnya saya bukan.

2. Soal kenapa PR menang di negeri-negeri seperti Selangor, Perak, Penang dan Kedah?.. Saya fikir semua orang tahu.. PR menang dinegeri-negeri ini bukan kerana mereka kuat tetapi kerana UMNO dan Komponen BN amat lemah semasa PRU-12 lalu. Lihat saja isu yang menyelubungi BN dan UMNO waktu itu, dengan kepimpinan Pak Lah yang dikatakan begitu lemah dan bergantung kepada nasihat "budak-budak tingkat 4' seperti mana dilebel menyebabkan rakyat berhasrat untuk memberi pengajaran kepada UMNO. Selain itu, faktor Tun M juga menyumbang kepada kekalahan BN. Justeru, saya mengatakan bahawa kalau pemimpin UMNO dan BN masih berjuang atas kepentingan sendiri, tidak mustahil calon Bebas akan menang.

3. PAS, pada saya hanya akan menang di KB jika personaliti yang keterlaluan seperti Nik Aziz yang mendoakan kehancuran hidup orang lain sudah tiada lagi. Kita jangan lupa, budaya kita di KB tidak menerima perlakuan yang keterlaluan seumpama ini.

4. Soal "siapa makanan siapa" tidak sepatutnya timbul kerana kita sepatutnya berusaha secara bersama-sama untuk membangunkan tahap pendidikan masyarakat KB, bukannya mengadudomba pemimpin yang ada.

5. Impian saya, biar ramai anak-cucu kita yang berasal dari KB ini yang jadi bijak pandai dan pakar dalam pelbagai bidang supaya kita dipandang orang. Kalau seorang Idris Jala boleh mengangkat nama Sarawak, bayangkan kalau ramai orang KB yang setanding dengannya, dimana standard kita agaknya?.. atau kita masih percaya orang KB tidak mempunyai kemampuan dan kebijaksanaan setinggi itu?..

6. Saya tetap yakin orang KB mempunyai potensi yang besar jika di pupuk dengan betul.

Watababai said...

salam Semua terutama Buat Sdr Belum Pendekar..

saya setuju dengan perenggan komen awal sdr Belum Pendekar ini..

"Saya tidak hairan Calon lawan akan menang andai sikap wakil yang ada sekarang masih kekal sama. Ingat rakyat, ingat kawan dan ingat semuanya hanya semasa mengundi. Hari-hari lain, YB kita dilanda penyakit lupa. Kawan yang dulu bersusah payah berusaha mengangkat YB naik, sudah tidak berguna lagi tatkala YB sudah ada kedudukan selesa dalam kerajaan.
Walhal, yang diminta bukan duit, projek atau sebagainya. Cukup sekadar tegur sapa atau panggilan telefon. Malangnya, wajah kawanpun YB sudah lupa.. Maklumlah YB dah berkawan dengan orang besar-besar.. Tapi, insyaallah PRU-13 akan membuktikannya bahawa YB akan kecundang andai YB masih berniat untuk bertanding. Kerana, kawan yang membantu mencari pengundi dan penyokong kepada YB dulu juga akan diserang penyakit lupa masa itu. KB keseluruhannya kehilangan nilai kita akibat perbuatan dan tindakan sendiri yang sering bersengketa dan berpecah-belah. Akhirnya, kita akan kehilangan kuasa dalam daerah kita sendiri..."

Komen saya:

Kawan yang diserang penyakit lupa tu Sapa..?
Tapi inilah realiti politik kadang kala kawan jadi lawan dan sebaliknya...

Saya setuju dgn pendapat sdr Belum Pendekar bahawa YB di KB ini mudah lupa kawan..waktu PRU bukan mainlagi kempen sana sini minta diundi janji bermacam-macam tapi bila PRU selesai dan dia menang..lari pula..suka tinggal di KL, KK dan Luar negeri...

TQ.

Datu pitung said...

salam semua

izin kan saya memberi pandangan sebagai org muda.

saya sependapat watasikadi, bahwa pas akan membuat kejutan pada PRU13 ini di kota belud.sebb apa seperti yang belumpendekar katakan wakil rakyat ada pneyakit lupa daratan. masa kempen bukan main ckp itu ckp ini, bila sdh menang, LUPA!

saya melihat 65% penduduk KB kini sdh mampu memilih calon dan parti untuk di undi, bkn untuk menjatuhkan sesorang itu tapi untk mencari pemimpin yang bertangungjawab dan amanah. kerana pemimpin itu adalah amanah dr Allah.

PPR&PAS tidak mustahil akan menang di usukan, tempasuk dan kedamaian, kerana pada tahun2 yanglalu menunjukan peningkatan penerimaan masyarakat terhadap parti itu, pendudk mahu kan kelainan serta keadilan bkn kerakusan wakil2 rakyat ini.

semoga PRU13 akan memberi kejutan seperti sdr paikankb katakan dan jika PAS menang pada salah satu DUN maka doa TGNA telah makbul dan masa itu baru mata kta terbeliak besar.

kelapa mawar said...

sdr belum pendekar,.

ma kasih atas kunjungan sdr yang mula memberikan respons terhadap isu ini. Saya juga berkeyakinan seperti sdr, namun paparan saya kali ini menyentuh tentang kebarangkalian politik di KB..

mungkin PAS agak sukar tetapi bagaimanakah dengan PKR dan bebas..?
Pengamatan sdr dalam dunai politik nasional begitu baik dankebanyakkan idea itu saya persetujui..

ma kasih semoga sdr berkunjung lagi dan memberikan idea.Semoa sukses.

kelapa mawar said...

Sdr Paikankb..

Thanks kerana memberikan buah fikiran..terutama dalam dunia politik di KB..setiap kali PRU ada saja yang mengejutkan..termasu peningkatan dan penurunan majoriti sokongan pengundi kepada seseorang calon..

namun pada pru-13 ini, saya menjangkakan kejutannya lebih besar keranapercatuan politik di KB yg menyaksikan beberapa calon baru dan lama..dimanakah kedudukan mereka..?

kelapa mawar said...

Sdr Mohd. Amini..

ma kasih kerana begitu memberikan pandangan ringkas tetapi penuh bermakna..kejutan dan igauan bakal berlaku..bersama kita tunggu..

kelapa mawar said...

Salamkembali sdr Watasikadi..

isu doa Nik Aziz ini bukan lagi dilihat dari sudut politik tetapi dari segi agama dan moral..bagaimana hak kerajaan Kelantan dinafikan..

begitu juga di Sabah, banyak hak-hak kita yang termaktub dalam pekara 20 yang belum ditunaikan termasuk royalti minyak 5%..

Maka itu ramai dikalangan kita yang terpesona dgn doa ini..tertarik kepada intinya. Isu penindasan dan hak yang septutnya.

Salam untuk sdr.emoga diberikan kekuata dalam perjuangan PAS..TAKBIR!!

kelapa mawar said...

Sdr Rojokobog..

thanks kerana berkunjung. KUN FAYAKUN..DSSK dan TSP tidak akan berani menyebarang ke parti PR..tetapi jika calon BEBAS ada kemungkinannya.DSSK kan pernah menjadikan DSAI sebaga Mentornya..

kelapa mawar said...

Kekandaku Azrone..

Perjuangan yg berani dan suci emmerlukan masa yang panjang..termasuklah cabaran yang besar..

Teruskan dengan niat dan harapan sdr memperjuangkan keadilan dan kemakmuran di daerah ini.Salam hormat dan selamat berjuang.

kelapa mawar said...

salam sdr palingberani..

kemusykilan sdr telah dijawab oleh sdr belumpendekar..harap sdr dapat memahaminya..

ma kasih atas kehadiran sdr.Semoga sdr terus diberikan kekuatan.

kelapa mawar said...

Sdri Watababai..

thanks kerana memberikan respons terhadap isu ini..saya amat menghargainya..mungkinapa yang dimaksudkan oleh sdr Belumpendekar itu sebagai realiti politik sebenar di KB..

kelapa mawar said...

Salam Datu Pitung..

lama benar sdr tidak berkunjung di blog KM ini..namun thanks kerana turut sama dalam perbincangan ini..kemampuan sdr membaca perjalanan politik KB adalah satu rahmat dan kelebihan yang tidak wajar dipersiakan..terusan komen-komen sdr itu..Kelapa Mawar amat mengharagainya.

kelapa mawar said...

sdri Idahan..

ma kasih kerana memberikan pandangan..pru-13 akan menjanjikan kejutan yg besar...antarapemimpin muda dan lama..kita tunggu kesudahannya nanti.

bayugunung said...

Salam tuan empunya blog,


adapun hajat dihati, berkenan sungguh dgn post yg ini..minta izin copy isinya ya..TQ