KELAPA MAWAR

Monday, November 21, 2011

SEBELUM PRU 13,RAKYAT PERLU TAHU HUTANG KERAJAAN MENINGKAT



Rakyat di negara ini perlu sentiasa peka kepada setiap inci perjalanan ekonomi melibatkan niaga urus aset negara. Pembayar cukai juga harus mengetahui bahkan berhak pada asasnya membuat teguran jika wang mereka dipergunakan untuk tujuan kepentingan puak dan kroni dalam politik. Kesedaran itu sentiasa ada dalam sanubari rakyat di negara ini. Tujuannya adalah memastikan aset dan kewangan negara di urus dengan amanah dan jujur supaya setiap generasi yang lahir kemudiannya merasa bertuah menghirup udara di negara bertuah ini.

Namun semenjak kebelakang ini rakyat terkejut dengan modal mampu kerajaan , kerana dari laporan yang didedahkan jelas menunjukkan bahawa hutang kerajaan Persekutuan sentiasa meningkat sejak dari tahun 2007 iaitu zaman pemerintahan pak lah lagi. Peningkatan hutang kerajaan ini berterusan pada zaman Najib.

Graf diatas menunjukkan bahawa pada tahun 2007 hutang kerajaan mencecah 266 billion ringgit. Ini meningkat pada tahun berikutnya iaitu 2008 sejumlah 306 billion manakala pada tahun 2011 hutang kerajaan telah mencapai lebih 455 biliion ringgit. Peningkatan hutang ini adalah tidak baik bagi sesebuah negara seperti Malaysia.

Antara faktor yang dikenalpasti kepada wujudnya keadaan ini ialah pengurusan dana awam yang tidak efisien dan banyak berlaku unsur penipuan dan rasuah serta pengurusan yang tidak telus. Kebocoran banyak berlaku, ketirisan menjadi budaya kepada urustadbir negara. Ini diakui oleh laporan audit 2010 yang lepas yang menunjukkan bahawa beberapa kementerian utama telah menggunakan kos perbelanjaan melebihi peruntukan yang disediakan,di samping beberapa projek kerajaan yang gagal memberi manfaat dan tidak menepati sasaran asalnya. Contohnya ialah projek Lembu Daging (NFC) yang menelan perbelanjaan lebih 250 juta dan diberikan kepada kroni menteri tertentu dalam kerajaan, sebaliknya disalahguna dengan pembelian kondominum.

Begitu juga saranan Datuk Idris Jala yang beberapa kali mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan penstrukturan subsidi yang boleh menyebabkan negara mengalami kemuflisan.Semua ini adalah tanda-tanda bahawa urustadbir negara mempunyai banyak kelemahan dan wajar diperbaiki secepat mungkin.

Dalam jangka tempoh PRU 13 yang akan menemui rakyat tidak beberapa lama lagi, rakyat harus sedar bahawa realitinya ialah hutang kerajaan semakin bertambah setiap tahun. Persoalannya ialah siapakah yang membayar hutang ini? kalau bukan rakyat!.

46 comments:

  1. sdr KM.. ramai yg x sedar perkara ini atau sngaja pura2 x sedar.. bila kepentingan diri mengatasi segalanya maka, mereka lihat semua itu kabur belaka.. hehe

    ReplyDelete
  2. dulu niaga gerai, cuma pnjam rm3000. Alhamdulillah... dgn tmbhn modal dr hutang tu, dapat majukn pniagaan dan pndapatn bertambah. Keupayaan mningkat dan keyakinan phk bank juga mningkat. dapat la buat pinjaman rm15000 buka restoran kecil. hutang bertambah tu. tapi alhamdulillah kecekapan mengurus kewangan, pndapatan pun berganda dan pniagaan bertambah maju. cadang thn depan nak pnjam rm100ribu pula. nak buka cawangan dan kathering.
    hakikatnya, dlm kecekapan mngurus kewangan yg paling penting perolehan pulangan pendapatan dan kupayaan kewangan.
    dari sudut pemberi pinjam spt bank, smakin yakin pihak bank pada keupayaan peminjam byar balik hutang, semakin tinggi jumlah hutang yg akan diberikn. jd hutang mngkat tidak semestinya bermakna tidak baik. sebaliknya jk dilihat scara global, hutng negara2 maju jauh lebih byk berbnding negara miskin. apa yg pnting kcekpn mngurus dan perolehan pulangan pendapat yg lebih tinggi dan meningkat selari dgn peningkatan hutang serta kmmapun byr balik.
    fahami secara dalam selok belok perniagaan sblm bicara soal pniagaan.

    ReplyDelete
  3. jgn mudah terpengaruh dan tertipu. jadlah rakyat yg sentiasa berfikir dan mancari pnjelasan sepenuhnya. bebaskn minda kita dari belenggu fahaman politk dan ketaksuban.

    ReplyDelete
  4. Kerajaan perlulah berusah melangsaikan hutang negara dengan berkesan supaya hutang tidak bertimbun.

    ReplyDelete
  5. Rakyat memang patut tahu hutang negara yang sebenarnya.

    ReplyDelete
  6. JIka cekap menguruskan kewangan, pasti semua akan lebih baik lagi...kerajaan pasti ada perancangan bagi melansaikan hutang2 itu..

    ReplyDelete
  7. Pasti CM kita tau apa yg perlu dibuat..rakyat tidak perlu risau... tapi bagus jg ada pendedahan begini..jd, kita tau dimana wang kita disalurkan...

    ReplyDelete
  8. kerajaan perlu ada sistem pengurusan wang yang benar2 teratur dan sistematik. dengan ini, pasti beban ekonomi dpt diselesaikan.

    ReplyDelete
  9. setiap perbelanjaan kerajaan kena didedahkan kepada rakyat. rakyat harus tau semua ini.

    ReplyDelete
  10. Pengurusan wang yang sistematik perlu agar ekonomi negara tidak mudah goyang.

    ReplyDelete
  11. Jika hutang bertambah banyak, seharus subsidy patut dikawal.

    ReplyDelete
  12. It a good idea to let the people know about the country debts.

    ReplyDelete
  13. Namun semenjak kebelakang ini rakyat terkejut dengan modal mampu kerajaan , kerana dari laporan yang didedahkan jelas menunjukkan bahawa hutang kerajaan Persekutuan sentiasa meningkat sejak dari tahun 2007 iaitu zaman pemerintahan pak lah lagi. Peningkatan hutang kerajaan ini berterusan pada zaman Najib.

    Apakah punca pertambahan hutang negara? Adakah pengurusan kewangan kurang baik dan harus diperbaiki?

    ReplyDelete
  14. Dalam jangka tempoh PRU 13 yang akan menemui rakyat tidak beberapa lama lagi, rakyat harus sedar bahawa realitinya ialah hutang kerajaan semakin bertambah setiap tahun. Persoalannya ialah siapakah yang membayar hutang ini? kalau bukan rakyat!.

    Clearly that tax payee needed to pay all those debts. Make sure the collection of tax being up-to-date.

    ReplyDelete
  15. What is our country strategy to clear up those huge debts incurred?

    ReplyDelete
  16. Pasti kerajaan akan memantau hutang2 yg ada...

    ReplyDelete
  17. Tapi apa punca penambahan hutang ini, adakh disebabkan pengurusan wang yg tidak sempurna...

    ReplyDelete
  18. Pasti kerajaan ada jalan penyelesaian untuk masalah ini..rakyat tidak perlu risau..

    ReplyDelete
  19. semoga hutang kerajaan dapat diturunkan di tahun hadapan..

    ReplyDelete
  20. rakyat berhak teruskan untuk bersuara mengenai isu ini.

    ReplyDelete
  21. Harap semua parti komponen dan kerajaan kita akan berusaha untuk menangani masalah hutang yang meningkat ini

    ReplyDelete
  22. pengurusan aliran keluar masuk wang negara harus dikawal oleh pihak kerajaan dengan bijak

    ReplyDelete
  23. jika kerajaan berkebolehan mengurus wang negara dengan bijak, sudah tentu hutang negara dapat diturunkan

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. The debt will continue increase even if the gov change.

    ReplyDelete
  26. The gov seriously need to handle the country finance properly or else malaysia will be in big trouble.

    ReplyDelete
  27. off topic, i think Kelapa Mawar should tone down the use of plugins in this site cause it slows down the loading which i find it rather annoying. Neway, its just a suggestion. =D

    ReplyDelete
  28. Hutang ini seharus mencari kaedah yang baikuntuk merancang pembayarannya.

    ReplyDelete
  29. Jika hutang semakin bertambah, ini akan menyebabkan mufliks di masa akan datang jika tidak dikawal dengan baik.

    ReplyDelete
  30. What is the roots causes for such debts keep increasing? Are they a clear indication the limitation of our financial management.

    ReplyDelete
  31. Semoga negara kami tidk menghala ke arah seperti negara Europe sekarang.

    ReplyDelete
  32. Subsidy kerajaan harus dikawal. Kini, tambahan pula subdiri 1malaysia store, bertambah lagi beban negara.

    ReplyDelete
  33. yang penting pengurusan kewangan dilakukan dengan cekap dan semuanya diuruskan dengan baik.

    ReplyDelete
  34. semoga semuanya berada dalam keadaan stabil dan diuruskan dengan cekap.

    ReplyDelete
  35. setuju dengan penjelasan Anaksabah.. jumlah hutang itu tidak semestinya menggambarkan Malaysia akan bankrap.. hutang negara2 maju ada yang mencecah angka trillion. saya rasa mustahil jika pembangkang memerintah negara ini, malaysia tidak akan mempunyai hutang..

    ReplyDelete
  36. Sistem pengurusan wang yang bagus akan menberi feedback yang positif.

    ReplyDelete
  37. rasanya setiap negara pun pasti ada beban hutang yang terpaksa ditanggung.

    ReplyDelete
  38. Sebagai rakyat, kita memang perlu tahu keadaan ekonomi negara kita terutamanya soal hutang.

    ReplyDelete
  39. Kalau tak, alamatnya hancurlah negara kita... Dengan adanya ekonomi yang baik barulah negara dapat berkembang maju tapi kalau dibebani hutang, hmmm sendiri mahu ingatlah apa yang akan berlaku...

    ReplyDelete
  40. Bagaimanapun saya yakin kerajaan mampu menanggani masalah ini dengan sempurna. Pastikan masalah hutang diselesaikan.

    ReplyDelete
  41. Sementara itu, tak perlulah perbesarkan hal ini sehingga ke pengetahuan luar. Tak pasal2 ia hanya akan mengeruhkan keadaan sedia ada.

    ReplyDelete
  42. Apapun, kita tunggu dan lihat sajalh nanti.

    ReplyDelete
  43. PAstikan hutang negara akan dibayar sedikit demi sedikit.

    ReplyDelete
  44. PM sebagai Menteri Kewangan Negara perlulah memastikan hutang Negara ini sentiasa dikemaskini. Ini bagi memastikan Negara terus dibebani oleh hutang.

    ReplyDelete
  45. Memang telah meningkat dengan cepat. Rakyat harus bersyukur Kerajaan kita telah membuat demikian untuk kebaikan kita.

    ReplyDelete
  46. Janganlah kita menuduh kerajaan dengan sia-sia saja.

    ReplyDelete