KELAPA MAWAR

Wednesday, December 21, 2011

MENGAPA MUSLI OLI MAHU RAHMAN DAHLAN DICALON SEMULA?




"Sebelum PRU 2004, saya org pertama mencadang supaya Dato Rahman Dahlan dipilih calon MP atau DUN di Kota Belud. Dia tdk terpilih. Sebelum PrU 2008, saya memperhebat sokongan dalam FB dan blog supaya BN dan UMNO pilih Dato Rahman di Kota Belud. Antara yg menyokong saya mantan MP Kota Belud, Dato Yahaya Lampong..Sebelum PRU 13 bulan Februari ini, saya berharap BN dan UMNO kekalkan Rahman utk penggal yg kedua."

Begitu antara ungkapan sdr Musli Oli dalam membicarakan tentang jangka hayat politik,Datuk Rahman Dahlan di Kota belud. Walaupun sebelum ini Musli Oli begitu hebat sakan berdebat dengan DARD di FCB,namun tidak ramai yang mengetahui bahawa Musli Oli rupanya adalah antara orang penting yang memperkenalkan Datuk Rahman dalam politik Kota Belud.

Dan dengan akuan terbuka ini apakah muslihat Musli Oli mahu Rahman Dahlan dikekalkan di Kota Belud pada PRU 13 akan datang?Sedangkan umum mengetahui bahawa artikel sebelum ini tentang pengguguran Datuk japlin dan Datuk Rahman adalah maklumat rahsia yang Musli Oli ketahui sebelum beralih kapal katanya.

Apakah msulihat dan helah politik ini hanya untuk mengurangkan jurang antara mereka? Bagi pemerhati politik Kota belud menyatakan bahawa ini adalah taktik Musli Oli, kerana jika benar Musli Oli bercita-cita menjadi calon di Parlimen KB, ada kemungkinan jika beliau berhadapan dengan DARD,Musli Oli boleh menang kerana terlalu banyak isu yang boleh dimainkan oleh Musli Oli termasuk kegagalan DARD menangani beberapa isu tanah di daerah itu juga isu pemain import. Atau barangkali satu pertemuan sulit sebenarnya telah berlangsung antara kedua orang ini? Helah Musli Oli ini hanya akan terbon gkar menjelangnya PRU 13 dalam waktu tidak sampai 4 bulan dari sekarang. 


Selain itu, Musli Oli juga menjadikan kenyataannya itu sebagai 'umpan' kepada Datuk Salleh. Musli Oli tahu dan amat tahu bahawa jika DSSK yang dicalonkan di Parlimen KB, maka harapannya akan berkecai kerana DSSK punya kekuatan sendiri termasuk punya wang ringgit yang bertimbun. Lagipun berdasarkan statistik DSSK sejak menjadi MP KB beliau memperolehi pertambahan undi setiap kali PRU .Musli OLI lebih suka secara moralnya 'kalah' di Usukan kerana itu bukan matlamat sebenarnya, kawasan Parlimen KB adalah sasaran utama PKR pada PRU akan datang.


"Kira2 3 bulan lalu saya menulis surat (sulit) kpd Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib yg secara umum sentuh isu2 politik di Sabah dan secara khusus tentang salah laku KM Sabah. Saya kemukakan urutan kronologi dan fakta2 berkaitan..Entah mcmana surat itu tersebar luas dikalangan org2 KM sedangkan surat sulit itu kpd org2 PM..ada hantukah dalam JPM yg gajinya di bayar Musa Aman?"


Ini pula adalah isu lain yang saya petik dalam laman FCB Musli Oli..Mengutus surat kepada Perdana Menteri. Mungkin para pengundi di Sabah dan di Kota Belud memang tahu siapa sebenarnya Musli OLi...

29 comments:

  1. Harap setiap parti akan memilih calon yang terbaik untuk mewakili parti masing-masing bila bertanding di PRU-13 nanti.

    ReplyDelete
  2. Pemimpin yang baik pasti akan mendapat sokongan rakyat jelata. Biar rakyat sendiri yang menentukannya.

    ReplyDelete
  3. saya tidak terkejut sangat sekiranya Musli membuat kenyataan seperti tu. Musli sudah tentu mempunyai muslihatnya sendiri.

    ReplyDelete
  4. Musli Oli, rasanya dia memang katak. Biasalah. Bila dia berada dalam kapal Umno/BN dia akan terima apa saja habuan yang diberikan. Sekarang ni, dia dalam PKR sudah tentu dia akan memangkan PKR dan berusaha burukkan Musa depan Najib. Kena hati2 orang macam ni, kalau dia menang pun keikhlasan dia tu meragukan. Strategik muslihat dia ni.

    ReplyDelete
  5. Musli oli dilihat mmg berminat untuk menjadi ahli parlimen dan dia merasa lebih mudah untuknya menentang Rahman Dahlan.

    ReplyDelete
  6. jika Musli Oli bertanding atas tiket PKR, belum tentu dia boleh menang kerana BN amat kuat di KB.

    ReplyDelete
  7. What a backstabber. I have the feeling that MO jump to PKR because he was given a higher pay.

    ReplyDelete
  8. All party must ensure that the candidate the choose is a winnable one.. The one that could win the heart of sabahan people.

    ReplyDelete
  9. dalam dunia politik, seseorang itu pasti mempunyai taktik dan strategi sendiri untuk terus kekal berkuasa. 'only the fittest will survive'.

    ReplyDelete
  10. orang KB nilai dan buatlah keputusan bijak dalam PRU nanti.

    ReplyDelete
  11. yang pnting siapa pun yang dicalonkan perlu mampu menjalanan tugas dengan sebaiknya sebagai pemimpin.

    ReplyDelete
  12. pemimpin yang dicalokan nanti juga perlulah melakukan yang terbaik untuk menjaga kepentingan rakyat.

    ReplyDelete
  13. Arena politik diselebungi oleh mereka yang suka bermuka-muka dan suka ambil kesempatan dalam kesempitan.

    ReplyDelete
  14. kepada semua ahli2 politik, berhati2lah dengan orang2 yang berada dikiri kanan anda.. kalau hari ni boleh makan sepinggan, tidak mustahil esok dia makan sendiri2..

    ReplyDelete
  15. Mungkin beliau memang calon yang terbaik.

    ReplyDelete
  16. Mesti berhati-hati memilih calon tersendiri.

    ReplyDelete
  17. Biarlah penduduk di KB yang menentukan calon yang mereka rasa boleh berkhidmat dengan baik.

    ReplyDelete
  18. Harus memikirkan masa depan generasi muda agar mereka tidak mengalami kesusahan seperti kami sekarang. Perubahan harus dibuat.

    ReplyDelete
  19. I think the people know well who exactly Musli Oli.

    ReplyDelete
  20. Pemimpin yang bertanggung jawab tetap menambat hati rakyat. Harus menilai dengan lebih berhati-hati.

    ReplyDelete
  21. Pasti satu persaingan yang amat kuat berlaku di KB di PRU akan datang.

    ReplyDelete
  22. Kita harapkan saja calon yang terbaik mewakili sesuatu parti barulah ada saingan. hehehe

    ReplyDelete
  23. Tapi bukan suatu hal yang menghairankanlah... Biasalah politik, ada saja yang berlaku.

    ReplyDelete
  24. Sekarang ni semuanya terpulang pada penilaian rakyat sendiri.

    ReplyDelete
  25. Soal helah politik tu memang sudah jadi kebiasaan. Jadi kita tunggu dan lihat sajalah nanti.

    ReplyDelete
  26. Tak sabar mahu tunggu apa yang akan berlaku next GE nanti.

    ReplyDelete
  27. Kekalkan atau tidak itu terpulang dengan pilihan dan kebolehan DARD sendiri nanti kepada penduduk Kota Belud.

    ReplyDelete
  28. Sebagai seorang calon pasti akan ada pesaingnya untuk memegang jawatan tersebut. Maka untuk mengekalkan sokongan lakukan tanggungjawab yang telah diberikan dari awal sehingga datangnya PRU. Itulah calon yang benar-benar disokong oleh penduduk.

    ReplyDelete