KELAPA MAWAR

Sunday, January 1, 2012

'INI KALI LAH' TIDAK MEREBAK KE SELURUH SABAH


Slogan "INI KALI LAH' yang cukup sinonim dengan kebangkitan perjuangan pembangkang di Sabah, nampaknya hanya sekadar berleger di kawasan Kota Kinabalu dan Pantai Barat negeri itu, sedangkan di Pantai Timur Sabah yang merangkumi daerah seperti Sandakan, Tawau, Semporna,Kunak dan Lahad Datu, bukan sahaja slogan 'INI KALI LAH' itu tidak berkumandang tetapi juga rata-rata penduduk di sini tidak tahu menahu tentang slogan berkenaan.

Jika benar bahawa gerakan menuntut perubahan poilitik di Sabah sekarang ini begitu panas dengan slogan berkenaan, bermakna di kawasan pantai Timur ini perubahan landskap politik akan berubah dengan sangat perlahan. Kedudukan beberapa pemimpin veteran UMNO di kawasan ini sepertiu Datuk Ghafur Salleh, MP Kalabakan sudah mula mengambil tempat, termasuk kononnya MP Kalabakan ini akan meninggalkan UMNO dan menyertai rakan lainnya seperti Datulk Lajim.Sekiranya itu benar maka ada kemungkinan slogan ' INI KALI LAH' ini akan mula memasuki perbatasan wilayah pantai timur Sabah.

Apa yang berlaku sekarang ialah kebanyakan acara parti pembangkang masih tertumpu di sekitar pantai barat dan kota kinabalu, belum ada program menjelajah ke pantai Timur Sabah. Sama ada kerana menunggu keputusan Datuk Ghafur atau kerana menunggu PRU 13 yang semakin dekat, ,asih belum diketahui tetapi yang jelasnya, jika keadaan ini dibiarkan dan berlarutan, slogan "INI KALI LAH' ini akan hanya membawa arus tsunami di kawasan pantai barat Sabah. 

26 comments:

  1. Apa lagi yang mau di ribut-ributkan itu??? alahai rakyat sabah harap tidak terus terjebak dengan agenda mereng pembangkang.

    ReplyDelete
  2. slogan "ini kali la" akan makan tuannya sendiri.tengok la bila tiba masanya nanti.

    ReplyDelete
  3. Alala..sandinya kalau makan tuan sendiri. Mungkin slogan ini salah satu cara untuk tarik perhatian sebab sering ayat ini diungkapkan. Musim berkempen nanti, makin kuatlah slogan ini dilaung-laungkan.

    ReplyDelete
  4. slogan is just a slogan.. "ini kali lah" is not much of a powerful slogan that could wow me.

    ReplyDelete
  5. neway good luck to the opposition. Prove to the people that you are worth voting.

    ReplyDelete
  6. ini kali lah slogan tidak menjadi kalau penduduk di pantai timur Sabah tidak sama2 menyahut slogan ini..

    ReplyDelete
  7. apakah maksud sebenar slogan tersebut? mcm slogan budak2 saja. tiada ada ke slogan yang lagi cantik dan power?

    ReplyDelete
  8. slogan tersebut mngkin akan merebak, tapi tidak tau berapa ramai yang akan mengikutinya.

    ReplyDelete
  9. Sememangan semakin hangat isu mengenai ahli yang akan keluar parti, namun itu masih menjadi tanda tanya kepada kita benar atau tidak. apa pun yang terbaik sekarang ini cuba buat sesuatu untuk penduduk Sabah.

    ReplyDelete
  10. Ini Kali Lah..Menjadi slogan pada PRU13 akan datang. Harap Datuk Lajim akan terus kekal bersama UMNO untuk penduduk Sabah.

    ReplyDelete
  11. kita tunggu dan lihat pada pru13..

    ReplyDelete
  12. yang pasti, rakyat yang akan menentukan..

    ReplyDelete
  13. Harap tu slogan tidak tekena balik kepada yang empunya diri.

    ReplyDelete
  14. Saya mahu tengok sejauh mana impak "Ini Kali Lah" pada PRU13.

    ReplyDelete
  15. Rakyat pandai menilai dan menilai prestasi dan tanggung jawab masing-masing. Sloga tidak lagi membawa apa-apa kesan.

    ReplyDelete
  16. To some extent its bring some impact. How serious the impact is yet to judge.

    ReplyDelete
  17. Biarlah rakyat yang menilai dan menentukannya. Harap prestasi WR masih boleh diperbaiki agar masalah rakyat didengari.

    ReplyDelete
  18. Pasti merebak cepat dan berkesan melalui internet!

    ReplyDelete
  19. slogan 'Ini Kali Lah' membawa makna yang berkaitan dengan tsunami politik. mengikut pembangkang, PRU-13 inilah yang akan membawa perubahan dalam soal penggantian kepimpinan negara.

    ReplyDelete
  20. pembangkang janganlah terlalu teruja dan confident dengan slogan 'Ini Kali Lah'. bukan mudah untuk menumbangkan kerajaan.

    ReplyDelete
  21. Pasti ada impak sekurang-kurangnya.

    ReplyDelete
  22. The slogan will affect them in return.

    ReplyDelete
  23. Saya pun sokong slogan 'ini kali lah' .... sebab 'ini kali lah' rakyat sabah sedar dari jangan kuat sangat meginum tinguklah masa depan kita Oiii ... ( ini tiada kena mengena dengan slogan 'ini kali lah' pembangkang tu :D)

    ReplyDelete
  24. Slogan tidak akan memberi apa2 makna jika parti pembangkang tidak mempunyai kerjasama dan kesepakatan dalam perjuangan mereka.

    ReplyDelete