Berita terbaru dari negeri di bawah bayu yang semakin hangat dengan kehadiran Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang mengadakan pertemuan dengan pemimpin Pakatan Rakyat diserikan lagi dengan kemasukan lebih 150 orang bekas ahli Umno-APCO di Tuaran, Sabah.
Borang kemasukan mereka diterima sendiri oleh Anwar di hadapan ribuan rakyat yang berpusu-pusu untuk mendengar ceramah dan sesi soal jawab di pekan itu yang turut dihadiri bekas calon PKR bagi Parlimen Batu Sapi, Ansari Abdullah.
Terdahulu, Anwar yang juga Ketua Umum PKR menyatakan rasa syukur dan berterima kasih di atas penerimaan dan sambutan hangat yang diberikan masyarakat Sabah sekaligus membuktikan bahawa Umno-APCO kini sudah tidak boleh mengharapkan lagi Sabah menjadi deposit tetap Barisan Najis selain Sarawak.
Ini kerana tegas Anwar ia adalah satu bentuk penghinaan kerana rata-rata rakyat Sabah yang dahagakan pembelaan dan pembangunan semacam dipinggirkan oleh Ketua Menteri Musa Aman dan Najib Altantuya yang menguasai kerajaan persekutuan.
Semenjak Sabah merdeka dan menyertai Malaysia pada 1963, beliau tidak pernah melihat betapa rakyat Sabah semakin lama semakin miskin sedangkan pemimpin negeri sibuk memperkayakan keluarga dan kroni dengan pengurniaan konsesi balak dan rasuah yang semakin tidak terkawal.
Anwar berjanji sekiranya Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah Putrajaya, Sabah akan berkongsi nikmat kekayaan yang sepatutnya dimiliki serta tuntutan 20 Perkara yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 akan dilaksanakan, selain berusaha menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin yang kini mencecah lebih 500 ribu orang.
Turut hadir di majlis penyerahan tersebut, Pengerusi PKR negeri, Ahmad Thamrin Jaini, Christina Liew, Halik Zaman, pimpinan PKR dan Pakatan Rakyat negeri dan Jeffrey Kitingan selaku presiden STAR yang baru ditubuhkan.

Salam KM Isu PATI ini sampai bila pun tidak akan selesai, ini masalah global dari dahulu sampai kini , hatta Anuar Ibrahim sekalipun yang jadi PM, tidak akan selesai..mereka sudah berakar umbi dalam negara ini, jika kerajaan bersungguh-sungguh membentras masalah ini kenapa tidak dilakukan sejak dari dulu..sejak mereka belum berakar tunjang lagi.. sebahagian mereka ini telahpun mendapat ic, warga pakistan dan warga lain turut mendapat kerakyatan dalam masa yang singkat..orang-orang kita juga menyumbang mereka ini dengan mudah mendapat ic, jadi cubalah fikir mana mungkin dapat di bentras..sesuatu yang MUSTAHIL...
ReplyDeletePenentuan pada PRU13, kunci sekarang ditangan rakyat.
ReplyDeleteAda Anwar menyatakan bagaimana cara menyelesai masalah PATI yang ada di Sabah. yang menjadi isu kritikal. Ka dia sendiri ada bahagian penyumbang2 PATI yang berlaku dahulu kala
ReplyDeleteSurely these people who left UMNO have their own agendas which lead to their defection to PKR.
ReplyDeleteThe matters that have being raise by DSAI are monumental. Merely rhetoric to garner voters' confidence?
ReplyDeletekeluar masuk parti adalah perkara biasa dalam politik, sebenarnya ramai jg ahli pembangkang yang sertai UMNO.
ReplyDeleteapapun, itu semua adalah keputusan mereka, kita tak boleh menghalangnya.
ReplyDeleteNothing new knowing that umno members quit to join the opposition party.
ReplyDeleteEven the opposition party members oso quit to join UMNO/BN before.
ReplyDeleteDekat2 PRU ni memang ramai yang menjadi katak.
ReplyDeletei think there is going to be more frogs switching party..
ReplyDeletepasal apa 150 orang itu keluar dari UMNO? tidak dapat projek kah?
ReplyDeletenamun adakah PKR berpeluang menang di sabah?
ReplyDeletewakil SAPP tidak hadir...wakil Star ada hadir..adakah ini bermakna SAPP tidak akan bekerjasama dengan PKR?
ReplyDeleteMasalah PATI tidak akan selesai tapi bukan alasan untuk tidak mencari jalan kaedah bagaimana untuk mengawal atau mengurangkan jumlah mereka di Sabah. Jika dari dulu tindakan tegas diambil, masalah PATI mungkin tidaklah seteruk sekarang.
ReplyDeleteBilangan ahli bukan penentu kepada kemenangan dalam sesebuah p/raya. Luaran kata lain, dalam kata lain.
ReplyDeletePilihan adalah ditangani mereka untuk menyertai mana-mana parti yang ada di Sabah. tidak ada larangan untuk semua itu.
ReplyDeleteBenar..Walaupun ahli ramai namun sokongan penduduk tepat kepada kerajaan rasanya tidak akan mengugat sokongan kepada kerajaan pun.
ReplyDeletekalau sudah keluar parti tu, jangan pla lepas ni ada suara2 yang mula memburuk-burukkan parti lama mereka. inilah yang sering berlaku bila ada yang melompat parti.
ReplyDeletepasti akan berlaku perubahan yang besar di daerah Tuaran ni bila tiba PRU.
ReplyDeletesetiap orang ada pilihan masing-masing. terserah untuk memilih parti mana yang disukai.
ReplyDeletemana-mana parti pun akan ada ahli yang keluar dan ada yang masuk. itu biasa dalam politik.
ReplyDeleteyang penting sekarang, semua harus fokus dan menjalankan tanggungjawab kepada rakyat dengan sebaiknya.
ReplyDeletekeluar masuk parti biasa dalam politik
ReplyDeleteusaha berterusan untuk membangunkan rakyat perlu terus dibuat.
ReplyDeleteSiapak antaranya? Pasti ada offer yang lebih baik.
ReplyDeleteBudaya lompat parti ini memang satu kebiasaan.
ReplyDeleteIni pasti menjejaskan imej BN. Semoga perjuangan masih diteruskan walau berada di parti yang lain.
ReplyDelete150 yang terkeluar, pasti ada agenda yang tidak diketahui.
ReplyDeleteYang keluar pasti ada yang masuk juga. Yang penting, kepentingan rakyat harus dipelihara.
ReplyDeletePasti ada ketidak puas hati terhadap UMNO, jika tidak kenapa nak keluar?
ReplyDeleteSerba sedikit akan membawa kesan negatif kepada BN.
ReplyDeleteIni memang satu musim melompat parti, tiada apa yang mengejutkan.
ReplyDeleteBN masih kuat walau ada juga yang melompat parti.
ReplyDeleteMasalah PATI tidak harus bermula sebenarnya. Kini, kesemua ini memerlukan tenaga dan duit untuk meneylesaikannya.
ReplyDeleteAnuar Ibrahim jadi PM pun belum tahu masalah PATI dapat diselesaikan.
ReplyDeleteSuka lompat parti, lepasni balik lagi pigi BN..
ReplyDeleteketika Anwar masih bersama dengan parti pemerintah, pernahkah beliau membangkitkan masalah2 yang dihadapi oleh rakyat Sabah?? masalah2 yang berlaku di Sabah hari ini bukanlah sesuatu yang baru, malah ada pihak yang mendakwa bahawa Anwar juga terlibat dengan projek IC ketika beliau masih memegang jawatan menteri kewangan..
ReplyDeleteapa2pun syabas kepada Anwar kerana walaupun kita telah menyaksikan pertambahan jumlah parti pembangkang di Sabah, Anwar masih mampu menarik sokongan rakyat Sabah..
ReplyDeleteAnwar beriya-iya mau selesaikan masalah PTI di Sabah. Klu pun dia jadi PM, saya juga meragui kemampuan dia untuk menyelesaikan isu kedatangan PTI ke Sabah. Sebabnya jelas....persempadanan laut dan darat Sabah beribu kilometer panjang...kedua, faktor bantuan orang2 kita yg membantu pendatang ini mndpt IC bila warga Pakistan atau Indon berkahwin dgn wanita tempatan...mcm2 cara mereka gunakan termasuk memberikan Surat Beranak keluarga mereka yg sdh meninggal dunia (tpi kematian tdk didaftarkan dgn JPN).Masalah atau isu IC ini terlalu rumit utk diatasi...Anwar sj gunakan isu itu sebagai bahan rhetoriknya dgn harapan mndpt sokongfan..
ReplyDeletesetuju dengan sdr Jumin Blog.. lagipun jika Anwar bersungguh2 mahu membanteras isu PATI, kenapa tidak tunjukkan kesungguhan beliau ketika beliau masih memegang jawatan TPM dan menteri kewangan dulu..
ReplyDelete