KELAPA MAWAR

Sunday, January 22, 2012

UMNO KOTA BELUD:SETIA KEPADA PARTI YANG MENCALONKAN PEMIMPIN BUKAN KEHENDAK AKAR UMBI


"Kesetiaan kepada parti dan bukan kepada individu" mungkin itu antara teras ucapan Datuk Salleh Tun Said, ketua UMNO KB semasa perjumpaan dengan UMNO bahagian Kedamaian beberapa hari lepas. Ia membawa makna besar bagi perjuangan politik akar umbi. Kerana kenyataan itu seolah-olah menggesa ketua-ketua cawangan 'menerima' secara total sesiapa juga yang dicalonkan oleh parti pada PRU 13 yang mula sudah kedengaran tarikhnya.Bagi Datuk Salleh "sesiapa' juga yang menjadi pilihan parti, kesetiaan dengan memberi sokongan undi bukan kepada 'pilihan' itu tetapi kepada parti. Beliau mengingatkan hadirin yang hadir, bahawa sejarah lampau menyaksikan pemimpin datang dan pergi yang tinggal adalah parti dan parti itulah tempat itulah menumpahkan taat setia yang tidak bebelah bahagi.

Adalah tidak manis melontarkan kenyataan sebegitu kerana pada hemat kita Datuk Salleh langsung tidak punya perasaan akar umbi.Apakah rakyat di minta menumpahkan kesetiaan kepada parti yang mencalonkan dan memilih calon yang langsung tidak punya kredibiliti dan sensitiviti kepada naluri rakyat? Apakah parti akan terus utuh jika tidak punya pemimpin yang benar-benar berkelibar dan berkarisma?

Pemimpin seharusnya di sokong, di dukung, di sanjung dan di junjung atas karismanya. walaupun parti mana ia berada. Sama ada dalam parti pemerintah, parti pembangkang ataupun pada paltform Bebas. Pemimpin yang ada sensiviti moral dan naluri rakyatnya, akan lebih bertahan daripada parti yang hanya organisasi kaku yang bergantung kepada permainan pemimpinnya.

Janganlah kita terpedaya dengan janji dan idea songsang yang memanipulasikan hak kita mengundi. Pilihlah calon bukan kerana parti tetapi kerana karisma dan perjuangannya membela nasib rakyat!.

36 comments:

  1. Pilihan Parti tdk lagi relevan dalam hati rakyat. Kekalahan 5 Negeri di Semenanjung ditangan pembangkang, atas elemen rakyat memilih atas dasar pilihan rakyat.

    Pemaksaan pemimpin untuk mengundi calon di pilih oleh Parti tidak lagi dipatuhi. tidak lagi wujud paksaan. Kerana rakyat sekarang pandai memilih.Pandai menilik antara calon kaca atau calon intan.
    Calon yg dipilih untuk berkhidmat kpd rakyat.Tentunya calon yg berbentuk intan.

    Jika calon itu dipilih oleh Parti, maka maknanya calon tersebut tdk akan berkhidmat untuk rakyat.Kerana ianya di istilahkan sebagai calon kaca, sememangnya mudah pecah bila berhadapan dgn rakyat.Lantaran serpihan pecahan kaca tadi mudah melukai perasaan dan menghiris hati rakyat.

    Tidak akan menjanji seribu kemenangan kpd DT Salleh, jika rakyat sekarang masih jauh di mata DT Salleh.

    Jika Dt salleh diturunkan sebagai calon DUN usukan, maka beliau tetap berhadapan dgn sdr Musli Oli.

    Calon Parlimen jika diturun, tetap bertentangan muka dgn Hj Mohd Shukur, mantan Ketua Pemuda UMNO.

    Hj Mohd Shukur seorg Peguam.Kelayakan sebagai ahli Parlimen amat bersesuaian.

    Rata rata rakyat KBelud tetap mengundi Hj Mohd Shukur. beliau yg berkarisma tentu senang menyelami hati rakyat. Setakat ini beliau kerap turun ke padang untuk berjumpa dgn rakyat.

    Jika ditanya kpd rakyat bila kah DT Salleh pernah jumpa rakyat??
    sehingga kini jawaban yg diberikan bahawa DT Salleh menghilang dalam pandangan rakyat.

    Ahli nujum pak belalang mngatakan
    DUN Tempasuk, DUN Usukan serta Parlimen KBelud akan dapat di tawan oleh pembangkang. DUN Kedamaian belum dapat dipastikan, kerana DUN tersebut masih lagi panaaas. Di ramal masih 50-50.

    ReplyDelete
  2. Strategik sekarang ialah winnable candidates. UmnoBN harus menurunkan calon pilihan rakyat sekiranya mahu menang.

    ReplyDelete
  3. Datuk Salleh Tun Said harus berhati-hati dengan kenyataan yang diucap, nanti menimbulkan kekeliruan kepada ahli2. Semua parti2 bercakap mengenai winnable candidates, termasuk Umno.

    ReplyDelete
  4. This is a matter of fulfilling the aspiration of the people, no longer a question of loyalty to the party.

    ReplyDelete
  5. hopefully who ever the candidate that is being filled will uphold the aspiration of the people

    ReplyDelete
  6. pemilihan calon kena dilakukan dgn teliti, pilih calon yang benar2 brkebolehan.

    ReplyDelete
  7. jgn silap memilih calon kerana kesannya amat besar kepada parti.

    ReplyDelete
  8. semua parti pasti meletakakn calon yang boleh menang.

    ReplyDelete
  9. i hope the chosen candidate will have all the positive traits for leaders. He needs to be a people person and someone who is sincere to help the people.

    ReplyDelete
  10. There shouldn't any act of bias when it comes to choosing a candidate.

    ReplyDelete
  11. get a winnable candidate! all the best.

    ReplyDelete
  12. get a winnable candidate! all the best.

    ReplyDelete
  13. pilih calon dan bukannya parti..

    ReplyDelete
  14. calon yang dipilih haruslah benar2 layak...bukannya kroni atau saudara mara..

    ReplyDelete
  15. rakyat haruslah bijak menilai dan memilih..

    ReplyDelete
  16. Maju mundur sesebuah parti bergantung kepada kepada kebijaksanaan pemimpinya. Undi calon yang berwibawa dan berjiwa rakyat.

    ReplyDelete
  17. calonkan pemimpin yang benar-benar boleh membantu penduduk di kawasan tersebut.

    ReplyDelete
  18. BN Sabah perlu meneruskan usaha bagi menunaikan tanggungjawab kepada penduduk untuk memastikan terus menerima sokongan dan relevan untuk penduduk Sabah.

    ReplyDelete
  19. calon biarlah atas pilihan rakyat@disukai rakyat secara keseluruhannya. jika dipilih atas kehendak akar umbi memang tidak sesuai sebab bukan mereka yang dapat menilai dengan baik performance calon itu tapi sebaliknya rakyat.

    ReplyDelete
  20. semoga calon yang terbaik akan dipilih untuk PRU yang akan tiba. mereka inilah yang akan menentukan kemenangan nanti.

    ReplyDelete
  21. pemilihan calon harus diteliti dengan sebaiknya. calon yang dipilih perlulah disukai dan berkebolehan.

    ReplyDelete
  22. selain itu calon yang dipilih perlulah sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat.

    ReplyDelete
  23. setiap rakyat ada pilihan sendiri..pilihlah yang dirasakan terbaik.

    ReplyDelete
  24. pastikan calon yang turunkan adalah yang terbaik untuk rakyat.

    ReplyDelete
  25. persaingan pasti sengit. jadi berusahalah untuk menjaga kepentingan rakyat dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  26. Pastikan calon yang berbakat dan berkebolehan yang diberi peluang.

    ReplyDelete
  27. Calon itu penting dan bukan asal usur parti yang mereka mewakili.

    ReplyDelete
  28. Masing-masing menggunakan strategi untuk menambat hatoi rakyat. Pasti rakyat KB tahu siapakah calon yang sesuai.

    ReplyDelete
  29. Pemilihan calon harus dibuat dengan lebih berhati-hati, WR yang berjaya menambat hati adalah yang betul ikhlas dan memahami keperluan rakyat KB.

    ReplyDelete
  30. Another great challenge in KB. Lets see how the people judge and value.

    ReplyDelete
  31. Tiada pasti memang dalam PRU, semua berada di tangan rakyat.

    ReplyDelete
  32. calon yang dipilih harud berpotensi dan sanggup membuat yang terbaik untuk semua rakyat.

    ReplyDelete
  33. Sabah will still belong to BN, only difference by number of seats.

    ReplyDelete
  34. Kalau tidak berkebolehan, akan disingkir di penggal akan datang juga.

    ReplyDelete
  35. jika itulah maksud kenyataan Salleh, bermakna beliau mempunyai pandangan yang berbeza dan bertentangan dengan bos beliau sendiri yang mahukan winnable candidate diketengahkan pada PRU akan datang..

    ReplyDelete