KELAPA MAWAR

Friday, January 27, 2012

RAPAT UMUM USNO,STAR DI SEMPORNA BESOK


Walaupun sudah ada desas-desus kononnya Pendaftar Pertubuhan (ROS) ada 'memperkenankan' 12 buah parti di Sabah dan salah satu daripadanya ialah USNO yang cuba dihidupkan kembali oleh anak kepada Allahyarham Tun Mustapha, namun belum ada kepastiannya tentang kelulusan ROS itu.Dan sebagai gerakan awal USNO X bergabung dengan STAR dalam UBA sebagai gerakan politik tempatan bertujuan untuk menumbangkan kerajaan UMNO/BN  di Sabah. Tujuan kedua-dua parti ini sama dengan tujuan PR yang juga ingin menumbangkan UMNO dan BN di bumi Sabah untuk melayakkan mereka menerajui Putrajaya. Kesamaan matlamat itulah menyebabkan beberapa pemimpin utama STAR dan UBA ini dilihat menghadiri majlis rapat umum parti PKR yang dihadiri oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kota Kinabalu beberapa hari lepas.

Walaupun perjuangan USNO dilihat tidak punya kekuatan pengaruh lagi di Sabah kerana ramai ahlinya bertindak menyertai UMNO setelah Allahyarham Tun Mustapha 'membenarkannya' sebagai simbolik 'beralih' kapal dari kapal kecil kepada kapal besar,namun di hujung-hujung hayat politik "bapa Kemerdekaan' Sabah ini menyaksikan beliau 'keluar' dari UMNO setelah menyedari bahawa "kematian' USNO dan "kelahiran" UMNO tidak akan menyelesaikan kemelut politik bumiputera Islam di Sabah.

Kemunculan USNO kali ini dilihat cuba 'mengembalikan' aura Tun Mustapha menyatukan bumiputera Islam di Sabah pada awal-awal pemerintahan USNO. Namun ramai yang mempertikaikannya kerana kata mereka USNO pada perjalanan politiknya telah menempuh beberapa siri penurunan sokongan rakyat sehingga USNO dilihat tidak dapat bertahan lama.Sebelum parti keramat itu dibubarkan pada 21 Februari 1991 dengan linangan airmata yang membasahi setiap ceruk bumi Sabah di mana USNO hidup dalam jiwa rakyat Sabah, parti itu telah pun berusaha menyertai beberapa pilihanraya negeri iaitu pada tahun 1976,1981,1985,1986 dan 1990 tetapi gagal menumbangkan parti BERJAYA dan PBS ketika itu. Sehinggalah UMNO berjaya mengalahkan PBS dengan insiden lompat si katak lompat pada tahun 1994.

Besok bertempat di Semporna satu rapat umum akan diadakan oleh USNO X dan STAR yang dikatakan dihadiri oleh beberapa pemimpin kanan parti itu termasuk Datu Badaruddin Tun Mustapha dan Dr Jefry Kitingan. Malahan sejak hari Jumaat lepas sudah kelihatan beberapa orang sukarelawan parti berkenaan di Pekan Semporna. Dan khabarnya telah pun mengunjungi pulau BUM-BUM dalam satu program menziarahi rakyat di pulau itu yang termasuk dalam DUN SULABAYAN di mana Datuk Herman (UMNO/BN) adalah wakil rakyat dikawasan itu.

Apakah USNO X dan STAR (UBA) akan dapat mencipta sejarah dengan menawan beberapa kawasan pilihanraya di Semporna ini.? Menurut keyakinan pemimpin gabungan parti berkenaan, adalah tidak mustahil menumbangkan BN dan UMNO di Semporna kerana suatu ketika dulu Semporna adalah kubu kuat USNO dan Tun Sakaran Dandai adalah mantan pemimpin parti berkenaan sebelum menyertai UMNO. Jika hanya berpaksi kepada itu, sayugia dikhabarkan bahawa situasi politik telah jauh benar berubah,justeru startegi pun kena berubah,jika tidak semua akan berakhir dengan perjuangan yang sia-sia.

38 comments:

  1. 12 parti baru akan diluluskan? Sabah dah terlalu byk parti politik, tak perlulah nak wujudkan byk sangat.

    ReplyDelete
  2. tapi jika USNO dihidupkan semula, sangat disokong kerana USNO akan parti yang berpengaruh dan ia pasti ramai penyokong.

    ReplyDelete
  3. Telampau banyak parti di Sabah. Harap rakyat tak keliru untuk buat pilihan.

    ReplyDelete
  4. Tak kisahlah berapa banyak parti yang muncul dan akan bertanding nanti, namun make sure semuanya bertanding secara adil.

    ReplyDelete
  5. At least kemenangan yang diperolehi tidaklah jadi bahan bualan kelak:P

    ReplyDelete
  6. Apapun, pilihan ada ditangan rakyat dan buatlah apa yang patut. Selebihnya kita terima saja keputusan PRU13 nanti.

    ReplyDelete
  7. Terlampau banyak parti-parti kecil di Sabah boleh mengelirukan para pengundi tempatan kerana tidak tahu parti mana yang lebih sesuai untuk mereka. Tapi harap rakyat akan membuat pemilihan yang terbaik.

    ReplyDelete
  8. Mampukah USNO mendapat semula sokongan daripada rakyat selepas ini? Kita cuma boleh melihat keputusannya bila Pilihanraya diadakan.

    ReplyDelete
  9. I believe the people know how to evaluate between the good and bad

    ReplyDelete
  10. sekiranya banyak parti yang diluluskan oleh ROS tu parti pembangkng dan tidak bersatu menentang kerajaan UmnoBN. Tetap tiada guna juga. UmnoBN akan mendapat kebaikan sebab undi-undi rakyat terbagi-bagi.

    ReplyDelete
  11. This will be a healthy competition to see which party shall win the people's heart.

    ReplyDelete
  12. Hopefully there will be a clean election

    ReplyDelete
  13. kalau USNO dihidupkan semula, bukankah ia akan menggugat UMNO di Sabah? sebab itulah ia tak diluluskan hingga sekarang.

    ReplyDelete
  14. sebelum ni, ada juga khabar yang menyatakan bahawa sekiranya USNO tak diluluskan maka mereka akan bergabung dengan USBO.

    ReplyDelete
  15. jika benar ada 12 parti baru, nampaknya terlalu banyak sudah parti politik yang ada di Sabah ini.

    ReplyDelete
  16. persaingan dijangka sengit pada pru akan datang dengan setiap parti kini sedang berusaha gigih.

    ReplyDelete
  17. setiap pengundi akan menentukan parti pilihan mereka sendiri. pilihlah yang terbaik.

    ReplyDelete
  18. Apakah kesemua 12 parti baru yang para pemimpinnya sedang mengadakan rundingan di pejabat Pendaftar Pertubuhan di Menara MAA di Kota Kinabalu akan tersenyum lebar apabila permohonan akan diluluskan oleh ROS untuk parti baru di Sabah. Namun ini tidak bermakna lulus begitu saja pasti ada syarat yang perlu diikuti.

    ReplyDelete
  19. Berita yang baik dari Kerajaan dan juga ROS. Kerana telah memberikan kelulusan kepada beberapa parti yang mahu berdaftar di Sabah. Maka sekarang rakyat akan mampu membuat pelbagai pilihan bahawa parti mana yang terbaik untuk kita semau. Sekarang mampukah Pakatan Rakyat melakukan sesuatu yang terbaik.

    ReplyDelete
  20. Bagi yang arif dengan politik Sabah, Sarawak, kemunculan satu barisan baru pembangkang di kedua-dua negeri tersebut adalah tanda Pakatan Rakyat (PR) tidak lagi relevan di sana. Kerana jika PR relevan rasanya parti baru ini tidak akan ditubuhkan untuk membantu rakyat. Namun kerana perjuangan PR itu tidak sesuai untuk Sabah maka pelbagai parti pembangkang yang lain hadir untuk memastikan perjuangan mereka ini akan tercapai.

    Contoh yang sekarang hangat adalah Pelancaran parti STAR Sabah pada Jumaat lepas mungkin tidak disedari banyak pihak jika tidak kerana kenyataan yang dikeluarkan sekretariatnya.

    ReplyDelete
  21. Antara parti yang terkenal juga adalah USNO. USNO mempunyai sejarah yang lama di Sabah. USNO adalah antara parti yang awal ditubuhkan di Sabah, namun tenggelam disebabkan banyak pemimpin keluarga parti yang USNO tidak aktif sehinggakan terbatal menjadi parti di Sabah. Namun sekarang semangat USNO mula timbul dan khabarkan akan diluluskan permohonan maka kita tunggu saja berita seterusnya.

    ReplyDelete
  22. Sekiranya lebih banyak parti politik yang bersifat kedaerahan dan kenegerian ditubuhkan, dapat memecahkan undi pembangkang yang dianggap tidak bersatu kecuali Pakatan Rakyat. Ini untuk kebaikan penduduk Sabah itu sendiri juga. Kerana ini membuat penduduk dapat membuat pilihan yang terbaik untuk mereka dan yang mereka percaya.

    Kehadiran parti politik seperti STAR yang dipimpin bekas Pengerusi PKR negeri Sendiri, Jeffry Kitingan pula hanya akan membuatkan peluang Pakatan Rakyat untuk meraih undi semakin sukar. Namun kita perlu sedar juga STAR ada perjuangan mereka sendiri yang tidak sama dengan Pakatan. Maka sebab itu mereka tidak ingin bersama dengan Pakatan.

    ReplyDelete
  23. Banyak betul persoalannya sama ada parti2 pembangkang di Sabah ini akan bergabung ataupun tidak. Mungkin juga mereka akan buat kejutan di saat2 akhir. Yang pasti, tidak sabar rasanya menunggu PRU13 ni.

    ReplyDelete
  24. Keghairahan, kebangkitan parti2 pembangkang di Sabah semakin rancak. Kadang2 terdetik juga persoalan sama ada mereka ini ikhlas berjuang atau sekadar mengejar cita2 sendiri? Walau kerajaan bertukar sekalipun tapi jika sikap pemimpinnya sama saja, rasanya tiadalah anjakan paradigma yang signifikan nanti. Akhirnya rakyat yang jadi mangsa.

    ReplyDelete
  25. kemunculan parti baru di sabah hanya akan merosakkan undi saja..

    ReplyDelete
  26. mungkin akan berlaku pertandingan 3 atau 4 penjuru di sabah...dan BN sabah akan menang..

    ReplyDelete
  27. apa2 pun, kita tunggu dan lihat pada pru13 nanti..

    ReplyDelete
  28. kalau parti pembangkang Sabah boleh bersatu, harapan untuk menang pasti ada.. jika enggan bersatu, jangan harap dapat rampas kerajaan negeri..

    ReplyDelete
  29. We need quality party not quantity.

    ReplyDelete
  30. Semoga parti yang banyak ini mampu membawa negeri Sabah ke peringkat yang lebih meningkat.

    ReplyDelete
  31. Makin meriah politik di Sabah. Semoga kemeriahan ini tidak mendatangkan masalah.

    ReplyDelete
  32. Undian masih di tangan rakyat. Undilah dengan lebih berhati-hati demi masa depan generasi muda.

    ReplyDelete
  33. Yang penting, parti yang mencapai kemenangan tidak mengabaikan tanggung jawab dan harus teruskan usaha memperjuangkan yang terbaik kepada rakyat.

    ReplyDelete
  34. spekulasi mengatakan parti baru STAR di Sabah telah mendapat sokongan ramai, samada benar atau tidak, tunggu sahaja hasilnya di musim PRU-13

    ReplyDelete
  35. nescaya, belum tentu gabungan parti2 pembangkang akan mendapat sambutan hangat dari rakyat Sabah

    ReplyDelete
  36. samada perjuangan parti-parti pembangkang ikhlas demi rakyat ataupun tidak, kita tunggu dan lihat sahaja undian rakyat nanti

    ReplyDelete
  37. semuanya di tangan rakyat Sabah untuk menentukan nasib sesebuah parti

    ReplyDelete
  38. apa yang nyata, sokongan rakyat terhadap BN Sabah masih ada

    ReplyDelete