KELAPA MAWAR

Friday, January 27, 2012

SEMPORNA :PEMIMPIN TURUN BERI BANTUAN RAKYAT (BR1M)




SEMPORNA: Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Dato Sri Haji Nasir Tun (Dr.) Sakaran bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Sulabayan,Datuk Haji Harman Mohamad; Adun Kawasan Bugaya,Datuk Haji Ramlee Marahaban dan Pgawai Daerah Semporna,A.M.Ibnu A.K. Baba telah menyampaikan Bantuan Rakyat 1M (BR1M) kepada 100 orang penerima di Dewan Masyarakat Semporna baru-baru ini.

Dato Sri Nasir yang juga Adun Kawasan Senallang,menjelaskan penerima BR1M yang layak bagi daerah itu seramai 9,801 dan akan menerima bantuan itu secara berperingkat bagi melicinkan penyampaian kepada semua penerima.

Sehubungan itu,Nasir menasihatkan penerima BR1M memanfaatkan bantuan tersebut membelanjakannya untuk keperluan keluarga.

Katanya,kerajaan memang amat prihatin dan meneruskan tradisi membela rakyat dengan pelbagai bantuan termasuk menyalurkan bantuan kepada golongan nelayan,petani dan golongan PPRT/KIRT serta rakyat yang memerlukan bantuan tanpa mengira kaum, fahaman politik mahupun anutan agama.

Nasir juga menasihatkan penerima yang belum menerima bantuan itu supaya bersabar dan tidak mendengar propaganda yang sengaja disebarkan pihak tertentu mengenai bantuan ini kerana bantuan itu sebenarnya adalah bantuan ikhlas daripada kerajaan untuk rakyat dan bukan seperti sangkaan sesetengah pihak yang sengaja cuba menggagalkan usaha kerajaan mengasihi rakyatnya.

41 comments:

  1. bantuan BR1M yang diberikan harus digunakan dgn baik untuk keperluan hidup.

    ReplyDelete
  2. semoga semua yang memohon akan mendapat bantuan tersebut.

    ReplyDelete
  3. Kenapa asal bagi bantuan kan semua mesti mahu ada gambar masuk dalam media. Maka duit tu pun duit rakyat juga sebenarnya... adehh.

    ReplyDelete
  4. "...Penerima BR1M yang layak bagi daerah itu seramai 9,801..."

    Punya ramai.... Belum campur tempat lain. Kerajaan tak nampak kah betapa kesiannya rakyat Sabah. huhuhu

    ReplyDelete
  5. Jadi pastikan semua penerima bantuan dapat BR1M dan gunakanlah bantuan itu seadanya.

    ReplyDelete
  6. Cuma saya hairan kalau betul BR1M ni tak bermotifkan politik, napa ada penerima yang belum daftar mengundi tak dapat bantuan ni????

    ReplyDelete
  7. Bukan itu saja masa hantar borang pun dorang akan tanya 'mengundi di mana'???? Aish memang tipu lah kalau mcm ni kan???

    ReplyDelete
  8. Semoga BR1M adalah bantuan yg ikhlas dan memang utk rakyat :)

    ReplyDelete
  9. Make sure only those who fits the criteria are given the aid.

    ReplyDelete
  10. Paquin said...
    Kenapa asal bagi bantuan kan semua mesti mahu ada gambar masuk dalam media. Maka duit tu pun duit rakyat juga sebenarnya... adehh.

    January 27, 2012 6:44 PM

    This is to inform people that the aid were given to the people as promised. Isn't it good to know where and what our money were used for?

    ReplyDelete
  11. Paquin said...
    Cuma saya hairan kalau betul BR1M ni tak bermotifkan politik, napa ada penerima yang belum daftar mengundi tak dapat bantuan ni????

    January 27, 2012 6:48 PM

    Where did you get your information from?? How come i have friends who is not registered as voter received this aid. Its most probably just coincidence.

    ReplyDelete
  12. nevertheless, i do hope this aid were given to the people out of sincerity and not to fish votes from the people.

    ReplyDelete
  13. Harap rakyat Semporna yang layak mendapatkan bantuan BR1M ini akan sabar menunggu peluang kerana pengagihan ini akan dilakukan secara berperingkat.

    ReplyDelete
  14. Yang penting bantuan BR1M ini menepati sasaran mereka iaitu mengurangkan bebanan kehidupan rakyat.

    ReplyDelete
  15. Harap bantuan2 seumpama akan berterusan dalam membantu meringgankan beban2 rakyat.

    ReplyDelete
  16. Gunakan bantuan tu sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  17. Paquin said...

    Cuma saya hairan kalau betul BR1M ni tak bermotifkan politik, napa ada penerima yang belum daftar mengundi tak dapat bantuan ni????


    Paguin, kalau ada bukti kasi sekali jangan menaip saja di sni.

    ReplyDelete
  18. Hopefully the BR1M will be given to those who are qualify and truely needed this assistance

    ReplyDelete
  19. In turn the recipients will utilize the fund appropriately

    ReplyDelete
  20. ada bantuan banyak juga kritikan, tiada bantuan lagilah la. memang sentiasa ada yang tidak memuaskan hati kalau selalu pandang negatif terhadap kerajaan.

    ReplyDelete
  21. memang ada syarat untuk memohon BR1M tapi kalau soal ada daftar undi atau sebaliknya, tiada pula dinyatakan sebagai syarat. hairan macam mana si Paquin boleh buat kesimpulan awal sedangkan mungkin sorang dua saja yang dia tau tidak dapat BR1M sebab tiada daftar. boleh jadi juga ia cuma satu kebetulan.

    ReplyDelete
  22. mereka yang mendapat batuan tersebut perlu menggunakan wang tersebut dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  23. semoga semuanya berjalan lancar dan mereka yang layak menerima bantuan ini.

    ReplyDelete
  24. teruskan usaha untuk membantu rakyat dan meringankan beban rakyat.

    ReplyDelete
  25. Kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak bermusim.
    Pemberian pelbagai bentuk bantuan kepada rakyat oleh BN bukan retorik serta strategi untuk meraih populariti menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) seperti dakwaan pihak pembangkang.

    Ini untuk meringankan beban rakyat. Pemberian pelbagai bentuk bantuan merupakan bukti keprihatinan BN terhadap kebajikan rakyat.

    ReplyDelete
  26. Pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kepada rakyat bukan rasuah atau sogokan seperti yang didakwa pihak pembangkang. Cuma itu hanya mainan politik yang dibuat oleh pembangkagn sendiri. Maka kita perlu sedar akan keprihatian yang dibuat oleh kerajaan. Dimana kita dapat kerajaan yang ada seperti sekarang ini?? Kita kira beruntung ada pemimpin seperti ini.

    ReplyDelete
  27. Bantuan itu lebih kepada sumbangan ikhlas kerajaan untuk membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.

    Oleh itu rakyat tidak mudah terpedaya dengan dakyah pihak pembangkang yang sememangnya tidak pernah berpuas hati dengan apa juga kebaikan yang dilakukan Kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini. Kebaikan yang dibuat diputar belitkan oleh mereka.

    ReplyDelete
  28. Cuba kita fikirkan sendiri, apa sahaja yang dilakukan kerajaan BN tidak pernah dianggap baik oleh pihak pembangkang, ini termasuklah pemberian BR1M yang kononnya “sogokan” untuk rakyat terutamanya menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13).

    Semua itu cuma provokasi pihak pembangkang yang cuba meracuni pemikiran rakyat.

    Kebetulan pemberian BR1M disampaikan ketika di ambang PRU -13 justeru mereka lebih gemar memainkan isu tersebut.

    ReplyDelete
  29. BR1M diberikan kepada rakyat yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan, tanpa mengira bangsa atau agama serta ideologi politik. Sehubungan rakyat supaya memanfaatkan bantuan RM500 untuk menyediakan keperluan keluarga terutamanya anak-anak. Kerajaan memberikan bantuan bukannya suka-suka tapi untuk memastikan rakyat berpuas hati dengan tanggungjawab yang diberikan oleh kerajaan.

    ReplyDelete
  30. Jika jumlah yang menerima BR1M ini banyak, apakah tandanya? Sabah memang negeri termiskin di M'sia? Apa2 pun, kerajaan kena terus beri bantuan dan rakyat juga kena terus berusaha untuk baiki taraf hidup mereka.

    ReplyDelete
  31. BR1M harus digunakan dengan sebaiknya..

    ReplyDelete
  32. BR1M merupakan bantuan ikhlas kerajaan kepada rakyat..

    ReplyDelete
  33. diharap bantuan ini akan diteruskan pada tahun2 akan datang..

    ReplyDelete
  34. melakukan aktiviti turun padang dengan menghulurkan bantuan kepada rakyat jauh lebih baik daripada turun padang sekadar menghulurkan air liur (berkempen)..

    ReplyDelete
  35. Yang penting tidak membebankan kerajaan.

    ReplyDelete
  36. Seharus positif dengan bantuan yang diberi oleh kerajaan.

    ReplyDelete
  37. berharap orang-orang yang berjaya menerima bantuan ini menggunakannya dengan baik

    ReplyDelete
  38. Sokongan itu menunjukkan bahawa kerajaan benar-benar komited untuk membantu rakyat

    ReplyDelete
  39. bantuan seperti ini rasanya patut diteruskan setiap 6 bulan kepada mereka yang benar-benar memerlukan bantuan

    ReplyDelete
  40. semoga BN mendapat mandat dari rakyat untuk kekal memerintah Sabah

    ReplyDelete
  41. bantuan sedemikian bukanlah untuk memberi gambaran negetif kepada parti pembangkang bahawa ianya untuk memancing undi dari rakyat semata-mata

    ReplyDelete