Saturday, April 28, 2012


Saya tidak pasti sama ada kehadiran lautan manusia pada Perhimpunan Bersih 3.0 di padang Bandaran Kota Kinabalu tengahari tadi akan menjadi ukuran kepada kesedaran rakyat tentang kepincangan sistem Pilihanreaya di negera ini. Sedangkan pada waktu yang sama TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Sabah.Beliau yang mengadakan lawatan di Ranau dan Kota belud terpaksa menghadapi gelagat  Rakyat yang berkumpul dan berhimpunan menyatakan protes tentang pengendalian Pilihanraya oleh SPR di negara ini.Gambar dibawah adalah gambaran keadaan sebenar.

















17 ulasan :

perantauan.... said...

teruskan membuat perubahan kepada malaysia khususnya sabah untuk negeri tercinta...kerajaan kuarkan duit untuk tarkan jalan mcm tahun lalu time pemberian baucer oleh PM....sebelum tu jln yang dah lama berlubang langsung x di tar...bila PM dtg,bru nak tar!!!

sharif nordin t said...

Perhimpunan yg perlu dibuat dinegeri Sabah menjurus lebih kepada meningkatkan tahap sosia ekonomi untuk rakyat Sabah itu sendiri.Bezanya rakyat Sabah masih lagi jauh ketingalan berbanding rakyat di semenanjung.Kita mahu peluang pekerjaan,supaya tidak perlu lg berhijrah ke semenanjung.Harga barang keperluan yg jauh lebih mahal,harga rumah yg sama mahal dgn bandaraya KL(harga rumah Rm 300.000 keatas:keprluan pendapatan Rm 6000 sebulan).Mengalakan kerajaan tempatan membina prasana rumah murah bawah Rm100.000 yg mana pembeli untuk berpendapatan Rm 3000 kebawah dan adakah kita rakyat Sabah dpt meraih priority sbagai salah satu pengeluar minyak & gas di negara ini seperti negeri Terengganu contohnya,royalti minyak mahu pun peluang pekrjaan dlm sektor tersebut.Kita mahu pelantar minyak,syarikat fabrikasi dan terminal minyak yg ada di Sabah, pekerjanya rakyat Sabah belaka.Fenomina ini mampu memanggil pulang sejumlah besar pekerja mahir anak Sabah yg bekerja di semenanjung dan juga luar negara.

BengkaruN said...

KITA MEMILIH PEMERINTAH YANG ADIL, BERSIH ADALAH BERTUJUAN UNTUK MENUNTUT KEADILAN DAN BUKANLAH UNTUK MEMBUAT PORAK-PERANDA SEBAGAIMANA YG DIDAKWA OLEH KJAAN BN..KERAJAAN SEKARANG INI TIDAK TELUS DALAM MENGENDALIKAN PILIHANRAYA KHASNYA SPR...TQ

Green Sabah said...

I'm glad to see that the Bersih Rally in Kota Kinabalu are peaceful without chaos.

Green Sabah said...

Thanks to the DBKK for giving permit for the Bersih Rally to be held in Padang Merdeka and a shout out to the police force for helping keep the situation under control for the peace and safety of all participants.

Kris Jr said...
This comment has been removed by the author.
Kris Jr said...

Bersih di Sabah tidak sama dengan Bersih di SM. Di Sabah semuanya aman. Bagus la. Tiada keganasan dan kecederaan

Smookiekins said...

Kerjasama semua yang terlibat dalam BERSIH 3.0 di KK amat berkesan.

mantera said...

Bersih di Sabah berlangsung dgn aman, berbeza dgn semananjung yang kecoh.

Anonymous said...

Baguslah tiada satu pun keganasan yang dapat dilihat melalui gambar tu.harap2 peserta tu pun tahu apa tujuan sebenar mereka berhimpun.

thinaj said...

Didn't expect to see that many ppl turn up for the Bersih Rally.

thinaj said...

Peninsular malaysia Bersih should learn from KK bersih rally. There is no chaos at all happen during the bersih rally in kk.

Anonymous said...

Segerakan penubuhan RCI dan pertimbangkan penambahbaikan/permansuhan kabotaj polisi di Sabah.

Anonymous said...

Tahniah kepada peserta Bersih dan pihak berkuasa kerana masing2 memberikan kerjasama yang baik tanpa sebabkan pergaduhan.

hafinA A said...

Perhimpunan yang boleh dikatakan sebagai perhimpunan yang aman. Ini yang kita mahukan. Harap perkara sebegini akan dapat dikekalkan. Kita tidak mahu ada kekecohan seperti apa yang berlaku di KL. Di KK adalah contoh untuk perserta di KL.

Sotong Kurita said...

tuntut la apa yang mahu dituntut.. asalkan cara menuntut itu tidak menimbulkan huru-hara atau keganasan..

Sumandak Sabah said...

Senang tgok orang Sabah yg jauh lebih pro berbanding BERSIH kat KL yg terlalu kecoh n racist. Go Sabah Go....