Sejak Sabah beralih pemerintahan dari parti tempatan kepada parti import , pemimpin dan rakyat di negeri ini saban waktu dinafikan hak mereka terutama bersangkut dengan Tanah adat dan warisan turun -temurun. Masalah rakyat tidak pernah cuba diselesaikan, sebaliknya tanah sedia ada yang belum dimiliki diserahkan kepada orang lain. Inilah polisi pemerintah di Sabah. Satu demi satru kes rampasan tanah adat dibongkar media massa dan orang peseorangan sehingga rakyat bangkit dalam demontrasi aman di ibu negeri beberapa minggu lepas. Itupun ada arahan supaya media massa tidak melaporkan insiden berkenaan semata-mata untuk menyembunyikan dari pengetahuan awam.
Di keningau, seluas 500 ekar akan diserahkan kepada Skill-Tech . Lihat laporan Sabah Times ini:
KOTA KNABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman, berkata kerajaan negeri akan memberi- kan tanah seluas 500 ekar (lebih 200 hektar) di Keningau untuk kegunaan bagi pelbagai program yang akan diusahakan oleh Skill-Tech cawangan Sabah.
Musa yang mengumum- kan perkara itu berkata, pemberian tanah itu bagi membolehkan Skill-Tech cawangan Sabah menggunapakai untuk projek pilot dan program lain yang akan diusahakannya.
“Kita sudah mengenal pasti tanah berkenaan, namun lokasi- nya belum ditetapkan lagi, bagaimanapun ianya terletak di daerah Keningau memandangkan Skill-Tech Cawangan Sabah di dearah itu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada persidangan media selepas melancarkan Program Sabah Young Agro Busniessman (Sabah YAB) di sini, kelmarin.
Sabah YAB merupakan program pembangunan usahawan pertanian generasi baru di kalangan graduan Institut Skill-Tech untuk mengembangkan pertanian menjadi satu perniagaan yang lebih bersifat komersial, berdaya saing, berdaya tahan dan berdaya maju.
Beliau yang juga Menteri Kewangan turut memaklumkan bahawa beliau juga akan berbincang dengan kementerian itu untuk memberikan peruntukan khas bagi program Sabah YAB itu.
Dalam pada itu, Ketua Menteri juga berkata, kerajaan negeri juga bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa di bawah Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat yang akan diketuai oleh Pembantu Menteri kementerian itu, Datuk Jainab Ahmad bagi membantu Program Sabah YAB itu.
Terdahulu dalam ucapannya, Musa menggesa para usahawan khususnya para graduan agar merebut peluang dalam sektor pertanian dengan menggunakan pendekatan yang lebih moden, dinamik dan berdaya saing supaya mampu bersaing dengan para usahawan pertanian yang telah berjaya.
“Sektor pertanian sebenarnya merupakan aktiviti perniagaan yang berpotensi tinggi untuk diperluaskan di peringkat global,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, kita perlulah mengubah mentaliti dengan kesediaan menerima teknologi-teknologi moden untuk diaplikasikan dalam bidang pertanian.
“Kita amat bertuah kerana kerajaan telah menyediakan banyak kemudahan, bantuan dan pinjaman termasuk dalam bidang ini,” katanya.
Musa berkata, keberkesanan program Sabah YAB itu juga amat penting bagi memastikan proses pembangunan negara dapat ditingkatkan melalui penglibatan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam usaha untuk mencapai status Negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
“Bagi mencapai matlamat terbaru, para usahawan dan sektor swasta memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju strategik yang berkaitan dengan Dasar Agro Makanan,” katanya.
Justeru itu, beliau meng- gesa agar ia digerakkan berlandaskan strategi pembangunan industri agro makanan ke arah sumbangan signifikan kepada pertumbuhan ekonomi negeri.
Pada majlis itu, Ketua Menteri turut menyaksikan penyerahan peruntukan awal pinjaman RM1 juta daripada Agro Bank (M) Berhad kepada Sabah YAB yang disampaikan oleh Pengerusi Agro Bank (M) Berhad, Tan Sri Faizah Mohd Tahir yang diterima oleh Pengerusi Institut Skill Tech, Nordin Abdul Malek.
Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin dan Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Tek- nologi Maklumat, Datuk Jainab Ahmad.
“Terdahulu itu, Pengerusi Eksekutif Insitut Skill-Tech, Nordin Abdul Malek berkata, sejak tahun 2008 seramai 800 pelatih dari kalangan anak-anak Sabah telah menamatkan latihan mereka di Skill-Tech di Keningau dan di Melaka dan 400 pelatih lagi dijangka akan menamatkan latihan mereka pada Sept depan.
Daripada jumlah itu, kata- nya, 50 peratus bekas pelatih itu telah mendapatkan pekerjaan dalam sektor yang ber- kaitan dan 25 peratus lagi telah mengusahakan perniagaan sendiri.
Pada majlis itu, Ketua Menteri turut menyaksikan penyerahan replika cek peruntukan awal pinjaman RM1 juta untuk Sabah YAB yang disampaikan oleh Pengerusi Agro Bank (M) Berhad, Tan Sri Faizah Mohd Tahir kepada Pengerusi Institut Skill-Tech, Nordin Abdul Malek
Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin dan Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Tek- nologi Maklumat, Datuk Jainab Ahmad.
-New Sabah Times -
21 ulasan :
Tanah yang diberikan itu tanah NCR kah? Tanah itu digunakan untuk membina Institut Skill-Tech yang bakal digunakan oleh pelajar Sabah. Bukankah ini baik untuk memberi ilmu kepada generasi muda? lokasinya di Keningau memudahkan pelajar luar bandar menikmati kemudahan ini.
The State government is still discussing this NCR matter with the Component party leaders as well as experts in this NCR issue, so hopefully they will find the best solution to resolve the land grabs issue in the state and return the native land rights to them.
The Land and Survey Department has also explained that the current land ordinance is still relevant and sufficient to handle the land issues within the state. Hopefully they are right in this so that we could see these problems resolved.
tanah tersebut digunakan untuk kebaikan dan pembangunan rakyat jua, tak perlu nak manipulasikan perkara ini.
Is this true?
Masalah tanah di negeri ini memang semakin menjadi jadi namun tidak bermakna kerajaan tidak mengambil sebarang langkah proaktif menangani masalah ini.
That is why the Native Land Tribunal is deemed important.
How thing could happen?
I don't think this is so called the truth.
THOUSANDS of hectares of forest reserves will be reclassified to allow them to be used for agricultural and residential purposes by the natives.
Jadi kita sedia maklum yang mana kerajaan telah mencari jalan penyelesaian bagi memastikan masalah tanah ini dapat ditangani. 7,024 hutan simpan telah dibubarkan untuk memastikan penduduk mendapat apa yang mereka inginkan.
jika itu dikatakan rampasan tanah, cuba cadangkan mana tanah yang tidak dituntut rakyat dan tidak menjejaskan hutan simpan perlu digunakan atau dibangunkan untuk tujuan ekonomi di negeri ini??
jika pembangkang mentadbir negeri ini, saya 1000% yakin bahawa mereka tidak akan mampu melaksanakan aktiviti2 pembangunan di udara.. mahu tidak mahu, mereka terpaksa juga menggunakan tanah..
Institute Skill-Tech is going to train Sabahans in various skills programmes mostly in agriculture and also agriculture based industries such as husbandry, crops, biotechnology, agro-tourism and ect.
The courses will be tailored to suit the needs of SDC. The most important is this is going to benefit a lot of Sabahans.
Last year, Institute Skill-Tech has signed a Memorandum of Understanding (MoU) with Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) in the area of training entrepreneurs in agriculture development and related industries under the Sabah Development Corridor (SDC).
With the MoU Institute Skill-Tech is going to explore more on the training itself and the business opportunities for our graduates.
The signing ceremony between SEDIA’s president cum chief executive Datuk Dr Mohd Yaakub Johari and Institute Skill-Tech executive chairman Nordin Abd Malek was witnessed by Deputy Chief Minister Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
Nordin said that with the MoU, Institute Skill-Tech will be conducting skills training courses at its branch in Keningau for Sabahans.
According to Nordin, Institute Skill-Tech which started in 2008 and opened its branch in Keningau a year later, the MoU is the further development programme, firstly to train Sabahans, and secondly to give opportunity to its graduates to participate in any SDC projects.
As of last year, Institute Skill-Tech have trained 1,500 people in various sectors especially in estate plantation, fisheries and agro-tourism. In the latest development, Institute Skill-Tech have ventured into programmes such as food processing and biotechnology especially on tissue culture.
Nordin also said that Institute Skilll-Tech has three branches in Malaysia, with its main campus in Melaka.
Its Keningau branch is the biggest in the country, and its third branch is located in Perak, he said, adding that the Keningau branch accommodates about 500 students in three courses, fisheries, agro-tourism and estate plantation.
Now,skil tech sabah dah pun ditutup.punca tdk diketahui.tapi duit dan tanah ada d tangan Nordin..
Assalamu alaikum..
Saya ingin berbagi cerita kpada anda semua bahwa duluhnya saya tidak percaya sama bantuan dari peramal togel, Tapi sekarang saya sudah percaya karna saya sudah buktikan sendiri..
saya sekeluarga mengucapkan banyak terima kasih kepada mbah wirang karna nomor togel 4D yang mbah berikan alhamdulillah ternyata benar2 terbukti tembus ,
Jika anda butuh angka togel 2D/3D/4D/6D silahkan telpon mbah wirang di ((082346667564)) demi allah demi tuhan ini kisah nyata dari saya
; kklik
Post a Comment