Salam Rahmadan dan selamat terima kasih saya kepada seluruh rakyat Sabah khususnya rakyat dikawasan Parlimen Beaufort yang hadir ke majlis Pelancaran Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang disempurnakan oleh Ketua Umum PKR nerangkap Ketua Pembangkang YB Datuk Seri Anwar Ibrahim dikediaman saya di Kampung Kaundo Kebatu pada malam 29 Julai 2012. Kehadiran lebih dari 10,000 orang terdiri dari pelbagai kaum membuktikan rakyat mengharapkan Perubahan yang amat besar terhadap kepimpinan pemerintahan negara agar agenda meletakkan kepentingan rakyat berada dilandasan yang benar. Walaupun kehadiran ini dinafikan oleh pemimpin Umno dan Barisan nasional Sabah yan terpaksa menutup kelemahan dan mengamal budaya angkat kaki mereka sebagaimana yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Kota Belud yang juga Setaiuasaha BN Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan di media perdana Buletin TV3 menafikan kehadiran tersebut namun yang lebih memahami jiwa raga serta harapan rakyat Sabah adalah mereka yang hadir dalam satu jumlah yang diluar jangkaan.
Terima kasih atas sokongan mereka (rakyat) yang ternyata mengharapkan satu perubahan besar dalam PRU ke 13 akan datang dengan slogan TUKAR...bersama bergerak bagi membina masa depan negara yang lebih adil dan saksama
( Datuk Lajim Ukin)
Begitulah kenyataan Datuk Lajim dalam laman FCBnya menyangkal kenyataan MP Kota belud yang memperkecilkan kehadiran rakyat semasa pelancaran PPS di Beaufot, 29 Julai lepas.
Sebelum ini Datuk Rahman Dahlan juga membuat kenyataan bahawa Datuk lajim sebenarnya keluar bersendirian ,seolah-olah menafikan kewibawaan MP Beaufort yang digelar janang Gayuh suku Bisaya itu.
Manakala Sdr Musli Oli pula melabelkan Datuk Rahman sebagai pembawa virus Denial Sindrom di Sabah.


Ramai atau tak, hanya yang datang masa tu saja tahu senarionya. Jadi tak payahlah isu ini dipanjangkan.
ReplyDeleteYnag penting rakyat tahu siapa yang mereka nak sokong, itu sudah cukup baik.
ReplyDeleteramai tak semestinya menyokong, kadang2 ada datang untuk tengok2 saja.
ReplyDeletesokongan sebenar kita dpt lihat melalui PRU.
ReplyDeleteDatuk Lajim tidak payah banyak cakap..tunggu sahaja PRU nanti, siapa rakyat mau percaya.
ReplyDeleteSokong dengan mantera..ramai yang datang bukan bermakna mereka menyokong, cuma mau ambil tahu cerita sahaja.
ReplyDeletePenduduk sekitar KB pasti lebih tahu pasal Rahman Dahlan
ReplyDeleteLOMPAT C KATAK LOMPAT.... LOMPAT LA JANANG GAYUH...
ReplyDelete