KELAPA MAWAR

Saturday, December 29, 2012

KENAPA ANWAR UMUM LAJIM CALON DI BEAUFORT?

Tindakan Anwar mendahului kehendak PR dalam penentuan calon PRU 13, dilihat oleh banyak pihak terutama penulis pro UBN sebagai tidak menghormati kawan dalam pakatan pembangkang. Jarang yang mengetahui bahawa dalam kebanyakkan startegi politik , Anwar sebenarnya bersikap profesional. Anwar tidak akan sewenang-wenangnya membuat pengumuman jika tidak mendapt restu duluan dari sekutunya PAS dan DAP. Ini bermakna PR sudah duluan punya strategi yang ampuh untuk menakutkan pemimpin BN di Sabah. Anwar tidak mahu terperangkap dengan permainan minda dan rasa yang sekarang ini dialami oleh kebanyakkan pemimpin BN di Sabah.

Sejak kebelakangan ini, pemimpin BN Sabah duduk di atas bara api yang menitiskan peluh di dahi mereka. Senarai calon PRU 13, masih menjadi tanda tanya, walaupun orang-orang harapan Datuk Musa Aman ada sudah yang mencanangkan akan dicalonkan oleh pucuk pimpinan pada PRU 13 nanti. Selebihnya pemimpin kelas pertengahan, masih teraba-raba untuk mencari tempat bergantung , mana satu pemimpin yang akan mereka isytiharkan baait politik. Mereka makin takut, memilih pemimpin ikutan, jika tidak terpilih, kerjaya politik mereka akan merudum. pemimpin yang terpilih menjadi calon pula akan tidak mempedulikan mereka. Itulah senario politik di Sabah sekarang ini. Sebab itu bila Anwar mengumumkan Lajim sebagai calon di Parlimen Beaufort dan John Ghani di Kuala Penyu, Anwar tahu, dengan cara itu, penyokong PR di Sabah tidak akan teragak-agak memberikan sokongan kepada Lajim dan Ghani.

Kekuatan Lajim dan Ghani di dua buah kawasan itu, bukan lagi cerita omongan. Seminggu selepas Lajim mengisytiharkan menyertai PKR, Datuk Musa Aman dan Timbalan pengerusi Perhubungan negeri Datuk Salleh Tun Said turun ke Beaufort, memberikan penerangan. TETAPI adakah rakyat di Beaufort menunjukkan penerimaan? Setiap kali  Lajim melancarkan agenda perjuangannya bersama Bumburing yang dikenali sebagai PPS dan APS, ribuan rakyat akan datang mendengar dan menyertainya.

Perkembangan dan pembangunan yang dinikmati oleh daerah Beaufort sebelum ini adalah hasil usaha Lajim semasa dalam kerajaan. Lajim walaupun dituduh pengkhianat, namun masih ramai yang menganggapnya sebagai wira. Adakah Lajim jadi pendusta hanya kerana tidak menyetujui seseorang yang rakus dengan kuasa dan wang untuk teru kekal sebagai Ketua?

Anwar melihat kawasan Kuala penyu dan Beaufort akan jatuh ke tangan PR. Menyusuri perkembangan politik terkini di Sabah, senario itu bakal menjadi kenyataan. Lajim masih dilihat mampu mengekalkan kuasa politiknya di Beaufort, begitu juga John Ghani yang sebelum ini menjadi wakil rakyat tunggal berstatus "BEBAS" di Sabah.

Dijangka dalam waktu yang terdakt ini, Anwar akan sekali lagi memmbuat pengumuman yang mengejutkan tentang calon-calon PR di Sabah. Selain dari mengurangkan unsur sabotaj, Anwar mendahului UBN dalam mengumumkan calon pada PRU 13 nanti. Najib sekali lagi nampak ketinggalan keretapi, memberikan Anwar peluang mendahului ke destinasi PUTRAJAYA.

77 comments:

  1. Meriah betul majlis “lelong melelong” barangan peribadi para pemimpin Pakatan Haram yang berlangsung di Shah Alam baru-baru ini di mana hasil jualan lelongan itu akan disumbangkan kepada tabung dana PRU ke-13 gabungan parti pembangkang itu.

    ReplyDelete
  2. Antara yang berjaya dijual malam itu ialah “teddy bear” milik Teresa Kok yang dijual dengan harga RM10,000, gambar dan tongkat Nik Aziz berharga RM12,000 dan poster “filem” Karpal Singh yang dijual dengan nilai RM12,000.

    ReplyDelete
  3. Selain itu, karikatur yang dilukis oleh kartunis Zunar pula berjaya dijual dengan harga kedua tertinggi sebanyak RM32,000.

    ReplyDelete
  4. Namun yang paling panas ialah mengenai “surat cinta Anwar kepada Wan Azizah” yang dikarang ketika bekas banduan itu berada di dalam penjara menjalani hukuman atas kesalahan salahguna kuasa menzalimi mereka yang menentangnya semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  5. Surat berkenaan telah berjaya dijual dengan harga RM50,000 oleh seorang bekas menteri BN, Datuk Seri Lajim Ukin, yang juga merupakan ahli parlimen dari Sabah yang mengumumkan keluar parti baru-baru ini.

    ReplyDelete
  6. Surat berkenaan telah berjaya dijual dengan harga RM50,000 oleh seorang bekas menteri BN, Datuk Seri Lajim Ukin, yang juga merupakan ahli parlimen dari Sabah yang mengumumkan keluar parti baru-baru ini.

    ReplyDelete
  7. Apakah Anwar mengarahkan Lajim Ukin untuk membeli surat cintanya itu dengan harga RM50,000 sebagai menjaga “air muka”nya supaya dilihat lebih “bernilai” berbanding para pemimpin Pakatan Haram yang lain?

    ReplyDelete
  8. Pada pandangan saya, “surat cinta Anwar – Wan Azizah” itu sebenarnya tidaklah semahal harga yang dibeli oleh Lajim Ukin tersebut. Lagipun, saya yakin bahawa Lajim membeli surat berkenaan bukanlah bertujuan untuk dibaca.

    ReplyDelete
  9. Nak dijual pada Apek “surat khabar lama” pun tak ada harga berbanding “teddy bear” Teresa Kok, tongkat dan gambar Nik Aziz, poster “filem” Karpal dan kartun yang dilukis Zunar yang mungkin ada sedikit nilai kormersilnya.

    ReplyDelete
  10. Setidak-tidaknya, barangan itu boleh dijual dengan harga lebih kurang RM10 di tepi jalan berbanding surat cinta Anwar yang hanya beberapa keping kertas kajang tersebut.

    ReplyDelete
  11. Pada saya, mungkin Anwar tahu surat cintanya itu akan dilelong dan dia mahu seseorang membelinya dengan harga yang mahal bagi menunjukkan bahawa dia “begitu berharga” berbanding pemimpin lain di dalam Pakatan Haram.

    ReplyDelete
  12. Paling mencurigakan, dari mana Lajim Ukin mendapatkan wang untuk membeli surat cinta itu? Dan apakah yang menyebabkan dia sanggup berbelanja sebanyak RM50,000 untuk membeli sesuatu yang layak “dibakul sampahkan” itu?

    ReplyDelete
  13. Saya yakin, sekiranya Lajim Ukin masih lagi merupakan seorang pemimpin BN dan dia membeli potret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dengan harga RM50,000, maka sudah tentu Lajim akan diserang bertalu-talu oleh pemimpin Pakatan Haram.

    ReplyDelete
  14. Sudah pasti Mahfuz, Rafizi dan Tony Pua akan bingkas bangun mempertikaikan tentang wang sebanyak RM50,000 itu dan Lajim pula akan dikaitkan dengan unsur rasuah, bodek dan membazir wang rakyat!

    ReplyDelete
  15. Namun kerana Lajim kini berada di dalam kem Pakatan Haram dan barang yang dibeli Lajim itu pula adalah milik Anwar, maka tindakan pengkhianat rakyat Sabah itu dilihat sebagai “suci” dan begitu dialu-alukan oleh para pemutar alam tersebut.

    ReplyDelete
  16. Semata-mata untuk mengisi dana PRU ke-13, Lajim sanggup menyerahkan sebanyak RM50,000 begitu saja? Mewah benar para pemimpin Pakatan Haram…

    ReplyDelete
  17. Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing boleh kekal bertanding di kerusi masing-masing dengan syarat menyokong dasar bersama pakatan pembangkang.

    ReplyDelete
  18. Kedua-dua pemimpin Sabah itu juga diberikan keistimewaan untuk memilih bertanding menggunakan tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS serta DAP

    ReplyDelete
  19. atau parti politik tempatan di negeri tersebut yang menyokong pembangkang dengan persetujuan pemimpin utama parti-parti berkenaan.

    ReplyDelete
  20. Malah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PKR sedia memberi laluan kepada Lajim dan Bumburing sekiranya mereka mahu bertanding di kerusi milik parti itu.

    ReplyDelete
  21. Mereka boleh bertanding malah ada pilihan sama ada kerusi PKR, PAS atau DAP. atau mana-mana parti yang menyokong dasar pakatan. Tapi dengan persetujuan dengan pemimpin parti.

    ReplyDelete
  22. Malah PKR sedia untuk berikan kerusi kepada orang baru dalam Pakatan Rakyat ini jika mereka komited dengan agenda kita.. Apa juga sokong PR? Tidak ada rasanya yang hebat dengan PR ini.

    ReplyDelete
  23. Mengulas lanjut Anwar berkata perkembangan terbaru politik di Sabah selepas Lajim dan Bumburing mengumumkan menyokong pembangkang memberi keyakinan kepadanya untuk mentadbir Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang. Tapi itu tidak bermakna BN akan lemah dengan tindakan keluar parti ini.

    ReplyDelete
  24. PR tidak akan menang kerusi di Sabah ini pun nanti. Kita dapat rasakan yang mana DAP sendiri tidak menyokong Lajim dan Bumburing menyertai PR>

    ReplyDelete
  25. Lajim Ukin hanya menganggap PKR sebagai 'temporary shelter' sahaja semasa menunggu partinya diluluskan ROS.

    ReplyDelete
  26. Tindakan Anwar Ibrahim sebelum ini untuk memberikan kuasa kepada Lajim melantik calon PRU-13 dalam PKR sudah menyebabkan ramai ahli tidak gembira.

    ReplyDelete
  27. Adakah wajar Anwar Ibrahim meletakkan keyakinan tinggi terhadap pembelot yang bernama Lajim Ukin ini?

    ReplyDelete
  28. Lajim hanya menggunakan PKR untuk bertanding atas tiket mereka disebabkan partinya tidak diluluskan lagi.

    ReplyDelete
  29. Lajim pernah berkata jika partinya diluluskan, beliau akan tinggalkan parti PKR untuk bertanding atas tiketnya sendiri.

    ReplyDelete
  30. Datuk Seri Anwar Ibrahim, membidas taktik kotor pemimpin Pas yang sanggup berbohong dan menipu rakyat menggunakan ayat al-Quran semata-mata untuk memenangi kerusi dalam pilihan raya. Timbalan Perdana Menteri, berkata antara contoh penipuan ke atas rakyat berhubung cadangan kerajaan mahu membuang perkataan Islam daripada Pas, tetapi pemimpinnya membohongi rakyat dengan menyatakan kerajaan mahu membuang Islam.

    ReplyDelete
  31. Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan Pas memburuk- burukkan pemimpin Barisan Nasional (BN) dengan gelaran menghina, sebagai tidak berakhlak dan menunjukkan kelemahan parti itu yang mendakwa memperjuangkan Islam. Timbalan Perdana Menteri berkata, BN tidak pernah mengamalkan prinsip memburuk-burukkan orang lain, terutama sesama Islam kerana amalan itu tidak ada kesudahannya.

    ReplyDelete
  32. Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dalam sidang media mingguannya semalam telah mengumumkan pembahagian kerusi diantara parti-parti pembangkang dalam gabungan haramjadah PR sudah hampir selesai.

    ReplyDelete
  33. Dengan agak yakin suami kepada Presiden PKR itu menyatakan bahawa lebih 90% proses pembahagian kerusi antara DAP, PKR dan PAS sudah selesai. Maknanya baki lebih kurang 10% lagi kerusi yang belum dimuktamadkan itu kacang saja.

    ReplyDelete
  34. Tapi berapa ramai sebenarnya yang yakin dengan kenyataan Anwar kali ini?

    ReplyDelete
  35. Ini bukan kali pertama Anwar atau pemimpin PR yang lain mengumumkan perkara sebegini untuk menyedapkan halwa telinga penyokong PR. Dah berkali-kali.

    ReplyDelete
  36. Lebih setahun lalu yakni pada 20 julai 2011, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telahpun mengumumkan pembahagian kerusi diantara parti-parti dalam PR dah hampir selesai dan akan dimuktamadkan pada akhir bulan itu.

    ReplyDelete
  37. Dua bulan kemudian iaitu pada 21 September 2011, Anwar pula buat pengumuman yang proses pembahagian kerusi diantara DAP, PKR dan PAS telah hampir muktamad. Maksudnya dah nak selesai.

    ReplyDelete
  38. Lebih kurang enam bulan kemudiannya yakni tanggal 13 Mac 2012, sekali lagi Anwar mengumumkan pembahagian kerusi DUN dan Parlimen dikalangan pembangkang akan selesai selewat-lewatnya akhir bulan tersebut.

    ReplyDelete
  39. Sebulan sebelum itu, pada 6 Februari 2012 Presiden PAS, Abdul Hadi Awang baru sahaja membuat pengisytiharan yang pembahagian kerusi antara PAS dengan DAP dan PKR kini masuk ke peringkat akhir dengan baki hanya tinggal 10% saja lagi yang belum selesai.

    ReplyDelete
  40. Ertinya, jika kenyataan Hadi Awang diambil kira bermakna PR sudah selesai 90% proses pembahagian kerusi. Sama saja maksudnya dengan kenyataan terbaru Anwar semalam.

    ReplyDelete
  41. Dari bulan Februari dan Mac membawa kepada bulan Disember, bezanya 8 dan 9 bulan. Dalam tempoh 8 dan 9 bulan ini bermakna tiada proses penambahbaikan dari segi peratusan pembahagian kerusi di antara parti-parti pembangang dalam PR. Statik pada angka 90%. Tentu ada yang tak kena, bukan begitu?

    ReplyDelete
  42. Sebelum ini, MyKMU.Net pernah mendedahkan info dalaman PR yang memperincikan pembahagian kerusi yang memihak kepada DAP. Marah bukan main lagi Anwar serta pemimpin PKR dan PAS bila info sulit sedemikian didedahkan.

    ReplyDelete
  43. Berikutan pendedahan itu, Presiden PAS tampil menjelaskan bahawa kuota pembahagian dalam PR belum dibincangkan secara rasmi. Satu kenyataan yang bercanggah dengan kenyataannya sendiri pada 6 Februari di masa yang sama menafikan pengumuman yang dibuat oleh Anwar pada 13 Mac yang lepas.

    ReplyDelete
  44. Tujuan Hadi terpaksa bersilat lidah dan berbohong itu tak lain tak bukan, sebenarnya untuk memujuk hati para penyokong PAS yang sedang hangat dengan gelaran rasmi sebagai totok balaci DAP.

    ReplyDelete
  45. Padahal kita telah dikhabarkan oleh seseorang yang kuota pembahagian kerusi PR terpaksa diubah semula selepas mereka melihat respon negatif dari penyokong PAS yang agak marah dengan kuota yang memihak kepada DAP itu.

    ReplyDelete
  46. Bukan kita tak tahu DAP dan PKR sedang bercakaran berebut kerusi sampaikan ada yang bermasam muka dan sindir menyindir. Hatta dikalangan pemimpin PAS pun sudah ada yang tarik muka seposen bila bertemu pemimpin PKR dek kerana kerusi punya pasal.

    ReplyDelete
  47. Menangnya tak tentu lagi, lagi banyak yang bakal terlepas ke tangan BN semula itu sudah barang tentu. Tapi dek kerana adanya papadoll yang sudah gila bayang mahu ke Putrajaya, mahu tak mahu terpaksalah terus bersandiwara.

    ReplyDelete
  48. Manakala sang lebai yang terikut sama hilang hala tuju perjuangan pula sentiasa redha apa sahaja, janji dapat sama-sama berangan ke Putrajaya sekalipun terpaksa membalacikan diri pun tak apa.

    ReplyDelete
  49. Dalam ketiga-tiga rakan yang tidur sebantal dan kencing bersama-sama tapi mimpi lain-lain ini, sah-sahlah DAP juga yang akan dapat kelebihannya.

    ReplyDelete
  50. Persoalan sekarang, selepas pengumuman terbaru Anwar pada 20 Disember 2012 ini, berapa kali lagi ayah kepada Naib Presiden PKR ini akan membuat pengumuman yang sama pada masa depan?

    ReplyDelete
  51. I think he is desperately seeking for attention.

    ReplyDelete
  52. Saja nak gertak orang.

    ReplyDelete
  53. DATUK Seri Panglima Lajim Haji Okin, tokoh kontroversi di persada politik Sabah mula terkenal apabila menjadi ‘Katak Terawal’ yang melompat ke Kolam Barisan Nasional sebelum diikuti Datuk Rubin Balang dan beberapa lagi ‘Berudu’ sehingga Parti Bersatu Sabah (PBS) yang memenangi Pilihanraya Umum 1994 dengan majoriti mudah; tumbang setelah Lajim, Rubin, Zaini dan beberapa ADUN PBS berpaling tadah.

    ReplyDelete
  54. Mungkin untuk menakutkan orang lain.

    ReplyDelete
  55. Kini setelah 17 tahun menikmati pelbagai kemewahan sebagai ADUN dan Ahli Parlimen UMNO, khidmat Lajim tidak diperlukan lagi dan lazimnya ‘katak’ secara rasmi akan menjadi makanan ular; menyebabkan Lajim bertindak cuba melompat tinggi untuk menunjukkan bahawa beliau masih mempunyai pengaruh politik

    ReplyDelete
  56. Sebagai seorang seniman politik yang boleh membawa pelbagai watak, Lajim yang pernah dinobatkan memenangi award ‘Raja Katak Politik Sabah’ pada 1994, kini cuba melakonkan drama komedi terbaru ‘Gua Lompat, BN Mati’; dengan muncul secara mengejut dan berucap di pentas yang salah, terutama di majlis anjuran Pembangkang.

    ReplyDelete
  57. He wants to show off.

    ReplyDelete
  58. I think this is just mere entertainment purposes.

    ReplyDelete
  59. Guessing hard now.

    ReplyDelete
  60. Jadi calon lain dia tak umum? Pilih bulu betul.

    ReplyDelete
  61. Mungkin juga Lajim menyuruh dia buat begitu.

    ReplyDelete
  62. barangkali itu sebagai syarat untuk lajim keluar dari UMNO...kan lajim yakin beliau tidak akan dicalonkan semula..

    ReplyDelete
  63. lagipun kan lajim ni seorang yang gila kuasa, kedudukan, pangkat dan sebagainya...kerusi KM pun dia tengah intai sekarang...kemaruk mahu jadi KM...anwar janji dia kerusi KM, jadi lajim lompat lah...dulu semasa dalam PBS pun lajim bertindak sedemikian atas sebab yang sama juga...kerusi KM..

    ReplyDelete
  64. karier politik lajim kini di hujung tanduk...selepas pru13, mungkin akan terus terkubur..

    ReplyDelete
  65. Orang umno hanya tahu angkat biji pelir.

    ReplyDelete
  66. Akhirnya Lajim sendiri mengakui bahawa BN membawa pembangunan kepada Sabah apabila MP Kota Belud yang mempersoalkan pencapaian beliau selama 26 tahun sebagai wakil rakyat dan anggota kabinet baik negeri mahupun persekutuan.

    ReplyDelete
  67. Dalam sidang medianya di Pejabat PPS Putatan, Lajim menguraikan pencapaiannya sepanjang menjadi menteri di Peringkat negeri termasuk Timbalan Ketua Menteri Sabah dan pencapaiannya sebagai Timbalan Menteri di Peringkat Persekutuan.

    ReplyDelete
  68. Melalui uraian itu, Lajim tidak sedar bahawa semua kenyataannya terkini sejak keluar daripada Bn pada 29 Julai 2012 menunjukkan bahawa kerajaan Bn benar-benar peka terhadap keperluan rakyat.

    ReplyDelete
  69. Lajim dengan bangga menyatakan bahawa pembangunan infrastrutur di kawasan yang diwakilinya Beaufort dan Klias lebih 80 peratus telah diupgrade, ertinya jalan-jalan di kawasan itu telah diaspal.

    ReplyDelete
  70. Lajim juga dengan bangganya memberi tahu, bahawa Yayasan Usaha Maju adalah ideanya, dan melalui agensi itu, ramailah penduduk luar bandar menikmati perkidmatan agensi itu.

    ReplyDelete
  71. MP Beaufort itu juga bangga memberitahu bahawa pembinaan Wisma Pertanian di mana semua agensi kementerian Pertanian dan Kementerian itu beribu pejabat dapat dibangun semasa beliau menjadi Menteri Pertanian negeri.

    ReplyDelete
  72. Selain itu, Lajim juga mengakui bahawa beliau pernah membantu MP Kota Belud untuk mendapatkan dana projek pembinaan sebatang jalan di kampung Bobot Kota Belud dengan nilai RM300,000.00.

    ReplyDelete
  73. Juga, Lajim dengan bangganya mengakui bahawa Program Jelapang Padi di Kota Belud adalah ideanya, sedangkan program itu telah lama dicadangkan sebelumpun Lajim menjadi wakil rakyat.

    ReplyDelete
  74. Melalui kenyataan Lajim pada sidang akhbar itu, telah menemplak dirinya yang menghambur berbagai dakwaan kononnya kerajaan Bn tidak membawa pembangunan kepada rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  75. Lajim kini dalam keadaan bercelaru, sehingga tidak tahu apa yang diperjuangkannya. Namun, yang jelas, beliau mabuk pangkat dan jawatan. Kerana beliau mengimpikan jawatan Ketua Menteri sama dengan Anwar ibrahim mengimpikan jawatan Perdana Menteri. Malangnya, impian mereka berdua ini tinggal impian.

    ReplyDelete
  76. Lajim telah terpesona oleh Anwar Ibrahim dengan janji menjadikan beliau Ketua Menteri Sabah.Apa yang telah Anwar Ibrahim ditawarkan orang Beaufort? Tiada apa-apa.

    ReplyDelete
  77. Pasal tai pun mau gaduh ka??!!

    ReplyDelete