Lahirlah hujah-hujah mereka, kononnya banjir adalah ketentuan tuhan, sedang mereka menafikan bencana yang berlaku itu baik dilaut atau didarat adalah kerja tangan-tangan manusia. Kerja tangan dan akal yang tidak berpaksi kepada nilai luhur membela nasib penduduk.
Dalam kedekatan RU 13 ini, tanyalah penduduk kampung yang terlibat dengan banjir ini, apa puncanya? budak darjah 3 pun pandai menjawab, kerana sungai kg Wakap dan Labuan yang 'dimatikan' ekoran penutupan sg Tempasuk yang dipesongkan dari laluan asalnya. Banyak Kampung 'tenggelam' ekoran bencana akal manusia ini.
Pembinaan Jalan Raya Byass KB- Kudat, sinonim dengan aliran sungai Tempasuk ini. Perkampungan dihilir 'menderita' dengan bencana hakisan. Dimana kawasan paling parah ketika banjir di KB..Jawabnya di sepanjang jalan Byass ini. Siapa yang terlibat? mereka yang tidak diberikan pampasan setimpal dengan harga tanah pusaka mereka. Pejuang seorang wartawan ditakut-takutkan sehingga ditukar nun jauh di kota Matropolitan. Semuanya ini orang KB tahu. Sebab itu setiap kali banjir, kata mereka KB terkena sumpahan politik.
Rakyat tidak ada harta yang bertimbun, jauh kalau ada kereta gelap ninja dan super ninja king yang melawat mereka setiap kali bencana melanda seumpama ini. Hanya satu undi bakal memilih ada PRU 13 ini. Jangan kerana satu undi KB akan tenggelam terus, angkara sumpahan politik.

No comments:
Post a Comment