
Kalau membicarakan mengenai perjalanan politik di Kota Belud, rasanya tidak cukup lengkap jika tidak menyentuh tentang personaliti Datuk Mohd. Noor Mansur. Banyak sebab , pertama kerana kerjaya politiknya bergitu terserlah lewat sewaktu parti BERJAYA mentadbir negeri, sehingga dilantik sebagai menteri kewangan pada waktu itu ,tahun 1976 hingga 1985. Keduanya kerana beliau berjaya membina 'semangat' politiknya di Kota Belud dengan pelbagai bacaaan dan janji berupa 'ritual politik' sehingga masyarakat Kota Belud, memberi kemenangan kepadanya. Di samping sebagai pemimpin BERJAYA, ia juga dikatakan mempunyai hubungan politik yang mesra pada waktu itu dengan keluarga mantan TYT Sabah, Tun Said Keruak. Pada waktu ini juga berlaku pertarungan antara Datuk Salleh (BERJAYA) dengan Tan Sri Pandikar Amin (USNO) di Usukan yang menyaksikan kemenangan kepada TSP.
Setelah kekalahan BERJAYA kepada parti serpihannya PBS, Personaliti Datuk Mohd. Noor juga bagaikan ikut sama terkubur. Langsung tidak kedengaran 'pendakian' politik beliau lagi. Tidak sama dengan DSSK dan TSP yang sezamannya ,masih menerima ruang dari pimpinan masa kini.Apa yang menarik untuk diulas mengenai tokoh BERJAYA ini ialah kenyataannya dalam ceramah umum di Kundasang, supaya UMNO keluar dari Sabah. Beliau menyatakan bahawa sejak UMNO melebarkan sayapnya ke Sabah, keadaan politik begitu bercelaru dan porak peranda? Sebuah negeri yang kaya dengan hasil bumi namun termiskin di Malaysia.
Beliau juga turut menggesa supaya KL mengkaji 20 perkara terutama berkaitan dengan isu Borneosasi, Imigresen dan Outonomi.
"Tun Fuad Stephens adalah pemimpin pertama meminta Kuala Lumpur mengkaji semula Perjanjian 20 Perkara itu tetapi apa yang berlaku ialah beliau dihantar ke Australia menjadi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia.
"Jawatan Ketua Menteri diberi kepada Datuk Peter Lo manakala Tun Datu Mustapha Datu Harun dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Khas Sabah," katanya.
Namun agak mengejutkan kita kerana penyerahan Pulau Labuan kepada KL berlaku pada zaman BERJAYA, tidak pula diungkit sebagai antara kelemahan pentadbiran pada zamannya. Bagi yang berpengalaman 'hidup' bersama politik Datuk Mohd. Noor Mansur, mungkin lebih mengetahuinya..
9:51 PM
kelapa mawar
