Showing posts with label MUSA AMAN DIHUJUNG SENJA. Show all posts
Showing posts with label MUSA AMAN DIHUJUNG SENJA. Show all posts

Saturday, September 22, 2012



Seketika Janag Gayuh Datuk Lajim Hj.Okin mendesak supaya Musa Aman segera digugurkan dari jawatan ketua menteri sehingga membawa perletak jawatanya dari kerajaan dan parti kecuali ahli UMNO dikekalkan

Amati respon PM dan SUA UMNO.


"Saya tidak terperanjat dengan keputusan itu kerana tiada sesiapa yang lebih besar dari parti melainkan kesetiaan. "Kita terima hakikat di antara kita ada yang berbeza pendapat tetapi boleh diselesaikan dengan saluran yang betul sama ada cepat atau lambat," Najib Tun Razak,

Setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menggesa pemimpin parti itu supaya tidak menjadi penghalang dan melepaskan jawatan mereka sekiranya tidak lagi mampu menjalankan tugas.
Tengku Adnan menegaskan bahawa kepentingan parti itu perlu melampaui kepentingan peribadi, namun teguran seperti itu tidak termakan oleh sesetengah pemimpin Umno tertentu, katanya.

"Saya sendiri telah mendapat pelbagai kritikan oleh kerana teguran yang telah saya lakukan. Ini sindrom tidak mahu terima apa yang kita tegur.

"Dia fikir dia sahaja yang betul manakala kebenaran adalah pahit. Apa lagi kebenaran itu akan menggoncang pemimpin tertentu. Maka akan gelabahlah dia macam ketua menteri dan menteri besar tertentu," katanya.

Tengku Adnan bagaimanapun tidak menamakan pemimpin Umno yang dimaksudkannya itu.

"Mereka cuba menidakkan kebenaran," katanya lagi yang menjelaskan bahawa beliau menerima maklumat berhubung masalah di negeri terbabit melalui saluran rasmi dan juga saluran tidak rasmi parti.

Beliau menegaskan bahawa tegurannya itu bukan disebabkan perasaan benci terhadap pemimpin terbabit, tetapi demi kepentingan parti.

Kenyataan kenyatan itu,terbit semasa Datuk Lajim Okin berhasrat meninggalkan UMNO kerana tekanan ketua menteri terhadapnya,ramai meramalkan amaran itu khas ditujukan kepada Musa.

Ramai penganalis politik meramalkan keputusan terhahdap kedudukan Musa telah diputuskan hanya waktu menentukanya.VIVA.....