KELAPA MAWAR

Sunday, December 27, 2009

BENARKAH DATUK SALLEH BERPELUANG MENDUDUKI KERUSI KETUA MENTERI SABAH ?


DATUK SALLEH SAID KERUAK, ADALAH ANTARA PEMIMPIN YANG DISEBUT MEMPUNYAI PELUANG CERAH MENDUDUKI SEMULA KERUSI KETUA MENTERI SABAH.



Jika takwim "waktu awam" diambil perkiraan dalam menggambarkan jarak dan tempoh PRU-13, maka ia ternyata masih jauh, namun jika tempoh itu dibicarakan berdasarkan takwim "waktu ahli politik", justeru PRU-13 itu nyata sudah semakin dekat, biarpun takwim waktu awamnya memakan masa 2 tahun lagi. Kerana itu di mana-mana daerah perbukitan, juga daerah pedalaman dan daerah tanah datar di Sabah, sudah kedengaran pelbagai isu politik , ibarat "Semalam yang hangat"terutama apabila dikatakan diteropong melalui "Biru mata Hitam" ahli politik tertentu. Maka antara yang kedengaran ialah "perlucutan lisan rakyat" Jawatan Ketua Menteri Sabah. Kononnya Datuk Musa Aman tidak akan menjadi Ketua Menteri lagi sejurus selepas PRU-13. Gambaran yang diberikan ini seolah-olah Datuk Musa Aman 'gagal' membangunkan jiwa dan kesatuan UMNO Sabah. Golongan ini mengandaikan yang demikian, biarpun nyata itu hanyalah spekulasi murahan yangh tidak ada hujung pangkalnya.

BENARKAH DATUK MUSA AMAN DIKATAKAN MENGUTAMAKAN KRONI DAN PROKSI SERTA GAGAL MERALISASIKAN PENYATUAN UMNO SABAH?


Sebagai membenarkan perlucutan lisan itu, maka ditiupkan juga angin perubahan dengan membawa calon pengganti yang dikatakan lebih sesuai. DI Pantai Barat Utara yang mendukung semangat USBO, sandaran diletakkan di bahu Datuk Salleh Said keruak. Mereka menyifatkan bahawa DSSK berkemampuan menduduki kerusi tertinggi esekutif itu. Di Samping pengalaman sebagai mantan Ketua Menteri, mantan Timbalan Ketua Menteri, mantan AMT UMNO, dan pelbagai lagi 'kemantannya', beliau juga dikatakan pemimpin muda yang mampu mencanang pelbagai wawasan dan gagasan pembangunan buat negeri Sabah. Rekod ketika menjadi Ketua Menteri, dengan bersandarkan kepada pertumbuhan ekonomi negeri Sabah serta kejayaan beberapa program kerajaan yang telah menarik minat pelabur-pelabur asing, membuktikan kemampuan tokoh keluaran Kota Belud itu. Selain itu pendekatan dalam UMNO Sabah ketika menjadi Pengerusi perhubungan UMNO Sabah serta hubungan erat dengan ramai pemimpin Kuala Lumpur akan memberikan advantage politik buat DSSK yang membolehkan penyenaraian namanya sebaagai 'bakal' Ketua Menteri Sabah.


DATUK SERI SHAFIE AFDAL DI SEBUT-SEBUT BAKAL KETUA MENTERI SABAH


Tidak hanya di Kota Belud, Isu Siapa Ketua Manteri selepas Musa Aman ? juga dibicarakan sebegitu hangat di sebelah pantai Timur. Rumpun USBO juga suku Bugis dan Sungai di Tawau, Semporna, Beluran , Lahad Datu mempunyai persepsi yang berlainan. Mereka sepakat mengangkat Datuk Shafie Afdal sebagai bakal Ketua Menteri. Kelayakkan tokoh ini disandarkan kepada pencapaiannya selaku menteri Pusat hampir 20 tahun. daripada Timbalan ketua manteri hinggalah menjadi menteri penuh yang menyaksikan beberapa Portfolio penting Kementerian di serahkan kepada tokoh ini.Antaranya ialah Menteri Pertahanan, Menteri Hal ehwal pengguna dan terbaru Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Namun yang menjadi penguat kepada hujah danpendirian mereka ini ialah, apabila Kemenangan Datuk Shafie Afdal sebagai Naib Presiden UMNO, satu pencapaian yang tidak pernah dicapai oleh tokoh politik dari Sabah sebelum ini. Membuktikan bahawa kepimpinan dan kewibawaan Datuk Shafie diterimapakai oleh Kuala Lumpur terutama PM, Datuk Seri Najib Tun Razak. Maka yang sesungguhnya, 'kegagalan' Musa Aman merealisasikan penyatuan UMNO Sabah, menjadi titik tolak kepada pelucutan lisan rakyat terhadap pemimpin itu sebagai ketua Menteri Sabah.


Tidak cukup dengan itu, ada juga desas-desus bahawa akan berlaku perubahan yang mengejutkan dalam politik Sabah. DSSK dan DSA dikatakan tidak akan menduduki kerusi nombor satu negeri itu, bahkan kata mereka, antara tokoh yang menjadi sebutan ialah Bendahari UMNO Sabah , Datuk Hajiji Hj Noor. Kononnya sudah ada gerakan melobi untuk membenarkan percaturan itu. Nama-nama seperti datuk yahya Hussin, Datuk Sapawi Ahmad, Datuk Masidi Manjun dan Tokoh politik penuh kontrovesi Datuk Lajim Ukin termasuk dalam team Datuk Hajiji ini. Sama ada benar atau tidak, nyata isu dan cerita ini telah mula merebak dalam internet dan media massa cetak.


Meninggalkan isu perebutan dan percaturan kerusi Ketua Menteri ini, isu Parti SAPP yang mendesak supaya sistem penggiliran Ketua Menteri diperkenalkan semula, nyata memeranjatkan para pemimpin di Sabah. Walaupun SAAP adalah merupakan parti kaum Cina yang mempunyai beberapa kerusi Parlimen dan DUN di Sabah, namun tindakannya Keluar dari BN atas alasan hilang kepercayaan kepada pimpinan Pak Lah pada ketika itu telah menyebabkan parti itu bergolak. Maka apakah saranan SAPP ini akan turut mempengaruhi calon Ketua Menteri selepas Datuk Musa Aman?atau adakah isu ini membuktikan bahawa SAAP hanya memperjuangkan kepentingan politik sempit mereka..?

Apapun cerita di sebalik kerusi ketua Menteri ini, namun tidak kurang juga sokongan yang diberikan kepada Datuk Musa Aman untuk terus menerajui kepimpinan negeri. Antara yang menjadi isu panas ialah saranan ADUN SULABAYAN Datuk Haji Harman supaya Datuk Musa Aman dianugerahkan sebagai "bapa pembangunan Sabah". Cadangan ini dianggap sebagai menutup kelemahan ketua menteri itu, kerana bukan lagi rahsia umum bahawa Datuk Musa Aman dikatakan hanya 'menghidupkan' kroni dan proksinya selain usaha menyusun barisan kepimpinan Umno Sabah mengikut telunjuk kelingking politiknya. Sama ada Pelucutan lisan Rakyat terhadap Datuk Musa Aman ini menjadi kenyataan atau tidak, nyata Sabah sudah ada calon yang berkelayakan yang boleh disenaraipendekkan oleh Kuala Lumpur..Terpulang kepada Pucuk Pimpinan Umno,mendengar suara peringkat akar umbi, yang menawarkan pelbagai bentuk cerita sensasi politik Sabah.

22 comments:

  1. SDRI KELAPA MAWAR

    sesiapa pun berpeluang utkmenjadi KM, termasuk kita..tetapi nama-nama tokoh yang sdri ceritakan itu terlalu dekat kerana posisi mereka dlm politik agak cerah dan berpeluang..

    sama ada DSSK berpeluang atau tidak, adalah cerita lama yang dihidupkan kembali..kerana pertanyaan itu berbaur kesangsian..

    Ada juga yang berpendapat, peluang itu hanya datang sekali dan itu telah DSSK rasai...ramai lagi pemimpin diSabah yang belum merasai kerusi panas itu...

    mengenai DatukMusa Aman..banyak perubahan dan pembangunan yang dilakukannya..lihatlah kepesatan bandaraya Kota Kinabalu serta perkembangan urbanisasinya yang begitu cepat dan terancang...kalau dulu kawasan Sulaman sunyi dari pembangunan tetapi sekarang iaseakan menjadi bandar satelit bagi Kota Kinabalu..

    Jalan raya dan infrastuktur perhubungan nampak berubah..jambatan bertingkat di KK sudah pun hampir siap..

    adalah awal kalau kita menyatakan bahawa Datuk Musa Aman sudah dilucutkan oleh rakyat dari jawatan KM..

    ReplyDelete
  2. pak cik amin...

    saudara tau ka apa c musa aman buat di sdk???

    sg sibuga sana..dia diangkat oleh rakyat sibuga..apa yg dia buat dgn org sudah mengangkat dia menjadi wakil rakyat??

    mana semua laporan polis yg telah dibuat oleh dr jefry tentang salagunakuasa oleh MUSA AMAN??

    ReplyDelete
  3. kelapa mawar...sy tengok ramai bloger nda suka sama ko..knp?
    padahal sy tengok antara ramai2 artikel ko yg paling bagus...bukan mcm blogger lain yg tau mengampu sj...nda berani ckp yg benar

    teruskan menulis...sy siuk tengok ko punya blog

    ReplyDelete
  4. Salam KM

    Apapun persepsi dan ramalan yang dianjurkan oleh saudari KM mengenai kerusi Ketua Menteri Sabah, bagi saya karier politik DSSK tidak akan sampai ke puncaknya lagi. Usahkan kerusi KM, malah di KB sendiripun amat diragui.

    Dato Seri Najib tidak akan mengambil risiko mengoncang kapal yang dikemudi oleh Datu Musa Aman yang telah memberi kemenangan mutlak untuk BN di Sabah. DS Najib mungkin boleh menggunakan DSSK dan D Shafie Apdal untuk menuetralkan Datu Musa yang telah menjadi terlalu berpengaruh di Sabah.

    Apapun berdasarkan hubungan sedia ada DSSK dengan DS Najib, peluang untuk merebut kerusi parlimen KB adalah cerah, juga kerana macai DARD, KJ telah kehilangan taringnya dalam UMNO. By right DARD shouldn't have been where he is now if not for KJ kan. Politics in Sabah is getting uglier by the day...PRU13 is just around the corner.

    ReplyDelete
  5. Salam sdri Kelapa Mawar..

    Perjuangan Usbo bukanlah untuk mengangkat seseorang menjadi KM Sabah, tetapi lebih kepada mengembalikan maruah rumpun Usbo dalam dunia politik Sabah. Sebagai rumpun yang ramai dan pernah memegang tampuk kuasa di Sabah, ia wajar diperhalusi dan dijadikan iktibar buat golongan muda dari rumpun ini..

    Secara lebih praktikalnya, jawatan Ketua Menteri ini boleh digapai asalkan seseorang itu menjadi ADUN..kalau benar DSSK berpeluang utk menjadi KM,maka masyarakat di KB harus memberikan beliau peluang dan sokongan yang padu supaya masyarakat di KB terus terbela.

    Apa yang patut dilakukan ialah menyedari bahawa seseorang yg bukan rumpun terbesar di Sabah telah mempergunakan kelebihan sebagai penyambung pemimpin Usbo utk menyisihkan pemimpin rumpun ini..dan itu harus dihentikan jika tidak rumpun USBo akan terus diperlekehkan.

    Salam Hormat
    PT

    ReplyDelete
  6. Panglimasdk..

    apa yang berlaku kepada Musa Aman bukanlah seharusnya dijadikan ukuran kepada kelayakannya untuk tidak menjadi Ketua Menteri..

    Isu-isu rasuah ini bukan sahaja dikaitkan dengan Musa Aman dan Ketua Menteri Sabah, bahkan semua Ketua Menteri dan Menteri Besar dicanangkan oleh Pembangkang sebagai tidak telus dan rasuah..

    positif kepada menjadinya Musa Aman sebagai KM Sabah ialah Sabah membangun dengan pesat.

    ReplyDelete
  7. salam Kelapa Mawar..

    sdr Sypatracus..

    saya setuju dengan pandangan sdr..DSSK tidak akan menjadi KM semula ekoran daripada tindakannya mengetuai USBO untuk menakutkan Musa Aman..

    Pada aspek lain DSSK pernah juga tidak membuat sokongan kepada Datuk Najibini tentunya akan menjadi penilaian PM apabila membuat penyenaraian calon KM Sabah selepas PRU-13 nanti..

    Rekod DSSK di KB juga tidak sehebat rekod pemimpin lain ..banyak isu yang menjadi liabiliti kp beliau terutama jalan raya Bypass dan masalah bekalan air bersih di pekan ini yg gagal diselesaikanya ketika dia menjadi KM..

    ReplyDelete
  8. Salam Sdri KM..

    Apa akan jadi bila TSP yang menjadi Ketua Menteri Sabah selepas PRU-13..?

    ReplyDelete
  9. Adindaku Kelapa Mawar..

    setelah meneliti posting sdri,saya berkeyakinan bahawa jika ada rezeki DSSK akan menjadi Ketua Menteri Sabah semula..bagi UMNO bahagian KB tentunya ini merupakan satu berita yang cukup menggembirakan.

    selamat berjuang

    ReplyDelete
  10. Salam, Apapun ramalan yang KM buat itu bukan keputusan mutlak siapakah Ketua Menteri Sabah selepas Datuk Musa Aman.Soal menentukan Ketua Menteri ini adalah terletak dalam kuasa Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  11. Salam untuk kalian,

    ‘Core’ perbincangan atau pun perbahasan yang Kelapa Mawar post kan kali ini ada lah amat serius, mencabar lagi sensitif.
    kerana bukan begitu mudah dan tepat untuk kita tentu kan siapa dan siapa di antara pemimpin yang Kelapa Mawar nyatakan dalam penulisan ini sebagai seorang yang lebih baik dari yang lain. Kerana pada saya, semua nya mempunyai kemampuan dan kudrat masing-masing.

    Walau macam mana pun, sekadar pandangan, disini saya pilih Datuk Seri Musa Aman (DSMA) sebagai bahan ulasan. Kerana kita suka atau pun tidak, beliau ada lah Ketua perhubungan UMNO/BN merangkap ketua Menteri Sabah.
    Pada pandangan saya (buat masa ini), sebarang spekulasi yang kita rumuskan untuk yang lain ada lah ‘rhetoric’ semata-mata.

    Seada nya, DSMA ada lah dikirakan sebagai seorang pentadir dan pakar ‘businessman’ yang sungguh mantap lagi cekap. Justru itu, kita boleh lihat betapa bijak nya beliau mentadbir negeri dengan kemas nya.

    Beliau ber-kemampuan untuk menentukan kemana hala-tuju kerajaan dan agensi yang beliau kendali. Beliau bijak memilih siapa dan siapa yang layak mentadbir bersama beliau disamping menentukan siapa dan siapa yang sesuai melaksanakan ‘doctrine’ politik dan ‘business’ beliau.

    Dalam usaha untuk membaik-pulih pentadbiran kerajaan Negeri Sabah yang telah kusut akibat sistem pergiliran Ketua Menteri, beliau telah mengundang banyak musuh peribadi dan ‘professional’. Namun hingga kini beliau telah berjaya menapis semua cabaran dari kumpulan musuh-musuh tersebut…Sungguh dahysat.

    Namun selaku Ketua Menteri dan Pemimpin Agung rakyat Sabah yang ideal, kita merasa sangsi dan keliru dalam beberapa perkara yang ada hubung kait dengan ketelusan dan kewibawaan beliau . Antara nya;
    i) Pengagihan hasil-hasil kekayaan negeri Sabah. Termasuk peluang dalam bidang Perniagaan.
    ii) Pengurusan pengunaan kayu-kayan dan pencemaran Alam semula jadi yang lain
    iii) Perancangan dan perlaksanaan pembangunan Negeri Sabah yang tidak seimbang. Kalau di banding, terlalu banyak pembangunan di kawasan ‘Urban’ dari diluar bandar.
    iv) Spekulasi dan Stipulasi salah guna kewaangan kerajaan atau pun peribadi di luar negeri saperti yang berlaku di Hong Kong
    v)Tidak ada program yang jelas untuk membasmikan pengangguran dikalangan belia Sabah
    vi) Dan lain-lain

    Justru itu, rasa nya DSMA harus lah juga memikirkan hal-hal ini sebelum beliau meneruskan cita-cita untuk menerajui Kerajaan Negeri Sabah di masa akan datang.
    Kerana, seada nya, hanya beliau sahaja yang dapat menentukan semua ini demi untuk kemakmuran, kesejahteraan Negeri Sabah dan masa depan beliau sendiri dimasa akan datang.

    However, semua ini ada lah pendapat saya semata-mata. Tidak lebih dari itu..

    Semuga kalian sukses

    ReplyDelete
  12. Rakyat minum air kotor di kota belud salleh pernah fikirkah?

    Orang ini asyik fikir mahu jadi ketua saja bah!

    Lepas jadi ketua tak buat apa-apa pun kecuali menindas dan menjadikan rakyat pengikut dan pengemis!

    ReplyDelete
  13. Pak cik Amin..

    Ma kasih atas kunjungan pak cik dan memberikan idea yang baik. Saya menghargainya...ma kasih juga atas maklumat yg diberikan. semoga berkunjung dilain kali

    ReplyDelete
  14. panglimasdk..

    ma kasih atas keperhatinan sdr mengenai artikel di blog ini. semoga sdr terus memberikan sokongan.

    ReplyDelete
  15. sypatracus,,,

    ma kasih atas kunjungan itu sehingga membuatkan saya terfikir akan kebenarannya.

    ReplyDelete
  16. Pendekartua..

    ma kasih kerena memberikan idea mengenai tujuan penubuhan USBO..semoag sdr terus sukses

    ReplyDelete
  17. katakamu..

    makasih kerana memberikan response..semoga sdr dpt berkunjung lagi

    ReplyDelete
  18. salam Batu gadung..

    Tentu ramai suku Iranun akan menjadi kaduk naik junjung

    ReplyDelete
  19. Salam sdr Roslan M...

    ma kasih kerana bersyukur atas apa yang berlaku

    ReplyDelete
  20. Sdr Amin..

    ma kasih sekali lagi kerana mampir dan memberikan pandangan..semoga sdr sukses.

    ReplyDelete
  21. Sdr Solymone..

    kehadiran sdr amat saya hargai,

    segala pandangan itu begitu memukau...
    tidak hairanlah kerana sdr adalah mantan jurutera..berupaya merencanakan pergolakan masa depan yang tragis..Dahsyat..

    Pelbagi kes yang menjadi hantu bagi KM Sabah itu nampak gaya seakan didiamkan..tidak ada sebarang tindakan yg diambil..inilah yang menambahkan kedahsyatan Musa Aman..

    ma kasih sdr atas maklumat berharga ini. Semoga sdr terus sukses dan mendapat rahmat.

    ReplyDelete
  22. sdri Sitti..

    ma kasih kerana memberikan komen.Kota Belud masih lagi menghadapi permasalahan bekalan air..terlalu berpolitik hingga para pemimpin gagal menyelesaikannya.

    ReplyDelete