KELAPA MAWAR

Monday, July 19, 2010

SIAPA PILIHAN NAJIB MENGGANTIKAN MUSA AMAN?


ADAKAH NAJIB MEMILIH DATUK SALLEH TUN SAID SEPENINGGALAN DATUK MUSA AMAN.?


Ibarat filem “putus sudah kasih sayang”, mungkin begitulah tamsilan bagi nasib politik Musa Aman apabila sebegitu ramai orang perseorangan, termasuk ahli politik tertentu yang membawa khabar bahawa ADUN Sibuga itu bukan lagi pilihan Najib untuk terus menerajui kerajaan BN di Sabah. Banyak yang memberikan sebab kepada hal itu, di samping atas alasan imej Najib dan negara di mata dunia yang tercalar lantaran masalah penggubahan wang haram, isu pembalakan di hutan simpan Yayasan Sabah, isu rampasan tanah-tanah kerajaan yang diusahakan oleh rakyat tempatan yang merentasi kawasan pantai timur melibatkan daerah Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. Terdapat juga beberapa isu bertiup sekitar di Kota Kinabalu yang mengembar-gemburkan kononnya, kontrak-kontrak pembangunan bernilai jutaan ribu ringgit diberikan kepada kroni dan proksi Datuk Musa Aman. Mereka mempertikaikan ketelusan dan pengagihan kontrak tersebut.



Di peringkat politik, Datuk Musa Aman juga dilihat ‘gagal’ mewujudkan isu perpaduan di kalangan parti komponen BN di Sabah. SAPP keluar dari BN, LDP bermasam- muka dgn pucuk pimpinan negeri. Selain itu isu pengguguran beberapa pemimpin di Sabah pada PRU 12 juga terus diperkatakan dan disifatkan sebagai percaturan Musa Aman yang sangat ‘mencemaskan”. Bisa saja kata mereka UMNO dan BN di Sabah hampir-hampir kalah pada PRU 12 yang lepas..mujurlah kesetiaan para pemimpin ini masih bisa dipertahankan.



Atas sebab itu, maka ramai pemerhati politik mentafsirkan bahawa Datuk Musa Aman tidak akan dapat bertahan lama. Mahu atau tidak, Najib akan membuat satu lagi keputusan untuk menggantikannya. Persoalannya ialah siapa yang berpotensi untuk kerusi no satu negeri itu? Ada yang ‘mengandaikan’ bahawa terdapat dua tokoh yang berpotensi menduduki kerusi KM Sabah sepeninggalan Datuk Musa Aman, iaitu Datuk Shafie Apdal dan Datuk Salleh Tun Said.



Para penyokong tegar DSSK berkeyakinan benar bahawa pemimpin kesayangan mereka itulah begitu ‘dekat’ kepada jawatan Ketua Menteri Sabah. Alasan dan hujah yang diberikan, kerana, DSSK dikatakan berpengalaman mentadbir negeri kerana pernah menjadi Ketua Menteri dalam sistem penggiliran yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir pada ketika itu. Berbanding dengan Datuk Shafie yang langsung tidak punya pengalaman mentadbir negeri. Kerana pada waktu itu DSSK juga dilihat telah berjaya ‘menjinakkan” dan menyelesaikan beberapa isu politik terutama berkaitan dengan kelantangan PBS dan juga isu kelangsungan kepimpinan Tun Mustapha dan legasinya. Kedua, kerana kata mereka DSSK sekarang ialah Timbalan pengerusi Perhubungan negeri dan penasihat Sains kepada Datuk Musa Aman, situasi kedua-dua ini seakan memberikan gambaran bahawa DSSK lah yang sepatutnya menggantikan Datuk Musa Aman sekiranya berlaku seperti yang di dakwa oleh ramai blogger itu. Manakala Datuk Shafie pula adalah ketua perhubungan negeri Kedah. Atas alasan tradisi, ketua perhubungan negeri adalah Ketua Menteri,Maka DSSK bagi mereka adalah calon yang paling tepat.



Kesemua hujah itu secara rasional tertolak jika Najib membuat perhitungan yang lebih matang dan tepat untuk politiknya dan kesinambungan Sabah sebagai fixed deposit. Ini kerana berdasarkan hujah bahawa ketika DSSK menjadi Ketua Umno Bahagian ,beliau telah bertindak tidak mencalonkan Datuk Najib yang ketika itu sebagai Timbalan Presiden UMNO. Mungkin peristiwa ini boleh dijadikan sandaran buat Najib bahawa DSSK bukan pemimpin yang boleh dipercayai.



Soal pengalaman, Najib melihat Datuk Shafie sebagai lebih berbanding DSSK kerana walaupun DSA tidak pernah menerajui negeri tetapi pengalaman mengetuai beberapa kementerian penting dalam era Mahathir, Abdullah dan Najib sendiri memberi kelebihan kepada pemimpin pantai Timur ini untuk menjadi calon paling sesuai. Walaupun, DSA adalah pengerusi Perhubungan Umno Kedah, tetapi tradisi itu tidak semestinya benar dan bukan prasyarat utama dalam pemilihan Ketua Menteri Sabah. DSA boleh menjadi Ketua Menteri Sabah dan kemudian mengisi kekosongan jawatan ketua perhubungan yang ditinggalkan oleh Datuk Musa Aman.



Di peringkat pimpinan dalam kawasan masing-masing, DSSK dilihat telah mula menerima tentangan di peringkat daerah Kota Belud. Ramai yang tidak berpuas hati, sehingga hanya memberikan kemenangan sebanyak 47 undi menewaskan Datuk Musbah dalam pertandingan sengit pemilihan ketua bahagian Umno KB. Dan kalau berdasarkan jumlah pencalonan. Datuk Musbah nyata mendapat kepercayaan ketua-ketua cawangan berbanding DSSK. Manakala DSA di kawasan Semporna masih mendapat kepercayaan dalam kawasannya. Walaupun pada PRU 12 menyaksikan beliau di tentang oleh En. Azis Abd. Hamid (PKR) namun beliau menang dengan majoriti besar.



Penawaran Jawatan penasihat Sains hanya dilihat sebagai percaturan politik Musa Aman untuk mengurangkan “bisa” dalam kepimpinan suku USBO di Sabah. DSSK dikatakan telah ‘memasuki” perangkap Samar yang begitu memedihkan. Sejauh mana Najib mengambil kira faktor dan situasi ini? Hanya akan terjawa jikasegala hijab politik terbuka selepas PRU 13.

31 comments:

  1. KM, maaf ada sikit pembetulan fakta, UMNO bahagian Kota Belud tidak mencalonkan DS Najib sebagai Naib Presiden bukan Timbalan Presiden pada tahun 2000.

    Harap maklum.

    salam MO

    ReplyDelete
  2. Pada masa itu pencalonan dari Kota Belud untuk jawatan Naib Presiden: Datuk Osu Hj Sukam, Datuk Hassan Omar (bapa angkat KB) dan Datuk Hj Ghani Osman.

    ReplyDelete
  3. ralat: Datuk Abu Hasan Omar, MB Selangor pada masa itu

    ReplyDelete
  4. siapa nak jadi KM Sabah pun biarlah dia benar2 layak dan disukai rakyat.

    ReplyDelete
  5. diharapkan pemilihan KM baru ini bukan dari kaca mata PM atau berdasarkan siapa yang lebih beliau suka..

    ReplyDelete
  6. Siapa pun beliau, kemampuan beliau mestilah setaraf atau lebih dari Datuk Musa, hal ini kerana selama Datuk Musa menjadi CM, beliau telah banyak memnbuat perubahan walaupun masih lagi banyak yang perlu di lakukan. Apa2pun semoga semuanya berjalan lancar dan tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku.

    ReplyDelete
  7. salam KM..

    saya rasa ada benarnya juga idea ini.tetapi dlm politik..soal kerasionalan dan kewajar bukan perkara muktamad...apa yg lebih utama ialah adakah keputuisan itu menjamin kuasa yg dimiliki...

    soal DSA atau SSK..mana yg lebih sesuai..saya rasa jwpnnya sudah ada pada PM...

    mungkin juga ramalan org awam akan meleset ..mungkin ada baiknya Najib melantik org lain drp kedua org ini..supaya menjamin sokongan kedua-duanya kepada Najib..

    apa pun saya setuju dgn MO bahawa UMNO KB tridak mencalonkn Najib utk jwtn T. Presiden tetapi Naib Presiden...

    ReplyDelete
  8. Yang penting Datuk Musa sudah menjalankan tugas dengan baik, tidak la sempurna, tapi sekurang2nya belaiu membawa banyak perubahan di Sabah.

    ReplyDelete
  9. Siapa calon yang paling baik untuk dilantik KM?

    ReplyDelete
  10. belum pasti lagi samada benar ka tidak Musa Aman akan meletak jawatan sebagai ketua menteri sabah.

    ReplyDelete
  11. Musa Aman telah berkhidmat dengan cemerlang kepada negeri sabah. jika ada yang menggantikan beliau calon tersebut perlulah bersedia untuk berkhidmat dengan cemerlang.

    ReplyDelete
  12. KM baru mestilah yang mempunyai kebolehan dari pelbagai perkara dan disenangi rakyat.

    ReplyDelete
  13. Diharap calon Ketua Menteri Sabah pada masa akan datang mendapat sokongan dari semua pihak dan rakyat di negeri ini. Yang penting perlulah ada pembaharuan dalam mentadbir negeri ini.

    ReplyDelete
  14. Datuk Musa Aman boleh bertahan lagi untuk memimpin sabh. unutk mencari calon baru, pilihan rakyat yang diutamakan. ini untuk kebaikan semua juga.

    ReplyDelete
  15. Pemilihan tidak seharusnya di buat melalui kaca mata PM atau sesiapa pun. Ianya patut dibuat melalui kaca mata rakyat dan penilaian mereka samada calon tersebut layak ataupun tidak untuk memegang jawatan Ketua Menteri. Itu ada kuasa Mutlak rakyat. Tanpa sokongan rakyat, siapalah Ketua Menteri tersebut..

    ReplyDelete
  16. Saya fikir isue siapa bakal Ketua Menteri Sabah tidak penting, yg penting kita fikirkan ialah siapa pemimpin yang boleh membangunkan ekonomi negeri. Individu kaya tidak boleh membantu rakyat hanya kerajaan yg mempunyai ekonomi teguh boleh bantu rakyat dan bangunkan negeri. Kekayaan sebuah negeri banyak bergantung pada pemimpin yang telus dan cekap. Apapun yg di katakan mengenai KM yang ada sekarang, yang jelas beliau telah berjaya bangunkan negeri dan mantapkan ekonomi negeri. Sebagai rakyat saya cukup bangga.

    ReplyDelete
  17. siapa itu tidak penting. tapi yang penting mempunyai kebaikkan dan kelayakkan seperti Datuk Musa Aman. Itu yang penting sebenarnya.

    ReplyDelete
  18. Musa Aman tetap yang terbaik untuk rakyat sabah. Harap beliau akan meneruskan lagi jawatan KM sabah tersebut.

    ReplyDelete
  19. Najib tidak perlu untuk memilih siapa..Ini kerana, Datuk Musa tetap akan meneruskan jawatan KM untuk Sabah sehingga beliau yain ada yang layak untuk mengantikannya.

    ReplyDelete
  20. kenapa harus mengantikan Musa Aman??ini sepatutnya tidak perlu lagi. harap datuk najib akan memberikan Datuk Musa untuk meneruskan memegang jawatan KM tersebut.

    ReplyDelete
  21. musa Aman byk memberi sumbangan terhadap negeri sabah. kita perlu hargai sumbangan beliau. pengganti haruslah berkebolehan sepertinya.

    ReplyDelete
  22. Walaupun Musa akan bakal digantikan, beliau tetap adalah KM yg terbaik di Sabah.

    ReplyDelete
  23. Apa-apa pun saya harapkan KM yang akan menggantikan Musa adalah bertanggung jawab dan berkaliber.

    ReplyDelete
  24. Diharapkan KM yang seterusnya akan menjalankan tugas dia dengan baik atau lebih baik dari Musa.

    ReplyDelete
  25. kita patut hargai KM Sabah.

    ReplyDelete
  26. ya. hargai sumbangan sumbangan KM kita.

    ReplyDelete
  27. Salam KM,

    Siapa kena pilih kita ikut jak lah.

    ReplyDelete
  28. belum tahu lagi samada benar ka tidak Musa Aman akan berhenti menjadi Ketua Menteri Sabah. apapun harap penggantinya seorang yang berkebolehan sepertinya.

    ReplyDelete
  29. ya.. blum tentu lagi samada Musa Aman akan letak jawatan. klu betul pun akan diumumkan jg nnti tu..

    ReplyDelete
  30. kita akan tahu juga kebenarannya nnti.

    ReplyDelete
  31. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete