KELAPA MAWAR

Monday, November 21, 2011

RAMAI PEMIMPIN POLITIK KOTA BELUD TIDAK SEHALUAN DENGAN NAJIB


Pada asasnya Najib lebih banyak diteropong atas pentas usianya. Najib seorang pemimpin yang usianya melepasi darjah 'orang muda'. Tetapi yang berlaku, Najib tidak pernah merasa tua, bahkan kelihatan sentiasa ceria dan mendampingi orang muda. Najib sedar bahawa 'orang muda' di Malaysia adalah antara pengguna twitter, Fcb dan Blog yang berada pada rangking teratas. Sebab itu, Najib turut sama membuka akaun Twitter,Fcb dan Blog 1 Malaysia. Tujuannya tidak lain untuk berkongsi idea dengan golongan muda di negara ini.

"saya ada blog sendiri, Facebook dan Twitter sendiri. Kebanyakannya saya twit sendiri dan ada kala pegawai menjalankan tugas ini bagi pihak saya. Saya mahu berhubung dengan rakyat. Saya mahu meletakkan hati saya dengan rakyat."

Inilah antara luahan hati Najib berkenaan dengan media sosial ini. Begitu serius beliau,begitu ambil berat tentang segelintir kehendak orang muda di negara ini.

Semalam, Najib telah melancarkan slogan Baru BN iaitu "BN PILIHAN ORANG MUDA". Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin menyatakan slogan itu akan digunapakai pada PRU 13 akan datang. Begitu nekad Najib mahu mendapatkan sokongan golongan ini? Kenapa? Jawapannya kerana golongan muda ini melewati 40% daripada jumlah pengundi berdaftar di negara ini. Suara mereka harus didengar jika mahukan sokongan dari gerombolan ini.

Di Kota Belud lain pula halnya kerana rata-rata pemimpin politik di daerah ini lagnsung tidak mempedulikan hasrat Najib itu. Datuk Salleh misalnya tidak mempraktikan lagnsung media sosial untuk mewujudkan percambahan pemikiran dikalangan golongan muda di Kota Belud. Blog Datuk Salleh bukan sahaja mematikan ruangan "ulasan" tetapi juga dalam FCBnya Datuk Salleh juga tidak menyentuh isu golongan ini yang boleh diperdebatkan selain dari rakaman aktiviti hariannya.

Jika beginilah keadaannya, Najib akan gagal melaksanakan impian untuk berkomunikasi dengan golongan muda ini. Kerana ramai pemimpin politik yang tidak sehaluan dengan beliau.


40 comments:

  1. Nampaknya PM Najib masih perlulah berusaha lagi untuk mendapatkan sokongan orang ramai.

    ReplyDelete
  2. Harap semua pemimpin akan melakukan yang terbaik demi rakyat.

    ReplyDelete
  3. para pemimpin kena aktif dalam mendekati rakyat, laman sosial adalah satu cara mendekati rakyat.

    ReplyDelete
  4. golongan muda mmg perlu diberi perhatian, mereka memainkan peranan penting dalam tentukan hala tuju politik negara.

    ReplyDelete
  5. harap2 PM dapat la mendengar suara rakyat.

    ReplyDelete
  6. "BN PILIHAN ORANG MUDA". Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin menyatakan slogan itu akan digunapakai pada PRU 13 akan datang. Begitu nekad Najib mahu mendapatkan sokongan golongan ini?

    Golongan muda ini berfikiran terbuka dan berpendidikan tinggi, meraka tahu apa yang meraka perlukan demi masa depan. Jelas, najib faham golongan ini adalah saingan yang paling kuat untuk BN.

    ReplyDelete
  7. Turun padang dan mendekati rakyat, kerajaan akan lebih memahami keadaan sebenar di luar sana.

    ReplyDelete
  8. Jika beginilah keadaannya, Najib akan gagal melaksanakan impian untuk berkomunikasi dengan golongan muda ini. Kerana ramai pemimpin politik yang tidak sehaluan dengan beliau.

    Najib harus memainkan peranan terutama dalam parti komponennya. ketidak sehaluan ini akan menjejaskan prestasi BN di PRU13.

    ReplyDelete
  9. Najib turut sama membuka akaun Twitter,Fcb dan Blog 1 Malaysia. Tujuannya tidak lain untuk berkongsi idea dengan golongan muda di negara ini.

    Jelas Najib berhasrat menambat hati golongan muda. Adakah hasrat ini tercapai, memang susah diramalkan.

    ReplyDelete
  10. Jika parti komponen tidak sehaluan, memang susah untuk berjuang untuk agenda yang sama.

    ReplyDelete
  11. PM kita telah melakukan perkara yg baik..mendekati rakyat melalui laman sosial...

    ReplyDelete
  12. Pemimpin haruslah mencontohi PM kita, mendekati rakyat dengan dengan pelbagai cara..

    ReplyDelete
  13. PM Najib mendapat sokongan dari semua golongan rakyat...beliau adalah pemimpin yg baik dan sangat memetingkan rakyat..

    ReplyDelete
  14. Najib need to work on his leadership skills. It seems like he is not a likable person.

    ReplyDelete
  15. The young voters are wise enough to decide on their own to vote for the best party.

    ReplyDelete
  16. Sistem pendidikan memainkan peranan terhadap golongan muda ini.

    ReplyDelete
  17. Apakah punca pemimpin KB tidak sehaluan dengan Najib? Agenda yang berbeza? Conflict of interest? Kerusi?

    ReplyDelete
  18. turun padang dan memahami keadaan.

    ReplyDelete
  19. "slogan Baru BN iaitu "BN PILIHAN ORANG MUDA"."

    Najib realised that the younger generation play major role in comign election. Such group of people thinking indeed open minded and willing to take challenge. Its will affect the entire BN in coming PRU.

    ReplyDelete
  20. Pasti Najib akan menyelesaikan konflik antara parti komponen dan pemimpin.

    ReplyDelete
  21. usaha PM untuk mendekati golongan muda adalah baik dan mendapat sambutan.

    ReplyDelete
  22. golongan muda sememangnya penting dalam membantu membangunkan negara pada masa depan dan mereka perlu didekati.

    ReplyDelete
  23. jika Salleh tidak sehaluan dengan Najib, beliau tidak akan menyeru golongan muda supaya memberi mandat penuh kepada Najib.

    ReplyDelete
  24. jika Salleh tidak sehaluan dengan Najib, beliau tidak akan membuat kenyataan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri ‘winnable’ yang mampu memacu negara ke arah mencapai status negara maju.

    ReplyDelete
  25. generasi muda adalah perintis masa depan, harap2 akan lebih berjiwa rakyat.

    Jemput2 la ke blog sya, http://bah-sabah-bah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  26. golongan muda merupakan aset negara. memang wajarlah PM memberi perhatian dan tidak meminggirkan golongan muda ini dalam arus pembangunan negara dan cara PM mendekati golongan ini melalui laman sosial memang satu tindakan yang tepat.

    ReplyDelete
  27. Mungkin ada yang tak sehaluan tapi rasanya usaha Najib yang berterusan pasti mampu mengubah keadaan ini.

    ReplyDelete
  28. Tambahan pula Najib cukup bijak memanfaatkan sebaik mungkin teknologi yang ada. Jadi jangan hairan kalau ramai golongan muda yang menyokong Najib nanti.

    ReplyDelete
  29. Macam tak sabar nak tunggu PRU13. Entah apa akan berlaku nanti. Yang pasti, persaingan sudah tentu 'panas' hehhe

    ReplyDelete
  30. Harap Najib akan terus melipatgandakan usahanya menambat hati ramai. At least rakyat nampak juga kesungguhan Najib.

    ReplyDelete
  31. Jika ada perasaan tidak senang dan puas hati sebaiknya suarakan. Jangan simpan kerana itu tidak akan membawa kebaikan jika terus disimpan.

    ReplyDelete
  32. Teruskan usaha untuk terus mendapat sokongan dari rakyat dan pemimpin parti yang lain.

    ReplyDelete
  33. hope the people are matured and capable of making the necessary judgment...

    ReplyDelete
  34. harap adanya kesefahaman dan perpaduan antara pemimpin kita dapat menjadi contoh kepada rakyat di negeri ini

    ReplyDelete
  35. kerana ianya tunggak kejayaan dalam sesebuah pemerintahan...

    ReplyDelete
  36. semoga, perbelahan di antara kaum/puak di Sabah dapat dileraikan dan semua bersatu-padu untuk membangunkan negeri ini bersama-sama

    ReplyDelete
  37. dan rakyat perlu berfikiran positif supaya ini dapat menjadi kenyataan suatu hari nanti

    ReplyDelete
  38. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  39. Kita haru bekerjasama demi kebaikan semua orang.

    ReplyDelete