KELAPA MAWAR

Friday, December 30, 2011

DATUK LAJIM, APAKAH AKAN MEMBAWA ANGIN PERUBAHAN KEPADA SABAH?



Walaupun Sabah dikenal sebagai fixed deposit bagi Bn dan UMNO tapi politik sabah tidak pernah tenang, bergolak dan bergelora sejak kebelakangan ini memperlihatkan bahawa Sabah sudah mula menjadi seperti di semananjung. Di saat akhir sebelum PRU 13 yang diramal banyak pihak bakal diadakan pada penghujung bulan Mac tahun depan, pemimpin politik di Sabah bagaikan cacing kepanasan. Apa tidaknya semakin hari semakin banyak kejutan yang berlaku. Penubuhan parti-parti politik baru, sama ada parti politik lama yang dijenamakan semual ataupun memang parti baru dan gabungan parti Sabah sarawak bukan lagi perkara baru,malah sudah kedengaran sejak awal tahun 2011 lagi.

Dan paling tragis lagi bila USNO yang cuba dihidupkan kembali oleh anak arwah bapa kemerdekaan Sabah Tun Mustapha Datu Harun iaitu Datu Badaruddin Tun Mustapha dijangka telah membuat pengumuman akan melibatkan diri dalam PRU 13 akan datang.Pengibatan USNO  yang tidak diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam kempen politik pada PRU13 akan menjadi ancaman besar buat UMNO kerana ramai pemimpin UMNO kini adalah antara rintis pejuang USNO suatu ketika dulu,bahkan Datuk Musa Aman dan Datuk Salleh Tun Said sendiri adalah antara pemimpin politik UMNO Sabah yang menerima tarbiyah secara langsung dari parti USNO.

Semalam dikhabarkan Timbalan menteri Perumahan dan kerajaan Tempatan, Datuk Lajim Ukin yang sebelum ini diberitakan terlibat dalam penjenamaan semula parti BERSEKUTU kepada SABAH PEOPLE FRONT(SPF) telah membuat kejutan apabila menghadiri satu majlis Pakatan rakyat di Kuala Penyu. Datuk Lajim bukan sahaja berani mengambil risiko sedemikian rupa tetapi juga mempersoalkan tentang keikhlasan BN dan kerajaan dalam membantu rakyat Sabah.

Datuk Lajim adalah antara pemimpin PBS yang meninggalkan parti itu pada tahun 1994 dan menyertai UMNO sehingga membolehkan UMNO Sabah membentuk kerajaan sehingga sekarang. Gambaran Datuk Lajim ini bukan  sahaja turut menyuntik semangat perubahan besar kepada penduduk Sabah yang masih miskin dan terpinggir dari arus pembangunan tetapi juga naluri politik pemimpin sedemikian akan menjadi loncatan besar kepada perubahan yang dinginkan.

25 comments:

  1. Dalam artikel lain, Lajim menyatakan ucapannya telah dieksploitasi. Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang. Tapi dalam politik, yang tiada pun boleh diadakan.

    ReplyDelete
  2. Rakyat Sabah perlulah mengundi dengan bijaksana bila PRU-13, undilah calon yang benar-benar ikhlas untuk berkhidmat kepada rakyat.

    ReplyDelete
  3. Kadang-kala susah juga jika sesuatu ucapan diputar-belit dan dieksploitasikan oleh sesetengah pihak.

    ReplyDelete
  4. makin banyak parti baru makin sukar pembangkang merampas kerajaan negeri ini..

    ReplyDelete
  5. tidak mustahil selepas ini lebih ramai yang akan lompat parti kerana tidak menepati ciri2 winnable candidate..

    ReplyDelete
  6. status datuk lajikm belum diketahui lagi, ini hnyalah spekulasi.

    ReplyDelete
  7. begitulah dalam politik semua benda akan dimanipulasikan.

    ReplyDelete
  8. Pelbagai khabar angin kedengaran mengenai datuk Lajim. Namun belum ada kata yang sebenar dari beliau. Maka kita tunggu jawapan mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  9. Beliau sendiri tahu mana yang terbaik untuk beliau. Harap Datuk Lajim akan terus berjuang untuk penduduk Sabah.

    ReplyDelete
  10. berita hangat kedengaran dipolitik Sabah mengenai Datuk Lajim yang akan keluar parti dan menyertai PR. Apa yang ada dengan PR? Sedangkan JK sendiri keluar dari PBS dan menyertai PR namun keluar dari PR kerana perjuangan PR tidak begitu sesuai untuk Sabah.

    ReplyDelete
  11. adakah Lajim akan melompat seperti tahun 1994?

    ReplyDelete
  12. PRU 13 adalah PRU yang paling getir buat BN/UMNO..ini berikutan PRU ini akan menjadi penentu sama ada BN akan terus berkuasa atau sebaliknya..

    ReplyDelete
  13. mungkin juga kita akan menyaksikan kerajaan campuran jika senario politik seperti apa yang berlaku pada PRU lalu berulang..

    ReplyDelete
  14. harus diingat bahawa rakyat sabah khususnya golongan muda tidak berapa suka sabah dipanggil sebagai fix deposit BN..kemungkinan sabah dan sarawak akan mengalami tsunami politik dengan kemunculan parti2 baru, parti lama dan juga pakatan borneo bersatu..

    ReplyDelete
  15. siapakah yang akan menjadi calon BN pada PRU akan datang? kita tunggu dan lihat..

    ReplyDelete
  16. Angin tu tidak tahu la. Tapi semua di tangan rakyat. macam mana angin kuat pun tapi kalau tidak dapat memenangi hati rakyat tiada guna juga tu.

    ReplyDelete
  17. mungkin tiada harapan lagi bagi USNO untuk didaftarkan semula sebagai parti politik.

    ReplyDelete
  18. kita tunggu sajalah adakah Lajim akan bawa angin perubahan kepada Sabah. mungkin ya tapi perubahan tu yang baik ataupun sebaliknya??

    ReplyDelete
  19. Pasti ada agenda yang tersirat yang masih tidak diketahui golongan awam.

    ReplyDelete
  20. New party will only spreading around all votes.

    ReplyDelete
  21. Jangan mengsia-siakan tiket undian, setipa undi cukup berkeupayaan untuk membawa perubahan yang besar, harus menilai dan mengundi dengan cermat.

    ReplyDelete
  22. Hope soon Lajim will announce his agenda.

    ReplyDelete
  23. Lajim should continue his work and effort no matter where he is going.

    ReplyDelete
  24. Najib akan membuat sesuatu dan meletakkan calon yang betul di kerusi yang betul.

    ReplyDelete