KELAPA MAWAR

Friday, December 16, 2011

DATUK SHAFIE APDAL DITOLAK RAKYAT SEMPORNA?





Isu besar yang mula bertiup di Semporna di mana Naib Presiden UMNO, Datuk Shafie Apdal menjadi Ahli Parlimen ialah isu pembinaan Jambatan Pulau Bum-Bum menghubungkan tanah besar Pekan Semporna.Cadangan pembinaan Jambatan ini telah beberapa kali diumumkan oleh kerajaan ,namun ditunda atas dasar 'masih tidak berkeperluan". Sebelum ini juga ketika Tun Sakaran dandai menjadi TYT Sabah, sudah ada majlis pecah tanah di Kg Tampi-Tampi di mana pengkalan Jambatan itu akan dimulakan.selepas itu pembinaan Jambatan ini ditunda sekali lagi.Malahan ketika pembentangan bajet 2009 oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi,turut memperuntukkan 3 billion kepada Sabah termasuk pembinaan Jambatan ini.

Beberapa hari lepas kehadiran Datuk Shafie Apdal di pekan Semporna bukan sahaja disambut dengan kunjungan ratusan penduduka yang berhimpun menyambut Menteri KKLW itu setiap kali pulang dari KL tetapi juga beberapa banner yang menunjukkan protes masyarakat setempat tentang kegagalan pembinaan Jambatan Pulau Bum-BUm itu mula  dipamerkan

Memetik sidang media yang pernah diadakan oleh Datuk Shafie pada perasmian Program Lonjakan prestasi 3P anjuran Yayasan Pelajaran Mara pada Disember 2010,Datuk Shafie sebagai berkata bahawa  Kerajaan sedang berusaha melantik Juruperunding dalam projek ini. Apa yang menghampakan masyarakat Semporna ialah isu itu telajh berlalu setahun lebih namun janji Datuk Shafie itu tidak kesampaian.


SEMPORNA: Projek pembinaan Jambatan dati tanah besar Semporna ke pulau Bum Bum tetap akan dilaksanakan walaupun ia akan mengambil sedikit masa. Kerajaan akan melantik juruperunding bagi meneliti semua perkara berkaitan projek itu, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,Datuk Seri Shafie Apdal.
" Janji kerajaan BN akan ditunaikan,jadi jangan ada kebimbangan.Saya tahu banyak (bermacam-macam) cerita tersebar dan ada yang mengutus surat.Tapi yakinlah kerajaan akan melantik juruperunding," katanya.


Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Nasir Tun Sakaran menyifatkan cadangan pembinaan jambatan menghubungkan tanah besar Semporna dan Pulau Bum-Bum, yang pernah diumumkan kerajaan persekutuan sebelum ini, adalah satu keperluan penting untuk masyarakat di sini.

Nasir yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Senallang berkata kini penduduk Pulau Bum-Bum bergantung penuh kepada perkhidmatan bot untuk berulang alik antara pulau itu dan tanah besar Semporna bagi urusan harian.

"Harapan daripada masyarakat Semporna, khususnya penduduk Pulau Bum-Bum, ingin melihat sebuah jambatan dapat dibina. Mereka yang tinggal di Pulau Bum-Bum bilangannya bukan kecil. Penduduknya melebihi 20,000 orang," katanya kepada pemberita ketika melawat lokasi tragedi feri karam di Sungai Manis, Lihak-Lihak, dekat sini hari ini.

Beliau berkata penggunaan bot di kalangan masyarakat Semporna di Pulau Bum-Bum kini bukan sahaja untuk membawa penumpang malah ia turut digunakan bagi mengangkut kenderaan dari tanah besar Semporna ke pulau itu.

Nasir mengakui menggunakan bot untuk mengangkut kenderaan ke Pulau Bum-Bum dari tanah besar Semporna memang berbahaya dan berisiko tinggi namun penduduk terpaksa berbuat demikian kerana mereka tidak mempunyai banyak pilihan.

"Kita akan berusaha memohon kepada kerajaan bagaimana untuk menyediakan pengangkutan atau laluan agar masyarakat dari tanah besar Semporna ke Pulau Bum-Bum dan sebaliknya lebih selesa dan pada masa yang sama keselamatan mereka terjamin," katanya. 


Akhirnya APABILA SUDAH TIDAK TAHAN menunggu janji-janji Datuyk Shafie Ini,rakyat Semporna mula menunjukkan protes dengan mempamerkan beberapa banner yang menuntut janji kerajaan BN itu di tunaikan. Apakah masyarakat Semporna akan menolak Datuk Shafie pada PRU akan datang?

42 comments:

  1. Janji Datuk shafie pada 27 mac 2010 ketika dalam ucapan perasmian program pemimpin bersama rakyat di kg. Bayangan sehingga kini belum di tunaikan, sudah menjadi isu hangat,,semoga dapat di laksanakan jani2 itu..

    ReplyDelete
  2. Nasib dia akan ditentukan pada PRU13. Sama2 kita saksikan.

    ReplyDelete
  3. Banyak isu mengenai Shafie, harap2 ada lah kesudahan yang menyenangkan hati rakyat.

    ReplyDelete
  4. memang kebelakangan ni banyak isu negatif tentang Shafie tapi entah benar ka tidak. apapun, kalau tidak dicalonkan sebagai winnable candidate pun kan beliau sudah beritahu bahawa beliau akan terima dengan baik keputusan tersebut..

    ReplyDelete
  5. Itulah yang susahnya kalau berjanji tapi tak ditunaikan. Tengok kan dah mengundang ketidakpuasan hati.

    ReplyDelete
  6. PRU13 bakal menjelang bila-bila masa saja, kalau janji ini masih ditabur entah macam mana penduduk Semporna nak percaya.

    ReplyDelete
  7. Harap masyarakat Semporna dapat menilai hal ini dengan matang supaya tak tertipu lagi.

    ReplyDelete
  8. Sekarang ini pun ada saja hal yang tak baik disebarkan mengenai seseorang pemimpin. Mungkin inilah adat PRU, banyak gimik. hehehe

    ReplyDelete
  9. Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti. Mana tahu ada juga berita baik:)

    ReplyDelete
  10. promises that were made should be fulfilled. People wouldn't want a leader that give empty promises.

    ReplyDelete
  11. Shafie better buck up his performance. Even if he is the candidate, he still needs to win the people heart.

    ReplyDelete
  12. When GE comes, everyone must make a wise decision. Vote for the best.

    ReplyDelete
  13. Bila jambatan bum bum ini akan disiapkan seperti dijanji oleh pemimpin?

    ReplyDelete
  14. Jika Datuk Shafie mahu mendapatkan sokongan rakyat, beliau patut menunaikan janjinya kepada rakyat Semporna.

    ReplyDelete
  15. Shafie kena tingkatkan reputasinya di Semporna.

    ReplyDelete
  16. jika Shafie tak diterima lagi di Semporna, dia pasti dpt menerimanya.

    ReplyDelete
  17. penting sangatkah jambatan pulau Bum Bum tu? mungkin kalau pandangan penduduk di sana memang rasa sangat penting tapi sekiranya jambatan itu dibina bagaimana pula dengan yang tinggal di pulau2 lain? mesti mereka pun akan menyusul untuk meminta pembinaan jambatan.

    ReplyDelete
  18. Kita hanya mampu buat andaian tapi keputusannya tetap pada PRU13 nanti. Kita tunggu sajalah.

    ReplyDelete
  19. Kalau rasa2 kedudukan sudah goyah, cepat2lah ambil langkah proaktif untuk kembalikan kepercayaan rakyat.

    ReplyDelete
  20. kepentingan dan keperluan rakyat perlu sentiasa diambil berat oleh pemimpin.

    ReplyDelete
  21. rakyat yang tentukan samaada pemimpin itu diterima atau tidak. jika rakyat terus menyokong maksudnya pemimpin itu masih diterima.

    ReplyDelete
  22. mana-mana pemimpin sekali pun perlulah sentiasa berusaha untuk memberikan khidmat yang terbaik.

    ReplyDelete
  23. harap janji kali ini akan ditunaikan jika menang dlm PRU-13

    ReplyDelete
  24. biarlah rakyat yang menentukan nasib seseorang pemimpin itu di PRU akan datang nanti

    ReplyDelete
  25. hope the people are mature and capable of making the necessary judgment

    ReplyDelete
  26. memang banyak isu politik di Sabah yang sangat panas belum selesai, hanya menunggu untuk meledak seperti gunung berapi

    ReplyDelete
  27. harap wakil2 rakyat yg menang dlm PRU-13 nanti akan dapat menyelesaikan isu2 panas ini

    ReplyDelete
  28. Kena menunggu pilihan masyarakat nanti.

    ReplyDelete
  29. Janjinya kenalah dilaksanakan, jika tidak susahlah dia nanti.

    ReplyDelete
  30. sedangkan Labuan yang jauh lebih sibuk dari Pulau Bum Bum pun masih belum ada jambatan sehingga hari ini..

    ReplyDelete
  31. Seharusnya Shafie sebagai KKLW tahu dan perlu memberikan bantuan kepada penduduk Semporna sendiri. Daerah itu perlu dimajukan terutama sekali pembangunan dikawasan tersebut.

    ReplyDelete
  32. Tanggungjawab perlulah dilaksanakan. Shafie perlu memikirkan kepentingan penduduk Semporna yang masih kurang diusahakan dan dimajukan.

    ReplyDelete
  33. Susah untuk Shafie menambat hati rakyat lagi.

    ReplyDelete
  34. Jangan kecewakan rakyat dengan tidak menunaikan janji yang dibuat.

    ReplyDelete
  35. The people will decide his leaving.

    ReplyDelete
  36. Memang susah diramal, berkemungkinan satu tsunami politik yang akan ditayangkan.

    ReplyDelete
  37. Rakyat harus menilai dan tidka tertarik dengan saguhatiyang diberi dan mengabaikan masa depan generasi yang akan datang.

    ReplyDelete
  38. Isu negatif Shafie akan menjejas prestasi beliau di PRU akan datang.

    ReplyDelete
  39. Let the people decide for Shafie.

    ReplyDelete
  40. beberapa banner yang menunjukkan protes masyarakat setempat tentang kegagalan pembinaan Jambatan Pulau Bum-BUm itu mula dipamerkan

    harus juga beliau memberi perhatian dan mencari cara penyelesaian.

    ReplyDelete
  41. Semoga Shafie tidak menjejaskan imej beliau wakili.

    ReplyDelete
  42. Reputasi dan prestasi Shafie di Semporna harus diperbaiki.

    ReplyDelete