KELAPA MAWAR

Friday, December 30, 2011

ISU KELEWATAN SK TAMAU, DATUK MUSBAH DAN DATUK RAHMAN TURUN PADANG


Datuk Musbah Jamli ADUN TEMPASUK yang selalu dikatakan sebagai pemimpin yang paling rajin turun padang menemui rakyat akhirnya mengotakan perumpamaan itu apabila sekali lagi beliau "TURUN PADANG" menemui rakyat di Kg Tamau berkaitan dengan isu kelewatan pembinaan Bangunan SK Tamau yang melebihi tempoh siapnya mencecah 2 tahun. Ekoran isu ini mendapat perhatian daripada beberapa blogger Kota belud juga dipublishkan dalam FCB dan Twitter, Datuk Musbah bersama ahli Parlimen Kota belud, Datuk Rahman Dahlan mengambil keputusan menemui rakyat di sekitar perkampungan itu dalam sesi dialog di sekolah berkenaan sebagai usaha penerangan dan ambi berat mengenai isu berkenaan.

Petang tadi dimaklumkan kepada Kelapa Mawar, kehadiran Datuk Musbah dan Datuk rahman di Bangunan SK Tamau diiringi oleh beberapa orang pegawai dari JKR dan pengerusi PIBG sekolah berkenaan, Sdr Ladim Abd. Rahman. Usaha ini dianggap sebagai satu lagi tindakan dari para pemimpin yang prihatin dengan kemashlatan rakyat di mana berlaku di kawasan yang mereka wakili.

Resolusi yang diperolehi nampaknya tidak banyak meninggalkan kesan,kerana isu kelewatan Sk Tamau ini sudah terlalu lama dan lewat diambil tindakan oleh pihak yang berkenaan. sesi petang tadi merumuskan bahawa masalah utama berkaitan dengan isu tersebut ialah kegagalan pihak kontraktor menyempurnakan tanggugjawab yang diamanahkan. 

Berdasarkan response yang Kelapa Mawar terima dari pertemuan ini,ialah penduduk kampung dan kakitangan sekolah mempertikaikan kredibiliti YB mengenai penyelesaian masalah tersebut. Di fahamkan Datuk Rahman meminta supaya kontraktor berkenaan diberikan peluang 1 bulan lagi bermula dari tarikh 1/01/2012 hingga awal bulan Februari. Jika dengan peluang itu Kontraktor masih gagal,maka tindakan sewajarnya termasuk menyenaraihitamkan akan dilakukan. beberapa orang yang sempat ditemui mempertikaikan resolusi berkenaan kerana sepatutnya sejak dulu lagi tindakan semumpama itu dilakukan dan bukannya menunggu sehingga 2 tahun berlalu. Manakala Datuk Musbah pula hanya meminta supaya tindakan dan pemantauan secara kerap dilakukan oleh JKR supaya proses penyiapan itu berjalan dengan lancar.

Kenyataan kedua pemimpin ini dianggap sebagai gimik PRU 13 yang semakin dekat! Benarkah?????

32 comments:

  1. Sudah terlalu lama Sk Tamau terbengkalai. Masyarakat serta ibu bapa dan murid sekolah menggaru kepala tanda kekesalan terhadap kontraktor yang gagal menyiapkan binaan itu seperti yang dijadualkan.

    Turun padang Dt Hj Musbah dan Dt Rahman masih juga tiada penyelesaian.

    Sdr Ladim Hj Abd Rahman selaku pengengerusi kesal kerana jawabanya dari Dt Rahman hanyalah memihak kepada Kontraktor.

    Sepatutnya, kelewatan kontraktor perlu didenda oleh JKR.

    Kelapa Mawar tidak boleh suarakan apa apa kepada wakil Tempasuk. Walaupun bangunan yang tergendala itu berhampiran dgn rumah kelapa mawar

    tolong tolonglah kelapa mawar. Supaya kontraktor dapat siapkan secepat mungkin.

    ReplyDelete
  2. Patut awal2 lagi turun padang. Harap2lah turun padang mereka ini akan menampakkan hasil positif. Isu kelewatan Sk Tamau ini amat dikesali.

    ReplyDelete
  3. Benda yang terbengkalai haruslah disiapkan segera. Jangan biarkan rakyat terus ternanti-nanti.

    ReplyDelete
  4. Bagus jugalah kalau turun padang at least nampak juga usaha bantu rakyat.

    ReplyDelete
  5. Saya setuju dengan cadangan kelapa mawar, kasi can dulu itu kontraktor kalau masih juga gagal baru lah kenakan tindakan sewajarnya.

    ReplyDelete
  6. Apapun, paling penting sekarang ialah rakyat harus bijak menilai. Jangan terlalu mudah terpedaya dengan janji manis yang belum tahu kebenarannya.

    ReplyDelete
  7. Semoga isu kelewatan SK Tamau diberi perhatian sewajarnya.

    ReplyDelete
  8. salam km,

    saudara masbak rumashid, sdr ladim ini yang sepatutnya turut dipersalahkan kerana dia Pengerusi PIBG di sana.

    Susah kalau mau pangkat saja tapi kerja ndak tau..

    ketua kg pun n jkkk sana tu penakut makan gaji buta saja....

    ReplyDelete
  9. INI KALI LAH
    Datu sirengit silap berhujah,
    kerana saya tidak pernah jadi ajk PIBG SK Tamau.

    INI KALI LAH
    Datu sirenget silap terbang, silap menggigit badan yg ada redsect, dan kemudian akan kena spray renget.

    INI KALI LAH
    si renget tidak lagi dapat membawa kuman demam denggi, kerana terbang hinggap di kilang redsec.

    Untuk pengetahuan si renget, bahawa saya tinggal lama di KK. Cuma saya ingin mengikuti perkembangan politik semasa yg berlaku di tempat asal saya KBelud. Saya juga ada blog MASBAKAYANGAN.

    Semua kawan kawan kenal saya. Bekas penuntut SMK Arshad KBelud. Kg Asal Merabau. Kita bersua melalui sembang sembang kelapa mawar.

    Sdr Lajim anak menantu saya. Kahwin dengan anak abang saya Allahyarham Wahab Hj Rumashid.

    Perlu sdr Datu si Renget tarik balik kata kata yang terlanjur itu. Kerana saya bukan AJK PIBG. Dan Tidak pernah pun jadi AJK PIBG SK Tamau. Saya sekadar membantu menyarankan sesuatu jika ada peluang.

    ReplyDelete
  10. yang penting tidak ada tambahan peruntukkan untuk kontraktor menyiapkan projek terbengkalai itu.. apa2 kos tambahan kesan dari kelewatan itu wajar ditanggung oleh pihak kontraktor..

    ReplyDelete
  11. Akhirnya barulah Datuk turun padang untuk melihat sekolah tersebut, harap dengan ini, mereka dapat cari jalan untuk menyiapkan segara sekolah tersebut.

    http://nungkok.blogspot.com/

    ReplyDelete
  12. Perkara ini perlulah ditangani sebaiknya. Berikan sebab kepada penduduk sebab berlaku kelewatan.

    ReplyDelete
  13. Bagus juga dengar datuk-datuk turun padang. Apa pun turun padang tidak bermaksud turun saja tapi tidak ada penyelesaian dibuat tapi apa yang penduduk mahukan penyelesaian dibuat.

    ReplyDelete
  14. SK Tamau merupakan cerita lama. Harap projek ini dapat disiapkan secepat mungkin.

    ReplyDelete
  15. jika selepas ini kontraktor berkenaan masih lagi gagal menyiapkan sekolah berkenaan, tindakan tegas perlu diambil.

    ReplyDelete
  16. harap pembinaan sekolah tersebut akan siap dengan secepat mungkin.

    ReplyDelete
  17. Harap selepas Datuk Rahman turun padang untuk melihat keadaaan projek ini akan mendapat penyelesaian yang sewajarnya. Kerajaan perlulah memastikan projek ini disiapakan tepat pada masa yang dijanjikan dan juga bahawa bagunan tersebut dibina mengikuti kualiti yang ditetapkan.

    ReplyDelete
  18. Kita sudah memasuki satu lagi tahun pembukaan sekolah tapi Sk Tamau ini masih lagi belum disiapkan lagi. Harap penjelasan akan diberikan.

    ReplyDelete
  19. pihak yang ada di sana perlu bertindak untuk mempercepatkan binaan tersebut sehingga siap dan selamat digunakan. Tu Datuk pun kena la turun padang dan melawat sendiri sekolah tu.

    ReplyDelete
  20. Kalau kontraktor masih gagal siapkan dalam tempoh masa lanjutan/ peluang diharap tindakan lebih tegas akan diambil.

    ReplyDelete
  21. kontraktor dari mana tu? ada yang kata khidmat kontraktor bumiputera memang kurang baik sebab tu ramai yang lagi suka menggunakan khidmat kontraktor luar.

    ReplyDelete
  22. sekolah ni sepatutnya sudah mula beroperasi hari ni sebab sesi persekolahan sudah bermula. pemimpin pun patut sudah lama turun padang meninjau2 keadaan sekolah tersebut.

    ReplyDelete
  23. Denda harus dikenakan terhadap kelewatan projek agar kontraktor lebih berhati-hati menguruskan projek yang diberi.

    ReplyDelete
  24. Apakah penyelesaian berlakunya kelewatan? Adakah tindakan diambil?

    ReplyDelete
  25. Perkembangan projek harus sentiasa dipantau.

    ReplyDelete
  26. Sekolah bermula, adakah kelewatan ini menjejas persekolahan?

    ReplyDelete
  27. Inilah akibat tiadak pihak mengikut perkembangan projek tersebut. Harus juga pemimpin membaiki kelemahan ini.

    ReplyDelete
  28. Penjelasan harus diberi dan tanggungjawab harus diambil.

    ReplyDelete
  29. Adakah sebarang tindakan yang wajar diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut?

    ReplyDelete
  30. Inilar kelemahan kerajaan melaksanakan projek yang serign dipertikaikan. Terbukti juga.

    ReplyDelete
  31. WR harus turun padang dan memantau projek tersebut. Kini masalah timbul dan semua pihak menunjuk jari.

    ReplyDelete
  32. Ini cuma sebahagian dari begitu banyak projek. Adakah sesiapa boleh jawab apakah perkembangan projek yang lain? Berjaya? Gagal? Kelewatan? Sangkut?

    ReplyDelete