KELAPA MAWAR

Tuesday, December 13, 2011

MENGAPAKAH PRU13 PENTING BAGI WARGA KOTA BELUD


Setiap kali PRU ia memang penting bagi masyarakat Kota belud. Tidak ada yang terkecuali. Lebih-lebih lagi pada PRU 13 yang disifatkan oleh ramai politikus sebagai "IBU" segala PRU. Maka di daerah Kota Belud ia bukan sahaja "IBU" tetapi juga telah lama menjadi "BAPA"segala PRU. Sebabnya di Kota Belud banyak isu politik yang sangat panas hanya menunggu ia meledak.

Isu pertama ialah di MP Kota Belud. Isunya rakyat Kota Belud tertunggu-tunggu apakah Datuk Rahman Dahlan akan dicalonkan semula di Kota Belud? Kalau tidak siapa yang menggantikan tempatnya? Pemimpin tempatan atau pemimpin import?

Isu kedua di MP KOta Belud ialah kes pengambilan tanah di Kg Rampayan, yang dikatakan DARD terlibat sama walaupun dinafikan oleh DARD. Isu empangan Tambotuan, Isu rampasan tanah di Kg Taburan,Isu pampasan jalanraya Bypass Kota belud-kudat. Apakah isu-isu ini dekat dihati rakyat Kota Belud menjelang PRU 13?Seterusnya mempengaruhi sokongan kepada BN dan UMNO.

Isu kedua di DUN Usukan. Isunya ialah adakah Datuk Japlin akan dicalonkan semula setelah skandal rasuahnya menjadi perhatian umum sehingga digantung keahliannya dalam parti ?Walaupun dibebasklan, namun ada yang beranggapan bahawa Datuk Japlin wajar melepaskan ADUNnya dan diganti oleh orang lain. Siapakah yang akan dicalonkan? Datuk salleh, Datrin Saidatul Badru atau Barur, ketua Pemuda UMNO KB.

Isu ketiga di DUN TEMPASUK. Isunya ialah apakah Datuk Musbah akan dicalonkan semula?Apakah Datuk Musbah akan dapat meraih popularitinya setelah pada PRU lepas tidak mendapat sokongan padu dari orang iranun?Mengapakah Datuk Musbah tidak menggantikan PKR dari suku Itu setelah PKR sebelum ini En. Baghdad Turogan melepaskan jawatan kerana menjadi isu pembolotan projek Di DUN TEPASUK?

Isu ketiga di Kadamaian . isunya ialah kegagalan Herbert Timbun Lagadan untuk menjadi wakil rakat. Isu empangan Tambotuan telah meninggalkan partu luka kepada wakil rakyat PBS itu kerana dikatakan telah bertindak merestui pemecatan Ketua kampung dan JKKK di beberapa kampung yang terlibat dalam pembinaan empangan itu.

Apakah masyarakat Kota belud akan membuat kejutan?

44 comments:

  1. rasanya PRU13 bukan hanya penting kepada KB tapi kepada semua rakyat Sabah. Sudah tentu penduduk KB ternanti-nanti calon2 KB. MP KB Datuk Rahman Dahlan menjadi persoalan. menjadi calon atau tidak. Banyak isu berkaitan dengan MP KB ni sebab tu penduduk KB mengenai perkara ini. Hara2 calon KB nanti tidak menghampakan.

    Jemput:

    U Say Bah, I Say Bah. Sabah Bah......

    ReplyDelete
  2. Harap2 isu2 yang dekat dihati penduduk KB dapat diselesaikan sebelum menjelang PRU13

    ReplyDelete
  3. Diharap segala persoalan penduduk KB akan terjawab pada PRU akan datang. Ramai pemimpin KB harap2 ada yang benar2 berjiwa rakyat dan amanah dalam tanggungjawab.

    ReplyDelete
  4. banyak juga isu di Kota Belud, isu2 ini pasti akan dimainkan apabila PRU.

    ReplyDelete
  5. pasti kota belud akan menjadi perhatian dalam politik di Sabah.

    ReplyDelete
  6. Rasa2nya lah Datuk Musbah akan dicalonkan sebagai winnable candidate.

    ReplyDelete
  7. Rahman Dahlan dikatakan sukar untuk bergaul dengan masyarakat dan dibelenggu dengan sifat keegoan. beliau tidak mampu untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakyat.

    ReplyDelete
  8. Rahman need to buck up to gain the people support before its too late.

    ReplyDelete
  9. when i said buck up, i mean for Rahman to personally mix with the people in kb and get to know their issues. Getting close with the people will make it easy for the people to like him.

    ReplyDelete
  10. make sure all issues or most of issues in kb will be solved before election comes.

    ReplyDelete
  11. make sure all issues or most of issues in kb will be solved before election comes.

    ReplyDelete
  12. Banyak betul isu di KB ni. hhmm, selesaikanlah segera demi kebaikan bersama.

    ReplyDelete
  13. Setakat ni rasanya tempat yang agak popular di KB la. Ada saja hal yang timbul.

    ReplyDelete
  14. Siapa2 yang rasa dirinya mahu dicalonkan atau mahu dapat undi rakyat pandai2lah bawa diri. At least dapat juga rakyat kenal lebih dekat lagi:P

    ReplyDelete
  15. Penting atau tak PRU13 nanti, terpulanglah pada warga KB sendiri. Yang penting buat apa yang patut.

    ReplyDelete
  16. Apapun, kita nantikan saja bila tiba masanya. Semuanya akan terjawab juga tu. hehe

    ReplyDelete
  17. harap isu2 'panas' ini kelak akan diselesaikan selepas PRU tamat

    ReplyDelete
  18. memang banyak isu politik di KB yang sangat panas hanya menunggu untuk meledak seperti gunung berapi...

    ReplyDelete
  19. harap wakil rakyat yg terpilih nanti akan menyelesaikan isu2 panas ini

    ReplyDelete
  20. diharap ianya tidak akan dipulaukan lagi oleh kerajaan

    ReplyDelete
  21. Apakah masyarakat Kota belud akan membuat kejutan? - sudah tentunya ada perubahan..kita tunggu dan lihat sahaja kejutan ini

    ReplyDelete
  22. isu percalonan adlaah perkara yang amat penting yang perlu diberikan penenakan dan pertimbangan teliti dari pucuk pimpinan BN agar tidak berputih mata.

    ReplyDelete
  23. yang pasti pengundi2 di KB akan lebih berhati-hati semasa membuat penialian dan pemilihan siapa yang patut diundi pada PRu akan datang.

    ReplyDelete
  24. semua PRU adalah penting..namun PRU 13 agak isitimewa kerana akan menjadi saksi siapa yang akan menjadi pilihan rakyat berikutan kebangkitan golongan muda dalam politik dan kemunculan semula muka2 lama dengan new task force seperti JK, pakatan borneo..

    ReplyDelete
  25. kemungkinan muka baru akan diketengahkan oleh BN untuk memulihkan semula imej BN di kalangan pengundi KB..apa2 pun, kita tunggu dan lihat.

    ReplyDelete
  26. sebarang isu yang timbul, jika ada harus diselesaikan dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  27. setiap keperluan rakyat haruslah diusahakan untuk dipenuhi.

    ReplyDelete
  28. Bukan senang untuk menjadi wakil rakyat. Perjuangan kena ikhlas dan bukan untuk kepentingan diri semata-mata. Kena sentiasa proaktif dan peka dengan masalah penduduk.

    ReplyDelete
  29. The GE is an important event for all voters as this is the chance for them to vote in the government of their choice.

    ReplyDelete
  30. Hope that all voters will vote wisely during the next GE. Let their voices be heard.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  31. supaya tidak membebankan fikiran, biarlah pihak atasan yang buat pilihan.. kalau tidak suka, biar rakyat pula yang buat keputusan..

    ReplyDelete
  32. Maka letakanlah calon yang benar-benar boleh memperjuangkan hak penduduk Kota belud itu sendiri.

    ReplyDelete
  33. Semua pun begitu mementingkan PRU13 yang akan datang. PRU inilah jawapan semua apa yang rakyat rasakan. Maka sebagai seorang pemimpin haruslah bijak mengatur pengurusan dan tanggungjawab kepada penduduk.

    ReplyDelete
  34. Terasa Tsunami politik akan berlaku di seluruh Sabah.

    ReplyDelete
  35. banyak isu yang harus ditanggani, semoga wakil rakyat KB berkebolehan dan berkeupayaan menyelesaikan masalah di KB.

    ReplyDelete
  36. Its important not only to KB but to the entire Sabah being a poverty state.

    ReplyDelete
  37. BN mengalami cabaran yang amat giat di PRU akan datang. Adakah BN kekal berkuasa, susah diramal.

    ReplyDelete
  38. Rasa banyak yang akan melompat parti kali ini.

    ReplyDelete
  39. Semoga calon yang betul akan dipilih untuk membawa KB ke tahao yang lebih maju.

    ReplyDelete
  40. Pandai menilai untuk perubahan dan akan membangunkan ekonomi dan pendapatan orang KB.

    ReplyDelete
  41. Bukan sahaja untuk KB tetapi seluruh Sabah juga amat penting. Kami masih kemiskinan dan mundur, harus membuat sesuatu untuk berubah.

    ReplyDelete
  42. Pasti ramai akan melompat sedangkan pemimpin sendiri juga melompat.

    ReplyDelete
  43. May be a good idea to bring in new blood.

    ReplyDelete
  44. Is the people in KB will still support Rahman Dhalan? Its hard to predict.

    ReplyDelete