KELAPA MAWAR

Friday, December 9, 2011

NAJIB PERLU TAHU REKOD SALLEH SAID DI KOTA BELUD


Jika berlandaskan kepada perkembangan mutakhir politik Sabah kemungkinan yang amat tinggi untuk Najib mencalonkan semula Datuk Salleh Tun Said pada PRU13 akan datang ini. Hanya terpulang kepada percaturan Najib, jika sesungguhnya ada agenda panjang untuk Datuk Salleh di peringkat negeri, ada kebarangkalian Najib memperkenankan Salleh bertanding di peringkat DUN. Mungkin kekuatannya ialah Salleh boleh terus membantu Musa Aman mengurus negeri Sabah.Kalau ini berlaku, Parlimen Kota Belud tidak akan mungkin ditandingi oleh Salleh, berlandaskan bahawa wakil rakyat hanya diberi peluang bertanding sama ada di peringkat DUN atau Parlimen sahaja. Kalau memilih DUN maka Parlimen harus diserah kepada calon lain.

Hanyasanya yang menjadi persoalannya ialah DUN mana Salleh akan diturunkan? Apakah Salleh akan memilih kubu lamanya USUKAN? iaitu satu-satunya tempat yang paling selamat baginya di Sabah ini. Kerana pada hayat politik Salleh tidak pernah mencuba nasib di tempat orang. Mungkin tajinya belum berapa tajam lagi. Kalau di USUKAN, maka UMNO akan terpaksa berkorban lebih besar 'merehatkan' Datuk Japlin Akim, mantan ketua pemuda UMNO Sabah. Maka perlu sangat juga direhatkan kerana selama dua penggal menjadi wakil rakyat Usukan, Datuk Japlin tidak banyak membuat apa-apa untuk kemashlatan masyarakat USUKAN. Mungkin mewarisi stail Datuk Salleh ketika menjadi ADUN USUKAN.

Lainlah kalau Najib memerlukan lakaran formula baru bagi politik Salleh. Ertinya jika Najib mengkhendakkan Salleh beraksi di peringkat persekutuan, walaupun sebelum ini Salleh tidak pernah mencurah bakti di persada itu, maka Najib tidak akan teragak-agak mencalonkan Salleh di Parlimen Kota Belud, dimana di parlimen inilah Salleh mencatat rekod paling lama menjadi ahli parlimen sejak 1995 sehingga 2004 sebelum digugurkan kerana faktor permusuhan politik dalam UMNO Sabah.

Jika Najib memperkenankan Salleh di parlimen P 169 Kota Belud ,maka UMNO Sabah juga harus mencari kawasan mana untuk menempatkan Datuk Rahman dahlan, yang juga merupakan setiausaha BN sabah pada waktu ini. Maka justeru itu Najib perlu mengkaji kekuatan Salleh di Parlimen ini supaya kawasan ini tidak terlepas pada PKR seperti yang dikhendaki oleh Anwar Ibrahim

Tahun 1995, Salleh mencatat jumlah undi sebanyak 17,368 mengalahkan calon PBS Timbun Lagadan yang memperolehi undi 10,237. majoriti yang diperolehi oleh Salleh ialah sebanyak 7,131. PRU 1999, sekali lagi Salleh dicalonkan di Parlimen Kota Belud. PRU 1999 ini Salleh memperolehi undi sebanyak 17,817 mengalahkan dua calon besar iaitu Saidi Simoi dari PBS yang memperolehi undi 8601 dan datu Bandira Datu Alang dari PAS yang mendapt undi 1,515. Majoriti yang diperolehi oleh Salleh meningkat kepada 9,216. PRU 2004 adalah PRU terakhir bagi Salleh selaku MP Parlimen Kota Belud kerana PRU 2008 Salleh digugurkan dan diganti oleh Datuk Rahman Dahlan. 2004, Salleh menghadapi James Baga calon BEBAS. Salleh memperolehi 19,290 manakala James 8,869. Majoriti terus meningkat kepada 10,421.

Jika berpandukan kepada analisis ini, Salleh adalah merupakan Calon boleh menang di Parlimen Kota Belud.Rekod itu bertahan hanya sehingga 2004 sebelum tsunami politik melanda negara. Selepas PRU 2008, kebangkitan anak-anak muda mula kelihatan dalam politik negara. Di selangor golongan elit dan berpendidikan menolak BN dan sekutunya kerana faktor kepincangan dalam pentadbiran negara termasuk amalan rasuah,pemberian kontrak kepada kroni dan proksi serta beberapa insiden campurtangan dalam badan kehakiman negara.

Di Sabah tsunami politik 2008 lambat sampai. Hanya pada penghujung 2009 dan awal 2010, barulah media masa sosial yang membawa tsunami politik dari Tanah besar semenanjung itu mula masuk ke bumi Sabah. Arusnya deras kerana di Kota Belud sendiri sudah mula bertapak aliran fahaman politik anti BN dan anti UMNO, buktinya pada 2008 sendiri calon PKR mula mendapat undi lebih 4000 di parlimen Kota Belud. satu pencapaian yang besar jika dibandingkan dengan pencapaian parti itu sebelumnya di daerah Kota Belud. Anak-anak muda juga tahu bahawa kemenangan Salleh sejak 1995,1999 dan 2004 di parlimen Kota Belud bukan kerana faktor kerdibiliti dan kemampuannya membawa pembangunan di Kota Belud tetapi kerana faktor wang yang ditaburkan ketika pilihanraya. Sebab itu di Kota Belud politik ada kait rapat dengan modal berupa wang. Selepas wang banyak ditabur, wakil rakyat akan mengaut kembali modal yang digunakannya dengan menguasai projek dan kontrak.

Terpulang kepada Najib untuk memerhatikan perkembangan ini. Sama ada Salleh tercalon atau tidak. rakyat Kota Belud masih juga ditakuk lama. Jika Najib mahukan lonjakan pembangunan di Kota Belud, dimana UMNO sabah dilahirkan, Najib perlu memikirkan calon yang lebih sesuai.

49 comments:

  1. Harap2 yang berkebolehan saja yang dicalonkan. Yang benar2 boleh membantu rakyat, terutamanya KB.

    ReplyDelete
  2. Mungkin Japlin perlu rehat. Dibanyak yang dia bantu.

    ReplyDelete
  3. Datuk Rahman Dahlan mempunyai isu2 panas di KB, dicalonkan atau tidak belum tentu lagi.

    ReplyDelete
  4. kredibiliti dan kemampuan sangat penting untuk diambilkira dalam mencalonkan seseorang wakil rakyat. rakyat pun kenalah menilai pemimpin mereka dengan bijak. jangan diumpan oleh wang ringgit semata2.

    ReplyDelete
  5. Salleh boleh dikatakan pemimpin yang berkaliber, perjalanan politiknya jg amat baik.

    ReplyDelete
  6. tidak mustahil jika Salleh di calonkan semula.

    ReplyDelete
  7. hanya penduduk Kota Belud yang arif tentang pemimpin mereka. ada yang mengatakan bahawa Datuk Musbah merupakan seorang wakil rakyat yang paling unggul pernah lahir di Kota Belud. kita tunggulah nanti muka2 calon wakil rakyat di KB untuk PRU akan datang.

    ReplyDelete
  8. If Datuk Salleh is to be chosen to be the candidate, then there must be something that najib sees in him. He sees potential in salleh.

    ReplyDelete
  9. neway, najib must choose his candidates wisely. The wrong candidate may lead to the party failure.

    ReplyDelete
  10. semoga, perbelahan di antara wakil2 rakyat BN di Sabah tidak terjadi jika Najib perlu memilih Salleh untuk bertanding dlm PRU akan datang

    ReplyDelete
  11. dan biarlah rakyat menjadi penentu samada Salleh bakal terpilih semula untuk menjadi ahli DUN atau Parlimen

    ReplyDelete
  12. berharap rakyat menjadi matang dan mampu membuat pilihan yang betul

    ReplyDelete
  13. harap adanya kesefahaman dan perpaduan antara pemimpin kita dapat dijadikan contoh kepada rakyat di negeri ini

    ReplyDelete
  14. kerana ianya tunggak kejayaan dalam sesebuah pemerintahan

    ReplyDelete
  15. Calonkan yang layak saja dan bukan yang popular:P

    ReplyDelete
  16. PRU kali ini pasti sengit dan saya yakin Najib pasti akan meletakkan calon yang terbaik.

    ReplyDelete
  17. Tapi saya rasa paling penting ialah persoalan siapa yang akan rakyat undi nanti. hehehe

    ReplyDelete
  18. Jadi akhirnya nanti semua pun terpulang pada rakyat. So pastikan kita undi yang terbaik.

    ReplyDelete
  19. Apapun, kita nantikan saja bila tiba masanya. Semuanya akan terjawab juga tu. hehe

    ReplyDelete
  20. its seems like every kota belud blogger is making salleh said's life miserable...

    If the CM believes him, i don't see why we cant...

    ReplyDelete
  21. banyak perkara harus dipertimbangkan oleh najib..ditambah pula dengan pengumuman JK baru2 ini yang akan membentuk Pakatan Borneo untuk menyaingi BN dan PR..

    ReplyDelete
  22. rekod salleh said sudah pasti diketahui oleh najib namun apa yang tidka diketahui atau kurang diketahui oleh najib ialah kehendak dan keperluan rakyat di KB..najib terlebih dahulu harus mendengar dan memahami kehendak rakyat di KB sebelum memutuskan siapa akan menjadi calon untuk mengelak dari silap langkah..

    ReplyDelete
  23. harus diingati bahawa PRU 13 adalah PRU yang paling getir buat BN..golongan muda dan berpendidikan sudah mula menunjukkan minat dalam mengikuti perkembangan politik negara..maka imej BN harus dijaga...yang bermaksud, calon harus dipilih dengan berhati-hati agar calon yang dipilih nanti tidak akan mencemarkan imej BN yang mana akan mempengaruhi pola pengundian..

    ReplyDelete
  24. sama ada salleh said dicalonkan atau tidak, kita akan tahu jawapannya..

    ReplyDelete
  25. terserah kepada PM untuk menentukan siapa yang akan menjadi calon di mana-mana kawasan.

    ReplyDelete
  26. yang penting calon yang diletakkan disesuatu kawasan mampu untuk melaksanakan tugas dengan baik.

    ReplyDelete
  27. tidak mustahil Salleh akan dicalonkan semula, apa pun tunggu dan lihat sajalah.

    ReplyDelete
  28. Perlu ada anjakan paradigma. Letakkan calon yang benar2 layak dan bukannya calon yang hanya akan menjadi liabiliti nanti. Adakah Salleh layak? Tunggu dan lihat saja.

    ReplyDelete
  29. Hope that the PM will make the best decisions regarding this.

    ReplyDelete
  30. Those who are capable should be given the chance to prove their abilities.

    ReplyDelete
  31. jika mahu keputusan yang tepat, Najib sendiri perlu melihat perkembangan pemimpin2nya di Sabah tanpa perlu bergantung kepada pendapat para pemimpin2 BN di negeri ini..

    ReplyDelete
  32. DUN atau parlimen..Maka pilihlah antara satu kerusi. Tapi kita masih tidak pasti adakah Salleh akan tercalon atau tidak.

    ReplyDelete
  33. Salleh mesti membuktikan bahawa beliau dapat memberikan yang terbaik jika ingin dicalonkan pada PRU13.

    ReplyDelete
  34. Sebagai penduduk tempatan Kota Belud semestinya Salleh tahu akan apa yang berlaku. Terutamanya masalah penduduk sendiri. Maka kita mengharapkan ada pemimpin seperti Salleh yang akan berjuang dan menyuarakan masalah rakyat.

    ReplyDelete
  35. PRu13 semakin dekat. Calon masih tidak diketahui siapa yang akan diletakkan. Maka PM perlu bijak menilai seseorang.

    ReplyDelete
  36. Memilih calon yang benar disukai semua penduduk agaknya sukar tapi letakan calon yang boleh melakukan kerja yang diamanahkan kepada penduduk.

    ReplyDelete
  37. Im sure Salleh still maintain good support from the people.

    ReplyDelete
  38. make sure the right candidate been choosen to speak for the people.

    ReplyDelete
  39. People in Sabah will decide whether Salleh should stay or leave.

    ReplyDelete
  40. kalau beringin untuk memenangi kerusi, harus juga kenal pasti apakah yang rakyat perlukan.

    ReplyDelete
  41. Jika Musa boleh bekerjasama dengan Salleh dan Salleh memberi kerja-sama yang amat tinggi, rasa-rasa tiada masalah.

    ReplyDelete
  42. Salleh memang susah untuk menenangi kerusi di PRU akan datang.

    ReplyDelete
  43. Najib tahu siapa yang akan dipilih.

    ReplyDelete
  44. Its all depends who the CM prefer. Im sure he will make good decision to place his candidates.

    ReplyDelete
  45. Wakil Rakyat yang imej kurang baik akan menjejas prestasi seluruh kabinet. harus juga menila idan berhati-hati untuk memilih calon.

    ReplyDelete
  46. Imej Salleh kurang baik di KB, harus juga berusaha untuk membaiki imej dan usaha beliau terhadap rakyat di KB.

    ReplyDelete