KELAPA MAWAR

Thursday, December 22, 2011

PAGISA ANTARA TUNTUTAN POLITIK DAN PENDIDIKAN SUKU IRANUN

Beberapa bulan yang lepas Kelapamawar mengutarakan persepsi segelintir masyarakat Iranun yang 'meragui' kejujuran PAGISA satu Pertubuhan yang diasaskan oleh graduan-graduan suku itu untuk membantu masyarakat Iranun,biarpun tidak secara menyeluruh tetapi bantuan itu berlanjutan. "keraguan' itu berdasar kepada bagaimana Pertubuhan itu dihakmilikan oleh beberapa orang mereka ini sehingga urusan PAGISA tidak boleh dicamuprtangan oleh yang bukan ahlinya. Apa yang peliknya ialah bila ada cadangan supaya PAGISA mengadakan roadshow untuk menambah keahlian,ia ditolak mentah-mentah dengan alasan ,ramai ahli jika tidak aktif tidak juga berfaedah. Menghairankan kerana seolah-olah jika PAGISA mempunyai ahli yang ramai ia akan menyusahkan pertubuhan itu,sedang ia belum pun berlaku,ia hanya andaian semata-mata,termasuk juga idea bahawa pertambahan keahlian PAGISA tidak mendesak!..

Perjuangan PAGISA memertabatkan aspek pendidikan bagi suku Iranun tidak banyak berlaku sebenarnya. PAGISA tersepit antara tuntutan politik sebenarnya. Kenyataan PAGISA mendesak Chua Soi Lek memohon maaf kerana mempertikaikan hukum Hudud dianggap sebagai polemik baru PAGISA. Menyokong ABIM tidak menjadi masalah tetapi kenyataan itu seolah-olah mengheret PAGISA ke kancah politik negara.

Mengapa PAGISA tidak pernah mengeluarkan kenyataan tentang kelewatan pembinaan SK Tamau yang telah mencecah 2 tahun? Mengapa PAGISA tidak harus menjadi wadah perjuangan keutuhan Pendidikan Suku Iranun dengan hanya membiarkan isu kelewatan Sk Tamau yang dihuni oleh ratusan masyarakat Iranun meliputi perkampungan Tamau, Kuala Pintasan, Merbau, Kota Bungan, Tawadakan dan Lilud itu sehingga anak-anak Iranun yang menjadi mangsanya!

Setahu kita Presiden PAGISA adalah seorang pengetua di sebuah sekolah menengah di Kota Belud, Setiausaha nya juga adalah seorang Guru juga asalnya dari Kg Tamu,bahkan AJK PAGISA juga adalah rata-ratanya adalah dari profesion keguruan. Namun PAGISA mati nalurinya dalam memperjuangkan isu ini kerana tuntutan politik masih dilayan dan terus dilayan.  PAGISA perlu bangun dan membangunkan jiwa anak-anak Iranun yang telah lama 'mati'.

26 comments:

  1. tak elok juga kita sertai pagisa kalau kita belum belajar apa itu temberang dan angkoh...........lagipun pagisa ditubuhkan untuk kroni-kroni saja, kalau kita tingok tiada juga jasa mereka kepada bangsa bagus lagi rumah dusun kafir yang bernama abu bakar disarang dia orang beri zakat yang orang susah muslim tak dipedulikan........semua orang muslim sarang ketawa pada mereka kerana mereka ceramah agama dan sembahyang dirumah orang kafir....

    ReplyDelete
  2. Mungkin Pagisa ini ditolak kerana cuma hendak menumpukan pada hak dan kepentingan warga Iranun sahaja dan tidak mahu bercampur/bersatu dengan kaum lain. Sebenarnya adalah wajar semua rakyat Sabah tidak mengira kaum agama untuk bersatu dan memperjuangkan hak semua. Inilah pendapat saya.

    ReplyDelete
  3. Walaupu hak setiap kaum wajar dipelihara, tapi janganlah sampai perpaduan bersama tergugat.

    ReplyDelete
  4. Saya tidak tahu ada pertubuhan Pagisa. Sekiranya pertubuhan ini masih baru rasanya lebih baik bermula dengan membantu penduduk sekitar dengan khidmat yang disenangi oleh penduduk.

    ReplyDelete
  5. para graduan yang menjadi anggota Pagisa, apakah agenda utama pertubuhab ini

    ReplyDelete
  6. PAGISA adalah persatuan untuk suku Iranun sahaja, kita harapkan semoga PAGISA dalam membantu dalam pembangunan suku Iranun.

    ReplyDelete
  7. PAGISA seharusnya memperbanyakkan ahlinya agar bukan bersikap tutup pintu.

    ReplyDelete
  8. Apa sebenarnya misi dan visi PAGISA ni? Rujuk balik objektif utama penubuhan persatuan ini dan perjuangkanlah mengikut jalan yang betul dan efektif.

    ReplyDelete
  9. Susah juga ba kalau berjuang utk satu2 kaum saja, hhmmm... Bukannya apa, tapi ikut logik bukankah lebih baik kalau perjuangkan terus masyarakat Sabah.

    ReplyDelete
  10. Namun tidak adil utk cakap Pagisa tidak bagus selagi kita belum nampak apa yang mereka mampu lakukan.

    ReplyDelete
  11. Cuma perlu diingat, dalam mengejar sesuatu pastikan perpaduan yang ada tidak tergugat.

    ReplyDelete
  12. Isu2 yang dibangkitkan ini harap dapat diberi perhatian oleh Pagisa.

    ReplyDelete
  13. Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti.

    ReplyDelete
  14. sebaiknya jika pagisa berusaha untuk menambah keahliannya.

    ReplyDelete
  15. pagisa harus membantu masyarakat untuk membawa kemajuan.

    ReplyDelete
  16. semoga pagisa dapat menjalankan peranan mereka dengan sebaiknya dalam masyarakat.

    ReplyDelete
  17. pagisa harus berusaha untuk menyumbang sesuatu yang positif kepada rakyat.

    ReplyDelete
  18. harap pagisa akan mampu menjalankan peranan mereka dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  19. Pagisa better take note of this to improve. If they refuse to improve their mistakes, might as well they just dissolve.

    ReplyDelete
  20. lagi bagus jika sesebuah pertubuhan itu mampu memfokuskan kepada lebih dari satu tuntutan atau bidang.. tidak salah mempunyai pelbagai tuntutan sekiranya tidak ada satupun tuntutan yang diabaikan ketika mengejar satu lagi tuntutan..

    ReplyDelete
  21. saya cadangkan supaya PAGISA kaji semula agenda perjuangan mereka dan lihat mana tuntutan yang lebih memerlukan perhatian..

    ReplyDelete
  22. Pagisa should open the door and encourage more members.

    ReplyDelete
  23. Should give positive encouragement to Pagisa to expand too.

    ReplyDelete
  24. We hope Pagisa bring positive economy grow to the state too.

    ReplyDelete
  25. Salam Sejahtera..
    Penubuhan PAGISA adalah untuk pendidikan suku kaum Iranun dan seharusnya PAGISA cuba untuk membantu dengan memperjuangkan pendidikan mereka. Tapi bila dibaca dalam artikel ini seperti PAGISA lari dari landasan perjuangan mereka sebenarnya. Harap perlu diperbetulkan perkara ini.

    bayausbh.blogspot.com

    ReplyDelete