KELAPA MAWAR

Thursday, December 15, 2011

SBPA : CUEPACS BANTAH, ARAH STAF KERAJAAN TIDAK TANDATANGAN BORANG OPSYEN

Pendirian Cuepacs mengenai skim SBPA ialah Bantah!arah Staf kerajaan tidak tandatangan borang opsyen:

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Cuepacs hari ini mengambil pendirian membantah pelaksanaan opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan menggesa kakitangan awam jangan menandatangani borang penerimaan skim gaji baru itu sehingga pihaknya mengadakan pertemuan dengan perdana menteri minggu depan.

Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata pihaknya bukan menolak SBPA tetapi membantah pelaksanan opsyen kerana tidak cukup maklumat dan kurang penjelasan khususnya perubahan gaji.

“Kami memutuskan untuk membantah pelaksanaan opsyen SBPA, kita mahu jumpa perdana menteri pada 19 Disember ini,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider di Perlis.

Seramai 1.4 juta kakitangan awam diberi masa dua minggu mulai esok untuk menerima opsyen sistem SBPA.

Azih berkata pihaknya akan menjelaskan kepada perdana menteri alasan-alasan pihaknya membantah pelaksanaan opsyen dan beberapa perkara lain yang berkaitan.

“Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adakan program jelajah, tetapi tidak memberikan penerangan dan penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan SBPA, carta perubahan gaji tidak diberikan, tiada maklumat mengenai dasar pemisah atau exit policy.

“Kakitangan awam yang menghadiri taklimat diberi borang opsyen dan diminta tandatangan terus, walaupun tidak faham dan kurang maklumat,” kata beliau.

Cuepacs mengadakan mesyuarat kongres di Kuala Perlis hari ini bagi membincangkan pelaksanaan SBPA, yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Opsyen menerima SBPA akan dibuka mulai esok. Ia telah menimbulkan rasa tidak puas hati antara lain berkaitan peratusan kenaikan gaji dan dasar pemisah atau ‘exit policy’.

Pekeliling SBPA dikeluarkan 7 Disember lalu.

Semalam, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, “(mesyuarat) kongres (di Kuala Perlis) khusus membincangkan SBPA kerana taklimat JPA kepada kami hanya menyentuh perkara dasar.”

“Kami juga tiada maklumat tambahan selain pekeliling yang diedarkan,” katanya.

Katanya, tempoh dari 16 hingga 30 Disember ini yang diberi JPA kepada penjawat awam untuk menandatangani surat tawaran SBPA juga terlalu singkat.

“Pada pengetahuan kami tawaran JPA melalui SBPA seolah-olah penjawat awam tiada pilihan. Macam mana kita hendak setuju terima jika kandungan penuh tawaran tersebut tidak jelas,” kata Omar.

Tambah beliau, hasil taklimat Cuepacs dalam jelajahnya ke sembilan buah negeri sehingga hari ini ramai anggota-anggotanya menyatakan mereka tidak memahami dengan jelas SBPA.

Antara perkara utama dibangkitkan mereka ialah prestasi bagi yang mendapat markah tinggi adakah benar akan mendapat apa yang dijanjikan dan kesannya kepada yang mendapat markah kurang dari 70, tambah beliau.

15 comments:

  1. Keterang mengenai skim gaji baru harus teliti dan jelas agar tidak menimbulkan kesangsian di kalangan staf kerajaan.

    ReplyDelete
  2. Kalau macam ini saya pun risau juga. tiada penerangan terperinci mengenai skim gaji baru.

    ReplyDelete
  3. beruntungnya penjawat awam. tiap tahun ada saja keistimewaan yang mereka akan terima.

    ReplyDelete
  4. perlu lanjutkan lagi tempoh menandatangani surat tawaran dan penerangan serta penjelasan terperinci mengenai SBPA juga perlu dibuat.

    ReplyDelete
  5. penerangan secara menyeluruh mengenai skim ini perlu ada agar semua benar2 memahami skim ini.

    ReplyDelete
  6. sebaiknya tunggu keputusan dari CUEPACS dahulu.

    ReplyDelete
  7. Datanglah berkunjung ke blog saya..Mari kita sama-sama berkongsi info yang berguna..

    Terima kasih kelapa Mawar. Maklumat dari bolg anda kita kongsi bersama..

    bayausbh.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. penerangan yang lebih jelas perllu diberikan kepada semua baagi mengelakkan kekelituan.

    ReplyDelete
  9. semoga pekara ini akan diuruskan dengan sebaiknya untuk kebaikan semua pihak.

    ReplyDelete
  10. Make sure that the staffs are clear about the options before signing any forms.

    ReplyDelete
  11. Its better to be safe than sorry.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  12. bukankah penjawat awam dibenarkan untuk memilih opsyen ini atau opsyen yang lama?? jika tidak diberi penjelasan yang terperinci, bagaimana mereka hendak membuat pilihan?

    ReplyDelete
  13. Siapa yang membantah sebenarnya? Rasanya kebanyakan kakitangan awam menyokong perkara ini.

    ReplyDelete
  14. Seharusnya perkara yang baik ini perlulah disokonga dan bukannya dibantah. Mungkin cuma ada pihak yang tidak berpuas hati dengan apa yang diterima oleh penjawat awam.

    ReplyDelete