KELAPA MAWAR

Saturday, February 4, 2012

BANTUAN BR1M DI SABAH;WARGA ASING PUN DAPAT




Memang sudah dijangka, habuan bantuan BR1M yang bernilai RM500 bagi rakyat yang berpendapatan di bawah RM3000 di Sabah akan terus 'tercemar' dengan pelbagai skandal dan kes yang mencurigakan. Daripada sistem pengagihan yang tidak 'mesra' rakyat di mana rakyat dibiarkan beratur berjam-jam dan malah ada yang terpaksa menunggu dua hari untuk memperolehi baucer PRU itu, ada juga kes yag lebih besar di Sabah iaitu ada rakyat asing yang mendapat bantuan tersebut. Di Tenom sudah ada kes seumpama itu..

TENOM (Sabah): Kehadiran seorang warga asing berbangsa Pakistan pada 19 Januari lepas di Dewan Masyarakat Seri Antenom, untuk menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) menimbulkan keresahan ratusan penerima tempatan.
“Kenapa dia berada di sini,” demikian rata-rata persoalan yang mendorong siasatan dilakukan oleh pasukan keselamatan daerah itu.
Bagaimanapun beliau dibenarkan berbaris selepas menunjukkan MyKad, yang nilainya sama seperti yang dimiliki oleh rakyat tempatan.
Sekumpulan pemimpin tempatan berbisik tidak jauh daripada lokasi itu yang kedengaran berkata;
“Apa sudah jadi dengan negeri kita,”.
Aktiviti penerima bantuan ini ialah penjaja kain ke kampung-kampung serta ais krim di Tenom, yang asalnya berada di daerah itu sebagai pelawat (memiliki visa pelancong).
Di Keningau keadaan serupa terjadi apabila ratusan warga asing yang memiliki MyKad berduyun-duyun untuk menerima bantuan itu.

50 comments:

  1. Dalam gambar di tenom ini, keturunan pakistan. Macam orang di KK.

    Kesilapanya penerima ini berjambang puteh macam biri biri.

    Soal kepelikan wujud kerana ada KP
    mungkin dia sudah di malaysia 20 tahun yg lalu

    Sabar Kelapa mawar. Mungkin perlu ada makinesma untuk siasatan.

    ReplyDelete
  2. salam Kelapa Mawar, memang sah, apa yang saya cakap,, spisis ini juga ada dimana2, silapnya saya tidak sempat ambil gambar...yang si Duda keluar dalam news minggu dulu kecewasakan ditolak permohonan menerima bantuan ini dengan alasan kerana dia duda...hehe apa cerita itu??????

    ReplyDelete
  3. Yang si Duda itu orang tempatan, langsung tidak dapat, sudahlah ramai anak katanya..yang saya ini orang tempatan tegarpun tidak dapat juga, orang asing pula yang siok2 dapat, namun tidaklah kerana RM5 ratus saya terus tukar kiblat...macam si duda itu..

    ReplyDelete
  4. Makanya RCI harus diluluskan penubuhan dan dilaksanakan sebelum PRU13.

    ReplyDelete
  5. Setahu saya duda di tenom tiada tanggungan sebab tu dia tidak layak

    ReplyDelete
  6. He doesn't really look like a pakistan. Maybe its because of his beard.

    ReplyDelete
  7. Nevertheless, he must be investigated. We can't let a foreigner receiving the aid. The aid should be given to only locals.

    ReplyDelete
  8. Regarding the widower that Bicara Hani mentioned in her comment, he does not deserve the BR1M aid. He didn't fulfil the requirement.Firstly, the age for senior citizen is 60 and above but he is below the age of 60. Secondly, he doesn't have anyone to support. So we can't blame the government for not giving him the aid. There are many people who deserve the aid more than he does. These people has family to support.

    ReplyDelete
  9. Kerajaan perlulah memastikan mereka yang memohon bantuan BR1M ini adalah layak iaitu berpendapatan RM3000 ke bawah dan adalah 'Warganegara'.

    ReplyDelete
  10. Rakyat tempatan haruslah diberikan keutamaan dalam segala bantuan kerajaan. Soal si Duda itu pula, walaupun saya bersimpati dengannya, tapi ada isi rumah yang lagi kesian dan memerlukan bantuan tersebut seperti mereka yang masih ada anak kecil ataupun ibu-bapa tua, pembayaran perubatan dan lain-lain.

    ReplyDelete
  11. benarkah dia itu orang Pakistan? takkan kerana dia menyimpan jambang nak dikatakan Pakistan? tgk muka tak mcm Pakistan pun.

    ReplyDelete
  12. apapu, bantuan tersebut hnyalah untuk rakyat tempatan sahaja, warga asing tak berhak menerimanya.

    ReplyDelete
  13. agencies responsible for the BR1M in the state, to not keep the recipients waiting unnecessarily during the distribution ceremony.

    ReplyDelete
  14. important is that there must be cooperation from all concern so that any problem relating to the BR1M distribution will be resolve

    ReplyDelete
  15. This matters needs to be looked into.

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Ini masalahnnya daripada projek IC. Dah jadi serius bah...

    ReplyDelete
  18. Kena memberikan peluang kepada orang sendiri dahulu, jangan membiarkan orang asing berasa boleh mengambil kesempatan.

    ReplyDelete
  19. memang sudah terkenal di Malaysia dan Sabah khususnya terdiri dari pelbagai bangsa. macam2 ada. tapi yang tidak memuaskan hati bila orang yang dapat BR1M tu merupakan orang asing yang diragui kewarganegaraan mereka walaupun ada MyKad. saya rasa mereka ni perlu disiasat. manatau dapat MyKad ikut pintu belakang.

    ReplyDelete
  20. orang tempatan tak dapat, orang asing pula dapat. memang tak adil lah..

    ReplyDelete
  21. Siapa yang bertanggungjawab dengan pemberian ic projek?? Sekarang PATAI pun dapat keistimewaan.

    ReplyDelete
  22. Kedai runcit pun ada muka mereka. Di kedai carpet, kedai kain..maju pula mereka di sini.

    ReplyDelete
  23. Mungkin bukan orang pakistan.. cuma jambang dia saja buat dia nampak begitu..

    ReplyDelete
  24. Tap jika betul dia bukan warganegara, harus di siasat bagaimana beliau boleh dapat IC dengan senang..

    ReplyDelete
  25. Warga asing tidak patut dapat kemudahan ini.. Ini hanya utuk warga tempatan..masih ramai lagi yang memerlukannya.

    ReplyDelete
  26. Mungkin beliau ini mempunyai syarat yang lengkap dan memenuhi apa yang perlu. maka sebab itulah dia layak.

    ReplyDelete
  27. Untuk mendapatkan BR1M perlu ikut syarat yang ditetapkan. Kalau ada Mykad maka sudah pasti dia sudah menjadi warganegara maka layak perlu lepas dengan syarat yang lain lagi.

    ReplyDelete
  28. Ini sengaja dijadikan isu oleh sesetengah pihak. Kita perlu faham sebelum kita memberikan ulasan. Syarat itu yang kita perlu ikut untuk mendapat BR1M ini.

    ReplyDelete
  29. baru sedarkah? inilah yang dikatakan projek IC...harap menteri KDN nampak ni kejadian...lepas tu cakap tu orang tempatan atau asing..

    ReplyDelete
  30. RCI harus ditubuhkan segera...

    ReplyDelete
  31. yang pasti perkara ini menimbulkan rasa tidak puas hati dan marah rakat kepada kerajaan persekutuan kerana melambat-lambatkan / berdalih-dalih penubuhan RCI untuk menyiasat projek IC...dan kemarahan ini akan diterjemahkan pada pru13 jika pusat terus bersikap kebudak-budakan yang ketakutan.

    ReplyDelete
  32. benarkah dia orang pakistan? atau hanya kerana dia mempunyai janggut.

    ReplyDelete
  33. apa pun, sebaiknya jika pekara ini diberikan perhatian yang sewajarnya.

    ReplyDelete
  34. apa pun, BR1M sebenarnya baik untuk membantu meringankan beban rakyat.

    ReplyDelete
  35. bagus juga jika ada siasatan dibuat.. tapi sekiranya siasatan juga membuktikan bahawa beliau adalah warga tempatan atau warga asing yang telah diberikan kerakyatan melalui prosedur ketat JPN, jangan lupa dedahkan..

    ReplyDelete
  36. Its purely for the original Malaysia. Why the government can use our tax payee money to help others?

    ReplyDelete
  37. Harus membuat siasatan sebelum mengambil tindakan seterusnya.

    ReplyDelete
  38. BR1M harus diberi mana-mana golongan yang betul-betul berkelayakan dan bukan untuk memancing undian.

    ReplyDelete
  39. Memang banyak yang tidak adil yang kerajaan buat untuk rakyat. Ini cuma menambahkan ketidak puas hati terhadap kerajaan sahaja.

    ReplyDelete
  40. Tidak perlu membuat jangkaan, pihak berkuasa yang harus membuat siasatan agar tidak pihak mengambil kesempatan.

    ReplyDelete
  41. Pastikan yang berkelayakan yang dapat bantuan tersebut.

    ReplyDelete
  42. Yang harus dapat tidak dapat, yang tidak harus dapat pula dapat. Ini membutkikan kelemahan kerajaan.

    ReplyDelete
  43. Siapakah rakyat tulen? Tidak mungkin kerajaan tidak dapat membezakannya?

    ReplyDelete
  44. Banyak yang tidak adil bukannya kali pertama sebegini.

    ReplyDelete
  45. Buatlah siasatan supaya mereka yang tidak berkelayakan dihantar balik.

    ReplyDelete
  46. apa yang penting, bantuan BR1M ini harus diberikan kepada mereka yang layak memohon

    ReplyDelete
  47. Berharap bahawa kerajaan BN akan bersungguh-sungguh untuk melindungi kepentingan Sabahan supaya rakyat tidak akan hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan BN.

    ReplyDelete
  48. the setting up of a Royal Commission of Inquiry to investigate the continuous presence of huge number of illegal immigrants and those foreigners with MyKad in Sabah is necessary before the situation comes to a stage of ‘no return’.

    ReplyDelete
  49. the most important thing is, there must be a full and intensive investigation of the issue of a sudden increase in population in Sabah

    ReplyDelete
  50. harap penduduk tempatan yang berjaya menerima bantuan ini menggunakannya dengan bijak

    ReplyDelete