KELAPA MAWAR

Wednesday, February 1, 2012

DATUK SAIRIN KARNO DI GUGURKAN?


 Politik Sabah terus dilanda teka teki yang maha dahsyat. selepas khabar angin kononnya akan berlaku penguguran beberapa pemimpin politik bertaraf wakil rakyat seperti yang terjadi pada PRU12, beberapa hari lepas, Datuk Halik Zaman seperti yang dipostkan dalam blog ini juga mendakwa mendapat berita bocor dari mesyuarat MT UMNO kononnya beberapa nama besar dalam politik Sabah termasuk Datuk Ghafur Salleh, datuk Bung Moktar dan Datuk Hajiji akan tidak dicalonkan oleh UMNO pada PRU akan datang. Dan kini isu penguguran calon itu terus bertiup di kawasan Keningau bila khabar turut menyajikan wakil rakyat N.34 Liawan juga bakal menerima nasib yang sama.


KENINGAU (Sabah Malaysia): Wakil Rakyat Liawan Datuk Sairin Hj. Karno berkata, beliau masih mahu mewakili rakyat Liawan pada pilihanraya yang akan datang.

“Saya tidak pernah terfikir untuk tidak menjadi calon,” katanya dan memberitahu; “Masih banyak kerja yang harus beliau lakukan di kawasan itu (N. 34 Liawan,”. Sairin yang ditemui di kawasan pilihanrayanya pada Selasa berkata, beliau mempunyai ‘blue print’ untuk Liawan dan ia harus dilaksanakan mengikut jadual.

“Semua yang kita rancang untuk Liawan hanya bergantung kepada bila peruntukan yang telah kita pohon disalurkan,” jelasnya dan menambah, beliau sentiasa berdamping rapat dengan rakyat di situ.

Mengenai khabar angin bahawa kemungkinan beliau tidak akan dicalonkan semula, Sairin berkata, pucuk pimpinan tahu apa yang beliau rancang dan lakukan untuk Liawan.
Hatta katanya, Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Abd. Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman, mengetahui rekod kerjanya sebagai wakil rakyat.


“Tidak ada yang perlu dirisaukan kerana yang menentukan calon adalah pucuk pimpinan,” katanya. Beliau berkata, sesuatu yang aneh jika mereka yang berada di luar pucuk pimpinan lebih mengetahui siapa calon pilihanraya yang akan datang.

Sebuah kumpulan yang menamakan sebagai Reformasi Generasi Baru atau RGB telah mencanangkan nama-nama calon bagi kawasan-kawasan pilihanraya tertentu, yang meletakkan kumpulan itu seolah-olah lebih berkuasa daripada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN).
RGB menamakan Osman Jamal sebagai calon BN/Umno bagi N. 34 Liawan dan Alfian Koroh calon BN/Pbrs bagi kawasan pilihanraya Sook. Sambil tersenyum ketika diajukan beberapa pertanyaan, Sairin sekadar memberitahu, “inilah yang dinamakan politik’ -- BORNEO DIGEST

35 comments:

  1. Jika seorang Wakil Rakyat yang dianggap tidak releven perlulah digantikan dengan calon yang lebih sesuai untuk membantu rakyat setempat.

    ReplyDelete
  2. Saya yakin setiap parti ingin meletakkan calon yang terbaik dari segi kelayakan dan juga tahap boleh menang.

    ReplyDelete
  3. semua ini belum pasti lagi, ia hnyalah kabar angin.

    ReplyDelete
  4. semua pemimpin kena menerima apa2 keputusan yang dibuat, jika digugurkan, sokongan terhadap parti kena juga diteruskan.

    ReplyDelete
  5. Perhaps the party in question is paving the way for a more younger generation of politicians to taje the reign.

    ReplyDelete
  6. They are after all are more in tune with the present generation.

    ReplyDelete
  7. Anyway, the points being highlighted in this article are merely rumours.Pehaps it is best that we wait for an official statement regarding this matter.

    ReplyDelete
  8. Hopefully the ruling party will make the best choice of candidates for the upcoming election

    ReplyDelete
  9. Politik pun ada pasang surutnya. Tidak boleh tamak.

    ReplyDelete
  10. Tunggu saja calon yang sebenar kena umum. Berhabislah semasa tempoh berkempen nanti.

    ReplyDelete
  11. Jika banyak digugurkan pemimpin veteran UMNO. Petanda kemenangan kepada PKR dalam DUN tersebut.

    ReplyDelete
  12. I'm sure the leaders of the party will know which are the best candidates that can represent their party during the next General Elections, we should trust that they know what they're doing.

    ReplyDelete
  13. Those who are dropped from becoming candidates this year might be because the party wanted to give chances to new candidates.

    ReplyDelete
  14. Program transformasi bukan saja dari segi ekonomi tetapi dari segi politik. Tidak menghairankan jika nama2 tersebut digugurkan demi rakyat. Yang paling utama sesiapa pun yang akan dicalon yang pasti mereka adalah winnable candidates. Winnable candidates adalah mereka yang dirasakan boleh memberi kebaikan kepada rakyat.

    ReplyDelete
  15. Lagi pun mereka yang akan tercalon adalah pemimpin2 yang terbaik dan boleh menunaikan segala janji2. Mereka juga adalah harapan rakyat untuk terus membela nasib dan memajukan penduduk setempat.

    ReplyDelete
  16. Politicians all over the world, especially countries with democratic institutions and conventions, are the targets of criticisms - some correctly but many are mostly unfair criticisms.

    ReplyDelete
  17. bukankah Bung Mokhtar sudah tercalon sebagai winnable candidate? seingat saya sudah ada kenyataan tentang ni.

    ReplyDelete
  18. semua ni khabar2 angin saja. lebih baik tunggu saja pengumuman untuk senarai winnable candidate..

    ReplyDelete
  19. i think its about time to give the younger generation a chance to involve in the politics.

    ReplyDelete
  20. What's important is that the candidate that is choosen to represent must be qualified, competent,likable and responsible person. In short, a winnable candidate.

    ReplyDelete
  21. Saya tidak hairan bah kalau politik. Memang ada saja yang timbul...

    ReplyDelete
  22. Namun semuanya terpulang pada penilaian rakyat. So rakyat kena bijak agar tidak tersilap nilai.

    ReplyDelete
  23. Memang khabar angin sering kali kita dengar sekarang ini. Maka kira harap rakyat tidak mudah terpedaya dengan pelbagai khabar angin tersebut.

    ReplyDelete
  24. Bukankah kita seharusnya menunggu keputusan dari Datuk Najib sendiri mengenai perkara ini. Kerana beliau yang tahu siapa yang perlu untuk membantu rakyat dan juga yang perlu untuk membantu kerajaan.

    ReplyDelete
  25. bila tidak ada asas untuk menguatkan dakwaan, cakap saja berdasarkan sumber dari dalam.. agaknya itulah kerja mereka, iaitu menyelinap masuk kedalam 'rumah' orang lain..

    ReplyDelete
  26. negara kita mengamalkan prinsip demokrasi dan siapa saja boleh diletakkan sebagai calon...yang penting calon tersebut adalah calon boleh menang..

    ReplyDelete
  27. biasalah politik...banyak spekulasi menjelang pru...apa2 pun kita tunggu dan lihat senarai calon yang akan dikemukakan apabila tiba masanya nanti.

    ReplyDelete
  28. macam-macam khabar angin yang dimainkan sekarang ini..tapi lebih baik tunggu dan lihat sajalah.

    ReplyDelete
  29. tidak kira siapa pun yang menjadi calon nanti perlulah bersedia menjalankan tugas dengan baik.

    ReplyDelete
  30. sekarang ini lebih baik jika semua pihak fokus terhadap isu lain yang lebih penting kepada rakyat.

    ReplyDelete
  31. Tiada WR yang boleh berkekalan lama.

    ReplyDelete
  32. Biar betul? Banyak desas desus pasal ada lompat parti, ada digugurkan.

    ReplyDelete
  33. Pilihlah parti yang betul boleh membawa perubahan ekonomi dan masa depan untuk generasi akan datang.

    ReplyDelete
  34. Mana ada winnable candidate? Siapa boleh jangka apa yang rakyat fikirkan.

    ReplyDelete
  35. Good idea to put young candidate in coming election.

    ReplyDelete