KELAPA MAWAR

Tuesday, February 7, 2012

' INI KALI LAH' MENJADI SLOGAN PERNIAGAAN


Kepopularan slogan 'INI KALI LAH' di Sabah sekarang bukan lagi menjurus kepada soal politik dan tuntutan perubahan kepimpinan negara. tetapi sudah mula merebak dalam sektor ekonomi. Ramai Restoran dan rangkaian perniagaan runcit dan kecil-kecilan mula menggunakan slogan itu untuk menarik 'perhatian' pengguna. Bedanya ialah slogan "ini kali lah' itu digunakan untuk menarik pelanggan bertanding ke premis perniagaan mereka. Slogan itu membawa makna "ini kali lah" pelanggan -pelanggan akan sedar betapa penawaran perkhidmatan dan barangan mereka sangat memuaskan hati. Rugi jika tidak mendapatkannya lebih awal. Hasil tinjauan di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau, krew Kelapa Mawar melaporkan 'slogan' itu sudah mula dipakai oleh peniaga kecil-kecilan.

Di peringkat perniagaan besar, istilah itu juga mula mendapat perhatian.Seperti yang di laporkan oleh media satu majlis perniagaan  di Selangor akan diadakan bertemakan slogan "INI KALI LAH":


KUALA LUMPUR: Malam Sabah 2012 yang bertujuan memupuk persahabatan, jaringan perniagaan dan mempromosi pelancongan dan kebudayaan, akan diadakan di Shah Alam pertengahan bulan depan.

Persiapan bagi acara itu yang akan berlangsung pada 17 Mac di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor di Seksyen 7, Shah Alam, kini berjalan rancak.

Acara itu, yang menjadikan sebutan popular di Sabah “Ini Kali Lah” sebagai slogan, adalah cetusan idea dua ahli perniagaan wanita Sabah di sini, Kartini Ibrahim dan Marilyn Mona Pamajah.

Bercakap kepada pemberita, mereka berkata acara itu akan diadakan dengan kerjasama Pejabat Perhubungan Negeri Sabah di sini dan sudah menetapkan sasaran 1,500 kehadiran.

“Bagaimanapun, acara itu boleh menampung sehingga 1,800 orang, tertakluk kepada sambutan,” kata Kartini, pengarah urusan TechnoTrend Global, sebuah syarikat penyedia latihan dan pengurusan acara.

Marilyn Mona berkata, acara itu akan menjadi platform kepada rakyat Sabah terutama di Lembah Klang untuk beramah mesra dan bagi tokoh korporat dari Sabah serta pemimpin korporat di ibu negara untuk bertemu dan membina jaringan perniagaan.






11 comments:

  1. Nampaknya slogan 'Ini Kali Lah' sudah menjadi satu trend yang hangat tidak kira dalam politik ataupun yang lain.

    ReplyDelete
  2. Tidak tahu sama ada slogan ini mampu membawa sokongan lebih kepada Star yang memulakan slogan ini? Peniagaan kecil-kecilan turut memberikan publisiti untuk parti ini secara tidak langsung.

    ReplyDelete
  3. nampnya tagline 'ini kali lah' dah makin popular.

    ReplyDelete
  4. pasti tagline ini dah jadi sebutan ramai.

    ReplyDelete
  5. Tagline tu belum tentu menyokong JK atau STAR. lagi pun belum tentu lagi orang2 yang menggunakan tagline tu berminat dengan dunia politik.

    ReplyDelete
  6. Sama2 kita saksi sama ada 'Ini Kali Lah' memberi impak besar kepada majoriti rakyat Sabah, PRU13 penentunya.

    ReplyDelete
  7. Bukan saja politik sekarang mula diguna dikedai2..Memang senang dan mudah slogan ini difahami.

    ReplyDelete
  8. "Ini kalilah" lama sudah diguna pakai. Sama juga macam "Aramai tii". STAR pun ambil peluang guna slogan ini untuk tarik perhatian. PRU13 nanti, kita tengok siapa yang "paling manang"..haha

    ReplyDelete
  9. kalau pembangkang kalah juga pada pilihanraya umum nanti, tagline 'ini kali lah' pasti akan jadi bahan jenaka..

    ReplyDelete
  10. The term 'ini kali lah' has been around these past few years among the locals here in Sabah.

    ReplyDelete
  11. Its quite funny that this phrase has been made a tag line by a certain political party that even in commerce the term has been use to catch the eye of the consumers

    ReplyDelete