KELAPA MAWAR

Tuesday, February 7, 2012

MUSA AMAN: KERAJAAN BERI TANAH KEPADA RAKYAT .BENARKAH?




Datuk Seri Musa Aman dipetik sebagai berkata , kerajaan Sabah sekarang sedang membahagi-bahagikan tanah kepada rakyat Sabah secara berkelompok untuk diperturunkan kepada anak-anak cucu mereka.Asalkan tidak dijual kepada warga asing.

Teringat kelapa Mawar dengan kes yang melanda Sabah sekarang.ini .iaitu dari Pensaingan ke Kalabakan, Tawau, Semporna, Lahad Datu, Kunak ,Telupid, Sandakan, Tongod, Pitas , Kota Marudu dan Kota Belud, semuanya 'panas' dengan isu rampasan tanah adat atau NCR. Mungkin kerajaan Datuk Musa Aman tidak tahu perkara ini, walaupun kes rampasan Tanah Adat di Kg Rampayan , Kota Belud  yang kononnya di dakwa untuk dimajukan sebagai pusat pelancongan dikatakan sudah dalam peringkat pengetahuan Musa Aman.

Kemudian itu kelapa mawar juga ingat mengenai penjualan 3 buah pulau di sabah yang suatau ketika hangat di dalam internet.   Pulau-pulau berkenaan ialah pulau Mengalum yang terletak diluar pantai Kota Kinabalu, berkeluasan 101 hektar dan dijual pada harga US$ 18 juta. Pulau kedua ialah pulau Pandanan dekat Semporna berkeluasan empat hektar dan dijual pada harga US$ 2 juta , manakala pulau Montukod di luar Kinarut dijual pada harga US$11.266 juta. 


Lihatlah kenyataan Mus Aman ini seperti yang dilaporkan oleh BERNAM:

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata beliau yakin rakyat negeri itu akan menolak Pakatan Rakyat (PR) yang bercita-cita mahu merampas negeri tersebut daripada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.

Katanya, rakyat Sabah sudah matang dan tahu membezakan apa yang baik untuk mereka dan tidak mudah mempercayai pembangkang yang selalu berbohong untuk mendapatkan sokongan rakyat.

“Kita sudah ingatkan rakyat supaya jangan mudah terpedaya dengan pembangkang yang cuba untuk mendapat tempat di Sabah.

“Rakyat Sabah lebih yakin kepada BN yang ditunjangi UMNO,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Muar di Dewan Jubli Intan di sini.

Musa berkata, kerajaan negeri sedar ada usaha pembangkang untuk mendapat tempat di Sabah pada pilihan raya umum akan datang tetapi beliau yakin pengundi-pengundi Sabah tidak mudah terpedaya dengan janji kosong mereka.

Beliau berkata BN Sabah sendiri sentiasa bekerja keras selepas pilihan raya umum lalu dengan lebih banyak mendekati rakyat dan membantu mengatasi masalah mereka menerusi pendekatan.

Pendekatan tersebut akan dapat membantu BN mengekalkan kuasa di negeri itu pada pilihan raya umum akan datang seperti kini kerajaan Sabah membahagi-bahagikan tanah kepada rakyat secara berkelompok agar dapat diperturunkan kepada anak cucu mereka asalkan ia tidak dijual kepada orang lain.- BERNAMA

46 comments:

  1. Kelapa Mawar salam.

    Saya setuju dengan isu pendedahan tanah adat rakyat Sabah dirampas itu. Saya sendiri pun telah banyak kali post kan dalam blog Suara Bebas Tuaran, termasuk klip video sekali.

    Anehnya menapa baru kali ini Musa beria2 membahagi-bahagikan tanah kepada rakyat Sabah, wal hal hampir2 semua tanah2 tersebut sudah habis dirampas; termasuk 30 ekar tanah mentua saya di Ranau?
    Untuk tujuan memancing undi barangkali?

    Bila kah penagihan tanah ini akan dilakukan? Bulan ini atau pun selepas PRU13 (kalau BN menang)?

    Sama-sama kita nantikan hari yang bersejarah itu dengan penuh debaran.

    Semuga sukses

    ReplyDelete
  2. Hanya laungan dalam media,
    hanya sekadar teriakan,
    Hanya igauan di siang hari,
    Pembahagian tinggal kenangan.

    Istilah bilakah masanya?,
    Kita tunggu bulan jatuh ke riba.
    Kita tunggu kucing bertanduk.
    Kita tunggu kuda makan tembaga.

    ReplyDelete
  3. I heard the Sabah State Government is distributing communal land titles to natives.

    ReplyDelete
  4. Depending on how the people look at this, hope that they will be able to vote wisely during the next GE.

    ReplyDelete
  5. Baguslah kalau tanah sudah dibahagi-bahagikan. Kesian mereka yang sudah menunggu sekian lama untuk milki tanah sendiri.

    ReplyDelete
  6. Tidak kira pemberian tanah sebagai untuk memancing pengundi ataupun tidak. Lebih baik pemohon dapat tanah tu.

    ReplyDelete
  7. hopefully the distribution of these land tittles are for the people who are entitled to it, and not to some random TOM, Dick and Harry

    ReplyDelete
  8. Hopefully there will be more measures in the future( apart from the matter that has been mentioned in this article as well as the setting up of a tribunal) being introduced pertaining to the issue of communal land titles.

    ReplyDelete
  9. Better learn to believe and help the government to achieve the objectives. Be positive

    ReplyDelete
  10. kerajaan ada jg membahagikan tanah kepada penduduk seperti pemberian geran tanah komunal di Tenom. tanah ini selamat dan tidak dpt dimiliki oleh oran luar.

    ReplyDelete
  11. bagaimanapun, usaha dalam membahagikan tanah kepada penduduk harus diteruskan, moga isu tanah dapat diselesaikan.

    ReplyDelete
  12. ada saya baca, kira2 5,000 penduduk kampung di Nabawan dan satu lagi dalam Lalampas daerah Tongod diberi tanah melalui communal title.

    ReplyDelete
  13. Cooperatives in the state must work with the state and federal government to develop or cultivate idle land in Sabah

    ReplyDelete
  14. Bah kalau betul bagus jugalabah. Tapi jangan lupa isu2 rampasan tanah yang berlaku pun harus diselesaikan juga.

    ReplyDelete
  15. Mungkin ada yang anggap pemberian tanah ini sebagai umpan undi rakyat. Tapi, tak kisalah janji rakyat dapat tanah.

    ReplyDelete
  16. Selebihnya tu, bira rakyat yang bilai dan buat keputusan nanti.

    ReplyDelete
  17. Setuju dengan Carnation. Ada baiknya juga kita belajar utk menyakini kerajaan:P

    ReplyDelete
  18. Apapun, kita nnatikan saja perkembangannya. Harap semuanya OK.

    ReplyDelete
  19. many may say that the distribution of these land tittles are merely to fish votes, but at this point, who care if it is to fish vote. As long as the land is distributed to them.

    ReplyDelete
  20. even with the land title being distributed to them, it doesn't mean the people will vote for them. THey have their own mind to think, to vote wisely for their future sake.

    ReplyDelete
  21. the land title must be distributed to those who entitled for it and not to the pati.

    ReplyDelete
  22. Jika kerajaan memberikan tanah, berusahalah membangunkan tanah tersebut, jangan pula menjualkan kepada orang lain dan menyalahkan kerajaan lagi lepas tu.

    ReplyDelete
  23. Perlu ada syarat yang berserta dalam geran tanah yang diberikan kepada rakyat untuk menghalang mereka daripada menjual tanah tersebut ataupun menukarkan nama kepada mereka yang bukan keluarga. Barulah tanah itu tidak akan terjatuh kepada tangan orang luar.

    ReplyDelete
  24. Semoga kerajaan akan teruskan usaha untuk mengagihkan tanah komunal untuk bumiputra.

    ReplyDelete
  25. I don't think such thing could happen.

    ReplyDelete
  26. One of the problem is the Local is willing to give up or sell the land for the little profit and realise the stupidity later.

    ReplyDelete
  27. Datuk Seri Musa Aman dipetik sebagai berkata , kerajaan Sabah sekarang sedang membahagi-bahagikan tanah kepada rakyat Sabah secara berkelompok untuk diperturunkan kepada anak-anak cucu mereka.Asalkan tidak dijual kepada warga asing.

    Baguslah kalau kerajaan Negeri cuba memberikan yang terbaik kepada penduduk Sabah.

    ReplyDelete
  28. Musa Aman dan pemimpin yang lain mungkin sedang mencari jalan penyelesaian bagi masa jangka panjang. Maka sebab itulah kenapa baru sekarang cadangan ini diberikan.

    ReplyDelete
  29. Harap apa yang Musa Aman rancang akan ditunaikan sebaiknya. Tambahan lagi harap para penduduk akan memberikan kerjasama supaya tidak menjual tanah yang diberikan kepada pihak luar.

    ReplyDelete
  30. Native Land Tribunal is deemed important.

    ReplyDelete
  31. If this is true, I think we are all kaya already loh.

    ReplyDelete
  32. bertuah siapa dapat itu tanah.. berkenaan dengan rampasan tanah, YTL sendiri menyatakan bahawa KM Sabah tidak berhak atau tidak mempunyai kuasa berkenaan dengan tanah..

    ReplyDelete
  33. pemberian tanah melalui geran komunal memang baik bagi mengelakkan tanah daripada dijual.

    ReplyDelete
  34. mana-mana yang baik untuk rakyat pasti akan disokong..begitulah juga sebaliknya.

    ReplyDelete
  35. kebajikan rakyat harus sentiasa menjadi keutamaan semua pihak dan harus sentiasa dijaga.

    ReplyDelete
  36. Siapakah yang berkelayakan mendapat tanah?

    ReplyDelete
  37. Harap golongan yang mendapat tanah dapat menggunakan dengan wajar untuk mendapatkan pendapatan yang berterusan.

    ReplyDelete
  38. Apakah perkembangan Tribunal tersebut? Harap permintaan ini menjadi kenyataan.

    ReplyDelete
  39. Pemberian tanpa syarat, tidak masuk akal pun. Harus menunggu pengesahan dan apakah cara dan siapakah yang berkelayakan.

    ReplyDelete
  40. Isu tanah harus cepat diselesaikan termasuk rampasan tanah, tukar milik dll.

    ReplyDelete
  41. Adakah ini benar? Siapakah yang berlayak mendapat tanah?

    ReplyDelete
  42. Pengagihan tanah juga harus dibuat dengan adil dan terbuka.

    ReplyDelete
  43. Semoga tiada pihak mengambil kesempatan.

    ReplyDelete
  44. Kalau boleh, tanah tersebut harus diusahakan dan bukan dijual untuk mendapat keuntungan jangka masa singkat.

    ReplyDelete
  45. Apakah tujuan kerajaan memberi tanah?

    ReplyDelete