KELAPA MAWAR

Friday, February 17, 2012

NAJIB DI LAHAD DATU

17 Feb 2012: Kg Nala, Tungku, Lahad Datu: YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak merasmikan Mini Estet Sejahtera (MESEJ) di Tungku pagi tadi, diiringi oleh YAB Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman serta disaksikan 5,000 penduduk Tungku juga warga FELDA Sahabat.


Musa Aman dalam ucapannya mengingatkan rakyat Sabah bahawa kesinambungan kerajaan BN di sabah adalah perlu supaya perancangan pembangunan dapat diteruskan. Semalam media melaporkan Najib mengadakan perjumpaan dengan kesemua pemimpin BN Sabah.DSalam ucapannya Najib mengingatkan betapa petingnya kesetiaan kepada Parti sebagai langkah dan pemangkin kemenangan pada PRU 13 nanti.

MESEJ di Kg Nala ini ialah salah satu lagi projek gabungan di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah.

MESEJ adalah program pembasmian kemiskinan Kerajaan Negeri yg menyediakan tapak dan pengurusan projek, manakala FELDA (sebuah agensi Kerajaan Persekutuan) menyediakan dana.

Seramai 150 keluarga miskin tegar dipilih dengan disediakan unit rumah percuma berharga RM42 ribu sebuah dan dilibatkan dengan projek sosio-ekonomi akuakultur.

Sementara itu timbalan Setiausaha Agung SAPP merangkap Pengerusi CLC Tungku Datu Shuaib Datu Mutalib meminta kerajaan Barisan Nasional supaya Felda dikembalikan kepada tujuan asal penubuhannya iaitu tanah-tanah yang dibangunkan oleh Felda dengan tanaman kelapa sawit di Felda Sahabat, Tungku diberikan hak milik kepada peneroka yang telah menjadi peneroka di Sahabat Tungku.

Perkara ini telah dipersetujui di antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan supaya rakyat di Tungku yang tidak mempunyai tanah dan miskin diberi peluang untuk menjadi peneroka dan diberikan geran selepas 15 tahun atau 20 tahun menjadi peneroka dikawasan tersebut.

Tujuan tersebut tidak menjadi kenyataan seperti mana tujuan asalnya, malah Kerajaan Persekutuan tidak menunaikan perjanjian tersebut, tetapi telah menyerahkan Felda kepada sebuah anak syarikatnya Felda Holdings untuk disenaraikan di papan utama Bursa Saham Malaysia.

“Siapakah yang mendapat keuntungan dalam jual beli saham yang didagangkan?" tanya Datu Shuaib.

“Kalau dilihat kepada keluasan Felda Sahabat di Tungku iaitu 119,000 hektar dan hanya mempunyai 886 peneroka dengan 6.7 hektar setiap peneroka, dimanakah lebih kurang 110,000 hektar itu disalurkan?

“Malah pada Jun 2011, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan menyatakan Felda tidak berhasrat untuk mengambil peneroka yang baru. Oleh ini milik siapakah selebihnya 110,000 hektar, yang tidak diberikan kepada peneroka yang baru?”

Beliau turut mempersoalkan pinjaman yang dibuat oleh Felda sebanyak RM 5 billion daripada EPF, kemudiannya disenaraikan oleh anak Syarikat Felda iaitu Felda Global Venture Holding (FGVH) di Bursa Saham, papan utama Malaysia.

“Parti Maju Sabah (SAPP) dalam dasar Reformasi Tanah yang dilancarkan baru-baru ini, telah menekankan perlunya generasi kedua Felda diberikan keutamaan sebagai peneroka generasi baru dan SAPP membantah sekeras-kerasnya langkah dan dasar yang dilaksanakan oleh Kerajaan BN terhadap Perkara ini.

19 comments:

  1. Isu Felda ini perlulah diselesaikan dengan baik. Kerajaan Sabah perlulah memastikan bahawa Felda menunaikan perjanjian antara mereka dengan Sabah iaitu membantu peneroka Felda membangunkan tanah mereka.

    ReplyDelete
  2. Jika Felda tidak mampu mengotakan janjian mereka terhadap Sabah, baik mereka mengembalikan tanah kepada Sabah dan balik ke Semenanjung.

    ReplyDelete
  3. the current hot issue right now is the felda issue beside the oil royalty issue. FELDA must fulfil their promises to the people.

    ReplyDelete
  4. Saya sukalah si Kelapa Mawar punya artikel. Tidak bikin boring baca ni biarpun panjang:P Keep it up :)

    ReplyDelete
  5. Janji yang telah dipersetujui sepatutnya ditunaikan bagi mengelakkan sebarang ketegangan berlaku.

    ReplyDelete
  6. Cukuplah isu pati, royalti minyak memeningkan kepala... Jangan lagi tambah isu Felda.huhu

    ReplyDelete
  7. Semoga perkara ini mendapat perhatian sewajarnya dan diselesaikan dengan cara yang baik.

    ReplyDelete
  8. Isu FELDA lagi sekarang, selepas PATI dan isu royalti minyak, ini yang yang panas lagi sekarang.

    ReplyDelete
  9. Harap FELDA dapat menunaikan janji yang di beri agar semua selesai secara baik.

    ReplyDelete
  10. Cari jalan penyelesaian yang dapat memuaskan hati semua pihak.

    ReplyDelete
  11. semoga isu FEDLA ini dpt diselesaikan.

    ReplyDelete
  12. Senaraikan baik buruk FELDA ini. Jika lebih banyak kebaikan, teruskan. Begitu jugalah di sebaliknya.

    ReplyDelete
  13. Semoga Datuk Najib akan teruskan usaha mendekati rakyat.

    ReplyDelete
  14. Sememangnya SAPP akan membantah apa yang terbaik untuk rakyat yang dilaksanakan oleh kerajaan. Jika kerajaan diterima baik oleh rakyat sudah pasti akan mengugat sokongan kepada SAPP sendiri.

    ReplyDelete
  15. peneroka dan kakitangan felda yang lain telah lama mendapat keuntungan dari felda.. selama ini gagalkah felda membangunkan ekonomi penduduk tempatan Sabah??

    ReplyDelete
  16. program pembasmian kemiskinan seperti MESEJ sangatlah baik untuk rakyat dan perlu diteruskan.

    ReplyDelete
  17. isu2 yang timbul berhubung dengan FELDA ni perlulah diselesaikan dengan sebaiknya oleh kerajaan agar pihak pembangkang tidak mengambil kesempatan dengan mempergunakan isu ini bagi kepentingan mereka.

    ReplyDelete
  18. Hanya kerajaan saja yang boleh memikirkan dan pelaksanakan program bantuan sedemikian kreatif untuk rakyat. tidak seperti pembangkang yang hanya pandai brcakap dan mengelirukan rakyat.

    ReplyDelete
  19. Saya pasti rakyat tahu bagaimana untuk menilai antara baik dan buruk

    ReplyDelete